Wednesday, December 1, 2010

A thought at the end of the year

Sedar tak sedar hari ni dah 1 disember. Cepatnya masa berlalu tahun 2010 hampir berakhir. Dunia akhir zaman, apalah 24 jam sehari kalau dua belas bulan berlau dengan begitu pantas. Begitulah maksudnya usia kita menjangkau tua begitu pantas. Pejam-celik,pejam-celik dah begitu hampir 2011…..11 tahun dalam abad baru….apa yang telah kita buat, apa yang kita dapat???

Persoalan yang muncul setiap kali bayangan tahun baru muncul adalah azam. Apa azam tahun baru? Dan tahun baru hijrah sebenarnya sangat-sangat hampir hanya 6 hari sahaja lagi….lalu apa pula azam tahun baru hijrah ini? Kita rasa apapun azam yang kita ada untuk tahun yang hanya berupa jangkaan masa depan yang belum pasti berlaku…..adakah kita telah membuat refleksi tentang apa yang telah kita capai dan lakukan sepanjang tahun ini…yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi?

Reflection…..reflective practice! Funny to me somehow, because I've been listening to this term for almost two weeks now. But do we practise reflection in everything we do? Muhasabah? Muraqabah? Thinking, pondering, musing…….what??? Internal, external…luar, dalam? Apa? Apa yang perlu direnungi, apa yang perlu dikaji semula..semuanya juga sangat penting. Nak buat refleksi apa sebenarnya? Mengapa perlu buat refleksi? Lebih baik buat azam sahaja.

But I truly believe reflection/muhasabah…whatever you call it…is a very important 'action'…to improve conditions, to identify failures, to find remedy, to think of ways to enhance….

Monday, October 18, 2010

Hari ni kita pergi buat pemeriksaan kesihatan di HUKM….rawatan susulan biasa. Awal pagi sampai sebelum 7.30 pagi pun dapat nombor 8…perkara biasa juga. Lepas ambil nombor kita pergi kafeteria untuk sarapan, nasi goreng dan teh-o. Alhamdulillah! Yang menarik perhatian kita hari ini adalah sifat budiman seoran wanita cina yang berumur lewat 50an atau mungkin 60an. Kita tanya dia samada tempat duduk di depannya kosong…dia kata ya, sambil merungut tentang keadaan meja itu yang tidak dilap dan pinggan yang tidak di kutip oleh pekerja yang bertugas. (Sebelum tu kita dah tanya seorang perempuan melayu yang agak muda kalau kita boleh duduk depan dia. Dia kata ada orang tapi sampai kita habis makan tempat tu kosong…mungkin orang yang di tunggu lambat…jangan berprasangka!)

Balik cerita wanita cina tadi. Bila kita duduk dia makan cepat-cepat dan mengumpul semua pinggan yang kotor lepas tu, siap tolong lap meja tu. Kita rasa kagum dengan sikapnya sebab tak ramai orang yang akan mengangkat pinggan mereka sendiri walaupun tempat pinggan kotor hanya disebelah meja sahaja, apatah lagi nak tolong mengelap. Ada orang yang masih buang sampah di mana-mana sahaja. Tiada perasaan langsung. Sedang kebersihan itu adalah didikan agama Islam, orang islam jugalah yang seringkali gagal mengamalkannya…..

Bercakap tentang sikap ni, kita nak juga sebut satu lagi perangai….orang kita. sekarang ni musim kenduri kahwin dan doa selamat orang yang dipanggil menjadi tetamu Allah. Boleh kata setiap hujung minggu kita dapat undangan perkahwinan. Kita melihat makan secara buffet bukan lagi perkara baru dalam majlis perkahwinan tetapi masih ramai orang yang senduk nasi dan lauk banyak-banyak kemudian tak habis. Begitu banyak pembaziran berlaku. Mengapa tak ambil sekadar yang boleh dimakan sahaja atau kurang. Kalau sedap dan nak tambah..pergilah tambah daripada timbun dalam pinggan dan membazir. Ada juga yang kita tengok malas nak bergerak banyak, kumpul semua macam depan meja kemudian duduk makan…..kurangnya kesedaran kesihatan….dikalangan kita.

Ada lagi perangai yang teruk juga….pergi makan kenduri walau tidak diundang. Sekarang terdapat banyak dewan oraangramai di bina dikawasan perumahan. Kadang-kadang penduduk berhampiran (terutama di KL la) sewa dewan tu untuk majlis mereka….tetapi orang-orang tertentu dikawasan perumahan berdekatan mengambil kesempatan makan percuma walau tidak di undang. Pernah terjadi majlis kenduri kawan kita…tak cukup makanan sebab penduduk rummah pangsa berhampiran datang makan atau ada yang malas masak suruh anak-anak mereka datang makan kenduri. Ceteknya ilmu kita. Tak kisah makan walau tidak dijemput sehingga tetamu yang di undang pun tak dapat makan. Mustahil pula kalau penganjur kenduri nak buat makan untuk semua termasuk penduduk berhampiran…..fahamlah!!! Belajarlah kalau tak tahu…. Ada lagi best kirim anak dia pergi dewan suruh bawak balik nasi dengan lauk…guna pinggan caterer….bila kira tak cukup tuan rummah kena ganti lagi…. Ermmm alahai… apa la nak jadi umat Islam Malaysia hari ni.

Entahlah….itu sajalah kita nak cerita hari ni. Seronok tengok orang pegi Mekah!

Tuesday, September 28, 2010

Lupa diri sungguh!!!

Macam-macam hal berlaku sepanjang cuti hari raya dan dua minggu selepasnya. Kita cuti panjang raya tahun ni. Bali kampong awal dan sempat buat kuih raya lagi….cayalah…. Masa hari raya ramai kat runag mak. Anak-anak mak dan ayah yang perempuan semua beraya bersama. Abang-abang dan adik lelaki kit raya rumah mertua masing-masing. Apa pun raya tetap meriah. Dalam kemeriahan raya tu, kita nak cerita tentang satu peristiwa yang agak geram dan suspen kita dibuatnya. Adapun kakak kita dah bertahun-tahun tolong seorang gadis ni, sejak dia memeluk agama Islam. Kakak kita bersama kawan-kawannya yang prihatin akan keselamatan dan kebajikan gadis ini, mereka membiayai perbelanjaannya. Selepas memeluk Islam dia di bawa ke Pasir Tumboh Kelantan untuk belajar agama sebab keluarganya pada peringkat awal tidak dapat menerima keislamannya. Lepas beberapa tahun dia ke Sabah sekejap….belajar di Kudat. Kemudian menurut gadis itu, dia ke Acheh melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama juga.

Selepas itu si gadis ni menghantar macam-macam la surat akuan doktor mengesahkan dia menghidap masalah buah pinggang, kanser otak dan apa-apa entah. Dan hamba-hamba Allah yang baik hati, tanpa prasangka terus-menerus menaja dan menghantar wang. Malah mereka mengutip derma puluhan ribu ringgit di masukkan dalam akaun gadis ini. Kita pun pernah juga menyumbang.

Tetapi bila kita melihat kekerapan gadis ini meminta wang, kita mula syak wasangka…..kita tak sebaik orang-orang yang menyumbang secara berterusan setiap minggu, bulan dan setiap kali di minta. Kata kita…kalau betul gadis ini dah hafal 30 juzuk, belajar usuluddin, mengislamkankan 7 orang tahun 2010 sahaja( itu antara pencapaian yang dia cerita kat kakak kita beserta sijil2 pengesahan yang dia hantar…bla,bla,bla….) bukan begini cara hidupnya. Orang yang alim dan warak biasanya akan berusaha mencari rezeki dan malu meminta-minta untuk kegunaan sendiri. Kakak kita macam bengang dengan kita. kita faham sebab soal agama ini selalunya memang akan menyentuh hati orang yang baik dan mengharapkan reda Allah.

Jadi kita pun mulalah buat siasatan. Orang lain duduk dapor memasak dan layan tetamu, kita buka laptop, mula menaip nama institusi pengajian tinggi di Acheh sebagaimana dalam sijil-sijil si gadis. Jeng…jeng…. Tidak wujud!!!! Lepas tu kita pegi website kementerian pelajaran Indonesia….tekan sana, tekan sini…..jeng…jeng tak ada hasil. Lepas tu dia kata dia johan tilawah Al-Quran antara university- antarabangsa….. tak ada apapun… lepas tu kita jumpa facebook muka dia je dengan nama institusi yang dia kata dia belajar……hanya dia sorang je…..ahlinya. Kita panggil kakak kita dan tunjuk apa yang kita temui….dia pun diam. Dalam pada tu si gadis menalipon dan sms bertalu-talu sebab nak duit 7juta rupiah untuk daftar semester baru….20 Sept. Kita rasa hairan sebab semester apa bermula hujung September ni? Sebelum tu, tahun lepas dia kata dia johan tilawah dapat pergi Mekah tapi di Indonesia hanya dapat hadiah tiket je….lain-lain kena belanja sendiri. Kita pelik juga sebab nak buat haji ni kena ikut saluran yang sesuai ada kuota, boleh ke dapat tiket gi Mekah musim haji pasti cari hotel sendiri bla.bla..bla. bila tanya mana gambar, kamera dia kena curi….kasihannnnn… tahun dia menang lagi tapi dia tak nak dah tiket gi Mekah dia tukar dengan computer riba. Memang kita tak percaya….bagaimana mereka semua boleh percaya? Ujian……cobaannnn…. Boleh ke tukar hadiah tilawah tiket gi Mekah dengan komputer riba? Nilai pahala Haji boleh ganti dengan computer riba….bagi seorang hafizah????? Kita keliru….macamana mereka boleh terus percaya…..cobaaannnn.

Lepas tu anak-anak buah kita yang suka tengok laman web mukabuku (facebook) cari punya cari…..jumpa gadis ini. Dia pun tak berapa cerdik sebab semua orang boleh tengok profil dia… mereka pun cari kawan si gadis ni dan 'add' sebagai kawan. Dengan izin Allah, dengan segera di terima. Apalagi bukaklah si gadis punya akaun….. Amboiiiii, meriahnya belajar agama, seorang hafizah ber'posing' berbagai gaya bersama jejaka-jejaka……Kantoiiii….. dah siasat melalui laman sesawang… kami semua tengok dari gambar mula mengagak di mana dia berada dan bekerja. Jadi balik KL lebih awal dan buat siasatan dan jumpa dia. Intip dulu dari jauh…. Dah pasti benar, talipon suruh kakak kita datang…. Buat laporan polis dan bersemuka……..

Penatla…. Menaip. Kerja banyak …. Nanti sambung. Apa pun kami bersyukur Allah yang Maha Mengasihani menunjukkan hakikat sebenar….dan pengajarannya manusia ni tak peduli pun kalau boleh senang dan memang ramai orang yang salah guna kebaikan orang lain untuk kepentingan diri. Sedih bila dah tahu…mujur juga ditipu, bukan menipu…sebab ada bebrapa penyumbang yang bukan orang senang….hidup sendiri pun ala kadar….tapi atas nama menyelamatkan aqidah dan bersedekah untuk yang kononnya menuntut ilmu agama…menyumbang juga, bukan sekali dua. Doa mereka ni sangat bahaya bagi orang yang mengambil kesempatan….. entahlah!!!


 

Monday, September 13, 2010

Salam Lebaran

Hari ni dah 4 Syawal. Ramai yang dah mula bekerja. Kita masih bercuti di kampong bertemu sanak-saudara. Mungkin sehari dua lagi balik ke Kuala Lumpur. Mungkin belum terlewat untuk kita memohon maaf daripada semua. Maafkan segala salah dan silap kita ye. Makan dan minum pada waktu siang dah kembali semula….. dan pasti menjadi satu perjuangan untuk mengawal berat badan dan kesihatan. Ramai juga yang dah mula puasa enam tapi kita belum mula lagi. Semoga kita dapat sempurnakan yang enam hari itu tahun ini, insyaallah.

Bila waktu raya ni jumpa ramai saudara-mara, Alhamdulillah. Seronok. Tapi selalu sangat disoal dengan soalan yang tak mampu dijawab dan memang tak suka nak jawab. Teringat Ramadhan yang telah berlalu. 30 pinangan untuk ke syurga jika kita terima dengan amal ibadah mengharap cinta kasih Allah. Dan semoga kita telah menerima kesemuanya sebaik mungkin dan kita akan ditempatkan di rumah indah di syurga.

Di hari raya ini, kita juga dianjurkan bersedekah sebab itu pun sunnah. Di Malaysia ini amalan biasa memberi duit raya pada kanak-kanak yang datang sebagai hadiah. Seronok budak-budak tu. Kalau kita tak nak bagi duit pun tak apa, setakat bagi minum dan makan, itu perkara biasa. Bersedekah dengan kata-kata yang baik dan wajah yang manis dan senyuman yang mesra. Kalau tak boleh buat semua tu, tak payahlah pulak mengeluarkan kata-kata yang tak seronok didengar. Menyindir-nyindir dan menyakitkan hati orang lain. Hilang semangat nak raya.

Apapun, kita mohon kemaafan sekali lagi. Banyak salah kita dengan semua. Salam lebaran.

Thursday, September 2, 2010

Dialah pemberi segala

Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar hari ini dah 23 ramadhan. Dah hampir tiba kepenghujung. Sedih juga rasa hati ini. Bertemukah kita Ramadhan lagi pada tahun depan? Dan kita perempuan yang mencari maghfirah berhadapan dengan fitrah. Reda jugalah kerana Tuhan yang tahu akan hikmah segala. Sekarang kita berusaha mendapatkan keampunan dan bebas dari neraka…macam orang lain juga. Terbayang kita rahmat kasih sayang Allah yang tak terhitung dan usia yang semakin tua. Kalau dulu boleh membaca dengan hanya 2 mata anugerah Tuhan sekarang kita perlu bantuan cermin mata. Kalau dulu boleh bekerja lama dan tak letih, sekarang kita penat. Tak larat, banyak yang dah tak mampu nak buat seperti dulu. Uban pun dah mula mengintai dicelahan rambut, lebih berani dari dulu kerana jelas kelihatannya.

Dan yang pasti kematian itu semakin menghampiri. Dan hidup ini selagi bernyawa akan terus melalui ujian; kecil, besar, sederhana. Ada ujian yang baru muncul. Ada yang telah pergi dan ada yang bersambung tak berhenti dari sumber yang sama, bentuknya sahaja berbeza. Kadang-kadang kita rasa dah selesai, muncul pulak lagi….bila nak berhenti, entah!

