Monday, January 25, 2010

Hanya pandangan cetek kita!

Dulu kita pernah tulis tentang Jati diri = fortitude. Hari ni kita melihat tentang pentingnya jati diri dari suatu sudut yang lain. Iaitu tentang mantapnya jatidiri kita bila bercakap tentang agama dan akidah. Mengikuti dan membaca tentang fahaman dan tafsiran para ilmuan tentang penggunaan nama ALLAH bagi orang yang bukan beragama Islam di Malaysia. Kita melihat dari kacamata seorang yang jahil dan masih mencari kekuatan dan keutuhan iman yang teguh dan tidak berbelah bahagi. Sebagai orang awam yang tiada pendidikan agama, kita bercakap dari sudut pengalaman dengan masyarakat dan remaja yang kita temui setiap hari.

Semua dalil dan hujah yang kita baca dan dengar ada benar dan logiknya dan hampir kesemuanya disokong dengan hadis dan ayat Al Quran dan diperkatakan oleh orang-orang yang belajar dan mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang ini. Kita tidak mahu mengkritik atau menegur sesiapa sebab kita tiada authority apatah lagi ilmu dalam bidang ini. Apapun kita cuba menggunakan pemerhatian kita sebagai alasan mengapa kita rasa sangat takut dan bimbang jika nama ALLAH itu digunakan oleh orang yang bukan Islam kerana kita melihat tipisnya ilmu dan sedikitnya pemahaman tentang agama ini dalam kalayak masyarakat hari ini.

Sebagai contoh, seorang anak lelaki yang berusia 15 tahun pernah tanya kita apa salahnya kawan-kawan lelaki dan perempuan untuk duduk sama-sama, melepak di tempat awam dan apa salahnya tak pakai tudung sebab dia kata tak mungkin kerana rambut sahaja orang boleh menjadi bernafsu. Kita memang terkedu seketika sebab kita tegur mereka duduk rapat-rapat, bertepuk tampar dan bergelak ketawa. Kita kata kalau kita mengaku agama kita agama Islam, kita mesti ikut ajaran Islam yang melarang. (masa tu kita pun terkedu...tak dapat nak bagi hikmah disebalik larangan...tak tahu banyak sangat!!!). Mereka kata banyak sangat pantang larang- bukan agama buat tapi orang yang sibuk, menyusahkan!

Bila kita ingat perkara ni, kita jadi takut dan bimbang, kemungkinan kelompok begini akan memilih pengamal agama yang guna nama ALLAH tapi tak banyak pantang larangnya. Alasannya, Tuhan kita sama, tapi yang satu kata tak boleh yang satu kata boleh. Sebab lain adalah kita melihat begitu ramai ibu bapa hari ni yang sangat mementingkan akademik dan menganggap pelajaran agama sebagai sampingan yang dapat dipelajari sendiri apabila anak-anak dewasa. Ada yang belanja beribu sebulan untuk bayar kos sekolah anak dan tusyen tapi nak belajar mengaji tunggu tok guru yang tak letak harga, buat amal jariah kat surau masjid. Ini adalah realiti hari ini.

Memang tidak dinafikan kesedaran tentang agama meningkat pada hari ini tetapi bilangan yang peka dan mengambil berat tentang didikan agama jauh lebih kecil dan sedikit berbanding dengan yang merasakan agama itu hanya sesuatu yang kita warisi dan lakukan kerana itulah amalan mak ayah dan to nenek kita dulu. Pengaruh luar yang begitu banyak juga menyebabkan rasa seronok dunia ini mengatasi rasa takut pada akhirat. Kalau kita tengok contoh kita dalam suasan kerja hari ni pun, terang-terang menunjukkan pemberatan yang kita beri pada dunia. Boleh ”let go” makan tengahari untuk siapkan proposal untuk mesyuarat dan sanggup duduk berjam-jam depan laptop untuk pastikan segalanya siap. Tapi sembahyang 2 minit aje, tanpa membersihkan diri baik-baik, itupun sebab segan, kawan dah tegur nak masuk waktu asar. Andai saja kita buat persiapan untuk akhirat sebagaimana kita buat untuk propsal kita, sesiapa pun gunalah nama ALLAH tu sebab pasti setiap bapa, setiap ibu akan pastikan anak-anak mereka terlepas dari api neraka.

Itu sajalah dulu. Dah nak maghrib. Wallahualam!

Saturday, January 23, 2010

Sebab semua orang nak kaya.

Kita mengakulah beberapa minggu lepas, kita duduk rumah banyak masa kita guna untuk melayari laman sesawang -internet. (Fuyoo....bahasa baku)! Bukan sebab apa tetapi sebab kita rasa nak mencari peluang perniagaan yang tak menyusahkan dan tak memenatkan. Kalau boleh dapat duit banyak kan best! Boleh bayar semua hutang dan kalau cukup boleh bawa keluarga pergi haji – jadi mahram, ramai-ramai, boleh berhenti makan gaji. Ada juga cita-cita macam orang lain – nak tolong orang. Kita bertemu banyak betul tawaran dalam bidang perniagaan secara internet ni. Masalahnya ialah kita ada baca dan bincang juga tentang hukum sesetengah cara mendapatkan keuntungan melalui perniagaan internet dan ada yang haram apabila kita buat perniagaan yang memerlukan kita cari orang-orang bawahan yang kemudiannya menambah bilangan melalui orang-orang bawah, kita hilang keyakinan. Kemudian kita melihat paparan gambar-gambar orang yang dah kaya melalui perniagaan laman sesawang ini, ada yang tunjuk gambar duit dalam kotak, duit atas meja, duit dalam mulut ( Amaran: tindakan gigit duit ni tak berapa baik sebab duit ni banyak tangan yang pegang walaupun duit baru, jadi ada banyak bakteria dan bayangkan apa-apa yang mungkin telah disentuh oleh tangan-tangan yang pegang duit sebelum duit tu dapat kat tangan kita ....eeee!)kita rasa terpesona seketika.

Apapun, kalau ada rezeki kita memang berminat tetapi biarlah mengikut apa yang dibenarkan agama bukan kerana kita terpesona dengan keindahan dunia ni. Kita juga bimbang kalau dengan kekayaan datang pulak rasa sombong, bongkak, takbur dan rasa bangga, ujub, taksub dengan kekayaan dan kebolehan diri mencari duit dan membuat duit. Bila kita baca kenyataan-kenyataan yang semacam mengutuk orang yang makan gaji, kita rasa macam sedih je. Orang yang dah dapat duit banyak ni macam lupa je bahawa semua yang kita dapat dan miliki kalau nak hilang boleh hilang macam debu ditiup angin je. Ramai juga orang yang makan gaji hidup selesa sampai ke akhir hayat walau tak kaya raya pun. Dan ramai juga orang yang berniaga dan pernah kaya raya, akhirnya hidup melarat dan miskin.

Kadang-kadang kita terfikir tentang mencari kekayaan dunia dan kekayaan akhirat kita adakah seimbang. Sebab kita pernah melihat orang yang qada sembahyang sebab terlepas waktu kerana nak dapatkan pelanggan. Ada juga yang sembahyang zohor di hujung waktu dan terus sambung asar sebab tak nak buang masa, rugi perniagaan kalau tinggal lama-lama. Masih okay lagi berbanding yang terus meninggalkan kewajipan sebagai hamba ALLAH kerana mengejar kekayaan dunia. Dan kita juga melihat orang-orang yang sembahyang nya sangat laju dan pantas sebab itulah.... sayang kalau tinggal kedai nanti pelanggan lari.

Susah sebenarnya nak dapat kekayaan dunia ni berbanding kekayaan akhirat kalau kita kaji betul-betul. Nak kaya akhirat, senyum pun dapat ganjaran, tolong buang sampul gula-gula dalam tong sampah dapat ganjaran. Itu yang kecil-kecil je. Kalau taat dan bertanggungjawab pada ibu bapa, rajin tolong orang, suka merapatkan silaturrahim, berpesan perkara yang baik, boleh jadi hartawan. Nak lagi banyak baca Al Quran satu huruf pun dah ada mata, kalau satu baris, satu muka surat, satu surah, satu juzuk, satu naskah......sah jadi jutawan! Nak kaya lagi...ada macam-macam lagi. Sambil duduk tengok pokok dan langit dan ingat ALLAH je pun.... tak cukup satu dua buku akaun...kaya tu oooiii......Jangan pulak nanti kita kaya kat dunia miskin dan papa di akhirat dan lebih parah kalau kat dunia tak kaya kat akhirat pun tak kaya...melara..ngeri!

Tapi kalau kaya dunia menambah kekayaan akhirat.... alangkah baiknya.. pasti rahmat ALLAH sentiasa bersama kita. Dan nak dapat kekayaan sebenar iaitu syurga juga hanya dengan rahmat ALLAH kan! Kita ada banyak lagi cita-cita yang belum tercapai dan semoga segala yang baik untuk dunia dan akhirat akan dapat kita capai.

Wednesday, January 20, 2010

Aduhai Janggut!

Kita ada sedikit kemusykilan dalam diri kita ni. Tentang janggut orang lelaki. Ramai yang kata kat kita berjanggut ni sunnah. Kita pun bukak buku tentang Rasulullah s.a.w yang kita ada,kemudian kita baca Syamail Muhammad.s.a.w.- Riwayat Imam Tarmizi. Kita jumpa la beberapa riwayat para sahabat tentang janggut Rasulullah s.a.w. lebat tapi kita tak jumpa tentang panjang janggut tu! Kalau rambut memang ada, separas telinga atau tidak pernah melebihi bahu baginda s.a.w.. Mungkin yang tahu lebih boleh tolong bagitau kita.

Kita memang tiada masalah tentang lelaki berjanggut, malah kita rasa baguslah asalkan janggut tu dijaga rapi dan tidaklah sepanjang leher atau lebih panjang dari leher hingga ke dada.( Ini adalah tulin dan sebenar-benarnya luahan kekeliruan kita semata-mata bukan ditujukan kepada golongan tertentu atau orang-orang tertentu.) Sebabnya ialah kita pergi makan dengan kawan-kawan kita. Lepas tu tempat duduk kita betul-betul setentang dengan seorang lelaki yang berjanggut panjang sampai masuk dalam pinggan nasi dia. Kita rasa kurang selesa sedikit sebab dari segi kebersihan pun..... entahlah. Memangla orang boleh kata nasi dia, pinggan dia, janggut dia, suka hati dia lah. Tapi kita yang hilang selera.

