Thursday, April 30, 2009

Mirage

Cinta itu fitrah. Memang kita tak jangka kalau tiba-tiba kita jatuh cinta pada seseorang. Mungkin bila lihat orang tu, kita pun pelik macam mana kita boleh jatuh cinta padanya sedangkan tiada pun ciri-ciri atau kriteria yang kita inginkan. Tengok pasangan yang jauh sangat bezanya, suami tampan, isteri biasa-biasa je; isteri comel-lote jalan dengan suami yang boleh dipanggil atuk. Itulah fitrah. Dan hati manusia ini hanya duduk di dalam dada kita tapi Allah jua yang menentukan isinya dan kita mesti berusaha berdoa setiap masa semoga Allah kekalkan kita dalam iman dan hidayah dan pegang hati kita agar sentiasa taat dan ingat padaNya.

Tapi apa yang akan melindungi kita dari godaan cinta ni? Ada orang jatuh cinta kerana nafsu – nampak orang berharta, banyak duit, kereta besar, skuter canggih, jatuh cinta pada kelebihan material; ada orang jatuh cinta kerana kecantikan dan ketampanan; ada yang jatuh cinta kerana suara yang lunak, manja, merdu, menggoda; ada yang jatuh cinta kerana pandainya seseorang, bijak pandai, tergoda dek ilmunya. Namun ada juga yang jatuh cinta kerana kewarakan seseorang, taqwa dan akhlak yang mulia, berilmu dan ibadatnya yang banyak – boleh tertipu juga, akhirnya, jika tak waspada. Dan ada juga yang tak minta dan tak cari tapi ter…… jatuh cinta pulak. Lebih malang pula jika, godaan perasaan ini( ujian ni, dan bahaya ujian ni) tak dapat di tangani dengan baik.


Itulah akhirnya kadang-kadang runtuh rumahtangga orang lain kerana ikut nafsu, hilang maruah dan harga diri kerana ikut hati. Bukannya berdosa kalau kahwin dengan suami orang, memang tak salah. Poligami itu Allah benarkan kerana ada banyak keindahan dan kebaikan padanya, tapi pengamalnya selalu merosakkan menyebabkan ia jadi sesuatu yang di takuti dan di benci.
( Wahai perempuan, memang tak salah berpoligami- kalau kena caranya. Jangan lupa suami pun pinjaman bukan hak mutlak, dan kasihilah dia kerana Allah semata-mata- baiknya, buruknya, tampannnya, gemuknya, pendiamnya dan sebagainya- supaya kita selalu redha dengan apa jua ujian: Wahai suami, kasihilah isteri kerana Allah kerana dia adalah tanggungjawab yang perlu dijaga dan akan di persoalkan di depan Allah kelak dan jika kita buat sesuatu kerana Allah maka kita juga tak akan buat sesuatu kerana takutkan Allah. Ada banyak ’term & condition’ yang perlu kita pelajari sebelum mengambil langkah berpoligami – sangat banyak perkara yang perlu kita fahami dan amalkan sebelum melangkah masuk kealam perkongsian lebih dari satu ini. Awaslah!)

Sedih kadang-kadang tengok suami orang bercinta dengan isteri orang, cinta terlarang tu! Muda-mudi bercinta sampai lupa pandangan masyarakat sekeliling, pandangan Allah lagi lah sebab Allah tidak zahir depan mereka. Ada orang tua kesepian bercinta hingga hilang segan silu pada anak muda. Sebab apa semua ni berlaku? Sebab kita hanya cari cinta dunia, cinta yang sementara. Kalau kita mencintai Allah sepenuh jiwa raga, mencintai agama dan rasulNya yang kedua, insyaallah cinta sesama makhluk juga akan kita perolehi dengan penuh bahagia. Kerana apabila sungguh kita cintai Allah dan Allah mencintai kita, pasti segala makhluk yang ada juga memberi cinta kepada kita walau caranya berbeza-beza. Seandainya takdir Allah menentukan kita jatuh cinta, imanlah yang akan menunjukkan jalan keluar atau penyelesaian baginya.

Entahlah.... tak tahu kenapa perkara ni timbul mungkin suasana sekeliling dan persekitaran ...... wallahualam.

Teringat pulak lagu ”Fatamorgana” nyanyian Munif-Hijjaz:

Pulanglah pada Tuhan, cahaya kehidupan syarat bahagia di dunia,
akhirat kekal selamanya pada Allah.. Allah.