Kita kadang-kadang gagal menasihati diri sendiri bila ada ujian melanda. Hati jadi keluh-kesah, kepala sakit, risau dan sedih. Ada kalanya keluar macam-macam rungutan dari mulut kita, membebel dan marah pada orang yang kita rasa menyusahkan hidup kita. Selalu benar kita lupa bahawa segala kesulitan dan kesusahan yang kita hadapi adalah ujian daripada Allah untuk hambaNya. Mungkin dosa-dosa masa lalu kita yang bertimbun akan diampunkan jika kita sabar dan reda menerima ketentuan dan ujian yang Allah berikan.

Mana ada orang yang hidupnya hanya melalui malam sahaja sepanjang hayat. Selepas malam pasti datang siang. Teringat pula bagaimana Nabi Adam a.s. menunaikan solat subuh dua rakaat pertama kalinya kerana bersyukur kedatangan fajar yang menghilangkan kegelapan malam, berganti siang. Hilang segala rasa takut dan bimbang dengan kehadiran siang yang cerah dengan sinaran mentari. Mana ada hujan yang tidak berhenti. Setelah hujan pasti mentari akan bersinar semula.

Bila kita ingat semula apa yang telah kita lalui, kita rasa berdosa. Kita tahu bahawa tiada apapun yang kita miliki adalah hak mutlak kita. segalanya pinjaman belaka. Dan apa yang tidak kita miliki memang bukan ditakdirkan untuk kita kerana Tuhan tahu apa yang baik untuk kita. Masalahnya, tidak setiap masa kita ingat semua tu. Pada masa sesuatu yang kita tidak ingini berlaku, secara spontan mulut kita akan mengucapkan kata-kata yang sering kita kesali. Susahnya mendidik diri dengan akhlak terpuji, tak kira masa, tempat dan ketika.

Dan kerapkali kita telupa bahawa Tuhan yang Maha Pemurah, tak pernah biarkan kita begitu sahaja dengan segala ujian yang menimpa. Ada berbagai bentuk pertolongan dan 1001 macam kekuatan yang bila kita renung semula, entah dari mana datangnya. Tapi ia ada tatkala kita memerlukan biar apa pun bentuk dan kaedah. Kadang-kadang saat kita runsing, lagu nasyid pun boleh memberi keinsafan. Berdosanya kita kalau tak bersyukur.

Cakap pasal syukur, teringat perbualan yang kita dengar tentang wang 500 yang kerajaan bagi untuk kakitangan. Tadi kita terdengar perbualan beberapa orang yang membandingkan jumlah yang diterima dengan apa yang kakitangan sesetengah syarikat swasta terima sebagai bonus tahunan mereka. Kita diam saja. Memang tak banyak, bagi orang yang gaji banyak. Kita memang perlukan duit dengan banyak. Tapi kalau itulah rezeki kita, Alhamdulillah, dari tiada baik juga ada. Dan 500 sangat bernilai bagi kita. mungkin bagi mereka yang biasa beli sepasang baju dengan harga 350, jumlah yang diterima itu kecil.

Entahlah! Tapi Allah jualah yang memberi rezeki, melapangkan atau menyempitkan rezeki. Dia jua yang member hidayah dan petunjuk kepada siapa yang Dia inginkan.

Monday, August 30, 2010

Mencari merdeka

Esok hari kemerdekaan ke 53. Kita telah bebas daripada penjajahan untuk kali yang ke 53 tahun. Benarkah kita telah benar-benar bebas dan merdeka? Kita bayangkan sebuah Negara yang mempunyai banyak sumber dengan penduduk yang ramai namun tidak mampu mentadbir Negara sendiri. Ada kuasa lain yang datang dan menguasai segala hasil kekayaan dan memperolehi keuntungan tetapi rakyat asal Negara itu hidup dalam serba kesusahan dan ketakutan. Tiada kebebasan untuk menentukan dasar, membuat keputusan, mengagihkan kekayaan Negara kepada rakyatnya.

Apabila penjajah telah pergi dan rakyat dibenarkan menentukan dasar dan kaedah mentadbir Negara, adakah itu tandanya kita telah merdeka? Merdeka dari penjajahan kuasa asing secara keseluruhankah kita? Teringat pula keadaan keluarga kecil. Apabila seorang suami atau isteri merasa terkongkong dengan ikatan perkahwinan. Tidak bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan lalu mereka membebaskan diri. Isteri menuntut cerai atau suami menceraikan isteri. Merdekakah mereka? Apa pula dengan anak-anak? Rakyat dalam keluarga! Apa pilihan anak-anak?

Kita teringat orang yang kita kenal. Datang mengambil anak dari keluarga bekas isteri dengan alasan anak terabai kerana tidak dijaga sendiri oleh ibunya. Lalu katanya dia akan membebaskan anak dari segala kongkongan keluarga ibunya. Merdeka kan anak lelakinya. Kemudian anak itu dibiarkan tanpa didikan agama, tanpa memastikan cukup solat 5 waktunya, dibawa bersama ketika berpacaran dengan teman wanita. Bebas atau hidup bebas? Bila kehadiran anak terasa membebankan, hilang dan kurang kebebasan, katanya pada anak, pergilah tinggal dengan ibumu! Dia ingin merdeka. Lalu anak itu, apa yang dia dapat? Merdeka dari cara hidup bapa dan ibu pula harus memerdeka anak dari segala alfa, segala yang dia lupa? Kata anak, alamak duduk dengan ibu harus ke kelas agama, tak boleh pergi ke sini atau ke sana…. Hilangkah kebebasannya…hilang merdeka?

Di saat suku ketiga akhir Ramadhan, manusia mencari merdeka…bebas dari api neraka. Kita pun mengharap rahmat, maghfirah dan merdeka dari api neraka. Kadangkala tekanan dan bebanan hidup menjadikan kita orang yang mengeluh dalam reda… bilakah kita akan benar-benar merdeka? Kita selalu mengharap agar kita merdeka dari bebanan hutang-piutang –bebas dan merdeka dari segi kewangan.Bebas dari keluh-kesah dan tanda tanya. Bebas dari saat-saat alfa dan lupa bahawa hidup ini sementara, bebas dan merdeka dari keinginan duniawi…. Tapi susah! Susah sungguh!

Sebagai anak kita ingin menjadi anak yang merdeka dari melukakan hati kedua ibu bapa yang sudah tua, ingin melihat ibu bapa merdeka dari segala bentuk kesusahan dan dukacita. Sebagai ibu kita ingin melihat anak kita merdeka dari kejahilan dan menjadi orang yang berilmu, merdeka dari gangguan dan pengaruh buruk disekelilingnya, merdeka sebagai hamba Allah yang taat dan berwawasan dunia dan akhirat. Sebagai manusia kita ingin merdeka dari akhlak yang buruk, fitnah dunia dan akhirat, kita ingin merdeka!

Semoga kemerdekaan Negara yang tercinta ini di bulan paling mulia…memberikan kita kesedaran dan keinsafan akan erti sebenar kemerdekaan. Merdekakan diri kita dari sifat pentingkan diri, dari menganiayai dan menzalimi dan bebas merdeka dari memenuhi kehendak duniawi yang fana…tidak menjanjikan kemerdekaan sejati…bebas di akhirat sana. Doa kita untuk diri sendiri, untuk ibubapa, untuk anak kita, semua ahli keluarga, guru-guru/sesiapa saja yang mengajar kita, sesiapa yang kita ajari, muslimin dan muslimat dan semua. Semoga doa kita di terima. Amin!

Wednesday, August 25, 2010

Doa untuk diri

Beberapa hari ni kecoh isu Pak Imam baca doa untuk pemimpin bukan Islam di negeri yang di terajui oleh parti pembangkang. Hari ni kita dengar radio, bekas pemimpin kata mesti mendoakan pemimpin Islam kerana Negara kita ni Negara Islam. Kita teringat pulak situasi sekarang di bulan yang mulia penuh barakah. Ramadhan yang datangnya setahun sekali dan mungkin kita bertemu atau tidak lagi pada tahun depan. Dua tahun kebelakangan ini, Ramadhan bulan Islam yang mulia ini datang menjengah kita serentak dengan bulan kemerdekaan. Jadi kita pun buat juga persediaan untuk sambut merdeka.

Di Negara kita yang 'Islam' ni, menjadi satu kemestian sambut merdeka dengan kawat, pergerakan-pergerakan mengikut muzik dan irama…mengibarkan bendera dan pom-pom sebagai tanda "SYUKUR???!!!" kita telah merdeka selama 53 tahun. Jadi bagi anak-anak remaja kita yang terlibat…terpaksalah mereka melaksanakan penghayatan Ramadhan a'la merdeka….dengan goyang pom-pom dan bendera. Berkawat dan buat pergerakan yang dikehendaki untuk menjayakan perintah meraikan kedatangan hari merdeka yang mungkin lebih penting daripada mengejar janji maghfirah di bahagian kedua Ramadhan.

Dan pada sebelah malamnya pula, latihan yang sama juga lebih penting daripada menunaikan solat berjamaah dan juga solat sunat tarawikh. Kita pun tak dapat buat apa-apa sebab Negara 'Islam' kita di perintah oleh pemimpin Islam yang tahu kepentingan umat dan rakyat. Yang mengharapkan doa daripada rakyat jelata dalam khutbah dan solat jumaat. Bukan kita kata salah menyambut kemerdekaan tapi kita hanya merenungkan keutamaan dan kewajaran…

Apabila mengakui diri kita muslim, adakah hanya dengan nama kita dan keturunan kita telah lengkapkah keislaman kita itu? Adakah iman kita cukup dengan nama dan bangsa? Tidakkah terfikir barang sedikit masalah sosial yang melanda kita sekarang berpunca daripada budaya yang kita ikut dan tiru dari orang yang menjajah dan tidak seugama kita? Merdekakah kita bila kita biarkan anak-anak kita duduk dalam kelompok lelaki perempuan bercampur-gaul….melagukan dan menghayun tubuh badan mengikut irama sebagaimana budaya penjajah bangsa dan agama kita dahulu?

Kurangkah kemerdekaan kita jika kita menghayati dan mensyukuri mengikut acuan agama dengan upacara yang tidak dicemari dosa dan maksiat dan bayangkanlah puasa anak-anak kita dan semua yang terlibat dengan sambutan. Mereka pun terpaksa. Tak perlu duduk ditempat panas terik untuk merasa letih. Alangkah manisnya jika penghayatan itu dipenuhi dengan tazkirah dan ceramah tentang kepentingan menjadi bangsa dan Negara yang merdeka dari segala bentuk penjajahan….rohani dan jasmani. Bertadarus (Mega) membaca Al-Quran. Berjemaah besar-besaran tanda kesyukuran?

Apakah janji manis kita dapat menandingi janji ibadah 1000 bulan, keampunan dan pembebasan sebenar… merdeka dari duka nestapa dari azab siksa…..dari Neraka. Tidakkah kita melihat bayi-bayi yang dibuang sesuka hati sebagai ujian atas kebebasan yang keterlaluan…..alahai…malaslah kita nak menulis lagi. Hati kita rasa sayu… kita yang terpaksa….

Dan mendengar keluhan anak-anak yang merasai diri mereka dizalimi menyebabkan kita turut terkesan. Alangkah bahaya doa dari orang-orang yang dianiayai dan dizalimi kerana Allah mengangkatnya terus. Apatah lagi jika keluhan itu melibatkan hak untuk beribadat dan menghayati kesempatan mendapat pahala pada bulan mulia mengikut acuan dan ajaran Rasul S.A.W.

Fikirkanlah. Sebagai saudara seagama kita hanya menyuarakan untuk renungan. Semoga ALLAH beri kita rahmat dan hidayahNya. Semoga kita terlepas dari bala bencana. Semoga kita di ampunkan jua. Amin!


 

"Barangsiapa mencari keredaan Allah dengan marahnya manusia, maka Allah cukupkan baginya dari perbelanjaan manusia. Dan barangsiapa mencari keredaan manusia dengan marah Allah, maka Allah lepaskan dia kepada manusia."


 

Monday, August 9, 2010

Masih mencari sakinah!

Kita disapa oleh seorang kenalan. Seorang yang menuntut dalam bidang agama dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang hal-ehwal agama. Tapi kita agak terperanjat bila dia tiba-tiba kata…."cemburu tengok makcik sorang ni, senang betul dia. Tak payah nak pening-pening,balik rumah boleh rehat, tidor….!" Kita senyum aje dan tak menjawab…sebab kadang-kadang diam itu lebih baik daripada memberi jawapan kan. Sebenarnya kita tak tahu nak kata apa. Dalam hati kita jawab…."kalaulah kamu tahu apa yang aku lalui…".

Apapun kita menerima hakikat bahawa sehebat mana pengajian dan pengetahuan dia, dia macam kita juga, hanya manusia biasa yang tak lepas daripada keluh kesah dan kelemahan. Itupun baru sekali ini kita dengar dia berkata macam tu. Kalau nak dibandingkan kita merungut dan mengeluh bila keadaan kita kurang selesa memang tak terkira jumlahnya. Tiba-tiba timbul rasa kesian dalam hati kita kepadanya.

Sekarang kita mendengar "Keluarga Sakinah di radio ikim…Dato Dr Sidek Baba. Sangat menarik dan sangat benar segala nasihat yang diberikan. Tapi kita keseorangan. Dia berkeluarga. Kalaulah kita ada keluarga seperti dia,alangkah hebatnya jika kita boleh aplikasikan apa yang dianjurkan oleh seorang yang hebat dan memang tahu apa yang dia sampaikan. Lalu dalam hati kita terfikirlah bahawa mungkin ada bahagian dalam kehidupan keluarganya, dia tak merasa bahagia. Dan kalaulah dia tahu bahawa, walaupun kita tak bersedih atau kesusahan, kita juga ingin bahagia berkeluarga….ermmm….bukan nak promo….tidak sama sekali….kita akui kita sangat memilih….SANGAT!!! Dan kita percaya inilah ujian kita..dan ALLAH mempunyai perancangan untuk kita, jadi kita tidak merasa kecewa dengan keadaan sekarang. Ada ketikanya memang tepat dan benar cemburu dia pada kita…ada ketikanya.