Dulu kita selalu pergi beli laksa utara dan mee kari istimewa dekat masjid yang ramai para tabligh berkumpul. Memang sedap punya. Teringat la pulak.... dah lama tak beli sebab kita dah pindah rumah jauh sikit....tapi tak jauh sangat, cuma malas nak pergi. (Segan sebab ramai sangat orang beriman lalu-lalang nanti kita jadi fitnah je....tipu...sebenarnya kita malas!) Memangla para tabligh ni rata-rata berjanggut. Dan ada masa kita tengok kereta yang keluar masuk dari masjid tu hebat-hebat belaka....yang hanya mampu kita pandang tapi tak mampu nak beli. Apapun, ada yang janggutnya kemas dan kelihatan segak, bersih tapi lebih ramai yang panjang. Maafla....saudara-saudara seagamaku....memang kalian hebat sebab boleh buat apa yang tak ramai lelaki lain buat... tapi........mungkin janggut itu trademark ye?

Apapun tiada masalah apa-apa tentang janggut ni kalau ianya dijaga rapi kan? Kita pun pernah kenal orang yang nak sangat berjambang berjanggut tapi tak dapat. Macam-macam daun la tumbuk sapu muka (daun mambu, daun apa selagi ada petua orang bagi), tapi kalau dah jenis yang memang lahir bukan hormon muka berbulu, apa nak buat. Sabar je lah dengan misai nipis yang ada tu! Ahli keluarga kita pun ramai yang berjanggut, ayah, abang, adik, pakcik-pakcik tapi mereka tak simpan janggut panjang. Mungkin juga faktor dah terbiasa tengok orang yang janggut macam kemas rapi....tak panjang berjela.

Apapun kita minta maaflah kalau menyinggung atau tersinggung sesiapa cuma nak kongsi apa yang kita lihat dan rasa. Kerana di akhirnya bukan janggut kita atau pandangan orang tentang janggut yang akan di tanya ALLAH kan? Iman dan amal sahajalah yang akan menyelamatkan kita dari api neraka. Semoga kita semua terhindar dari fitnah dan kejahatan dunia dan akhirat. Sesungguhnya kita bertaubat. Astaghfirullahalazim!

Tuesday, January 19, 2010

Sememangnya DIA lebih mengetahui!

Kadang-kadang kita merasakan kehidupan ini aneh. Ada saja perkara yang kita tak pernah fikir atau impikan akan menimpa kita, tiba-tiba berlaku. Pada saat dan ketika itu kita selalunya tak dapat melihat hikmah disebalik segala kejadian dan seringkali kita doa dan panjatkan harapan dan impian kepada Tuhan, kita tak dapat semua yang kita minta, adakala apa yang kita nak hindar jauh-jauh itulah yang datang. Kita menulis apa yang kita lalui dan kesedaran yang datang melalui beberapa barisan tulisan seorang sahabat yang sangat kita hormati dan kagumi.

Kita tak mahu sambung cuti sakit kerana dah seminggu kita mc. Fikiran kita serabut mengingatkan nanti kerja akan menimbun dan duduk di rumah pun bosan. Tapi kita lupa bahawa kita bukan muda sangat dan luka yang dalam memang mengambil masa untuk pulih. Kemudian baru kita sedar mengapa kita berpindah ke rumah kita sekarang. Kerapkali kita kata kita tak berapa seronok di rumah ni walaupun ia besar dan selesa berbanding rumah lama kita yang kecil dan sempit. Kita mengambil masa yang panjang dan lama nak pindah ke rumah ni, sehingga semua orang kata kita tak waras nak menolak tawaran menduduki rumah ni. Tapi hari ni dan semalam kita bersyukur sebab rumah kita dekat sangat dengan ofis kita, boleh jalan-kaki (walau tak pernah lagi jalan kaki)....bila kita rasa sakit sangat dan tak selesa kita boleh balik dengan cepat dan tak perlu nak menyusahkan sesiapa pun.

Bila dah kerja, waktu kerja banyak sangat kita rasa tertekan dan stress, kita berdoa supaya Tuhan kita beri kita peluang untuk berehat dan dapat hilangkan letih kita. Tapi kita diberi lebih kerja yang mesti disiapkan segera sehingga waktu pejabat tu penuh, tak ada masa nak rehat pun, tapi bila balik ke rumah malam kita tidor nyenyak sebab letih. Bangun pagi segar semula, badan kita tak sakit pun sihat je. Hikmahnya kita rasa dapat tidor berkualiti untuk 5-6 jam, tiada lagi terbangun setiap setengah jam atau mimpi mengarut. Nak mimpi pun tak sempat. Badan jadi segar, otak pun cergas dan tiada masa terbuang sia-sia.

Dalam kehidupan kita seringkali kita bertanya bila agaknya Tuhan akan kabulkan segala doa dan permintaan kita. Tidak semua yang kita minta dan impikan berlaku dan lain pulak yang datang. Kalau nak berrcerita memang banyak dan panjang. Kalau diringkaskan pun panjang juga. Kita panjatkan doa untuk beroleh ketenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Tapi kita diuji dengan kesedihan dan kesakitan...sebabnya..... supaya kita jadi tabah, sabar dan cekal menghadapinya. Akhirnya kita beroleh kekuatan dan keyakinan dalam hidup dan tak mudah gelabah menghadapi sesuatu...kita jadi tenang!
Kita doa untuk kekayaan...tak mahu lagi pening memikirkan hutang tapi Tuhan uji kita dengan kesempitan juga..supaya akhirnya kita berusaha mencari jalan keluar, mentadbir kewangan dengan betul, kita jadi bijaksana dan lebih kaya lagi....dan tak akan papa, insyaallah.
Kita berdoa untuk jadi orang yang bertakwa dan dapat masuk Syurga....tapi kita selalu alpa dan lalai ...Tuhan uji kita dengan dosa dan maksiat....supaya kita sentiasa kembali bertaubat...sebab kita takut masuk neraka....kita jadi orang yang sangat berhati-hati....

Banyak sangat kalau kita nak senaraikan bahawa sesungguhnya Tuhan kita tidak selalunya memakbulkan doa kita dengan memberi apa yang kita nak tapi dia bagi apa yang kita perlukan. Sebenarnya doa kita didengari dan disambut Tuhan kita dengan cara tersendiri kerana Tuhan kita, ALLAH Maha Tahu keperluan hambaNya, sedang kita hanya tahu meminta tapi tak pernah fikir natijah atau kesan jika kita dapat segalanya...Wallahualam.

Sunday, January 17, 2010

I need a stronger shield!

I wanted to sleep but I couldn't. I must write. I must say this so that I would never forget. So that I will always remember. So that I will always be grateful for all that I have, for things I had and for everything to come. I shouldn’t be an ingrate, I must know my position, put myself where I am supposed to be, my reasons for existence, my life now and after.

Why? Because lately, I feel miserable. I hate my job yet I have to work. I hate being with others but I don’t want to be alone. I was caught up in negative emotions and vibes extremely harmful to myself. Why because I thought I need companion, I need someone to help me get through life. I felt lonely.

Then for days I have been thinking of ways to get rid of these unwanted feelings of loneliness. But they wont go…. I’ve read books, talked on the phone, watched tv, went shopping, painted pictures, written poems, slept for hours, bathed long and frequently.
Then, I started thinking why do I feel this way? So many things came to mind when suddenly it hit me! Revelation? I don’t know! Maybe.

Because I forget that I was never alone. You can preach and say so many things to other people but you didn’t apply it to yourself. That is the picture of me, myself and I. but this ia a sign that I am so weak and frail where faith is concerned! Mana pergi iman, mana pergi takwa. Only those who forgets ALLAH will feel lonely… and that’s me. Yes I do pray five times a day, many more in fact but those were just physical act, no soul involved.Then i blamed people for reminding me, that I am all alone. But it wasn't their fault. It was just me, I should have been wiser, I should have known better! I was just me, and my wants and syaitan!!!

The point is if you feel lonely, always remember, no matter how isolated you are, you are never alone. ALLAH is there with you, listening and granting your wishes and prayers. O ALLAH have mercy on me, forgive me!!!

Anak punya hal, teringat cerita lama!

Hari ni kita pergi cuci kereta. Kali pertama untuk tahun 2010…ha ha ha kita selalu percaya kereta hanya alat yang alhamdulillah, ALLAH bagi sebagai pemudah urusan jadi jaga apa yang patut di jaga, cuci….kalau tak kotor sangat, buat dek je la. Tapi itu kat luar, kalau kat dalam kotor, kita pening kepala! Alkisah masa cuci kereta, kita duduk tepi pagar kat car wash tu, dekat la dengan rumah orang. Kereta memang banyak hari Ahad ni, so, kena tunggu jugak la lebihkurang 45 minit baru selesai. Tiba-tiba.... (macam cerita drama la pulak, tapi ada la drama jugak ni!) kita dengar riuh rendah orang dalam rumah tepi pagar tu berkelahi suami isteri dalam bahasa cina dialek apa tak perasan sangat tapi rasanya bukan mandarin kot. Kuat betul! Lepas tu bunyi baling-baling barang lagi. Kita pandang orang sebelah kita, dia pandang kita dengan senyuman sinis. Lepas tu, tauke car wash pun datang tepi kita yang duduk kat situ. Dia pun kata...” Haiya, ini orang hari-hari gaduh! Anak jahat, mak sama ayah gaduh. Anak dia tak ada kat rumah pun. Tengok. Memang tak guna betul la anak ni!”

Kita senyum aje dalam hati terasa sedih pulak. Kita pun tanya. “Selalu ke bergaduh? Anak perempuan ke lelaki?” Dia jawab hampir setipa hari. Kadang-kadang si suami akan memandu keluar sampai petang tak balik. Anak lelaki remaja tak mahu sekolah, kawan dengan budak jahat. Kita diam aje lepas tu malas nak tanya lagi. Tauke tu pun banyak kerja kan. Kalau tanya banyak-banyak bukan boleh tolong atau buat apa-apa pun. Tapi kejadian tu membuat kita terfikir tentang anak-anak hari ni dan peranan ibubapa dan masyarakat dalam mendidik.