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia
Cabaran dan godaan mendewasakan usia
Ujian dilalui tambah pengalaman diri
Sudah lumrah ketetapan Ilahi.

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari.

Begitu indah dunia siapapun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan, ketakwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman dihati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia.


Semoga kita terlindung dan terlepas dari menjadi orang yang merosakkan kebahagiaan orang lain dan semoga juga kita sentiasa berusaha mengejar cinta Ilahi yang membawa bahagia abadi!

Wednesday, April 29, 2009

Bila Kita Tak Sedar Diri.

Manusia ni memang mudah excited – apa ye, teruja dengan sesuatu. Pantang dengar berita, diberi hadiah ke, bungkusan, dapat pesanan dari kawan ke, bos ke…cepat je kita nak tau.. apa dia? Apa hal? Kadang-kadang kita dengar berita sekerat aje, bukan dari awalnya, kita naik seronok. Tak sabar nak cerita kat orang lain. Baca nota ke memo, kadang-kadang kita buat kesimpulan sendiri. Jarang sekali orang nak pergi dapatkan kepastian tentang sesuatu perkara, clarify maklumat tertentu. Ada orang yang tenang tapi lebih ramai yang tak tenang. Ada orang yang sabar tapi lagi ramai yang tak sabar, gopoh.

Akibat kurang sabar ni, kadang-kadang kita rosakkan sesuatu yang baik jadi tak baik. Contohnya, kita dapat sesuatu yang murah dari seseorang, kita anggap sebagai penghinaan, kita terima nota ringkas ( sebab ringkas, bunyi macam arahan) kita melenting, marah. Kita dengar cerita dari seseorang tentang kita, kita maki hamun orang, melenting sampai berasap kepala. Kenapa jadi macam tu?

Kalau kita selidiki diri sendiri, sedar tak sedar kita ni ada rasa bahawa diri kita ni hebat. Tambahan kalau kita rasa kita bukan orang biasa-biasa, kita rasa kita educated atau kita rasa kita dah buat macam-macam tapi ada orang tak tau nak hargai, jasa kita. Dan itu buat kita rasa kita berhak untuk marah dan melenting.

Salahnya tanggapan kita tu. Besar betul kesalahannya kerana bila ada sedikit sahaja rasa begitu kita telah rosakkan segala amalan dan kebaikan kita. Mengapa agaknya kita rasa ijazah dan ijazah lanjutan kita dari luar negara tu, menjadikan kita lebih hebat, atau kesanggupan kita untuk tolong orang buat kerja sebagai tanda diri kita mulia, atau apa yang kita pakai dan guna menunjukkan standard dan kelas kita.

Mudah benar kita lupa bahawa bukankah apa segala yang kita miliki adalah anugerah Allah yang boleh ditarik bila-bila masa. Nampak sangat segala yang kita usahakan dan kebaikan yang kita buat adalah untuk mendapatkan pengiktirafan dan hormat manusia.

Mungkin kita tak sedar bahawa walaupun kita sembahyang lima waktu dan tidak menyembah patung atau berhala, kita bina berhala dalam diri sendiri, tak nampak dan tersembunyi. Awasilah berhala dalam diri, bahayanya lebih dahsyat dari segala penyakit barah atau virus selsema burung atau virus dari babi yang terkini.

Pernahkah terfikir bahawa, penyapu sampah di tepi jalan itu, rasanya tak pernah berazam dan bercita-cita untuk bekerja begitu. Ada kuasa yang menetapkan dia di situ. KeranaNya jugalah kita di tempat kita.

Adakah kehebatan pada kita? Kalau kita ingat bahawa jika ditakdirkan kita kena strok, nak gerakkan jari kelingking pun tak mampu apatah lagi nak angkat diri sendiri. Boleh tepis ke kalau penyakit nak datang? Boleh tolak ke, kalau ujian nak menimpa? Boleh lari ke dari mati?

Siapalah kita ni?

Monday, April 27, 2009

Tentang anugerah, pangkat dan gelaran.