Berbalik kepada dia yang mempunyai anak-anak yang telah besar dan semuanya ke pusat pengajian tinggi, hidup yang selesa, `kelihatan cukup dan bahagia……tapi apa yang kurang ye? Mungkin dia tidak mendapat perhatian dan bantuan daripada suaminya. Bantuan dari segala aspek kehidupan, itulah yang kita maksudkan. Sebab isteri itu amanah. Kita rasa dia isteri yang baik dan dia memang cantik. Kadang-kadang manusia ni, bila mula merasa pengorbanan tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya lama-lama boleh datang rasa bosan dan jemu…. Datang rasa kecewa tidak dihargai, datang rasa malas nak buat apa yang biasa, yang selalunya dilakukan dengan reda…jadi remeh, jadi susah, jadi memenatkan…. Lalu kadang-kadang tanpa sedar terkeluar dari mulut merasa iri dengan orang yang sebenarnya tak patut jadi bahan iri hati pun….apalah kehidupan yang kita ada?

Kata Dato Dr Sidek Baba, isteri itu amanah. Suami perlu buang egonya dan cuba menghormati dan memahami beban tugas dan tanggungjawab isteri dalam mendidik anak-anak dan untuk mendidik isteri juga. Cuba bayangkan kalau isteri itu seorang yang terpelajar…dan kalau dia mempunyai pulak (dengan salahnya) ego tersendiri. Sampai suatu masa dia akan menyoal dan bertanya apa yang dia perolehi daripada suami hasil perkahwinan ini…(selain anak-anak, hartabenda, sentuhan fizikal dsbnya) pasti dia inginkan pengiktirafan berbentuk penghargaan walaupun kadang-kadang dalam bentuk perlakuan yang sangat sedikit dan mudah. Kerana kita pernah melihat seorang isteri yang dalam setianya semasa hayat suami masih ada….melahirkan rasa sedih dengan apa yang dilalui sepanjang perkahwinan…sehingga dia hanya berdiam sahaja setiap suami bersuara kerana dulu suaminya tak pernah meminta pandangannya langsung….di awal perkahwinan pernah juga bersuara tapi dianggap tak ada makna. Mujurnya dan syukurnya suami sangat mengambil berat tentang anak-anak lalu dipastikan anak-anak terjaga walau selepas dia tiada.

Kita mungkin boleh kata tak baik isteri menyuarakan rasa tak gembira tinggal di rumah yang dibeli arwah suami…macam tak bersyukur. Tapi bukankah dia pun manusia yang punyai kemahuan dan perasaan. Kekecewaan yang dia lalui bukan sehari dua, bukan remeh, bukan kecil, cuba letakkan diri kita di situ. Benar memang, kita nasihatkan dia supaya reda dan sabar, itulah ujian yang dia telah lalui dengan jaya sepanjang bersama suaminya dan maafkan arwah atas kelemahannya. Sekurang-kurangnya dia tak susah walaupun menjadi balu. Tapi pengajarannya bagi kita adalah bukan senang melayari bahtera rumahtangga kalau tidak cukup ilmu,pasti akan ada ahli keluarga yang merasa tidak puas hati,kecewa dan akhirnya tidak bahagia.

Jadi pengajarannya, bukan mudah nak jadi suami dan tak senang nak jadi isteri. Kita pernah melalui kegagalan tahu banyak kelemahan diri………..sebab itu kita ditinggalkan! Tapi apa pun ilmu juga la penyelamat, hidup penuh pancaroba….Entahlah, sedikitnya ilmu kita jadi kita kena cari ilmu dan orang yang benar-benar berilmu…..ermmmmm alahai. Sabarlah temanku, ujian kita berbeza sebab kita dijadikan berbeza, semoga bertemu bahagia di cari ….di dunia dan akhirat nanti. Wallahualam.

Monday, August 2, 2010

Ada ke cagaran?

Kita mengulangi buku-buku lama sebab rasa bosan walaupun ada buku belum habis baca dan ada yang kita pinjam dari perpustakaan belum habis baca. Kemudian kita terjumpa semula kisah tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam gua. Bagaimana mereka berdoa kepada ALLAH supaya diselamatkan dan dapat keluar daripada gua tersebut. Setiap orang berdoa dan menyebut perbuatan baik yang mereka lakukan ikhlas kerana Allah. Lalu kita terfikirlah, kalau ditakdirkan kita berada dalam keadaan genting begitu, adakah kita mempunyai apa-apa amalan yang baik yang kita lakukan ikhlas kerana mengharapkan keredaan Allah semata-mata? Puas kita fikir dan renungkan….pening kepala sudahnya. Adakala kita rasa kita ikhlas, tapi disebabkan sesuatu perkara kita sebut pulak perbuatan tu…hilang keikhlasannya. Ada masa kita bagi sedekah, kemudian kita dapat tahu orang yang minta sedekah tu sebenarnya bukan susah sangat…..sakit hati kita.

Kita buat kerja mula-mulanya tak ada apa-apa harapan tapi bila tiba-tiba nama orang lain pulak yang naik kerana kerja kita….terasa bengang. Jadi mana keikhlasannya kita? Bila kita tak nak beli barang kawan jual, tak ada alasan kita bagitau dia yang kita baru je hantar duit ke kampong untuk mak kita. Ermmm…. Adoiyaiii…… bila kita fikirkan tak adalah harapan nak keluar dari kesulitan dengan cara begitu agaknya.

Apa pun kita percaya Allah itu Maha Penyayang. Zaman sekarang dengan teknologi yang canggih banyak pertolongan yang Allah kirimkan melalui makhluk berupa manusia lain yang bertugas menyelamatkan manusia. Zaman dulu kala, manusia keluar dalam tempoh yang lama dan kalau tak balik sehari dua mungkin orang tak kisah. Sekarang mana kita pergi ada talipon bimbit. Ada saja cara menghubungi orang lain, insyaallah, adalah pertolongannya.

Tetapi kita juga memikirkan bagaimanakah caranya untuk kita membuat kebaikan yang hebat sehingga kita boleh gunakan amalan itu sebagai "cagaran?" memohon pertolongan daripada Allah. Adakah kita telah buat sesuatu yang boleh kita dengan yakinnya gunakan ketika merayu dan berdoa…….kita kena usahakan……….

Cerita lain lak……

Hari ni kita rasa sedih mendengar tentang kegagalan rumahtangga seseorang yang kita kenal. Sebelum ni kita pun sedih dengar tentang seorang rakan lain yang mengambil keputusan duduk berasingan dengan pasangannya kerana perceraian adalah sesuatu yang sukar bagi diri dan keluarganya. Minggu lepas kita dengar motivasi pagi di radio ikim tentang hubungan pasangan yang bermula dengan sakinah, mawaddah dan akhirnya rahmah. Kita merasa berbagai macam emosi dalam diri…mungkin kerana kita pernah melalui pengalaman yang sama. Apapun pengalaman yang sama tidak menentukan pengajaran dan kesan-akibat yang sama. Ada yang kita kenal melaluinya dengan sangat sukar dan ada yang kita kenal melaluinya dengan begitu tenang sekali. Kita? Dalam tenang tapi amat susah sebenarnya! Apapun kita bersyukur dengan apa yang kita lalui kerana kita merasakan pengajaran yang kita perolehi mengubah seluruh kehidupan kita.

Bukan kita merasa tenang, tapi orang lain sering mengucapkan bahawa kita tak nampak langsung seperti orang yang sedang di timpa musibah. Tidak nampak langsung riak di wajah kita. tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu, sebab itu kita kata tenang tapi sebenarnya tidak. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, kita merasa tenang…sungguh!!! Dan bila kita mengimbas semula pengalaman itu, kita merasa insaf betapa lemahnya jiwa manusia yang bernama kita ini, kerana merana kehilangan sesuatu yang begitu kecil nilainya. Ikhlasnya, ianya sangat sukar dan sangat payah, apatah lagi untuk melupakan…susah sungguh!!! Tapi bila fikirkan kembali….itulah rahmat kasih sayang Allah…. Apakah kita menunjukkan penghargaan dan kesyukuran kita dengan cara yang sepatutnya???


 

Monday, July 12, 2010

Sekadar menulis

 "Biarlah berdiri menjaga maruah dan duduk menjaga tuah." (Itu sebaris tulisan yang kita petik dari Dr.Rubiah Hamzah). Sangat menarik bunyi dan sangat mendalam maknanya. Beliau menasihati seorang gadis,kalau tak silap, yang kecewa dengan cinta…….

Apapun, kita rasa semua orang harus membawa diri dengan betul dan baik….menjaga maruah dan harga diri dan pada masa yang sama memelihara dan menjaga apa saja anugerah yang Allah berikan kepada kita.

Kita dah lama tak menulis. Buka blog pun tidak. Alhamdulillah berpeluang pergi buat umrah dan selebihnya sangat sibuk dengan urusan duniawi yang tak berhabisan….semoga dapat imbuhan akhirat juga. Dalam masa sebulan setengah ni macam-macam perkara yang berlaku. Kita tengok macamana manusia buat macam-macam perkara untuk emndapat apa yang mereka ingini. Kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah perasaan manusia yang sanggup lakukan apa saja untuk mendapat kemahuan mereka.

Teringat pulak pada orang-orang Indonesia yang berkitar sekeliling Kaabah sepanjang hari…tawaf kah mereka sebab setiap kali kita habis tawaf dan bergerak menuju ke Hajar Aswad untuk cuba nasib, mereka pasti ada disitu…..menawarkan…"ibu mahu dibantu?" Kita jadi keliru juga dan bila kita perhatikan mereka ini bukan hanya dua orang tapi ada lima tau enam orang sekumpulan, beberapa lelaki dan perempuan. Apabila ada yang menerima tawaran mereka akan mula mengepong dan kemudian bergasak menolak dan menyiku orang lain sehingga berjaya. Entahlah, kita pun tak tahu boleh atau tidak kita mendapatkan khidmat bantuan mereka. Tetapi seorng kawan yang ditolong kemudian diminta membayar wang kepada mereka. Tapi kita tak tanya berapa jumlah bayaran.

Mungkin kita bodoh kerana pada ketika dan saat sebegitu semua orang bertolak-tolak kita juga mesti bertolak-tolak untuk mendapat apa yang kita ingini. Tapi kita teringat juga tentang analogi akan di laut yang tidak masin dagingnya walaupun tinggal seumur hidup dalam air masin. Mengapa kita perlu ikut segala perbuatan yang kasar dan tidak beradap yang tidak pernah kita buat di tempat biasa, tetapi buat di tempat yang sangat mulia pula. Tapi kita terfikir juga bukankah kita seharusnya berlumba-lumba dan berebut untuk mendapat pahala???? Entahlah, sebenarnya kita jadi takut dan ngeri melihat orang berasak-asak sehingga ada wanita yang keluar dari kawasan hajar aswad terbuka rambut dan dadanya kerana perebutan itu….. kita mengalah…..lemahnya kita!!!

Kemudian kita melihat kepelbagaian manusia yang bersuku dan berbangsa lain dengan pengetahuan yang berbeza. Ada yang sembahyang berdiri sebahagian sembahyang dan duduk sebahagian lainnya. Ada yang datang duduk ditengah antara dua saf walaupun datang lambat, dimarahi orang lain, tapi buat tak tahu je….orang lain nak sujud dan rukuk pun susah dibuatnya…..menarik dan sangat menginsafkan…. Bahawa manusia ini matlamatnya sama tapi caranya berbeza. Tapi keprihatinan saudara seagama untuk berkongsi makanan kurma dan roti sangat menyentuh hati……

Kerja kita macam tak habis-habis je. Entah bila nak berhenti. Sekarang ni kita rasa penat, berhenti dan teringat kita ada blog yang tak buka-buka……tak istiqamah lansung! Bukan apa, kadang-kadang kita rasa tak ada apa yang baik untuk kita kongsi, jadi tak payahlah…. Ada masa kita rasa bosan dengan kehidupan kita….berdosa ke?

Teringat pulak sabtu lepas buat pemeriksaan kesihatan dan sedihnya berat badan dah naik dan kandungan lemak dalam badan…..emmmm alahai…..nak join biggest loser asia la…… pelik kan tubuh badan kita ni…. Walau kita kawal pemakanan, pergi beriadah, buat senaman…..kalau nak naik, naik juga…tiada lansung keupayaan dan kekuatan untuk mengawal. Kata pegawai kesihatan kita kena nyahtoksid dalam badan, cukup tidur dan makan pada waktu yang tetap setiap hari…..mungkin juga faktor usia. Metabolic rate dah terlalu perlahan, merangkak agaknya…..hu hu hu…. Kita kena usaha lagi!!!!

Jauh benar cerita kita dengan apa yang kita rancang nak cerita dari awal tadi….tentang tuah dan maruah.bagaimana kita harus bersyukur dengan segala yang kita ada. Kita sendiri sebenarnya bersyukur walau berat badan naik sedikit, kesihatan kita Alhamdulillah baik…tapi kita kena jaga juga berat badan tu. Dan bercakap tentang maruah, kita hanya nak katakan bahawa kita tak akan buang maruah hanya kerana kita inginkan sesuatu dalam kehidupan kita. Bukankah Allah punya perancangan yang baik dan kita menyakini bahawa apapun takdir pasti mengatasi tadbir…..kalau orang lain guna istilah jual maruah kita kata buang sahaja sebab kalau jual kita dapat sesuatu daripada pertukaran itu tapi dalam soal maruah kalau kehilangan….apa lagi yang kita ada??? Mungkin macam tergantung dan kurang jelas je….dah malas nak menerangkan…..

Biar jadi ikan di laut ….tak terpengaruh dek persekitaran, biar jadi masin macam air laut…..tak membusukkan….. (baca buku..Nota fikir untuk zikir…menarik untuk orang biasa macam kita!)