Tanggungjawab siapakah sebenarnya mendidik anak-anak? Ayahnya, ibunya, adik-beradik, cikgu, jiran tetangga? Siapa ye? Adakah ibu lebih besar tanggungjawabnya berbanding ayah? Kerana ibu tak bekerja, ayah bekerja jadi tanggungjawab mendidik serah seluruhnya pada ibu? Adilke macam tu? Kerana ayah bawa balik duit maka kalau anak buat salah, semua kesalahan itu di letak atas bahu dan hati ibu. Entahlah, sebab pengalaman kita pun, anak-anak ini bukan sahaja dipengaruhi oleh keluarganya tapi juga persekitarannya. Seorang ibu tak mungkin mampu mengawasi seorang anak lelaki remaja yang dah lebih dari 15 tahun. Di rumah kadang-kadang anak ni baik, tapi di luar siapa yang tahu apa aktivitinya. Ayah marahkan anak, marahkan emak boleh keluar tinggalkan rumah sebab dia tahu pandu kereta, ada duit. Ibu yang suri rumah sepenuh masa mengharap ehsan suami nak buat apa? Tunggu kat rumah menjeruk perasaan. Kita tersentuh dengan apa yang berlaku tadi sebab ini bukan kali pertama kita dengar cerita macam ni. Malahan kita juga pernah melihat orang yang dekat dengan kita melalui semua ni.

Ada ibu yang baik dan sangat mulia hatinya menjaga dan mendidik anak-anak dan melayan suami tanpa syarat pun seringkali disalahkan bila anak buat hal. Bukan dalam keluarga cina tadi sahaja tapi bersepah dalam kalangan orang melayu dan india di Malaysia ni. Ramai lelaki yang rasa tanggungjawabnya lepas hanya kerana dia bread winner, kerana dia keluar cari nafkah dan belanja untuk keluarga, hal-hal lain tak payah ambil tahu. Dan ramai anak-anak yang berjaya hari ini kerana didikan ibunya dan hanya ditanggung nafkah keperluan asas oleh bapa. Ye memang, itu juga sebab untuk kita bersyukur. Kalau ayah yang tak peduli satu apapun, lagi teruk! Sekurang-kurangnya, ayah begini pastikan keluarganya hidup selesa dan cukup segala keperluan ...tapi ...alangkah bahagianya kalau ayah faham bahawa tanggungjawab ibu di rumah itu sangat memenatkan, bimbangkan anak-anak itu sangat membebankan dan mendidik dan mengajar anak-anak adalah satu kerja yang sangat susah. Kadang-kadang bila anak-anak berjaya, ayahlah yang paling gembirakan cerita kat satu dunia tentag kejayaan anaknya tapi masa sekolah dulu sebaris ayat dalam buku latihan anak pun ayah tak pernagn tengok.

Dan dalam keluarga yang bercerai pun masalah juga. Masa ibu jaga anak, hantar anak mengaji, tunggu anak sembahyang, hantar anak sembahyang jumaat. Bila anak remaja dia nak duduk dengan ayahnya. Dah kawin semula ayah tapi tak tinggal dengan isteri. Sesekali pergi tengok isteri, anak mengadu, ibu baru tak berapa suka tengok dia, asyik nak marah dan tak nak bercakap. Lepas tu anak kata ayahnya ada makwe lain, selalu keluar dating, kadang-kadang bawak anak sekali pergi tengok wayang. Bila tanya, mengaji tak? Jawapannya tak? Kadang-kadang keluar berjam-jam, sembahyang tinggal... macamana nak cakap? Sedihnya hati ibu. Inikah didikan yang ayah beri? Bukan semua ayah macam tu, kita tahu dan bukan semua ibu menjaga anak-anaknya dengan baik pun kita tahu. Tapi pengalaman kita sendiri memang lebih ramai ibu jugalah yang berkorban. Mungkin kita jadi bias, sorryla...itu pengalaman kita.

Teringat pulak pengalaman masa kita tunggu result STPM, mengajar sementara di sebuag sekolah di kampung, tepi sungai Pahang. Masa nak mengajar, mak kita buat arrangement dengan gurubesar sekolah untuk tumpang pergi dan balik kerja. Kalau gurubesar tak ada, ayah akan datang jemput. Jauh jugak dari rumah lebih kurang 20 minit naik kereta. Suatu hari, gurubesar ada urusan terpaksa balik awal dan kita tak dapat talipon ayah. (Dulu-dulu mana ada handphone!). So, tawakkallah, ajak anak murid dua tiga orang tunggu tepi jalan kalau-kalau dapat bas (masa tu bas 2 kali je – pagi sekali, petang sekali). Daripada pukul 1.30 tunggu sampai pukul 4 petang bas tak sampai. Tapi ada sebuah kereta lalu, berhenti dan kita kenal dia, isteri dia kawan mak kita. So, kita pun naik lah pasal desperate, hari dah petang! Dalam kereta biasa lah berbual, dia tanya macam-macam. Tapi apapun kita sampai rumah dengan selamat. Tup-tup minggu berikutnya, kita terima surat! Daripada lelaki yang tumpangkan kita! (Nasib baik dulu tak ada sistem sms atau email, mungkin kita stress). Dia tulis macam-macam! Nak jadikan kita awek dia lah, nak belikan kita hadiah lah, nak hantar dan ambik kita hari-harilah.... lepas tu mintak gambar kita!

Aduhai la pakcik, aku kenal anakmu dan isterimu kawan mak aku! Tapi masa tu kita masih muda dan mentah, dilihat hijau....(bukan anak hulk)... kita gelabah dapat surat macam tu alamat ke sekolah! Tapi sebab gurubesar tu bekas cikgu kita dan macam pakcik kita dia perasan kita gelabah semacam je. So dia tanyalah kenapa. Kita tunjuk aje surat tu kat dia. Dia baca lepas tu dia gelak berdekah-dekah. Eee, apahal orang tua ni!(masa tu kita confuse) Dia cakap, “ala awak balas je, mintak duit dulu cakap nak pergi ambik gambar, lepas tu nanti awak hantak gambar beruk kat dia.” Hah ha ha... sekarang kita gelak bila teringat ni. Lepas tu kita tunjuk kat mak kita, sian mak kita, geramnya dia... kita masih ingat! Tapi pointnya ialah, lelaki oh lelaki, bila isteri duduk rumah jaga anak dan jaga rumah, dia bukan pergi kerja sahaja tapi mencari peluang untuk buat benda lain..... eee pakcik, pakcik, hidup lagi ke kamu?

Syok pulak teringat pengalaman jadi cikgu sementara ni. Tak lama pun beberapa bulan aje. Ada satu lagi insiden yang masa tu, menyebabkan kita rasa nak berhenti je. Ni lain la pulak dari isu kat atas tapi kita teringat la pulak! Ada sekali gurubesar kursus selama seminggu, so, dia mintak tolong seorang cikgu yang masih muda, orang Perlis, supaya tumpangkan kita. Kita masa tu ha ha ha... muda mentah hijau lagi...tanpa niat apa-apa pun tumpangla dengan innocent dan tidak bersalahnya. Tup-tup kakak kita masa tu tengah belajar kat salah satu maktab perguruan kat KL nak jadi cikgu jugak tapi tetap dan berpencen hingga hari ni, kena serang dengan isteri cikgu Perlis ni sebab dia pun belajar kat situ. Dia cakap kat kakak kita supaya “jaga adik awak (kita la tu), jangan nak merampas suami orang?” ?????!!!! Arkh....kehairanan dan kepelikan kakak kita pun talipon, masa tu buat reverse charge ke rumah, bagitau mak apa yang berlaku! Mak dan kita pun dalam keadaan yang....argkh????!!!!........ aduh la masih belasan tahun kita masa tu.... hai la perempuan, apakhabar agaknya mereka? Semoga mereka terus bahagia hingga ke akhirat! Ha ha ha..... (Kak T kalau kau baca ni, mesti gelak punyer.... kelakar kan?!!!) lepas tu, ayah hantar kita pergi dan balik sebab bila gurubesar tau dia akan talipon awal kat kita suruh ayah ambik.

Apapun berbalik pada cerita tadi, dah lupa dah apa nak cakap! Tak apa lah, jom la kita fikirkan anak-anak kita dan tanggungjawab siapa untuk mendidik mereka kan!

Saturday, January 16, 2010

Selalu tak sedar untung!

Hari ni Sabtu, nothing extraordinary about this Saturday. Macam biasa kita dok kat rumah aja, macam biasa merungut sendiri bosan. Sekarang duduk depan tv tengok astro channel home and health – the facemaker. Tiba-tiba je kita rasa diri tak bersyukur.

Subhanallah, berbagai-bagai keajaiban yang ALLAH ciptakan di dunia ini, ujian dan bahagian yang berbeza bagi setiap hambanya. Kita tak merungut tentang rupa paras kita tapi kita selalu rasa kita tak lah termasuk dalam golongan yang di katakan cantik jelita. Kita banyak masa, kita merungut bosan. Bila kita tengok wajah anak-anak dan orang yang di uji dengan macam-macam penyakit ni….masya-Allah tak bersyukur betul jadinya. Ada di antara mereka banyak masa kat hospital je, lepas satu pembedahan ke satu pembedahan… berbulan-bulan untuk pulih. Lepas tu dah sihat buat pulak yang lain hanya untuk kelihatan lebih elok sikit…masih tak berapa normal lagi.
Tapi kalau duduk kat orang-orang ni kitalah yang paling cantik rupa parasnya. (semoga akhlak kita lebih cantik lagi!). Kita masuk hospital sehari dua je, buat pembedahan sejam dua je, cuti pun seminggu dua aje, merungut… ada mereka yang yang duduk hospital sampai tiga empat bulan dan nak sembuh makan tahun…. Aduhai…keciknya iman kita.

Apa pun kita kena tengok tv la nampaknya. Sebab kita jarang tengok tv... buang duit je bayar subscription fee... okayla kita nak sambung tengok tv je la.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya!