Bahagianya kalau dapat anugerah kerana telah membuat jasa kepada negara. Gelaran Dato, Tan Sri, Dato Sri, Datin, Puan Sri macam-macam la. Lepas tu, dari jawatan pembantu tadbir, jadi pegawai tadbir, pengurus, jadi pengarah, jadi ceo, entahlah, macam-macam pangkat, darjah kebesaran. Best kan? Kemudian ada orang bahagia dari gelaran cik jadi puan, dari encik jadi tuan. Dari mak dan ayah jadi nenek dan atuk, macam pangkat dan gelaran, pasti seronok.Ada juga orang bahagia ada isteri, ada isteri-isteri, ada anak, ada anak-anak.

Selalunya pangkat, anugerah dan gelaran ini adalah impian manusia yang normal dalam fikiran dan perlakuan. Bagi manusia biasa, semua ini adalah lumrah dan kejayaan dalam hidup. (Mungkin juga sebaliknya bagi sebilangan yang lain.)

Dan adakala juga kita dapat gelaran yang tak berapa nak syok, dari isteri jadi balu, janda, dari ibu sipolan, jadi ibu allahyarham/ah, dari suami jadi duda, dari anak sipolan jadi anak yatim... Dari pengurus syarikat jadi penganggur berbakat, dari datin sri jadi bekas isteri dato sri.... emmmm alahai, memang tak berapa nak sebut.
Selalunya pangkat dan gelaran macam ni tidaklah menjadi impian orang yang normal melainkan ada sedikit 'abnormal' padanya. Dan selalunya jarang orang buat planning atau perancangan rapi untuk dapat status atau gelaran ini.

Ada kalanya juga kita tukar gelaran pada orang-orang tertentu macam... sahabat aku jadi musibat hantu, 'laki aku' jadi 'daki aku' (sorila kasar sikit, tapi pernah dengar ni, betul!!!), orang gaji jadi orang yang keji, orang tapi macam setan, jurulatih jadi juruletih, dulu tuan sekarang banduan.... macam-macam. Ni pun tak syok juga pasal, dah dapat label atau brand baru (rebranding?)tapi negatif. Kena timbang-timbangkan diri kita kat mana ye?

Tak tahulah sebab kadang-kadang status atau gelaran ni bukan kita minta dan salah rasanya kalau orang memberikan ciri-ciri dan kriteria tertentu pada gelaran tertentu. Tak adil kalau kita membuat andaian bahawa semua orang yang mempunyai gelaran tertentu mempunyai persamaan dari segi perangai dan akhlak. Janganlah berprasangka, sebab memang salah fikir buruk tentang diri orang.

Itulah kita. Memang selalu risau tentang kata orang pada diri kita. Cuba kita fikir makhluk-makhluk Allah yang lain di langit sana pun ada gelaran tau untuk hamba-hamba Allah yang beriman dan bertakwa. Orang yang rajin tahajjud ada pangkat dan gelarannya, orang yang rajin mengaji Al-Quran, orang yang berpuasa, bersedekah, berzikir, yang banyak amalan baik... macam-macam gelaran yang hebat-hebat. Teringinnya nak dapat pangkat yang begitu kan dari gelaran dunia yang selalunya berasal dari umpat-keji tau, makan daging saudara sendiri... eee tak selera rasanya.

Mari renung-renungkan:

Nilai Akhlak yang mulia - antara sabda Rasulullah s.a.w tentang akhlak:-

- Yang paling berat dalam timbangan seseorang pada hari Kiamat adalah akhlak yang baik.
- Hamba Allah yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling baik akhlaknya.
-Sesungguhnya anda tidak mampu menyenangkan banyak orang dengan hartamu. Buatlah mereka senang dengan wajah ceria dan kebaikan akhlak.

Wallahualam.








Sunday, April 26, 2009

Berapa banyak Pelaburan kita?

Dah sampai petang Ahad. Sekejap saja satu minggu dah berlalu. Minggu ni boleh kata minggu panas atau minggu pelaburan. Panas sebab tak hujan tapi sekarang hujan juga walaupun sedikit. Dan pergi bank awal minggu, melihat ramai orang mengambil peluang melabur dalam skim pelaburan kerajaan. Selagi ada nyawa kita memang patut kita fikir tentang masa depan dan pelaburan adalah satu cara untuk menambahkan modal yang ada supaya lebih bertambah. Mungkin benar. Apapun tepuk dada tanyalah hati, apakah tindakan kita akan menjamin kesenangan dan kebahagiaan masa depan.