 


 

Sunday, June 6, 2010

Wednesday, May 26, 2010

Kita manusia biasa je

Hari ni kita rasa bosan dan tak produktif lansung dalam meeting ni. Mungkin kalau kita tak ada pun, banyak perkara yang selesai dan banyak kerja kita juga akan selesai. Apapun dalam kebosanan kita, kita teringat la tentang masalah mengawal emosi dalam apa pun situasi dan keadaan. Ada masa manusia gagal mengawal emosi mereka dalam keadaan tertentu. Sehinggakan suatu ketika, kita pernah ditengking dan diherdik dalam satu mesyuarat suatu ketika dahulu. Kita hanya berdiam diri kerana kita tahu benar bahawa kita tidak salah dan apa yang kita bentangkan memang relevan dengan perbincangan mesyuarat itu. Masalahnya, orang yang menengking dan menghentak meja mungkin banyak masalah lain dan tak dapat hisap rokok agaknya…….(bukan kita nak kata kita betul sokmo….) sebab lepas tu dia keluar dan hisap rokok.

Kita cuma rasa terkilan seketika dan sakit hati pada masa dan ketika itu. Namun begitu, akhirnya bantuan kita diperlukan juga untuk menyelesaikan kerja dia, tak berani nak panggil sendiri terpaksa minta tolong melalui ketua jabatan kita. tapi kita selalu berpegang pada prinsip bahawa kita bukan bekerja untuk manusia atau untuk mengambil hati sesiapa, Allah sahaja yang menilai….jadi kita buat juga….(walau dalam hati kita….manusia biasa ni….macam menyampah jer…..cessssss).

Lepas tu, ada lagi masalah dia yang kita juga yang boleh tolong…..errrkkk……..walau hati ku menyampah….tapi kita buat juga….sebab kita tak bekerja untuk mendapat pengiktirafan dia…..tapi tak taulah...sebab sendiri sedar…..ikhlasssss??????....kurrrrrreeeeeeenggggggggggggg………

Apapun kita rasa amatlah penting untuk seseorang itu mengawal emosinya….terutamanya….ketika sedang marah. Sebab apa kita perlu belajar mengawal perasaan dan emosi semasa marah? Sebab dalam keadaan marah, kadang-kadang kita mengeluarkan kata-kata yang kurang enak dan sebenarnya tidak kita maksudkan begitu. Tetapi kita terlepas dan bila dah terkeluar……………ermmmmm………terlajak kata….

Dulu pernah merasa sangat sedih apabila dimarahi dengan berbagai-bagai macam perkataan….bila orang yang marah minta maaf dan kata dia sebenarnya tak bermaksud nak kata macam tu, tapi….tengah marah…. Kita diam tapi dalam hati kita berkata, kamu marah dan itulah yang terlintas di hati kammu tentang diri ini, kalau kamu berdiam diri, ingatan itu kamu sahaja yang tahu, tapi kamu luahkan…..macam mana nak kata yeeee….kita maafkan tapi hati kita merasa sedih!

Sebab itu kita ambil itu sebagai pengajaran supaya diam dan cuba menjauh bila merasa marah dengan keadaan atau sesiapa. Tunggu masa bertenang, mungkin boleh lupakan terus atau berbincang tentang perkara itu. Alhamdulillah, kita rasa amalan itu baik dan banyak membantu dalam menjaga perhubungan kita dengan ahli keluarga dan rakan sekerja dan orang lain juga. Kadang-kadang bila kita dah tenang, kita pun menilai dengan lebih baik….sebenarnya marah kita tak bertempat…kita terlebih sensitive….kerana bukan setiap masa orang yang salah sehingga kita jadi marah…

Jadi sekarang kita bosan dan dah tutup buku perbincangan dan menaip entry ni….tengok muka orang yang tengking dan herdik kita dulu….dia pun manusia macam kita ….tapi dia lelaki….. Nasib kita pun kita tak tahu macamana diakhir nanti….mungkin dia banyak masalah….

Kita hanya manusia kan???? Siapalah yang sempurna…..tak baik la…kita menilai dia…..tapi pengajaran juga….jangan ikut perasaan marah kita sahaja…… kena bertenang dan fikir-fikirkan….. Kita mohon ampun!!!!

Tuesday, May 25, 2010

Semoga kita tak tersesat

Hari ni kita pergi mesyuarat kat cyberjaya. Selalu lalu dari luar kalau menghala ke morib atau klia tapi tak pernah masuk. Jadinya kita pun berpusing-pusing mencari lokasi mesyuarat. Dalam berpusing-pusing tu, kita juga mengagumi keadaan Bandar kat situ…..menarik perhatian kita. Ada papan tanda Cyber 4, Cyber 5, Cyber 6,….dan bermacam lah! Menarik!!!

Lalu kita terfikir juga lah, beginilah kehidupan, kalau setakat ada alamat tapi tak pernah pergi kesuatu tempat tu,kemungkinan untuk sesat memang sentiasa ada. Apatah lagi kalau tak ada alamat dan tak pernah pergi. Jadi semasa dalam perjalanan tu, ada bangunan yang menarik kita boleh jadi alfa,ada orang menarik kita boleh jadi leka….sebab kita sedang tercari-cari. Bahaya sungguh kalau berjalan dan mencari tanpa alamat sebenar tujuan kita.

Kalau kita kaitkan dengan keadaan hidup sekarang, kita bayangkan orang yang tidak mempunyai matlamat dalam kehidupannya, main ikut sahaja. Orang sekolah, dia pun sekolah, orang ambik peperiksaan, dia pun ambik jugak, orang kerja dia pun kerja, orang kahwin dia pun kahwin. Macam mengarut je. Tapi kita temui ramai orang begini dalam hidup kita. ada pelajar sekolah yang sudah dapat keputusan peperiksaan spm tapi tak tahu nak jadi apa. Keputusan agak baik tapi tak pasti apakah bidang yang nak diceburinya. Jadi isi boraang pun atas nasihat orang lain. Ada kawan yang bekerja dengan kita kata dia tak fikir apa pun hanya buat apa yang dia patut buat, dulu tak pernah ada cita-cita tertentu…… tak kisah. Dan ada yang kahwin sebab semua orang kahwin, keinginan ada….duit ada….kahwin je la….

Tak kisah lah juga semua tu….sebab ada orang yang setelah dewasa dan matang, mereka sedar bahawa kehidupan bermatlamat adalah lebih mudah berbanding kehidupan yang ikut hari aje. Ramai yang akhirnya mengubah juga cara berfikir mereka dan mula membuat apa yang terbaik untuk diri mereka dan juga keluarga, dunia dan kehidupan seterusnya. Namun malangnya ada juga orang yang telah lama hidup, masih juga tidak berubah, tiada matlamat bahkan merasa bahawa hidup hanya sekali dan singkat sahaja….jadi buat apa sahaja janji bahagia. Soal matlamat hanyalah bersifat keseronokan dan kebahagiaan semasa sahaja…..yang lain tu….tak perlulah fikirkan

Akhirnya hari ini kita melihat masyarakat yang tiada kekuatan menghadapi walau hanya sedikit ujian hidup. Suami isteri terjun bangunan setelah bunuh anak sendiri, suami bunuh diri sebab isteri minta cerai, teman lelaki bunuh kekasih kerana cemburu, suami bunuh isteri berbual dengan lelaki lain dalam talipon, anak bunuh bapa dan datok…….macam-macam. Itu belum lagi perkara yang macam hidup biasa…..hubungan sulit pasangan berkahwin dengan lelaki dan perempuan lain, anak luar nikah, buang anak!!! Aduhai apa nak jadi dengan kita. Orang yang dilantik sebagai pemimpin tidak memimpin, tidak menunjukkan contoh yang baik, cikgu yang sepatutnya mendidik yang baik, menunjukkan contoh yang buruk, ibu bapa yang seharusnya melindungi jadi pengancam paling bahaya….entahlah banyak sangat ironi dalam kehidupan kita.

Jom la kita fikirkan!!!!

Sunday, May 16, 2010

Apakah sukatan pelajaran kita hari ini?

Hari ni Hari Guru… terkenang cikgu-cikgu kita dulu! Cikgu semua di mana jua anda berada, semoga rahmat Allah bersama kalian. Dan kita membayangkan cikgu-cikgu kita yang telah mendahului dan meninggalkan alam fana ini, apakah perasaan mereka jika mereka tahu apa yang berlaku di bumi ganyut ni…masih mampu mempersona dan memperdaya manusia.

Melihat apa yang berlaku di Negara yang tercinta ini, adakala kita terasa-rasa bahawa akan ada musibah besar melanda….kita jadi sangat takut. Lihatlah apa yang berlaku hari ini. Jenayah lebih dahsyat dari jahiliyah berleluasa. Kalau dulu hanya bapa pergi menanam dan menguburkan anak perempuan, kini ibu yang melahirkan sendiri sanggup membunuh anak-anak. Suami dan bapa yang sepatutnya melindung dan menaungi menjadi perosak, pembunuh dan sangat zalim, mengancam dan mencederakan isteri dan anak-anak. Pemimpin yang sepatutnya memimpin rakyat untuk kemakmuran Negara dunia dan akhirat…macam menggali lubang jalan pintas ke neraka….

Entah, kita jadi keliru tapi lebih banyak ngeri. Orang yang sebenarnya berbuat kejahatan meletakkan kesalahan yang dilakukan kepada mangsa kejahatan, orang yang dianiayainya….berterusan dizalimi tanpa sedikit pun rasa kesal atau takut akan balasan Tuhan. Dimana perginya kemanusiaan dan apakah telah hilang punca kebanyakkan manusia sehingga mereka lupa tanggungjawab sebenar mereka dan tugas utama wujud kita di dunia.

Ada cikgu yang kita jumpa merasa sangat rendah hati/diri kerana mereka menjadi guru. "Saya cikgu je!" Aik, malu sungguh dia dengan pekerjaan yang sangat mulia. Manakala para artis dengan bangga mendedah sana, mendedah sini, bergambar menjolok mata, berpeleseran, berpegangan tangan, berpelukan tanpa ikatan untuk jadi tontonan. ??????? Tak ada kata kita nak luahkan. Penilaian masyarakat tentang status pekerjaan.

Dan lelaki hari ini banyak kembali kepada pandangan zaman jahiliyah…perempuan tak perlu dihormati, tak perlu layanan istimewa, tak perlu itu tak perlu ini dan wanita moden berperangai seperti wanita jahiliyah… malas nak digambarkan!!! Kita menasihati diri sendiri!!! Mengapa kehidupan kita terlalu benar berkisar dengan keseronokan sementara ini? Banyak benar bayi yang dibuang, banyak sangat mengandung luar nikah, banyak sungguh rumahtangga berantakan, pembunuhan, penipuan, dosa dan maksiat merata-rata… masyarakat seumpama masyarakat sodum yang diterbalikkan buminya membina daerah di mana-mana...kita sengaja pendekkan usia dunia…kita mengharap kiamat berlaku cepat…wallahualam…kita takut!!! Dan sekarang kita berani mengubah hukum dan menghalalkan yang jelas benar haram, yang terang nyata keburukannya, yang hanya membawa kepada bencana…

Friday, April 30, 2010

Tugas isteri?

Berbual dengan seorang kawan yang masih muda dan bujang hari ni mengajar kita tentang banyak sekali pengharapan seorang lelaki dalam mendirikan rumahtangga. Kita rasa kasihan padanya dan bakal pasangannya. Dia meluahkan letih dan penat bekerja. Tak sabar nak berkahwin supaya ada yang dapat memberi hiburan, menyediakan makan dan menguruskan keperluannya. Nanti senang sikit katanya, tak payah lagi nak keluar makan, nak masak sendiri dan hantar baju dobi. Kita memandangnya dan mendengar. Lepas tu kita tanya adakah bakal isterinya bekerj sebagai tukang cuci dan memasak? Dia pandang kita dan kata sudah tentu tidak. Bakal isterinya sama belajar di university dulu, sekarang bekerja di syarikat swasta, anak kedua dari tiga orang adik-beradik.

Kita tanya dia, adakah dia biasa kerja rumah dan memasak. Jawabnya jarang sebab rumah ibu bapanya ada orang gaji tapi dia dah cakap bila kawin nanti dia nak buat segalanya sendiri. Teman wanitanya pasti sangat cintakan dia dan sanggup berjanji untuk buat semua tu. Lepas kita tanya lagi, kalau dia tak pandai dan tak mampu nak buat seua macamana? Kata kawan tu, mestilah dia akan tolong juga, tak akan dia biarkan isteri yang tercinta buat segala-galanya, tapi sekurang-kurangnya dia adalah orang yang boleh diharapkan kalau dia penat dan letih.

Kita rasa kasihan pulak. Terbayang ramainya para isteri yang bekerja, berjawatan tinggi, tergesa-gesa balik ke rumah untuk uruskan rumahtangga pula. Kadang-kadang isteri balik dan tak rehat pun, terus masuk ke dapor memasak dan menghidupkan mesin basuh. Suami boleh baring dan tengok tv. Entahlah! Dan kerap juga kita dengar lelaki yang meluahkan kecewa sebab isteri tak layan mereka, asyik penat je! Tak tahu nak komen apa. Tapi kita harap sangat lelaki tidak merasa bahawa perkahwinan itu adalah jalan keluar mudah untuk masalah gosok baju, kemas rumah, masak dan urusan duniawi sahaja, bukan sekadar itu.

Semoga kita semua beroleh bahagia dunia dan akhirat….diredai Allah dan diberkati setiap ketika, amin!!!


 

Wednesday, April 28, 2010

Nak harapkan lelaki?

Kementerian lelaki? Kita rasa macam kelakar je. Sebab lelaki itu seharusnya dan semulajadinya adalah pemimpin.

Dari zaman berzaman sebelum kedatangan Islam, wanita sentiasa tertindas, tiada pembelaan. Apabila Islam disebarkan melalui Rasulullah s.a.w. maka jelas sirna bahawa lelaki are born to be the protector, mungkin yang kecil akan dilindungi tetapi apabila tanda-tanda menunjukkan mereka perlu perlindungan, dari apa ye, apa-apa sajalah….ada kepincangan di situ. The protector now is in dire need of protection?

Teringat pula tentang ciptaan perempuan. Adam a.s. wujud dahulu daripada Hawa a.s.. Hawa melengkapi dan mengisi kekosongan dan kesunyian Adam. Kalau di ibaratkan wanita itu tulang rusuk, ia melindungi paru-paru dan jantung! Tanpa jantung, tulang rusuk itu tiada maknanya…tapi jantung boleh berfungsi tanpa rusuk. Betul ke analogy ni?

Maksudnya, lelaki adalah seharusnya menjadi penggerak, peneraju, pemimpin…bukan dilindungi. Benar mereka perlu kasih sayang, belaian, perhatian, sokongan, semangat, dorongan, galakan, nasihat…tapi mereka mempunyai kelebihan sebagai pemimpin dan lebih banyak akalnya berbanding perempuan.