Thursday, January 14, 2010

Other question please!

Tadi kita keluar jugak dengan kawan-kawan walaupun belum sihat. Sebabnya kita bosan duduk rumah. Tapi bila kita keluar sering kali kita jumpa orang yang kita kenal. It is a small world, what to do! So, tadi jumpa seorang kenalan lama. Baguslah jumpa tapi dah lama berbual soalan yang sama akan keluar…. “akak, sorang lagi?”. Minggu lepas dengan kawan-kawan yang sama jumpa orang lain masa pergi keluar sarapan, soalan bukan cepu, bukan gangsa, perak atau emas tapi….. maksudnya sama je…. Adakah kita masih sendiri? Bila kita jawab ye…. Soalan seterusnya keluar…..”akak, tak nak kahwin lagi ke?”..Hu hu hu..... kita pun jawab jugak dengan jawapan yang sama.... “tolonglah carikan!”

Tak pernah pun sapa-sapa tanya tentang pandangan kita tentang nama ALLAH tapi semua akan tanya kita tentang menukar gelaran status sedia ada kepada….. apa ye? Aduh la…. Sekarang biarlah kita luahkan perasaan kita ye dan sekali gus menjawab segala persoalan… kalau ada orang tanya kita akan kata pergila baca jawapan kita kepada semua persoalan anda dalam blog kita.

Soalan 1: Tak rasa sunyi ke? Jawapan kita….
Bohonglah kalau kita kata tak sunyi. Macam mana nak gambarkan kesunyian kita. Loneliness is knowing that you are going home where there is no one to wonder whether you are going to be late. Loneliness is knowing how much fun you have at the moment, will soon end and you are going home. Loneliness is when you have read a thousand books, learnt a thousand things, cried a thousand tears, walked a thousand miles, said a thousand things…….. blab la bla…… yet at the end of the day there is just you!
Want me to go on? I know what loneliness is. Sangat mengerti erti sepi dan sunyi… but what can I do? Macam-macam boleh buat. So, I deal with one thing at a time.

Soalan 2: Kenapa tak cari ganti? Ini soalan best ni. Jawapan kita...
Kalau baju koyak bolehla beli baru. Gelas pecah ganti baru. Perkawinan yang hancur? Kahwin baru? Alangkah mudahnya kalau begitu...... bolehlah beli pasangan haram untuk seronok sementara, tapi ada ke suami for sale? Husband on sale? Waduh.... susah tau adik, kakak, abang, makcik, pakcik nak cari ni. Kalau ada yang elok perangai, tingkah laku dan beriman....suami orang! Yang kacak, lawa, tegap, macho.....muda sangat! Yang ustaz-ustaz ....kita rasa tak layak la pulak untuk kita fikirkan pun....
Kemudian kalau ada yang kita suka... kita nak pergi meminang dia ke? Susah tau. Kita nak cakap la kat mereka yang bertanya.... kalau nak ajak kita share dengan rela...pinangla kita....kita akan pertimbangkan....mungkin kita terima. Yang tuan-tuan dan encik-encik yang bertanya tu, kalau berhajat atas apa alasan pun, cakapla,.... jangan asyik tanya je. Tiap kali ada orang hantar kad jemputan, kita akan ditanya bila pulak giliran kita!!!

Soalan 3: Takkan nak duduk sorang je, memilih sangat kot? Jawapan kita....
Dulu pun kita tak ceraikan suami kita sebab kita nak duduk sorang! Memang kita kena pilih! Beli ikan pun pilih, nak masak nasi pun pilih beras yang sesuai, takkan nak cari pasangan hidup main tangkap muat je! Kita malas nak cerita kisah lama sebab kita percaya jodoh dah habis...asbabnya pun malas nak sebut buat sedih aje. Tapi yang dipilih pun .....emmm alahai.....kalau tak pilih.....

Dan soalan-soalan yang lain tu....
Macam ni lah, teringat pulak kita cerita seorang rakan sekerja suatu masa lalu..... Dia datang muka serabut. Tengahari balik beli nasi bungkus.so kita tanya apahal semacam je. Ada dua tiga orang kawan kat situ dan masa tu kita pun masih isteri orang lagi. Dia pun bukak cerita. Katanya, isteri dia petang ahad, tengah minum petang tiba-tiba tanya dia... ”kalau abang dapat kawin sorang lagi, abang nak tak?” Dia pun jawab la ...”Nak!” Langsung isterinya merajuk, tiga hari tak bercakap dah, masak tak, apa tak! So, kita dan kawan-kawan lain marah la kat dia, ,mengapa cakap macam tu? Dia kata memang lelaki ni nalurinya kalau boleh nak isteri ramai tapi bukan mestinya kawin ramai. Dah isteri tanya, dia jawabla. Dulu kita gelak ramai-ramai dengar cerita dia. Sekarang suasana dah berubah, status kita pun dah berubah. Tapi kita memang tak menentang poligami dari dulu pun cuma situasi kita berbeza. Apa pun yang kita nak cakap ialah memang ramai lelaki yang baik diluar sana walaupun yang tak baik lebih ramai, tapi berapa ramai isteri yang sanggup berkongsi.

Kita pun ramai kawan yang bujang tak pernah berkahwin dan mempunyai kehidupan yang stabil. Bukan mereka memilih untuk sendiri, bukan mereka tak sunyi, bukan juga mereka memilih sangat tapi mereka tak berjumpa jodoh mereka lagi kerana bukan juga mereka tidak mencari. Inilah sebenar dilema perempuan. Kalau kita terbuka sangat (dari sudut pendapat bukan berpakaian) orang kita kita tak beradab tak tahu malu... gedik. Kalau ramah sangat ( tak boleh ramah sangat ye perempuan apatah lagi dengan lelaki) kata kita gatal nak cari suami. Dan ramai yang seperti kita, takut untuk memulakan sesuatu yang mungkin akan menyedihkan dikemudian hari. Tapi apa pun kita percaya jodoh pertemuan adalah urusan ALLAH Tuhan orang Islam dan sekelian makhluk yang ada di alam seluruhnya! Dialah Tuhan yang Maha Tahu dan Maha Mengasihani. Pasti ada sesuatu yang baik untuk kita dari apa saja yang kita alami.

So, untuk yang bertanya, terima kasihlah kalau ikhlas mengambil berat tentang kita tapi boleh tak jangan tanya lagi soalan yang kita sendiri tak tahu jawapan sebenarnya. Kita minta maaflah ye! Kita kadang-kadang teringat dua proverb ni:

Bad as I like ye, it's worse without ye.” ( ada ketika tertentu kita teringat dia seperti itu… sebab kita semua tak sempurna! Tambahan kita sedang sakit dan tak sihat! Tapi banyak masa, kita bersyukur pada apa yang kita alami ini!) Dan proverb yang ni:

“A new broom sweeps clean, but an old one knows the corners”
(Dalam banyak hal kita memahami dia dan dia tahu kita. Cuma kita tak dapat paksa orang untuk tidak......... tak apalah biarlah rahsia).
Apapun kita tetap percaya ALLAH mempunyai perancanganNya untuk yang terbaik buat kita!

Monday, January 11, 2010

Bukan sekadar nama!

Ha ha ha….kita tergelak bila kita tengok macam mana kelakarnya jawapan-jawapan pesalah lalu lintas yang menjawab soalan-soalan (agaknya) dalam program “why I ran” kat channel astro ci!Dengan muka serius menjawab menjelaskan mengapa mereka lari ketika polis suruh mereka berhenti dengan alasan seolah-olah mereka ni tidak lahir dengan otak yang berkembang sepenuhnya. Sorry la..mungkin mereka sengaja jawab begitu nak bagi kelakar, entahlah! Lepas tu kita boring kita tengok la rancangan lain pulak. Tiba-tiba kita ternampak la seorang penerjun yang nak terjun dari kapalterbang (dia pakai payung terjun- bukan dia kebal atau nak bunuh diri). Sebelum terjun dia buat tanda pangkah lambang salib pada badannya. Alamak, kita dah lupa sekejap, isu ALLAH ni, walaupun kebimbangan kita tidak berkurangan kerana kita sendiri bimbang kedudukan kita di sisi ALLAH, apatah lagi anak-anak kita. KIta tak dapat nak ketawa lagi. Kita rasa sedih

Lepas tu imaginasi kita mulalah membayangkan apa yang mungkin atau bakal berlaku di Malaysia dengan penganut Kristian yang sewaktu dengan yang menuntut ni, dan mungkin juga generasi muda Islam yang tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku, jika kita tidak benar-benar berjaya menanamkan hakikat sebenar agama Islam kepada mereka. Dulu masa kecil kita, muda, mentah, hijau…. pernah bermain dan mempertahankan apa yang kita kata dengan melakarkan alif lam lam ha ke dada dan ke dahi. Dulu, masa tak cerdik kemudian apabila kita dah pandai, dah kenal yang mana satu orang yang biasa yang mana satu stranger, yang salah dan yang benar dan alhamdulillah mak ayah kita ajar mengaji, ajar sembahyang, ajar agama…. Kita tak buat lagi.

Tapi mungkin akan berlaku selain tanda palang di dada dari dahi ke tengah dada ke bahu kanan dan ke bahu kiri lepas tu ada pulak bersambung alif lam lam ha. Apa yang kita nak jawab kalau anak cucu kita tanya? Macam mana nak jawab kalau anak cucu kata pergi “rumah” ALLAH yang ada patung dan lilin-lilin warna dan ada muzik dan nyanyian, boleh pakai apa sahaja pakaian lebih menarik daripada pergi rumah ALLAH yang lapang dan kena pisahkan lelaki dan perempuan, kena tutup aurat, kena berwuduk dan sebagainya.