Tapi bila fikir semula itulah hakikat lelaki akhir zaman. Banyak yang buruk dari yang baik, banyak yang lemah daripada yang kuat. Mungkinkah kementerian ini boleh menjaga golongan lelaki lembut, songsang, tak pasti identity, tak tahu tanggungjawab sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya.

Yang jelas, scenario hari ini adalah, wanita memang kebanyakkan berdikari, berpendidikan dan berjawatan tinggi, berwibawa dan lebih bertanggungjawab. Teringat pulak satu dokumentari yang kita tengok tentang hyena, haiwan yang ganas dan boleh makan bangkai, memburu binatang dan boleh kunyah dan cerna semua tulang keras. Hyena ni diketuai oleh betina dalam kelompoknya. Yang jantan hanyalah bertaraf rendah dan dikuasai sepenuhnya oleh betina dalam kelompok itu. Dalam kelompok haiwan ni, kalau lahir sebagai lelaki,kira tak bestlah.

Tolonglah para lelaki di luar sana, kembalilah kepada fitrah…anda imam, anda pemimpin, anda bapa, adalah penjaga….dalamilah ilmu agama, amalkanlah akhlak iman, pelajarilah ilmu dan amalkan untuk kebaikan bangsa dan agama. Kita rasa segan pulak memikirkan lelaki kat Malaysia ni, ada yang bercadang nak bela nasib lelaki…dari siapa? Perempuan? Alamak….

Saturday, April 24, 2010

Tempat jatuh pasti dikenang

Seminggu dua ni bertemu ramai kawan lama di alam virtual….(zaman jahiliyah kita…ketika hati kita dihijab dengan titik hitam …nauzubillah …semoga Allah ampuni kita). Zaman remaja kita yang tidak kita banggakan namun kita sangat menghargai persahabatan yang kita temui dulu dan bagaimana kita semua dewasa bersama masa, dan insyaallah memahami maksud dan tujuan kewujudan di alam fana ini, walaupun perjuangan melawan hawa nafsu ini memang jihad yang perlu sentiasa kita lalui dengan harapan dan doa yang tidak pernah putus.

Ada kawan cakap kat kita bahawa mencari dan mengembalikan semula kenangan lama itu ibaratnya orang yang tak ada matlamat hidup. Bahawa masa bergerak ke depan, bukan ke belakang. Tak perlu nak cari, kalau ada pertemuan, pasti bertemu. Mungkin ada kebenaran katanya itu berdasarkan pengalaman dan pemahamannya. Sebenarnya kita tidak juga mencari walau kita gembira apabila bertemu.

Kita pun tak mahu mengingat kisah lama apatah lagi yang buruk, umpama menggali kubur dan bawa balik mayat yang dah busuk balik ke rumah. (Dlm buku Jangan Bersedih kita baca ni!) Tapi kita rasa kalau kesempatan itu datang dan memberi peluang kita bermaaf-maafan, bersilaturahim, membina ukhwah, apa salahnya…dalam suasana yang berbeza pula…saling ingat-mengingati. Ini bukan perkara remeh-temeh – nothing trivial about this! (pernah tulis tentang triaviality dulu-2009/03/vested-in-triviality.html).

Persahabatan itu adalah suatu anugerah yang tak ternilai harganya. Ada masa sahabat lebih memahami kita dari keluarga sendiri dan meluahkan perasaan kepada sahabat yang baik adalah satu cara melepaskan perasaan-terapi. Kadang-kadang persahabatan itu timbul secara tidak sengaja dan akhirnya menjadi suatu yang sangat berharga. Kita teringat saat kita dilanda ujian kehidupan, sukarnya untuk bercakap dengan keluarga yang sememangnya memahami tetapi pada masa yang sama sangat menyayangi dan melindungi…kasih sayang mereka menyebabkan kita lebih banyak menangis kerana mereka tak mampu mengawal perasaan sedih dan marah. Tetapi sahabat yang setia, mendengar tanpa apa-apa komen melainkan apabila kita minta pendapat mereka…kita rasa tenang. Bila kita tak mahu bertemu keluarga disaat kita dalam kesedihan, ada sahabat yang sentiasa bersama kita…Alhamdulillah! Allah yang Maha Menjaga… mendatangkan teman semasa kita dilanda kesedihan. Kita pun pernah juga tulis tentang persahabatan ( making-connection.html ) dan ( this-is-another-interesting-lesson-in.html ).

Memang kita pun tak mahu mengungkit kisah lama tetapi itulah perjalanan kehidupan. Apa yang telah berlaku adalah takdir yang telah terlepas dari daya kita, yang tinggal hanya kenangan dan doa semoga kita diberi petunjuk dan hidayah untuk menjadi insan yang diredai Allah. Jatuh bangun dalam kehidupan itulah yang mematangkan kita menjadi orang yang sepatutnya lebih baik bukan sebaliknya. Beruntunglah orang yang diberi umur dan masa untuk memaanfaatkanya sebaiknya…. Dan rugilah orang yang masih tak tahu apa yang dicari dalam kehidupan ini…masih terkial-kial mencari makna kehidupan.

Semoga pengalaman masa lalu kita, pahit atau manis mendekatkan kita kepada Allah bukan menjauhkan kita dariNya.

Friday, April 23, 2010

Bermulalah Dengan Diri Sendiri

Kita selalu menasihati orang lain. Adakah nasihat itu kita gunakan untuk diri kita juga. Sebabnya orang yang menasihati orang lain seharusnya menasihati diri sendiri juga. Kadang-kadang kita mendengar dan menerima nasihat dari orang lain, kadang-kadang kita memberi nasihat kepada orang lain, kadang-kadang kita minta nasihat daripada orang lain atau orang meminta nasihat daripada kita. Semua itu memang baik dan orang yang beragama memang perlu saling nasihat-menasihati…(banyaknya perkataan nasihat). Kebanyakan masa memang nasihat baiklah yang akan kita terima. Ada juga nasihat yang tidak menolong atau membina sebaliknya menghancurkan sahaja.

Kenapa kita nak cakap tentang isu nasihat ni? Sebab kita melihat orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam sebuah organisasi memberi nasihat dan perangsang kepada warganya tapi peribadinya sebaik beredar dari pentas berucap lansung tidak menggambarkan orang yang mengamalkan apa yang dinasihatinya. Memang ada pepatah yang mengatakan "dengar apa yang disampaikan, bukan siapa yang menyampaikan" tapi apakah nilai nasihat yang tidak diamalkan sendiri oleh orang yang memberi nasihat?

Sebagai contoh apabila kita dinasihatkan supaya bersabar di tempat kerja dengan kerenah rakan-rakan sepejabat, dengan kemudahan yang kurang lengkap dan tidak selesa…..penasihat meleteri pembantunya yang lambat menuangkan air sebaik saja dia habis berucap! (Hai..tuan penasihat….berapa persen?) isy..isk..isk…baru je tadi suruh orang sabar, kenapa depan kelompok yang sama marah orang tuang air lambat?

Itulah 'cakap tak serupa bikin'! Kalau sebelumnya orang merenung dan memikirkan hikmah dari ucapannya, tapi selepas itu orang memandang dia sebagai hipokrit yang cakap saja lawa, diri sendiri jelek walau mungkin rupa paras tiada yang kurang. Apabila orang-orang bawahan mengadu tentang kerosakan kemudahan yang ada ditempat kerja, mereka disuruh bersabar tapi kalau kemudahan yang melibatkan keselesaannya terjejas, dengan pantas tindakan diambil. Untung jadi orang berpangkat dan berkuasa, boleh pastikan keselesaan diri sendiri terjaga, beri kata-kata janji menyedapkan hati orang bawahan lepas tu peduli lah apa nak jadi pada mereka.

Itulah keadaan hidup hari ini. Kita selalu menyuruh orang lain tapi tak suruh diri sendiri. Kita sentiasa salahkan orang lain tak pernah salahkan diri sendiri. Kita melihat segala kelemahan dan keburukan orang lain bukan menilai kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Berapa orangkah yang gagal dalam hidupnya akan duduk dan menilai keadaan bermula dengan diri sendiri berbanding menilai orang lain dan faktor-faktor lain yang dirasa menyebabkan kegagalan itu? Kita tak tahu jawapannya. Tapi kita kerapkali berjumpa orang yang menyalahkan orang lain bukan diri sendiri dan orang yang tak rasa dirinya bersalah lansung dalam apa-apa keadaan pun.

Sebagai contohnya, seorang pemandu lori yang tak memberi isyarat masuk simpang kecil, menyalahkan lampu isyarat lori yang rosak apabila kemalangan berlaku….seorang pemandu mati kerana melanggarnya dari belakang…tapi dia tengok ke cermin belakang sebelum masuk simpang tu? Tak boleh ke dia guna isyarat tangan dan berhenti sekejap sebelum tiba-tiba masuk sedangkan kereta belakang sedang cuba memotongnya kerana tak sangka lansung dia nak belok ke kanan. Simpang ladang tepi jalan bukan ada tanda amaran pun. Orang yang biasa jalan tu, mungkin tahu ada simpang, kalau orang yang baru lalu? Bila tanya, sekali pun tak dengar dia kata, "salah saya tak tengok belakang, tak bagi isyarat dan tak berhenti sekejap"….yang ada…"lampu signal rosak, mana saya tahu kereta tu nak potong, saya biasa keluar masuk ladang ni, dah bertahun tak pernah ada kemalangan macam ni. Dah ajal dia macam tu!"

Tiada pun melihat pada kelalaian diri sendiri sebagai penyumbang kepada kemalangan itu. Tak mahu mengakui kesilapan dan memberi berbagai sebab lain yang menjadi punca…itulah sifat manusia yang kadang-kadang nak melepaskan diri dengan mudah. Tiada kesalahan diri sendiri! Begitulah dalam organisasi. Kalau kepimpinannya tidak mampu menasihati diri sendiri,mengenal pasti dan mengakui kelemahan diri, mana mungkin dia membetulkan orang lain. Akhirnya, organisasinya akan pincang, akan banyak masalah timbul.

Kalau kita tidak dapat menerima kelemahan kita sebagai manusia yang tidak sempurna, maka kita hanya akan melihat kelemahan orang lain sahaja dan merasa diri kitalah yang paling sempurna. Semoga kita semua menjadi penasihat yang terbaik untuk orang lain dan diri sendiri. Untuk melihat perubahan, kita mesti berubah…perbaiki diri kita…insafi kekurangan kita… dan hargailah orang lain!


 

Thursday, April 22, 2010

Antara Kenangan dan harapan

Masa itu adalah suatu anugerah yang diberi hanya sekali seumur hidup ini. Kebanyakan masa, manusia tidak sedar bahawa tiada peluang langsung untuk mendapatkan masa yang telah terlepas walaupun hanya sedetik. Bila terfikir macam tu ada banyak sesalan yang akan dirasai namun begitu sesalan ini bukan beerti kesal dengan kesilapan yang berlaku tetapi kesal kerana tidak mengambil peluang kesempatan masa yang ada untuk buat apa yang sepatutnya dibuat (dalam kepala dan mengikut fikiran sendiri…..tentang keuntungan yang diperolehi jika kesempatan itu digunakan dengan sebaik-baiknya.) Sebab itu ada bijak pandai pernah mengatakan

– Opportunity knocks only once-

sebab peluang yang datang selepas itu adalah peluang yang berbeza. Tapi ada orang yang bernasib baik diberi peluang yang sama berkali-kali dalam hidupnya. Bukan bermakna waktu terhenti tapi peluang itu muncul pada masa dan ketika yang berbeza. Masa terus bergerak. Memang hidup kita telah ditakdirkan tapi kadangkala kita terfikir kalau aku rajin belajar sewaktu usia masih muda mungkin sekarang dah dapat PhD, atau kalau aku tak kawin awal sangat dulu mungkin aku dapat menjelajah banyak negara, blab..blab…blab…..

Ada orang menyesal kerana dia pernah ada peluang untuk buat sesuatu perkara tetapi dia tak buat. Contohnya seorang pemandu kereta terserempak dengan lori gula yang terbalik sehingga gula bertaburan diatas jalanraya…dia tak terfikir nak ambik gula tu sebab merasa tak patut "menangguk di air yang keruh". Bila sampai rumah dia dapat tahu, gula tu memang akan dibuang sahaja walaupun terdapat bungkusan yang masih elok kerana pihak yang membersihkan jalan tak akan tolong kutip!!! Jadi dia rasa menyesal tak ambil gula tu…( ini contoh yang pernah kita lihat) tapi bukan kita ye!

Ada pulak yang menyesal sebab ada peluang buat jahat tapi tak buat, contohnya pernah jumpa seutas rantai emas dan talipon bimbit tercicir, dia pergi serah pada polis yang kebetulan lalu dan polis tu tak tanya apa-apa terus masuk poket dan jalan. Dia kata kalau dia tahu macam tu baik dia saja yang ambil. Ada juga orang yang menyesal kahwin cepat atau lambat, menyesal sebab kahwin pun ada! Ada yang menyesal berkahwin dengan pasangan sedia ada. Dan ada juga orang yang pernah menyesal buat kebaikan! Sedihnya! Menyesal tolong orang tapi lepas tu, budinya tidak dibalas, bahkan di aniayai atau diambil kesempatan pula. Ada yang menyesal memberi sedekah atau hadiah kerana tidak dihargai, atau lepas tu terasa kerugian setelah memberi. Tak ikhlas rupanya…

Segala apa yang berlaku berlaku seiring masa. Yang telah berlaku dalam kehidupan menjadi kenangan…manis ke, pahit ke, payau ke, gembira ke, sedih ke…hanya boleh kita ingat dan kenang. Yang baik kita hargai dan yang tak baik kita cuba lupakan….baik buruk semuanya ada pengajaran yang berharga. Apa yang kita ada sekarang hanya sekarang.

Kita kena pandai memilih untuk menggunakan masa yang kita ada untuk buat apa yang baik untuk kita. Sebenarnya kita mempunyai pilihan dalam hidup ini…itu sunnatullah. Kalau apa yang berlaku bertentangan dengan segala usaha kita…itulah takdir! Apa yang memang telah tertulis dan ALLAH memilih kita untuk diuji dengan ketentuan itu….istimewanya kita!! Dalam kehidupan seharian kita selain urusan kehidupan dengan kerja, kita juga boleh memilih emosi apa yang kita nak guna. BENAR! Kita boleh memilih untuk marah atau tidak, untuk sedih atau gembira, seronok atau bosan…blab,blab,blab….

Kalau sesuatu perkara yang berlaku, kita rasa tak patut dan boleh menaikkan darah kita, kita boleh latih diri kita untuk tidak marah. Tak percaya cubalah!!! Dan untuk hari esok apa yang boleh kita lakukan adalah berdoa…mengharap. Sebab itu doa itu adalah perbuatan yang sangat baik kerana bersamanya datang harapan. Jangan doakan yang buruk untuk orang lain…….doalah yang baik untuk semua selamanya! Dan semoga kita tak sia-siakan masa kita.

Monday, April 19, 2010

Hari terakhir, di manakah kita?

Hari ni kita kita baca kisah seorang lelaki yang mati dan mayatnya ditemui dalam kotak tv. Semasa hidup pekerjaannya adalah mengutip kotak dan menjualnya... begitulah diakhir hayat pun dengan kotak…mati dalam kotak! Dulu kita sering baca kisah kematian yang berkaitan dengan cara hidup seseorang. Seorang penjinak harimau terkemuka, mati di baham harimau peliharaannya, pelumba kereta mati dalam kemalangan jalanraya, penyanyi yang mati ketika menyanyi… dan kita merasa segalanya adalah petunjuk yang amat terang lagi jelas.

Kita membaca Malam Pertama di Alam Kubur (Dr. Aidh Al Qarni) bahawa kematian itu "selalunya" akan datang menjemput kita ketika kita sedang melakukan apa yang biasa kita lakukan…amalan kehidupan seharian kita. Ya, selalunya, bukan setiap masa. Kita pernah kenal orang yang soleh yang kuat amal ibadatnya. Waktu lapangnya setelah bersara ialah menjaga kebun buah-buahannya setiap hari selepas sunat dhuha dan selepas waktu asar; sehingga suatu hari sebelum balik ke rumah dalam pulul 12 tengahari, beliau jatuh di kebunnya lalu meninggal dunia. Tapi kita rasa beruntunglah dia, sebab dia seorag yang warak dan baik, semoga ditempatkan bersama orang yang soleh.

Kita memikirkan apakah yang seharusnya kita lakukan dengan masa sedikit yang kita ada. Nak buat perkara kebaikan atau kejahatan. Kalau ditakdirkan telah sampai masa kita, kita nak mati dalam keadaan macamana agaknya? Tak tahulah kita….semoga kita mati dalam keadaan yang baik…Husnul Khatimah! Kadang-kadang kita teringat manusia yang adakalanya lalai dan lupa bahawa kematian itu pasti…tiada siapa yang dapat menolaknya. Kita pernahjuga tulis entry tentang ini (/2009/07/kehidupan-ilusi-kematian-realiti.html ). Apabila tiba detik dan waktu terakhir kehidupan di alam fana ini, adakah kita akan mati dipembaringan biasa kita atau dalam dakapan kekasih haram, dalam keadaan sedar atau mabuk, dalam keadaan bersih suci atau berhadas? Teringat kita dalam buku yang kita baca itu bagaimana seorang lelaki yang baru berkahwin melayari malam pertama bersama pasangannya kemudian keesokan harinya, dia melalui malam pertama dalam 'dakapan' tanah. Sebab kematian itu tak pernah memaklumkan kehadirannya.

Sebab itu kadang-kadang kita merasa beruntung orang yang ditimpa penyakit sehingga doctor memberitahu kepadanya bahawa masanya tinggal sedikit. Peluangnya untuk hidup tidak berapa lama, itulah perkhabaran yang menyedihkan tetapi hikmahnya orang yang boleh mengagak masa kematiannya seharusnya menggunakan kesempatan yang ada untuk menginsafi kewujudannya di alam yang fana ini jika dia seorang yang bijak. Orang yang bijak walau tidak sakit akan selalu mengingati saat datang ajal…bila maut menjemput. Tapi malang juga bila kita melihat orang yang Allah uji dengan penyakit tetapi tidak melihatnya sebagai peringatan selalin ujian yang mungkin merupakan kafarah dosa, atau meningkatkan keimanannya, atau sebagai anugerah yang akan menjadi pasportnya ke syurga. Tidak akan disentuh api neraka orang yang diuji dengan penyakit yang berat semasa hidupnya (kita pernah baca ni dulu) jika dia sabar dan tabah melaluinya…tapi dengan sifat-sifat dan perangai serta akhlak bersyukur dengan ketentuan Allah. Bukankah kita sering mendengar kisah Nabi ayub a.s. yang diuji dengan kesukaran hidup dan penyakit sehingga tiada apa yang lekat di jasadnya melainkan hati dan lidahnya yang tak lekang dari berzikir dan menyebut nama ALLAH. Setelah bertahun-tahun, beliau akhirnya berdoa kerana bimbang ulat yang ada dibadannya akan memakan hanya dua anggota yang tinggal itu sehingga dia tidak mampu mengingati dan menyebut Allah, lalu ALLAH sembuhkan.

Entahlah, kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mendapat redha ALLah….semoga kita semua beroleh hidayah petunjuk, hidup dalam keberkatan dan mati dalam husnul khatimah. Amin!

Saturday, April 17, 2010

Lukisan dari hati

Dalam masa sebulan ini kita bertemu hobi seni baru. Memang kita suka melukis tapi sekarang kita syok buat naïve art. Apa yang best cubaan ketiga kita hantar untuk pameran kat galeri Shah Alam. Semalam kawan kita cakap gambar tu keluar dalam suratkabar….fuyoo syok giler acik rasa!!! Kita yang tak baca surat kabar kertas ni (biasanya online je) dengan jayanya membeli suratkabar jam 12 tengahari semalam….hatiku merasa sangat seronok melihat lukisanku disitu….

Tapi sekejap je la…Alhamdulillah walaupun sebenarnya kita tak yakin masa nak hantar (Cuma ada 4 hari je nak siapkan..org lain start awal lebih dari sebulan) maklumlah baru je belajar dua hari terus nak buat satu untuk pameran. Terima kasih pada cikgu yang mengajar dari Kompleks kraftangan dan juga pensyarah di jabatan seni….syukran, syukran, syukran! Seronok buat naïve art sebab tak payah fikir tentang perspektif, ruang, logic ke apa ke….letak aje. Dan kita suka konsep warna yang tak perlu tona-tona…sekata. Tapi yang penting bila orang tengok mereka tahu apa objek yang kita lukis, apa cerita yang kita nak sampaikan….

Teringat cerita dalam lukisan, rasanya lebih mudah memahami lukisan daripada memahami manusia. Ada kalanya kita jadi tak faham lansung apa yang berada dalam kepala seseorang dan apa yang menyebabkan perangai mereka jadi begitu. Rasanya dah kenal lama tapi ada waktu dan ketika manusia boleh berubah seluruhnya menjadi asing, lansung tak kita kenali. Dan orang yang pernah jadi kawan boleh jadi lawan, sahabat jadi musuh, pelindung menjadi pengancam, selamat jadi bahaya dan sebaliknya. Betullah kata pepatah " kalau kita ada seorang kawan yang jahat perangai dan akhlaknya, tak perlu kita mempunyai musuh"! Sebabnya,kawan yang jahat boleh mendatangkan kerosakan yang lebih dahsyat berbanding dengan musuh. Seorang kawan yang berdampingan dengan kita bertahun-tahun lamanya dan tahu banyak perkara tentang kita akan menggunakan segala maklumat itu untuk menjahanamkan hidup kita. Teringat pulak kisah Hitler yang mati bunuh diri…tapi sebenarnya dia telah dikhianati oleh kekasihnya sendiri yang membocorkan rahsia kelemahannya. (dulu kita pernah tulis sajak tentang hitler- memuji tindakannya menanam yahudi beramai-ramai..sebab yahudi lagi jahat daripada hitler!)

So, kita nak jadi kawan macamana agaknya? Kawan yang didoakan para malaikat kerana mengasihi sahabat-sahabatnya dengan ikhlas kerana Allah atau kawan yang masa senang datang, masa susah hilang. Bukan melindungi tapi merosakkan…kadang-kadang dalam tidak sedar. Macamana agaknya orang yang berkawan tetapi selau bercerita keburukan kawannya pada kawan lain….dia sama buruk atau lagi buruk sebab tu dia boleh berkawan dengan orang yang dikutuknya.

Entahlah…tadi nak cerita pasal lukisan dah lain pulak! Apa pun kita janganlah melampau batas dalam melakukan keburukan…Ingatlah bila tiba hari mulut hanya membisu tak mampu bicara…anggota lain menjadi saksi, bagaimana kita nak menafikan segala yang kita dah buat. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua dan segala kelemahan kita dan memberi kita hidayah dan petunjuk untuk kita meningkatkan iman dan takwa kepadaNYA. Amin!


 

Tuesday, April 13, 2010

Eee panasnya!

Cuaca di Kuala Lumpur kebelakangan ni sangat panas. Sesekali hujan dengan angin dan rebut petir. Kita memang suka hujan dari dulu lagi. Masa kita kecil, mandi hujan adalah hobi setiap kali hujan lebat. Tapi itu dulu masa duduk di pekan kecil jauh daripada pencemaran. Sekarang kita dah tua, tak akan buat kerja macam tu lagi…rasanya! Keadaan suhu yang panas ini adalah ujian sebenarnya apabila alat pendingin hawa rosak sudah hampir dua minggu…belum dibaiki…tiada peruntukan agaknya…wallahualam.

Kawan-kawan yang dulu kita selalu dengar merungut kalau hujan sebelah petang masa nak balik kerja, sekarang pun mengharap agar hujan turun supaya cuaca menjadi lebih sejuk. Kita bawak dua kipas, satu atas meja, satu bawah meja. Sebab kita malas nak mengharap kipas dalam jabatan yang suka berjalan dari satu tempat ke tempt yang lain.

Melihat suasana kosong jabatan sebab keadaan yang panas hati kita tertanya bagaimana agaknya melalui hari bila matahari berada hanya sejengkal di atas kepala. Sekarang boleh lagi pindah tumpang perpustakaan, pergi bilik rehat, tumpang jabatan lain, bawak kipas sendiri… nanti kat sana nak bawak apa ye? Boleh ke bawak payung, topi, kipas, pendingin hawa….macamana ye…bila ada yang peluhnya membanjiri sehingga ke telinga, ada yang kat lutut, ada kat buku lali…

Kita jadi tak berani nak merungut sangat tentang kepanasan ini. Kita pun tak tahu bagaimana kita akan melalui semua tu nanti…hanya mengharap kasih sayang ALLAH agar kita dapat melalui dengan mudah dan doa kita untuk semua.

Monday, April 12, 2010

Benarkah salah kita semua tu?

Kita pernah tulis sesuatu yang similar dengan entry ni.( 2009/07/how-i-wish.html ). Tapi hari ni kita nak menambah sedikit tentang kebiasaan yang menimbulkan kebosanan. Mengapa kita jadi bosan dengan sesuatu atau seseorang apabila kita sudah terlalu biasa dengannya. Dan bagaimana pula kalau kita minat dengan sesuatu, kita boleh terus meminatinya walaupun ia adalah benda yang sama sahaja walau berapa lama pun jangkamasanya. Sebagai contoh, ada orang minat tengok filem-filem tertentu boleh menonton filem yang sama berulang-ulang kali…tak bosan pun! Tengok siri televisyen, hero dan heroin sama saja, boleh agak jalan cerita tapi tak bosan pun. Kenapa kita boleh buat semua tu dengan penuh minat tapi kita tak boleh perbaharui minat kepada pasangan kita sehingga tiada waktu membosankan ketika bersama? Sama juga kalau makanan yang kita gemari, kita boleh ulang makan berkali-kali tanpa jemu walau kita tahu macamana rupanya, bagaimana rasanya, kat mana nak dapat dan sebagainya.

Ada orang kata bosan dengan perangai yang sama, tak berubah, mudah dijangka, tiada kejutan…semuanya hambar. Sampaikan dalam hubungan intim pun dah tak ada seronok lagi sebab dah boleh agak dan jangka setiap geraklaku. Apa masalah yang dihadapi sebenarnya? Ada yang kata dia malas nak fikir, tahan sajalah perasaan sebab tak akan ada apa pun yang akan berubah dan keadaan hidup pun selesa saja, tak kuasa. Tapi mengapa merungut? Mengapa menyuarakan rasa tak puas hati ini pada orang lain? Katanya dah puas bincang, dah penat cakap, dah letih! Dan yang lebih menyedihkan ialah, ada yang menjalinkan hubungan dengan orang lain kerana tak kuasa nak atasi masalah rumahtangga, tak mahu berpisah kerana nanti banyak masalah dan masih ada rasa sayang!

Kita yang memerhati merasa sedih. Mungkin kerana pengalaman pahit kita dan kerana kita melihat kekurangan, kelemahan dan keangkuhan manusia untuk melihat kedalam diri, begitu juga dengan tiada kesungguhan pun menceriakan kembali hubungan yang hambar yang berlansung hanya kerana nak jaga hati anak-anak dan mengelakkan kesulitan lain. Mengapa mudah benar kita berpaling dari janji setia, sumpah dan ikrar perkahwinan yang dilafazkan dahulu. Tiada nilaikah kenangan yang dikumpul bersama, tiadakah harga bagi segala kebaikan walau sekadar membancuh secawan kopi sebelum kita keluar bekerja? Lenyapkah segala perlakuan yang dulu kita hargai, pertolongan sedikit walau hanya berupa tenaga menyidai kain kerana kita tak sempat, buatkan sandwich untuk makan tengahari kita di pejabat, cuci tandas dan bilik mandi bila kita terlupa?

Hanya kerana kita merasa bosan dan ada pula orang lain beri kita perhatian dan ucapkan cinta, kita biarkan hubungan suci suami isteri itu tiada nilai dan harganya? Kita abaikan orang yang telah menemani kita bertahun-tahun lamanya kerana kita berjumpa kawan istimewa yang beri kita perhatian? Itulah salahnya kalau kita memandang enteng, mengambil mudah, taking things for granted! Takut nanti yang dikendong keciciran yang dikejar tak dapat!