Ini adalah satu lagi cabaran yang kita kena fikirkan…. Kita tidak mahu merosakkan persahabatan kita dengan sesiapa kerana kita sangat menghargai para sahabat apa pun fahaman agama mereka. Dan ramai kawan-kawan kita yang kristian pun tak setuju dengan tuntutan ni. mereka pun rasa pelik bin ajaib. Kesian mereka. Kita tidak cuba mempengaruhi sesiapa dengan pemikiran kita. Kita hanya memikirkan masa depan kita dan anak cucu kita, masyarakat kita, agama kita. Bahkan agama kita mengajar kita menyayangi pemimpin apatah lagi jika mereka seakidah dengan kita. Kita hanya mengingatkan diri kita dan sesiapa yang berkenaan tentang cabaran kita sebagai umat Islam akhir zaman. Kita juga membuat kajian sendiri dengan membaca., meneliti dan mendengar….. apa pun kita sayang agama kita, kita ingin mati dalam agama ini….. semoga ALLAH yang Maha Esa, yang tiada seumpamanya menolong kita dan menerima amalan kita walau hanya sedikit Cuma.

Kawalan Keselamatan Akidah!

Kita tak kisah la bila ada orang yang di arahkan menjaga tempat ibadat agama lain, gereja Kristian tu. sebab kita memang tak patut merosakkan harta benda orang dan mengganggu ketenteraman orang atau mengancam keselamatan orang lain. Agama kita juga melarang keras tindakan-tindakan begini.

Jaga dan kawal lah bangunan ini supaya tidak dirosakkan oleh sesiapa pun tak kiralah apa agamanya, apa bangsanya, apa jantinanya. Kita sokong tindakan yang diambil untuk memastikan negara ni aman. Kita memang nak duduk di tempat yang aman. Sedih tengok negara yang kucar-kacir dan dilanda peperangan. Tidak selamat dan tidak tenang.

Tapi siapakah yang dapat mengawal dan memastikan akidah kita kekal dan selamat dunia dan akhirat? Semenjak zaman Rasulullah s.a.w. pun bukan semua orang memeluk Islam dan ramai orang yang tidak kekal dalam akidah Islam. Bolehkahn kita meletakkan orang-orang tertentu untuk memastikan akidah dan kefahaman kita tentang Islam akan terjamin, selamat dan terjaga.

Bilakah kita akan tahu dan belajar mementingkan apa yang penting dan mengutamakan apa yang utama. Tidak cukup dengan syaitan dan konco-konconya, hawa nafsu yang seringkali menguasai, sekarang kita ibarat anak-anak yang diabaikan oleh ibubapa daripada mendapat perlindungan keselamatan dunia dan akhirat. Kalau kita merasa yakin dengan diri kita, adakah kita yakin dengan anak-anak dan generasi muda seterusnya? Dengan masalah sosial yang melanda sahaja menggambarkan rapuhnya fahaman agama anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga Islam ini, adakah tindakan melayan dan mendengar permintaan yang bukan pada haknya menolong kita dalam pendidikan agama anak-anak ini?

Kita memang tidak memasukkan apa-apa justifikasi kepada apa saja pendapat kita kerana kita memang perlu banyak belajar dan latarbelakang kita yang bukan dari aliran agama, menyebabkan kita bimbang jika kita tersalah tafsir, tapi insyaalah kita terus belajar dan masih belajar. Lagipun memang ini semua pandangan dan pendapat peribadi kita.Tapi bila kita membaca alasan-alasan yang dikemukan oleh orang yang menuntut hak pada sesuatu yang bukan haknya itu, jelas tidak dapat disokong langsung oleh apa-apa pun yang kita baca, kita hairan mengapa dibiarkan mereka ini dengan tuntutan mereka. You could just dismiss it on first reading yet you let it go on and on, over and over again. One appeal after another. Where is your sensibility? Are you in your right frame of mind?

Now who are we going to assign to guard and protect the safety of our people from being burn in hell? Janganlah memikirkan nafsu-nafsi sahaja dan terlalu memikir dan mengharapkan kelebihan dunia akan menyebabkan seseorang jatuh hina bukan lebih mulia.

Sunday, January 10, 2010

Nak belajar tentang Adil....

Sifat adil adalah salah satu aspek penting bagi seseorang yang memegang amanah
Islam mengajar umatnya berlaku adil kepada semua makhluk sesuai dengan hak mereka dan bagi setiap yang hidup ada amanah yang perlu mereka laksanakan. Dan setiap orang adalah pemimpin bagi dirinya, keluarganya dan apa sahaja yang di bawah tanggungjawabnya. Apa makna berlaku adil tu?

Keadilan pada diri sendiri, contohnya ialah dengan memastikan bahawa kita akan menjaga segala anggota kita sebaik-baiknya tanpa mengabaikan yang mana-mana pun. Cuba bayangkan kalau kita berdiri sebelah kaki sahaja sepanjang hari sebab kaki yang sebelah lagi tu, lebih cantik bentuknya. Jawabnya, tak lama lagi pasti kaki akan sakit sebelah. Keadilan juga bermakna kita menjaga hak tubuh badan kita agar tidak diseksa di akhirat kelak. Adil dalam keluarga bermakna memberikan hak dan layanan yang sewajarnya kepada setiap anggota keluarga. Namun keadilan ini juga ada banyak perbezaan mengikut keadaan, kebiasaan, keperluan, kemampuan, keutamaan dan macam-macam ke….. lagi. Kena belajar untuk adil.

Banyak masalah akan timbul jika seorang ketua keluarga tidak bijak dalam menentukan hak ahli keluarganya dan tidak berlaku adil. Katalah kita buat contoh dalam sebuah keluarga besar. Seorang ayah sedang mendengar aduan anaknya:

“Ayah, sepatutnya lman dapat anugerah pelajar terbaik di sekolah sebab cikgu dah bagi surat ni. “ menghulurkan sekeping surat kepada ayahnya.
“ Tapi sebab Syiri hantar e-mel kat cikgu kata Iman tak layak dapat gelaran tu, bukan Iman sorang je yang patut dapat, cikgu tak jadi bagi. Iman geram, Iman ketuk laptop dia!”
Ayahnya diam membaca surat anugerah itu. Semua ciri-ciri yang tertulis memang menggambarkan peribadi anaknya Iman.

“Ayah, tengok! Syiri tak boleh tutup rapat laptop ni! Susahla nak buat kerja, nak emel orang! Mana boleh macam ni ayah! Boleh ke Iman buat Syiri macam tu?”

“Tak apa, ambil RM 500 ni, pergi baiki laptop tu, kalau tak boleh nanti ayah bagi RM 5000 beli laptop baru!” kata ayah sambil menghulurkan wang kepada Syiri.
Tersenyum anak ini pergi, tanda kemenangan.

”Habis Iman ni macamana, ayah? Dia dah rosakkan maruah Iman dan menghina Iman sehingga Iman kehilangan anugerah yang paling berprestij di sekolah. Tak kan ayah nak buat tak tahu aje?” tanya Iman kecewa.

”Nanti-nantila ayah pergi jumpa AJK PIBG dan Pengetua sekolah untuk bincangkan hal ni. Iman sabarlah, tak ada apa nak risau, masalah kecil je ni.” jawab ayah selamba dan meneruskan kerja-kerjanya membesarkan rumahnya dan memikirkan makanan yang enak untuk dimakan pada hari itu............................

Sebagai anak, agaknya apa perasaan kita ye? Mungkin si ayah lebih tahu apa yang dia buat atau mungkin dia tak tahu apa yang patut dia buat. Bagaimana kita buat keputusan yang adil menangani masalah ahli keluarga kita ye?

Friday, January 8, 2010

Akan datang ke pawagam anda...

“Bulan sedang mengambang penuh. Pasangan kekasih itu begitu mesra memadu asmara. Si gadis longlai dalam dakapan sang pria. Tanpa dia sedari bahawa kekasihnya itu adalah seekor drakula yang sedang mencari mangsanya. Lalu drakula itu tersenyum sambil terus membelai si gadis dan mencium lehernya. Ketika dia cuba menggigit leher gadis dengan gigi taringnya yang tajam dan berkilau itu ( mungkin kah dia pakai ubat gigi halal gel atau al mukmin atau mana-mana yang halal?) tiba-tiba muncul seorang paderi katolik dengan sebuah salib yang tertulis alif lam lam ha padanya. Sang drakula terpaku. Alamak, dia tidak mampu melawan kekuasaan paderi Katolik dengan senjata salib ber alif lam lam ha itu……………….”
Maaf la, itu imaginasi kita tentang filem seram terbaru yang mungkin muncul selepas filem-filem seram yang banyak kat Malaysia ni seperti santau, jangan pandang belakang, congkak, puaka tebing biru….. dan apa-apa lagi yang kita tak pernah tengok pun. Jangan marah la ye. Kita memang tak minat. Cukuplah syaitan dan sekutu-sekutunya sahaja yang berusaha menakut dan merosakkan kita, malas nak tambah dengan lakonan-lakonan pulak. Tak tengok pun ada masa kita seram, kalau tengok mungkin kita takut pelakon lebih dari takutkan ALLAH ….oooo bahaya boleh syirik tu! cerita drakula ni kita guna sebab masa dulu-dulu punya hal, pernah jugak tengok….semasa kita muda dan mentah!
Apa pun balik kepada imaginasi kita, he he he… daripada berimaginasi yang bukan-bukan dan yang lain-lain lebih baik kita bayangkan implikasi penggunaan kalimah ALLAH mengikut pandangan cetek dan tak berapa cerdik kita. Setelah melihat tayangan filem itu maka ramailah yang mula memakai rantai-rantai dengan loket berbentuk salib dan bertulis alif lam lam ha untuk melindungi diri mereka ke mana sahaja mereka berada termasuk la di tandas. (Sebab sekarang aksesori begitu memang pemandangan biasa sekarang, loket, subang, gelang dan sebagainya. Tak percaya buka mata luas-luas dan tengok sekeliling dan pergi tengok gerai-gerai yang jual aksesori ni, tak mahal pun, murah je!). mungkin jin-jin di tandas akan mengagumi perhiasan mereka…….
Emmm.. entahlah! Mungkin kita ni paranoid ke, obsess ke (ocb? Mungkin tidak sama sekali) atau keterlaluan. Tak kita cuma nak gambarkan kebimbangan kita, yang bukan kita seorang sahaja, sebenarnya tentang apa yang mungkin berlaku. Lebih baik berfikiran begini dalam isu ini untuk memastikan kita tidak melihat semua ni berlaku kelak. Memang Islam menganjurkan berprasangka baik tapi dalam hal yang bagaimana? Tak mengapalah. Kita ingat kita nak karang cerita lain la pulak.
Apa pun kita tidak berniat menghina sesiapa, kita hanya ingin pastikan bahawa nama ALLAH itu tidak akan disalah guna dan mencemar kesucian Zat Suci yang tidah boleh kita bandingkan dengan sesuatu apa pun, yang tidak mampu digambarkan dengan apa bentuk pun dan tidak akan disyirikkan dengan bermacam-macam benda. Semoga keesaanNYA difahami dan tidak disekutukan dengan sesuatu apa pun!