Bercakap tentang kehilangan apa yang kita miliki dan terlepas apa yang kita kejar, kita teringat pertemuan kita dengan seorang kawan masa belajar tahun 80 an dulu dalam facebook. Dia tanya kita tentang hubungan kita yang terlerai, bagaimana dia bertemu dengan bekas suami kita…(yang beria-ia nak jumpa dia)…tapi lepas tu memburukkan kita dengan macam-macam fitnah. Kita pun terasa pelik sungguh. Mengapa tak habis-habis dia nak fitnah kita. Dulu dia yang ceraikan kita…lepas tu dia gila talak sampai kita jadi takut dan seram nak keluar rumah sebab kita tak mahu kembali, sebab istikharah kita semuanya gambaran yang buruk belaka…. Tapi selepas edah kita berkawan dengan dia. Kita maafkan segala yang berlaku sebab kita merasa kekurangan kita sehingga dia mencari makan diluar tapi dia tak habis-habis burukkan nama kita, rosakkan maruah kita.

Apa lagi yang dia nak dari kita, dah bertahun-tahun lamanya berpisah. Dia pun dah kawin lain, kita tak kacau dia pun. Dulu dia merayu untuk kembali membina hidup bersama semula selepas bercerai, mengakui dia bersalah tapi dengan semua orang dia burukkan kita. Bila kita dah bercerai, dia pun tak dapat kawin dengan kekasihnya sebab dia masih isteri orang. Sekarang kita tahu segala jalan kehidupannya tapi kita tak mahu ganggu dan kita diam sahaja walaupun kita boleh juga bercerita. Mengapa dia buat kita macam tu lagi. 16 tahun kita hidup dengan dia. Beribu hutang dia kita bayar….entahlah! Bahagiakah dia agaknya? Kita sebenarnya malas nak tulis cerita peribadi begini tapi kita rasa sedih dengar cerita yang dah lama berlaku tapi masih terus diperkatakan dan yang lebih buruk….fitnah terhadap kita….pernahkah agaknya dia sayang kita dulu….

Balik kepada kebiasaan yang menyebabkan kebosanan. Mungkin pengalaman kita tak ada kena mengena dengan kita bosan,mungkin dia bosan dengan kita…. tapi sayangilah rumahtangga dengan berusaha untuk menjadikannya menarik walaupun dah lama bersama jangan nanti menyesal lepas tu tak dapat pujuk orang kembali, fitnah dan burukkan bekas pasangan dengan macam-macam cerita.


 


 


 

Friday, April 9, 2010

Hanyalah DIA tempat mengadu!

Dua tiga hari ni kita merasa sedikit tertekan tetapi insyaallah dah berakhir perasaan itu. Ujian nya hanyalah dengan kehadiran seekor monyet kecil warna kelabu di kawasan rumah kita. Dia pernah masuk dalam rumah sekali tapi tak ambil apa-apa. Cuma langgar beberapa barang sahaja…terbalik. Dua hari lepas,bila kita balik dari senaman pagi kita, untuk bersiap nak pergi pejabat, kita masuk rumah tengok botol-botol makanan semuanya atas lantai, buah mangga kita yang masak atas sinki hilang sebiji….kita rasa suspen jugak. Tapi tak apalah. Kita pun memanjat tutup satu lubang tingkap pecah kat tepi balkoni. Tapi petang bila kita balik rumah sekali lagi lebihkurang jam 6.15, rumah kita lagi teruk keadaannya dan monyet tu berak dalam rumah! Aduhai, kita rasa takut dan bimbang! Kita memanjat lagi cari mana lubang masuk monyet tu. Mungkin saiznya yang kecil memudahkan dia masuk walau ada sedikit bukaan kecil.

Kita kemas beg kecil pergi tidur kat rumah adik. Hati terasa sedih dan merasa benar keseorangan dan ketidakupayaan kita menghadapi situasi macam tu. Dan sedih sebab kita dah buat aduan semasa pertama kali dia masuk. Tiada tindakan. Dalam keadaan ini kita merasa kecewa sebab kita berharap dengan manusia untuk selesaikan masalah monyet tapi tiada penyelesaian. Memang orang lain dengar hanya gelak dan buat lawak tentang monyet tu suka kat kita la, datang melawat kita la…blah, blah, blah.. Tapi kita takut dengan monyet tu. Memang itu hanya monyet kecil tapi kita pernah halau dia dari balkoni, dia tunjuk giginya pada kita. kita merasa begitu lemah dan sedih, hanya kerana seekor monyet kecil…ujian!~

Jadi semalam kita pergi kedai hardware, beli jaring dan dawai. Kita akan panjat dan usahakan sendiri. Allah sahaja pelindung dan penjaga yang tak akan mengecewakan. DIA dah bagi kita akal dan kudrat, lebih baik bergantung dan mengharap pertolonganNYA daripada pertolongan sesama manusia. Lepas tu kita buat apa yang termampu untuk tutup segala ruang yang mungkin boleh dimasuki oleh monyet kelabu kecil tu. Lepas tu kita basuh kain-kain dan baju yang kita rasa telah dicemari monyet. Kita mop lantai, cuci dan lap perabot, cuci pinggan-mangkuk kat dapur dan buat apa yang patut. Penatnya!

Pengajarannya adalah lebih baik kita berusaha dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita…brain and brawn! Lepas itu kita bertawakkal. Sebabnya sehingga hari ini tak ada pun perangkap yang dikatakan akan dipasang. Begitulah bila meletakkan harapan kepada sesama manusia…seringkali kecewa. Kita dah lama hidup sendiri dan hampir setiap waktu kita berdikari, Alhamdulillah! Tapi kita hanya manusia biasa yang ada kalanya'merasa' tak mampu nak buat semua benda sendiri…walaupun sebenarnya kalau kita usahakan, insyaallah boleh! Mungkin hasilnya tak sebaik atau secantik hasil tangan seorang lelaki yang secara semulajadi harus lebih gagah dan lebih mantap dari segi keupayaan dalam kerja-kerja begini.

Allah tak akan membiarkan kita dalam keadaan begini tanpa membekal dan mempersiapkan kita dengan keperluan hidup. Itulah yang kita pelajari, tapi nafsu manusia, kita terasa sedih juga sebab hanya seekor monyet kecil, fikiran kita terganggu, penumpuan kita hilang, keberanian kita tercabar dan keyakinan kita tercalar. Lemahnya kita. Apapun kita berdoa semoga monyet tu tak datang lagi. Semoga Allah beri kita semua kekuatan untuk melalui kehidupan ini walau apapun keadaannya. Semoga kita semua selamat dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday, April 7, 2010

Berkekalankah hormat kita?

Atas dasar apakah kita menghormati seseorang? Sebab kewibawaannya, pangkatnya, hartanya, kuasanya, popularitinya? Dan mengapa pula kita perlu menghormati orang lain? Kerana sifat menghormati itu adalah salah satu cabang akhlak yang mulia. Dan berakhlak mulia itu adalah tuntutan agama. Rasulullah s.a.w. pernah mengisyaratkan dengan jarinya bagaimana rapatnya jejari Baginda s.a.w. itu, begitulah rapatnya kedudukan orang yang berakhlak mulia dengan Baginda di syurga kelak.

Jadi apakah kita tidak mahu memiliki kesempurnaan akhlak dengan juga mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama manusia. Bercakap tentang hormat ini, kita nak kaitkan hormat seorang murid kepada gurunya. Seorang guru, atau cikgu, atau pengajar, atau pensyarah, atau ustaz/ustazah…. Tak kiralah siapa. (Kita selalu menganggap semua orang yang mendidik jiwa kita dengan sesuatu pengajaran yang baik sebagai guru dan cikgu kita selain yang memang mengajar kita di sekolah, di surau, di university, di radio, penulis buku blah,blah…)

Adakah seorang guru yang pernah mengajar kita dulu, tak perlu lagi kita hormati setelah kita meninggalkan alam persekolahan? Hari ini kita melihat pelajar yang hanya hormat guru dalam pagar sekolah sahaja. Di luar pagar mereka boleh jumpa guru dan buat macam tak kenal aje. Boleh bertingkahlaku yang kurang sopan walaupun dipandang oleh guru hanya kerana mereka di luar kawasan sekolah dan tahu cikgu tak ada apa-apa kuasa untuk melarang atau menegur mereka. Dan amat malang juga ada guru atau cikgu yang hanya berwatak guru dan cikgu dalam pagar sekolah sahaja.

Mulia manusia kerana Allah memuliakannya lalu dia dilihat mulia dimata orang lain. Kalau seseorang itu mempunyai kedudukan, pangkat atau jawatan, merasa dirinya mulia tetapi tidak di muliakan Allah Subhanahuwataala dalam ertikata yang sebenarnya; mungkin akan dihormati orang didepannya sahaja, pada waktu dan ketika lain, dia dicerca, dihina dinista oleh buruk perangai dan tingkahlakunya. Jadi kalau kita ingin dimuliakan dan dipandang mulia, kita jugalah yang harus berusaha dengan akhlak yang mulia agar Allah memuliakan kita.

Adakah kurang wibawa guru hari ini maka dia tidak dihormati dan dimuliakan oleh para pelajar atau terlalu rosakkah pelajar hari ini sehingga mereka tidak tahu menghormati guru-guru mereka. Entahlah. Kita tak tahu mengapa kita membincangkan hal ini hari ni. Tapi kita juga seorang pendidik walau bukan di sekolah lagi, kita melihat pelajar sekolah merokok dan berlonggok di kedai waktu pagi sedangkan ibu bapa mereka pastinya menyangka anak-anak mereka ini berada di sekolah. Seorang sahabat beritahu kita tentang guru-guru yang tidak lagi sanggup menegur pelajar-pelaja begini diluar sekolah. Entahlah. Kita pun tak tahu apa yang harus kita buat….


 


 

Saturday, April 3, 2010

Kita tak sama

Menghargai dan menghormati perbezaan kita. Itulah yang kita pelajari hari ini selepas habis ceramah walau ceramah itu lebih menjurus kepada pendidikan khas, tentang keperluan khas yang berbeza bagi setiap perbezaan masalah yang dihadapi oleh OKU. Kita melihat manusia yang dilahirkan cukup sifat dan tidak mempunyai kecacatan dari segi otak dan jasad sebagai individu yang sebenarnya memerlukan pendekatan yang berbeza. Sudah pasti mereka yang dilahirkan 'istimewa' dengan kekurangan mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding yang biasa…tapi itu adalah suatu perkara yang rasanya disedari secara lansung oleh semua orang. Tapi bagaimana dengan manusia biasa yang cukup sifat seperti kita?

Dari segi keperluan asas, cacat atau tidak, istimewa atau biasa, semua orang memerlukan makanan, tempat tinggal, kasih sayang…blah…blah…blah. Tapi dari segi kemahuan perkara yang sama juga berlaku. Apa yang berbeza adalah orang seperti kita mungkin dapat mengawal diri dan berkompromi, memahami dan bersabar, dan pelbagai tindakan waras lain andainya kemahuan kita tidak diperolehi.

Apapun adakah selama ini kita menyedari dan menghormati perbezaan yang terdapat diantara kita? Adakala kita berkawan dengan seseorang bertahun-tahun lamanya dan kita memahami benar perangai kawan kita tu. Kita boleh jangka apa tindakan dia dalam keadaan tertentu, apa makanan kegemarannya, siapa yang dia suka, apa yang dia benci, warna apa yang dia pilih tapi kita kadang-kadang terlepas pandang tentang orang yang sangat hampir dengan kita. Ataupun sebenarnya kita faham dan kita tahu perangai dia tapi sebab kita lebih suka cara kita, maka kita buat tak endah sahaja.

Itu mungkin tanda kita sebenarnya tidak menerima dia seadanya. Kita berharap dia mengikut cara kita sahaja…kita tidak menghormati dan menghargai dia seadanya. Kita terlupa sebenarnya segala perbezaan ini adalah ujian Allah kepada kita. Bagaimana kita menangani ujian ini, dan apakah senjata paling besar untuk menghadapi segala ujian? Itulah sabar. Sabar itu memang susah, memang pahit tapi hasilnya sangat manis.

Dalam kehidupan siapakah yang tidak diuji? Cuma bentuk ujian itu berbeza. Ada yang diuji dengan kemewahan, kesenangan,kebahagiaan lalu terlupa (bahaya sungguh ujian ini), ada yang diuji dengan penyakit, kesusahan, kesedihan…, ada yang diuji dengan anak, isteri, keluarga dan sebagainya. Sabarkah kita dengan segala ujian ini? Sabarkah kita menghadapi kerenah manusia yang berbeza sehingga akhirnya kesabaran itu memberi kemenangan kepada kita? Ya benar, kalau kita sabar dengan orang lain, insyaAllah, akhirnya orang juga akan bersabar dengan kita. Orang akan menghormati dan menghargai kita kerana sabar kita menghormati dan menghargai perbezaan kita. Apapun wajib kita berusaha mendidik jika perbezaan yang ada itu negative tetapi pastilah dengan cara yang berhikmah. Itulah senjata kita…sabar dan hormati dan hargai orang lain juga walau bagaimana berbezanya mereka.

Thursday, April 1, 2010

Adakah kita lalai?

Dah lama kita tak menulis sesuatu yang kita rasa bermakna. Kita bukan malas tapi macam tak ada apa perasaan nak menulis walaupun ada macam-macam benda yang kita lalui dan perhatikan yang kita rasa boleh tulis. Entahlah. Ilham yang baik Allah juga yang memberi, mungkin kita ada buat maksiat yang kita tak perasan atau buat tak endah sahaja sehingga akal kita jadi tumpul dan minda kita kurang aktif memikirkan perkara yang boleh mendidik jiwa.

Satu lagi masalah adalah kita rasa tahap penglihatan kita juga sudah mula merosot. Kalau kita membaca tak boleh lama sebab pandangan kita menjadi kabur dan kita sakit kepala. Bila kita pakai cermin mata, kita jadi pening. Mungkin kita perlu jumpa doctor mata untuk tambah power cermin mata kita. Tadi kita tengok rakaman cctv yang ada kat stesyen minyak BHp Taman Midah waktu kemalangan maut yang berlaku awal minggu ni. Tak jauh dari rumah kita. Kita rasa sedih masa kita dengar dalam radio berita kemalangan tu, bila kita tengok kita pun keliru mengapa laju benar kereta myvi tu masuk ke kawasan pam minyak. Mungkin ada penjelasan pemandunya, tapi kita rasa dalam suasana biasa, agak ganjil untuk masuk begitu laju.