Tiada siapa berebut untuk mati.....

Mengapa nak rebut sesuatu yang kita sanggup berkongsi tetapi dengan syarat-syaratnya. Kita teringat tentang seseorang yang rapat dengan kita dan kita sangat sayang padanya. Dengan takdir ALLAH, kehidupannya berubah kerana teman hidup bercinta lagi. Dia merasa sangat sedih dan kecewa. Dia tidak sanggup berkongsi kerana memang dia punya banyak alasan untuk menentang. Tetapi kalau itu kehendak ALLAH dan memang susah untuk mengawal tindakan teman hidup bila di luar dan bersama kekasih baru, dia bersetuju untuk berkongsi tetapi dengan cara yang betul.

Dan alhamdulillah kita melihat dia seperti selalu, seorang yang sangat sabar dan tenang dalam hidup, reda pada ketentuan dan dia bahagia sekali. Begitulah adatnya jika kita mengikut apa yang Rasulullah s.a.w. ajarkan dari wahyu ALLAH dan AL-Quran, insyaallah segalanya akan jadi mudah dan tiada keluh kesah. Datanglah apa saja, menerima dengan mengikut hukum dan kehendak ALLAH pastinya hidup akan tenang.

Mengingat ini sebagai contoh yang mudah, kita teringat pula tentang apa yang berlaku sekarang. Keinginan mendapat kelulusan perundangan bagi menggunakan nama ALLAH bagi orang-orang katolik di Malaysia. Mengapa susah sangat mengakui bahawa ALLAH memang satu-satunya Tuhan yang benar dan hanya orang Islam sahaja berhak menggunakan nama itu. Kalau tindakan mereka ini sebenarnya satu pengiktirafan akan kebenaran dan kebesaran ALLAH, ayuhlah masuk Islam beramai-ramai. Kita pasti menerima mereka dengan sepenuh hati dan pasti umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh alam ini, akan mendoakan dan memohon kebaikan untuk mereka.

Tetapi jika tujuan mereka ini, ibaratnya seperti seorang perempuan tua yang memiliki harta kekayaan cuba meruntuhkan rumahtangga seorang lelaki dengan janji kemewahan dan harta benda, maka itulah perangai keji orang yang lupa usia tua yang tinggal sedikit cuba menambah dosa dan merosakkan keamanan rumahtangga orang lain. Begitu juga niat menggunakan nama ALLAH untuk merosakkan akidah umat Islam dengan risalah-risalah yang jelas bohong dan mengelirukan. Ini adalah kebenaran yang telah berlaku. Kita ada melihat bukti penyebaran risalah ini suatu ketika beberapa tahun yang lalu, bagaimana ayat Al-Quran diputar-belitkan maknanya tentang kebangkitan semula nabi Isa a.s. sebagai sebab mengapa anak-anak sekolah ini harus mengikut ajaran Kristian.
Kita akan cuba cari dan tunjukkan juga.

Dan kita juga rasa sedih kerana ada banyak tindakan yang boleh diambil tetapi pemerintah kita seperti tidak begitu ambil peduli, mengharap belas ehsan manusia lain juga untuk menentukan kesudahan perkara yang terang, jelas dan nyata amat besar implikasinya kepada umat Islam di sini. Apalah makna mempunyai kuasa, diberi kuasa jika tidak boleh menggunakan untuk buat satu tindakan yang betul demi ALLAH, agama dan bangsa!!! Apakah dunia ini terlalu besar nilainya sehingga lupa bahawa Akhiratlah tempat sebenar kita. Siapakah yang telah hidup sejak dari dulu dan belum mati sehingga kini, memiliki segala kekayaan dan kesenangan dunia yang mereka nak contohi. Tidakkah mereka mendapat pengajaran dari kematian dan segala kejadian yang berlaku di dunia sejak dulu hingga kini. Cubalah bandingkan umur manusia yang telah berada sejak nabi Adam a.s. di bumi ini, yang umur ketika hidup, melebihi umur yang telah mati? Apalah yang mereka cari sebenar-benarnya????

Wednesday, January 6, 2010

What you left behind, what is abandoned.....

Didn’t do much reading and was listening to Usrah Rasa Hati- Radio IKIM. As usual all said and discussed are meaningful- food for thy soul. But towards the end of the slot, Tabib Nor, one of the speakers said something that sank deep into the core of my mind!

In the pursue of worldly wealth and happiness we are actually abandoning and neglecting God, ALLAH and other people are trying to adopt HIM! Alamak, why didn’t I see it that way? It wasn’t other people who are at fault, they shouldn’t be blamed, they are just trying their luck and it seemed, they have succeeded!

So, who are to be blamed? Me, you….a dog named boo? I don’t know! Do you think of ALLAH all the time? Do you obey all HIS command? Is HE included in everything you do? Do you keep HIM in mind, alone or in crowd? Do you feel HIS presence in public or in isolation? Do you remember HE is watching you though others are not? Do you perform the compulsory 5-solat everyday? Do you refrain yourselves from HIS prohibition, what are forbidden, things to avoid……..?

If we forget, is it wrong for others to remember? Hu huh u….. I need time to reflect and I pray for Divine Intervention….suddenly I feel lost! Why didn’t we appreciate, why didn’t we take good care, why didn’t we this, why didn’t we that… why, why, why??? And you are questioning other people why???

But then, it isn't too late for us to fight and get what is rightfully ours and to take this as a lesson to never take things lightly and never take things for granted!!!

Kita tetap yakin!

Okay lah, hari ini kita rasa kena banyak bertenang dan beristighfar bukan mengikut emosi dan rasa hati. Mungkin juga sebahagian dari rasa marah dan geram kita bukan datang dari hati dan iman tapi dari hawa nafsu dan bisikan syaitan yang merosakkan. Kita kena duduk diam dan berfikir dengan akal dan waras dan iman yang benar, kembali kepada ajaran agama Islam yang suci dan mulia. So, hari ni kita duduk dan berfikir punca dan asal masalah yang datang ini. Membaca dan membuka laman web dan akhbar-akhbar lama, kita melihat isu yang kita asyik perkatakan ini telah banyak kali dibincangkan dan kita pun ingat tentang larangan yang pernah di keluarkan pada tahun 2008.

Orang Islam yang menentang macam kita ni tentang penggunaan nama ALLAH oleh agama lain di Malaysia ni bukan menentang kaum atau agama lain tapi menentang penggunaan kalimah dan nama suci yang kita kenal sejak kita lahir lagi sebagai nama Tuhan yang satu, tiada lain melainkan Dia, tiada yang seumpama Nya, tiada yang mengatasi Nya, tiada yang setara. So, kita cuba bayangkan kita nak guna kerana mudah menterjemahkan bahasa antara God dengan Tuhan atau God dengan Allah. Sama ke God dengan Allah atau God dengan Tuhan. Lepas tu kita mula merapu memikirkan tentang menterjemahkan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu kalau megikut budaya pun makna berbeza. Contohnya: Malam Jumaat dengan Friday night – dalam konteks budaya Melayu dan bahasa Inggeris. Atau kita sebut tentang left bank of the river dengan tebing kiri sungai, dari pandangan mana...hulu ke hilir ke...bagi seorang Melayu dan seorang Inggeris ( kena baca sejarah dan budaya nak faham ni).

Lepas tu, sejak berabad-abad lamanya, Jesus itu di gunakan sebagai nama Tuhan mengapa pulak sekarang, beberapa tahun kebelakangan ni beria-ria nak pakai nama ALLAH pulak? Dah tak sedap ke nama tu atau tak yakin dah dengan Tuhan tu, sehingga terpaksa mengambil nama Tuhan yang memang sejak Islam di wahyukan lagi digunakan. Dah hilang keyakinan ke dengan Tuhan sendiri? Heran jugak! Kalau nak kaji dari sudut fungsi perkataan dalam bahasa... ini nama khas. ALLAH. Kalau perkataan lain mungkin boleh ubah fungsi ada masa noun, atau boleh jadi verb atau adjective atau adverb. Ye kita tak salah cakap...kita tahu sebab ini bidang kita. Tapi bab nama Yang Satu ni kita masih keliru.

Tapi kita penatlah sekarang. Kita nak sambung balik bacaan kita tadi. Nanti kita komen lagi. Tapi dalam Islam hanya ALLAH sahaja yang dapat mengampunkan dosa dan menerima taubat tau. Tapi bagi Kristian kita boleh buat pengakuan dan boleh diampunkan oleh manusia yang seumpama dengan kita juga. So, apa kerja ALLAH pada mereka ye? Kita pergi membaca la semula!

Benarkah kita beriman?

Sebagai seorang Islam yang benar-benar benar beriman kepada ALLAH yang Maha Esa dan segala apa yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w. daripada wahyu, Al-Quran, dan hadis setiap Muslim pasti percaya akan kehebatan kekuasaan ALLAH Subhanawataala. Namun begitu adakah kita hanya berdiam diri dan hanya yakin bahawa ALLAH yang Maha Agung akan pastinya membalas perbuatan orang-orang yang menghina Nya? Apakah tanggungjawab kita sebagai hambanya?

Bayangkan jika kita bekerja dengan seseorang yang memberi kita segala kebaikan seperti tempat tinggal, makan, pakai, perlindungan, menemukan kita pasangan, mengahwinkan kita, menyara anak-anak kita dan menjaga segala kebajikan kita sekeluarga. Kemudian datang sekumpulan orang yang sama taraf dengan kita, pekerja bawahan sahaja…. Menghina tuan kita, mencampakkan dia ke tempat yang kotor dan hina, mencemarkan namanya dengan berbagai-bagai cara. Adakah kita akan hanya memandang sahaja kerana kita tahu dia seorang yang gagah, kaya, berharta, kuat, bla bla bla ….. Adil kah kita memandang sahaja orang yang telah berbuat kebaikan kepada kita diperlakukan sedemikian rupa. Itulah tanda kita orang yang tidak mengenang budi dan memang tak layak ditolong pun.

Apa yang nak kita katakan disini bukan nya mengajak semua orang angkat senjata pergi memerangi ”orang yang jahat” ni (melainkan tak ada cara lain) tapi kita boleh melawan dengan bilangan suara kita yang ramai, tindakan kita yang waras dan wajar dan desakan yang jika tidak di dengari, pastinya akan mencetuskan kebimbangan di hati musush ALLAH dan musuh Islam.

Lemahnya orang-orang Islam hari ini, termasuk kita lah tu, boleh diam dan tunggu pulak hari-hari tertentu untuk berbincang, bermesyuarat, berdiskusi sedangkan maruah kita di pijak. Kehormatan kita dirobek depan mata semua orang dan harga diri kita tidak ada nilai langsung di mata orang lain.

Apakah kita lupa bahawa kita pastinya di tanya apakah yang kita lakukan untuk menegakkan agama ini. Apakah yang kita buat untuk agama ini? Tak malukah kita nanti bila bertemu ALLAH? Lupakah kita akan peperangan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat untuk mengembangkan dan menegakkan syiar Islam. Jika mereka hanya percaya akan kekuasaan ALLAH pasti mereka kan duduk diam sahaja di Mekah kerana ALLAH akan mengalahkan musush Islam. Tapi itulah pengorbanan cinta! Pengorbanan tanda kita mengagungkan ALLAH dengan sebenar-benarnya. Fikirkanlah tentang semua yang telah syahid dalam menegakkan kalimah ALLAH. Bayangkan bagaimana kalimah ALLAH ini berkembang keseluruh alam...bukan dengan hanya menanti ALLAH membalas. Memang ALLAH boleh membalas dalam sekelip mata sahaja tapi lupakah kita bahawa ini ujian kita juga. Bagaimana kita harus menghadapinya. Berserah dan bertawakkal sahaja? Lemahnya kita....aduhai!!!

Monday, January 4, 2010

Tahap Sabar

Kita memang tak sabar agaknya. Sebab kita rasa tak tenang. Mengapa pula kita semua disuruh sabar menunggu kerajaan mencari jalan menyelesaikan isu penggunaan ALLAH oleh agama lain selain Islam. Sedikit benar kah kuasa pemimpin kita yang beragama Islam , yang agama rasmi Islam, yang perlembagaannya ada tertulis tentang kedudukan agama Islam? Nak tunggu sehingga dah keluar majalah, jurnal dan buku-buku yang kandungannya bukan tentang ajaran Islam tapi dengan nama ALLAH di dalamnya? Nak tunggu pintu gerbang baru siap depan gereja katolik dengan tulisan nama ALLAH?

Tolonglah buat sesuatu demi ALLAH, demi Islam, demi Rasulullah s.a.w. dan demi menjaga akidah umat Islam seluruhnya. Adakah kita termasuk dalam kelompok umat yang diibaratkan sebagai buih-buih di lautan, banyak pada bilangan tetapi tiada kekuatan atau keupayaan. Bukankah kita boleh memilih untuk menjadi kapal yang menyelamat, membawa penumpang dengan selamat ke pelabuhan, gagah merentasi laut ujian dunia dengan nakhoda yang hebat. Bukan jadi buih-buih di lautan.

Kita sedia maklum tentang doa sebagai senjata tetapi dalam perkara seperti ini, doa sepatutnya menjadi senjata terakhir setelah kita berusaha menegakkan kebenaran, mempertahankan kedaulatan dan maruah agama kita? Lupa kah kita sebagai umat Islam kita percaya bahawa kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan pada segala amanah kita pikul dalam kehidupan dunia ini? Mana pergi maruah kita? MUNGKIN KITA UMAT YANG TIADA MARUAH LAGI!!!

Apa yang kita nak jawab nanti di hadapan Allah? Baru lagi kita menyambut tahun baru Hijrah dan menginsafi perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menegak dan menyebar agama ini, mendapat kebebasan mengamalkannya dengan bebas dan memuliakan agama ini sesuai dengan kedudukan dan kesuciannya…..apa yang kita perjuangkan sekarang? Kita tak tenang, kita tak sabar…. Tolonglah kita ya ALLAH!!!!

Sunday, January 3, 2010

Demi ALLAH!

ALLAH, Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin, Al-Muhaimin, Al-Aziz, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir, Al-Khaliq, Al-Bari, Al-Musawwir, Al-Ghaffar, Al-Qohhar, Al-Wahhab, Ar-Razaq, Al-Fattah, Al-Alim, Al-Qobith, Al-Basit, Al-Khafid, Ar-Rafi, Al-Muiz, Al-Muzil, As-Sami, Al-Basar, Al-Hakam, Al-Adl, Al-Latif, Al-Khobir, Al-Halim, Al-Adzim, Al-Ghofur, As-Syakur, Al-Aliy, Al-Kabir, Al-Hafiz, Al-Muqit, Al-Hasib, Al-Jalil, Al-Karim, Al-Raqib, Al-Mujib, Al-Wasi, Al-Hakim, Al-Wadud, Al-Majid, Al-Baits, As-Syahid, Al-Haq, Al-Wakil, Al-Qawiy, Al-Matin, Al-Waliy, Al-Hamid, Al-Muhsi, Al-Mubdi, AL-Muid, Al-Muhyi, Al-Munmit, Al-Hayyu, Al-Qayyum, Al-Wajid, Al-Majid, Al-Wahid, As-Somad, Al-Qodir, Al-Muqoddim, Al-Muakhir, Al-Awwal, Al-Akhir, Az-Zahir, Al-Batin, Al-Wali, Al-Muataali, Al-Barr, At-Tawwab, Al-Muntakim, Al-Afuy, Ar-Rauf, Malik- Al-Mulk, Dzuljalaliwalikram, Al-Muksit, Al-Jamik, Al-Ghaniy, Al-Mughni, Al-Manik, Ad-Darr, An-Naf, An-Nur, Al-Hadi, Al-Badi, Al-Baqi, Al-Warits, Ar-Rasyid, As-Sabur.

Semuanya nama Yang Satu, ALLAH. Kita memikirkan isu ini sejak hari Khamis menunggu keputusan mahkamah…. Apa yang akan kita ulas? Dan bila kita tahu verdict hakim pada hari Jumaat , penghulu segala hari, runtuh perasaan kita yang jahil dan tak tahu ini. Kita mungkin tak melihat hikmah dan kebaikan daripada peristiwa ini kerana cetek ilmu agama kita dan kejahilan tapi kita jadi sedih. Mula-mula tak nak tulis sebab kita ramai kawan berbilang kaum dan agama dan mereka baca blog kita. Tapi kita rasa macam tiada nilai di sini kalau tidak menulis sesuatu.

Sebagai orang Islam, kita belajar nama-nama ALLAH dan mengamalkannya dalam doa kita, menyebutnya selalu tapi yakin percaya tuhan kita hanya satu itulah ALLAH. Kita pernah tanya seorang pelajar kita yang balik daripada Jordan tentang penggunaan perkataan ALLAH ini semasa membawa mereka menaiki bukit dalam aktiviti luar. Katanya ALLAH itu adalah nama Tuhan kita, bagi agama Islam dan agama wahyu yang sebenarnya. Segala agama tauhid yang ALLAH turunkan melalui para rasul dan nabi-nabi. Kalau nak merujuk tuhan dalam bahasa Arab gunalah perkataan “Ilah” bukan ALLAH. Dan sejak berkurun-kurun lamanya kita juga faham tentang istilah Jesus dalam agama Kristian merujuk kepada salah satu tuhan mereka yang terdiri daripada tiga. Bagaimana Islam mengajar bahawa Nabi Isa itu hanyalah manusia biasa yang dilahirkan oleh Mariam setelah ditiupkan roh ke dalam rahimnya oleh malaikat Jibril yang mulia. Bagaimanakah orang Kristian Katolik di Malaysia ni nak aplikasikan nama ALLAH yang suci kepada tuhan-tuhan mereka ini? Yang mana satu, Holy Spirit, Mother atau Son? Mengapa beria-ia benar nak guna nama ALLAH?

Kalau ikhlas, jom lah masuk Islam, kita sama-sama guna dan muliakan Tuhan kita dengan sebaik-baiknya. Gunalah, pakailah nama ALLAH dalam semua perkara sebagaimana yang dilakukan oleh muslim. Dalam apa saja kita mulakan dan tutup dengan ALLAH sebagaimana kita lahir di ajar syahadah La ila ha ill ALLAH sehingga ke hembusan nafas terakhir kita lafazkan yang sama. Apakah muslihatnya menuntut sesuatu bukan pada haknya? Masalah murtad yang berleluasa sekarang pun belum dapat kita selesaikan, kita permudahkan pula usaha dakwah mereka dengan memberi hak menggunakan nama Zat Suci yang mungkin akan murka dan marah dengan kita yang tidak ambil peduli akan kehormatan agama kita.

Walaupun kita yakin benar dengan agama Islam, kita tidak pernah menghina kawan-kawan kita yang berlainan agama tapi sekarang kita rasa diri kita terhina dan memang hina betul kerana tiada siapa, yang ada kuasa, mengambil tindakan menyelamatkan maruah agama ini, membuat sesuatu yang yang boleh mereka lakukan kerana mereka berkuasa. Tidak bimbangkah anak-anak kita terkeliru dan tertipu? Yakinkah kita dengan didikan yang kita beri sehingga anak-anak kita benar-benar mantap fahaman agamanya? Apa muslihat dan agenda mereka ni? Kita takut!