Memang tidak dinafikan ajal maut itu adalah ketentuan Allah. Siapakah yang boleh tahu dengan pasti tentang saat kematian dan bagaimana ia akan berlaku. Kalau nak fikir pun mungkin boleh menyebabkan kerosakan otak sahaja…bagi orang-orang yang mengalami masalah kebimbangan keterlaluan. Apapun, setiap kejadian yang berlaku merupakan pengajaran bagi kita yang berakal dan masih hidup ini. Memang mudah mengungkapkan kata maaf jika kita telah melakukan sesuatu perbuatan yang melukakan atau menyakiti orang lain tetapi kesan yang tinggal pada keluarga mangsa, pastinya sangat hebat dan sukar untuk diungkapkan.

Macamana kita nak elak kelalaian sehingga menyebabkan kita jadi punca kematian. Kita pun selalu lalai! Kita pun lalai juga semasa memandu minggu ni. Hari selasa kita pergi kajang renew paspot kita…masa nak keluar gesel dengan kereta yang park kat tepi jalan sebab rapat sangat dengan kita… salah kita juga sebab kita tak sabar nak keluar, calar sebelah penumpang….duniawi. Pemandunya tak ada dalam kereta, kita pusing semula sebab nak tengok kalau teruk kereta tu, tapi tak ada apa pun yang rosak atau kemek atau calar…hanya kereta kita je…Alhamdulillah!

Tapi kita tak pernah sangka kita akan buat benda macam tu…bila dah berlaku baru kita sedar yang kita tidak cukup berhati-hati. Pengajaran yang kita dapat adalah jika kita merasa kita sudah cukup hebat, pasti sesuatu yang tak dijangka akan berlaku…buktikan yang kita sebenarnya tak hebat lansung. Contohnya kalau kita rasa kita boleh mengawal kereta yang kita pandu dengan baik, adakah kita yakin kita mampu mengawal tindakbalas badan kita pada keadaan tertentu. Macam mata kita yang kabur semacam je minggu ni, suara kita yang tak keluar, walau kita tak demam…tapi lepas tak ada suara 4 hari baru mula batuk…semua tu kita tak mampu mengawalnya.

Lalu sebagai manusia yang sedar diri, seharusnya kita berhati-hati pada setiap masa terutama ketika dalam kelompok ramai dan mengendalikan alatan yang mungkin membahayakan nyawa orang lain. Kita bayangkan kalaulah ada orang kat tepi kereta yang kita gesel tu, kereta kita tak akan kemek tapi apa akan jadi kat orang tu ye? Dan kita dah lama memandu, bayangkan pemandu muda yang baru dapat lesen memandu laju, sebelum tu dah langgar seorang penunggang motorsikal. Entahlah. Mungkin dia pun macam kita. Mata dah kabur, kepala sakit, batuk teruk sampai tak dapat tumpuan ketika memandu.

Apapun, semoga dengan apa yang berlaku dia menjadi seorangn insan yang lebih baik dan mendapat pengajaran yang berharga untuk dunia dan akhiratnya. Dan untuk keluarga mangsa, doa kita semoga tabah dengan musibah yang menimpa. Tenanglah dengan janji ALLAH bahawa setiap kesedihan dan kesakitan akan diberi ganjaran pahala yang tak ternilai dan ada hikmah dan kebaikan bagi setiap yang berlaku.

Wednesday, March 31, 2010

Cry me a river?

Can we really cry a river? We can cry in the river, by the river, over a river, near a river but do you cry a river. Ha ha ha figuratively can, literally no…..! So, why cry at all? Because that is one way of cleaning your eyes. God invented tears to moisten our eyes and clean them. And also for us to cry. I am just wondering about some 'people' (my favorite word) who cry over everything and sometimes cry too much over something or someone. But then who am I to say because I had that moment….those were the days…when I woke up in the middle of the night just to cry! Sometimes, I think it was beyond my control…the urge was just too strong to overcome, so I let it go and somehow a kind of relief, I could sleep again.

Why talk about crying and tears. Not sure why, but I saw someone crying on my way to work. She look so sad and was weeping and the man beside her looked so lost…maybe couldn't think of any word to ease her pain…any soothing words…or he could be the cause of her misery. I am being bad for suspecting him as the culprit for her tears. Aaaahh….just too lazy to think of all these worldly matter….got so many things to do….. My prayers to you lady…have strength!

Wednesday, March 24, 2010

Apa daya kita nak jadi baik...

Hari ni kita nak bercerita tentang sikap manusia yang mudah lupa segala keburukan dirinya tapi mudah sekali melihat keburukan orang lain. Kita harap agar kita selalu mengingati dan menginsafi kekurangan diri dan bercakap tentang isu ini bukan bermakna kita rasa diri kita baik dan orang lain buruk. Kita tahu tentang ketidaksempurnaan insan, kita selalu cakap macam tu, no one is perfect. Tapi kita melihat bagaimana orang yang kecewa kerana perbuatan sendiri, menuduh orang lain menjadi punca kekecewaannya.

Kita memerhatikan bagaimana ada orang yang gagal bahagia kerana dia mencari bahagia mengikut selera nafsu… Kalau dia seorang suami, bahagia dia adalah dilayan seperti raja oleh isteri dan anak, beli apa saja yang dia suka, pergi mana saja yang dia mahu, keluar dengan siapa saja yang dia ingini; kalau dia isteri, bahagia dia adalah dimanjakan suami, dapat apa saja yang dia mahu, anak-anak yang mendengar segala apa yang dia kata; kalau dia seorang kawan, bahagia dia adalah cadangannya diterima setiap masa, hatinya dijaga setiap ketika, permintaannya dipenuhi sentiasa….bla bla bla…

Apabila bahagia mengikut acuannya itu tidak diperolehi maka manusia begini akan rasa tidak bahagia dan mula mencari sebab dia tidak bahagia dengan melihat segala salah orang yang dekat dengannya. Mereka tidak melayaninya sebagaimana yang dia ingini lalu banyaklah rungutan, banyaklah salah yang akhirnya boleh memecahbelahkan rumah tangga dan persahabatan. Apabila berlaku perselisihan atau perpecahan, tak kurang yang dapat pengajaran lalu menginsafi diri dan berubah namun ada juga yang keras hati dan kepala merasa dia juga yang betul dan menyalahkan orang lain atas segala yang berlaku.

Sikap keras hati dan keras kepala yang tidak berubah ini akhirnya menambah buruk kehidupannya setelah berlaku perpecahan dan perselisihan dan apa yang mereka lakukan? Mereka menyalahkan orang lain atas kegagalan mereka. Seorang duda, janda, kawan tersisih, rakan terpulau, adik-beradik terpinggir bukan nak merenung dalam diri tapi menuding jari meletakkan kesusahan, kesedihan, kesempitan...segala tidak bahagianya kepada bekas pasangan, kawan, teman, adik-beradik ahli keluarga...tidak pernah pada kelemahan yang ada pada diri sendiri.

Setiap apa saja kesusahannya, musibah yang menimpa dirinya, dia kata berpunca daripada sipolan itu, sipolan ini... kadang-kadang dalam perceraian berlaku kerana dia berakhlak buruk. Suka berfoya-foya, buat dosa besar, menipu dan macam-macam perangai yang akhirnya menyebabkan dia tidak bahagia lalu memilih untuk berpisah boleh bebas melakukan apa saja. Dia lupa bahawa selagi nafsu yang mencari bahagia, pasti bahagianya sementara, tiada pernah cukup tiada pernah puas. Adakah dia menyangka bahawa hidupnya akan tenang dan bahagia kalau setiap yang buruk menimpanya di letakkan pada kesalahan orang lain. Dan dia memburukkan orang dengan seburuk-buruk gambaran tapi dia lupa akhirnya orang akan menilai dia bukan orang yang dikejinya.

Entahlah, kita melihat dan mendengar dan kita hanya mampu berdoa. Kita berdoa untuk mencari dan menyedari segala keburukan diri untuk kita perbaiki walau ada yang kita dah jumpa masih tak mampu berubah seluruhnya... kita doa juga.
Kita frust je dengar usrahrasahati kat radio ikim akan diberhentikan tanpa penajaan...kita dah jatuh cinta pada rancangan ini, nak jatuh cinta pada ustaz-ustaz tu......no komen (he he he) tapi apa kan daya kita, cuma seorang pendengar, nak jadi baik...nak jadi baik, nak jadi baik....., nak jadi baik....... Sorila ustaz-ustaz, gurau aje. Tapi kita akan menyokong rancangan ini insyaAllah! Semoga peluang mendapat ilmu akan sentiasa terbuka,walau dimana saja, bila-bila masa, Amin!

Monday, March 15, 2010

Lust won’t last!

I was talking to close friends a few days ago. We had lunch and on the way back to the office, discussed a couple we saw at the restaurant. Not really a couple but a trio…probably colleagues working together. What seemed a bit peculiar was one of the two ladies (there was another man) who obviously wasn't real…I mean not authentically a woman. The way she walked, apart from masculine jaw line and features, was too much…swaying the hips unnaturally and reacting overly to the food! I read an article a few months ago; about a movie depicting a frustrated woman who seduced a man she found in a gay bar….just to test him because she felt extremely frustrated being jilted by a man over another man. The moral of the story is they had intimate relationship in the end, because it is natural for man to become arouse over a woman. So what is the big deal of man falling for another man or man transforming into a woman to get another man? Just couldn't figure it out. Had a few friends who said they aren't interested in women…and it happened naturally…they couldn't do anything!

I don't know what is going on in these people's minds. I have read some researches related to studies on the crisis of identity but still couldn't understand why. Maybe I am being bias….maybe these people couldn't fight the strong urge and desire within them! I could be bias if I say that this is just lust…blinding wise judgement…too overpowering that many succumbed to its' evil lure.

Talking about lust…many of us are actually driven to destruction because of lust. Managing lust is a very difficult task. It's a big world out there, full of challenges and obstacle… but then…who am I to talk about all these. Have so many things to say but I think I would like to say just this…love and lust are true different things but somehow related to one another. Don't use love to cover up for lust!

Thursday, March 11, 2010

Yang belum Patut kawin, yang patut kawin!

Semalam balik dari 'briskwalking' dengan kawan-kawan, on the way ke pejabat, kita terdengar perbincangan di radio IKIM tentang perkahwinan yang melibatkan pengantin perempuan yang masih agak kecil, kita tak tahu apa cerita. Bila dah free tengahari kita pun mencarilah berita online, jumpa lah isu bapak menikahkan anak ni. Macam-macam hal pulak. Lepas tu kita rasa sedih apabila ramainya orang begitu mudah terpedaya kerana begitu mudah percaya. Kalau nak belajar agama dan mengamalkannya mengapa tidak ikut saja aliran sedia ada kat masjid dan surau yang memang di iktiraf ajarannya oleh pihak berwajib. Mengapalah nak ikut jemaah sana, jemaah sini yang belum pasti, kalau memang kita kurang ilmu. Lepas tu sedih juga sebab orang yang mengambil kesempatan atas kepercayaan akibat kejahilan orang lain. Ada ke nak kawin isteri yang keempat, umurnya 10-11 tahun, sunah Nabi Muhammad s.a.w. konon! 1400 tahun dulu orangnya berbeza. Saiz, kematangan dan suasana zaman berbeza! Jangan kata seribu tahun, zaman ibu-bapa kita 40-50 tahun dulu pun, perkahwinan dengan perempuan usia 12-14 tahun adalah biasa sebab zaman berbeza! Tapi zaman dah berubah, jangan kita pula tak berubah dan mengambil kesempatan dengan keadaan masa lalu, yang memang jauh jarak dan masanya dan berbeza suasananya.

Ramai perempuan kat luar sana yang masih bujang menunggu jodoh dan berharap untuk berkahwin. Usia yang berbagai dari 20 an, 30 an, 40 an dan 50 an pun ada. Mengapa tidak mengahwini mereka yang memang dah layak dan lebih sesuai di kahwini berbanding anak-anak bawah umur zaman ini yang belum tahu erti sebenar kehidupan. Lelaki yang begini memang pedophile! Kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan anak-anak yang kecil! Dan kita sangat benci dan sakit hati betul orang macam ni. Apatah lagi kerana perangai tak berakhlak dan bermoralnya di zaman ini, ada orang lain mengambil kesempatan mengutuk manusia paling mulia Rasulullah s.a.w. kerana dia kahwini Syadatina Aishah r.a. yang masih muda. Tolongla…. Bila ditanya berapa umur emak dia masih kahwin dengan bapak dia, 48 tahun dulu, dia pun kata 15 tahun! Kita kata itu menunjukkan bahawa seribu tahun dulu kalau orang kawin umur 6 tahun pun boleh!....Grrrrr….geram betul!

Wahai kaum lelaki, kahwinilah perempuan yang dah mampu menjalankan peranan sebagai isteri dalam ertikata sebenarnya. Ramai perempun yang boleh dikahwini, buat apala nak cari yang kecil-kecil lagi. Cakap pasal kawin ni, ada lagi masalah lain….lelaki dan perempuan yang berkahwin tapi mempunyai hubungan kekasih dengan suami dan isteri orang lain….Fuuuhhhh…..lagi mendatangkan ketegangan, bukan ketenangan!

Wahai lelaki, kalau betul tak cukup dengan yang satu, kawinlah dengan cara yang baik. Bolehkan? Agama tak melarang tapi dengan perempuan bujang, yang tak ada suami! Apa ke bodoh, bawa bini orang ke hulu-ke hilir…..kendong dosa banyak-banyak. Yang perempuan ni pun mungkin juga telah meminjamkan otakknya kepada monyet yang kerja kat sarkas lupaa nak ambil balik! Dah ada suami, buat perangai yang elok! Kalau tak suka, agama pun tak melarang untuk bercerai, walau tak disukai…di benarkan! Hai la perempuan….

Tak tahulah apa nak cakap lagi. Hari ni dengar pulak isu masalah kesuburan yang dilaporkan! Wanita melahirkan tak ramai anak…. Macamana nak selesaikan tu?

Semoga kita semua selamat dunia dan akhirat! Amin!