Kalau betul-betul nak guna nama ALLAH, sekali lagi kita pelawa, peluklak agama Islam. Gunalah sepuas-puasnya…tapi kalau agama lain nak guna juga tapi dengan aqidah yang sama, kita tak rela….bayangkan lepas ni, agama-agama lain pulak buat tuntutan untuk guna nama yang sama dengan alasan kalau Katolik Malaysia boleh mengapa mereka tak boleh apa kurang dan silap agama mereka…. Nak jawab apa ye? Bayangkan kalau nama Allah boleh ditulis pada palang salib dengan ukiran patung batu lepas tu kita nyalakan lilin dan menyanyi di hadapannya. Bila berhabuk kita lap dengan bulu ayam dan kain. Bayangkan nama ALLAH di tulis dan digantung depan gereja di sebelah nama mary dan jesus sebagaimana kita selalu lihat di masjid dengan nama Rasul kita s.a.w.

Dan bayangkan lepas ni, apabila agama lain pula meminta menggunakannya, kita kalungkan pula bunga malai warna-warna pada batang pokok dan rumah-rumah kecil di tepi jalanraya dengan tulisan alif lam lam ha tergantung padanya. Sanggup ke kita bayangkan yang sebegitu? Nauzubillah, kita mohon selamat dunia akhirat. Semoga ALLAH ampuni kita kerana keupayaan kita terbatas…tapi kita sedih dan pilu, hati kita sayu!!!

Dan kita terbayang juga 99 patung berbagai-bagai rupa dengan “Asma ul Husna” setiap satunya pada mereka…hati kita bergetar!!!! AstaghafirullALLAHalazim!

Friday, January 1, 2010

Pengalaman Nilai

Hari ni kita nak kongsi pengalaman kita. Isnin lepas, on the way nak hantar kakak kita dan anak-anak buah balik, kita singgah Nilai 3 sebab kakak kita requested. Dia kata tak pernah pergi, dengar orang cerita pasal Nilai 3, dah kebetulan lalu highway menghala ke Seremban, kita pun singgahlah. Alhamdulillah, hari Isnin dan agak awal, tak ada orang. Kita memang tak suka pergi tempat orang ramai, stress!!! So, kita drive dulu pusing-pusing tengok kawasan jualan kain, tilam, permaidani, kayu jati, barang-barang perkahwinan dan macam-macam lagi. Banyaknya barang.

Kita pun lepas tu park kereta dan jalan la, tengok-tengok. Apa yang menarik perhatian kita ialah kebanyakkan kedai di kendalikan oleh orang-orang pakistan. So, kami ni cari la kedai yang senang sikit nak berkomunikasi. Jumpa satu kedai kain, pekerjanya Melayu. Kita tanya adakah dia tuan punya kedai. Dia kata tak, hanya pekerja saja. Taukeh kedai dia pun pakistan jugak. Katanya lagi kawasan tu memang dikuasai oleh orang pakistan dan orang cina. So, kita pandang kakak kita, dia pandang kita. Lepas tu kata kakak kita beli dengan cina, mereka warganegara Malaysia, dengan pakistan mereka hantar duit balik kampung. So, kita tanya dia nak beli apa? Katanya, nak beli tilam. Tapi semua tilam dijual di kedai pakistan...(tak jalan seluruh kawasan pun, luas sangat!) beli je la.

Betul ke semua pakistan yang berniaga kat situ datang dengan halal? Bagaimana mereka dapat lesen berniaga ye? Entahlah kita pun confuse. Boleh ke kita berurus niaga dengan orang yang kita tak pasti sama ada mereka datang dengan jalan yang sah atau tidak. Memang mereka Islam, satu akidah dengan kita, tapi, entahlah..... Mungkin rezeki mereka ditakdirkan di sini, di tanah air kita. Dan orang Malaysia pula yang bekerja dengan mereka. Memang biasa syarikat-syarikat luar negara membuka perniagaan di sini dan memberi peluang pekerjaan kepada orang Malaysia, tapi tak banyak la kita tengok kat kedai kain atau permaidani kat situ. Mereka sama mereka saja kerja. Di kedai yang dimiliki oleh cina ramai pekerja Indonesia.

Kat mana silap kita ye? Hujan emas bagi orang lain di tanah air kita, kita sendiri masih ramai yang merempat tak ada tempat berteduh, tidak bekerja dan tiada punyai apa-apa. Tak mungkin hujan emas itu turun kepada orang luar menjadi hujan batu pulak pada kita. Sedang Allah turunkan hujan air yang sama sekata, tidak membahayakan walaupun menimpa kita dari tempat yang sangat tinggi kalau nak buat perbandingan secara saintifik. Tapi mengapa kita tak dapat kebaikan yang sama? Allah tidak pula zalim atau tidak adil. Mengapa kita tak dapat buat apa yang orang lain boleh buat.

Kita rasa nak jadi ahli perniagaan juga lah sebab memang 9 daripada 10 pintu rezeki ada dalam perniagaan. Tapi perniagaan apa? Nak dapat untung dunia dan untung akhirat. Tapi kita tak pandai nak jual apa tak tahu. Macamana orang lain pandai, berniaga tapi kita tak pandai. Tapi bila fikir balik, apa pun boleh kalau kita usaha keras, istiqamah dan berdoa. Dengan izin Allah, pasti boleh sebab dalam dalam peraturan hidup, orang yang rajin usaha selalunya akan lebih banyak hasil daripada orang yang malas. Mungkin itu juga sebab mengapa kawasan yang sepatutnya jadi lubuk emas bagi orang malaysia menjadi lubuk emas orang lain. Orang malaysia yang datang, terutama orang melayu hanya akan lemas dalam lubuk yang banyak barang macam tu!!! Memang yang datang pun rata-rata orang melayu juga termasuk kita dan keluarga kita!
Dan nama tempat itu, Nilai pastinya mempunyai value yang tinggi bagi pedagang pakistan yang mengusahakannya. Apa nilai kita dimata mereka, nilai mereka di mata kita. Di manakah nilai kita ye? Bernilaikah kita untuk agama, bangsa dan negara. Dan besarkah nilai kita di sisi Allah? Semoga kita tingkatkan nilai diri, tingkatkan peribadi, tingkatkan jati diri. Semoga kita di nilai mulia di sisi Allah dan RasulNya s.a.w. Amin!

Antara bulan dan bunga api!

Hari ni bermula tahun 2010. Dah masuk tahun ke sepuloh alaf baru. Malam tadi berlaku gerhana bulan yang kita terlupa, tak ada rezeki walau kita ingat siangnya dan malam tadi juga masyarakat dunia meraikan kedatangan tahun baru. Kita terjaga dari tidor apabila bunyi dentuman bunga api bermula menandakan tahun baru. Begitulah suasananya di Malaysia ni... hebat betul menyambut tahun baru. Dan kita terbayang suram warna cahaya gerhana dan gemerlap warna cahaya bunga api. Satu ciptaan Allah dan satu ciptaan manusia. Bunga api boleh bakar bila-bila masa dan gerhana bulan dan matahari berlaku mengikut putaran alam yang telah ditetapkan Nya.

Terbayang pula berapa ramai yang berkumpul di masjid surau untuk sembahyang sunat gerhana dan berapa ramai yang berkumpul untuk meraikan tahun baru. Pastilah meriahnya majlis dunia akan mengatasi majlis akhirat. Berapa ramai yang berusaha mengumpul kekayaan dunia berbanding dengan yang berusaha mengumpul keselesaan dan kekayaan hidup akhirat? Sebab kalau kita tengok pun senario hari ini, manusia boleh buat persiapan berbulan-bulan lamanya untuk memastikan sesuatu majlis berjalan lancar, meriah seronok, bertungkus lumus bekerja siang malam...tapi berapa ramai yang menyiapkan diri untuk solat selama 3 minit 5 kali sehari. Kalau yang sembahyang pun, cepat sangat... jarang yang pergi gosok gigi dulu, bersihkan diri baik-baik dan berpakaian cantik dan bersih untuk sembahyang. Tapi kalau nak pergi majlis-majlis dunia, gosok gigi sekurang-kurangnya 3 minit, berkumur baik-baik, cuci muka bersih-bersih, pakai wangi-wangian dan baju cantik. Sembahyang pakai kopiah bertahi lalat, kain pelekat lusuh dan baju melayu lama.

Yang perempuan pun lebih kurang jugak. Kalau baju kerja dan baju berjalan semuanya mahal dan cantik belaka...telekung dan sejadah, nauzubillah, kalau nak pinjam pun segan...barang lain semua branded belaka... itulah kita. Lebih seronok mengejar kilauan bunga api yang hilang lesap sebaik saja muncul, berbanding menginsafi gerhana bulan yang berlaku kerana keagungan dan kekuasaan Allah. Bulan yang muncul saban malam dari bulan sabit ke bulan penuh dan sebaliknya sehingga hilang beberapa hari dan muncul kembali. Berapa lamakah bulan telah berbuat begitu....dan sampai bilakah ia akan buat macam tu. Dengan putaran bulan itu juga masa beredar dan berubah.

Kita melihat anak-anak hari ni, terkejar-kejar bersiap sedia menyambut perayaan tahun baru. Sedih hati kita. Anak-anak inikah yang akan mendoakan ibu bapanya kelak? Doa anak-anak ini makbulkah nanti? Sebab bukan doa anak sahaja tapi doa anak yang soleh dan solehah! Walaupun perangainya lemah-lembut dengan ibubapa dan ahli keluarga, pergaulannya bebas, auratnya terdedah, sembahyangnya tak jaga.... kat mana kita nak cari ciri-ciri soleh dan solehah itu? Kita jadi sedih. Anak kita pulak asyik main game aje. Tak keluar rumah tapi tak berenggang dengan tv dan game. Sembahyang kena suruh, tidur kena kejut....entahlah! Bila di tegur, diam tak menjawab tapi buat tak tahu aje. Mati akal kita!

Kita pun jadi keliru. Kita berdoa juga agar dia jadi anak yang soleh dan tak akan meninggalkan solat walaupun tak ada depan mata kita. Kita harap jugak tahun baru hijrah dan masehi ini menjadikan kita semua lebih baik. Semoga apapun akhirat lah juga yang akan diutamakan kerana pastinya dunia akan mengekori dari belakang. Tapi kalau kita mengutamakan dunia, akhirat akan tinggalkan kita jauh-jauh! Semoga kita semua memahami hakikat kehidupan dan hakikat kejadian kita semua sebagaimana bulan ada terang, gelap dan gerhana...bukan seperti bunga api yang terang indah hanya seketika dan hilang begitu saja!