Ramai orang tengok anak-anak membesar bimbang kalau mereka mati anak susah. Jadi kumpul harta banyak-banyak. Itulah kasih ibubapa. Dan bercakap pasal pelaburan, memang selagi hidup, sedar tak sedar kita banyak sekali melabur dalam berbagai bentuk dan cara. Apabila hati kasih pada sesorang kita, laburkan segala emosi untuk bahagia. Bila perlukan sesuatu, kita laburkan masa dan waktu untuk mendapatkannya. Kadang-kadang tak pernah terlintas pun kalau pelaburan kita mungkin akan rugi atau lebih teruk kita jatuh bangkrap atau muflis.

Tapi berapa ramai orang memikirkan pelaburan masa depan ini bukan untuk dunia sahaja tapi juga untuk akhirat? Entahlah, banyak masa kita risau apa tanggapan atau pandangan orang pada kita, jarang sekali kita fikir bagaimana Allah menilai kita. Dan selagi hidup, setiap hari kita diuji tapi kita selalu tak sedar bahawa kegembiraan, kebahagiaan dan kemewahan juga adalah ujian. Yang selalu kita sebut dan ingat adalah apabila kita sakit, sedih, susah, di timpa macam-macam yang menyusahkan jalan meneruskan kehidupan. Sedangkan sebenarnya sabar dan reda menghadapi kesusahan adalah satu cara melabur untuk akhirat kita.

Ada masa kita terfikir kenapalah aku tak habis-habis ditimpa ujian dan kesusahan, sempit rezeki, anak nakal, kerja bertimbun tak habis-habis, difitnah, diambil kesempatan dan macam-macam lagi. Ye la kita hanya manusia. Rasulullah s.a.w pun menangis juga ketika putranya Ibrahim wafat, apatah lagi kita, manusia yang serba lemah dan tak berdaya. Kalau nak banding ujian para rasul dan nabi memang kita boleh anggap kita macam tak diuji saja. Banding dengan mangsa tsunami dan mangsa zionist pun macam hanya satu titik kecil aje ujian kita. Itulah yang menyebabkan darjat rasul dan nabi tak diberi pada sesiapa aje hanya Allah yang tau. (sekarang ramai sangat nabi palsu - memang aneh) Tapi Allah hanya menguji setakat yang kita mampu kerana orang yang memikul beban yang tak mampu dibawa pasti akan rebah dan tersungkur.

Bagaimanakah agaknya pelaburan kita untuk akhirat? Ada tak kita dividen dan bonus yang telah tersimpan, atau bertambah atau dah bangkrap? Nauzubillah. Semoga kita tak akan jatuh bangkrap! Bagaimanakah Allah menilai ibadah dan amalan kita? Sama ke macam bos yang menilai kerja kita? Kena isi borang untuk dinilai prestasi, skt la macam-macam cara menilai. Banyak masa kita rasa bos kita memang tak pernah betul tentang penilaiannya. Tapi yang pasti penilaian Allah sangat adil dan tepat. Tanpa ragu.

Jomlah kita perbanyakkan pelaburan untuk akhirat dan melaburlah juga untuk kesenangan dunia tapi pastikan pelaburan kita itu biarlah ditempat yang tiada unsur-unsur yang di larang agama - biarlah tak untung banyak, janji tak dosa banyak. Dan sama-samalah kita berdoa agar apa jua yang kita laburkan pulangannya kita akan perolehi untuk di sini dan di sana, bukan berhenti di sempadan kubur dan lebur!

Friday, April 24, 2009

Antara Islam dan Iman

Dengar lagu Rabbani mendayu-dayu awal pagi tersentuh hati. “Mana milik kita, apa milik kita semua yang ada Allah yang punya”. Terasa pulak, mengapa kita nak bersedih bagi segala yang berlaku kalau kita tahu bahawa segala yang ada di mukabumi ini adalah hak Allah. Segalanya hanya pinjaman.

Mungkin itulah yang membezakan antara orang yang Islam dan orang yang beriman. Ramainya umat Islam dalam dunia ni, mengatasi jumlah umat lain tapi berapa orang Islam yang benar-benar beriman dan mengamalkan apa yang Islam ajar.

Yang mana satu milik kita yang mana satu milik orang lain. (memang semua Allah punya) Allah telah agihkan dengan adil mengikut ketentuannya kepada semua hambanya tapi mengapa ada orang yang suka juga mengambil hak orang lain walaupun telah memiliki banyak harta dan kekayaan melimpah-ruah. Jawatan dan pangkat juga adalah ketentuan yang Allah yang beri untuk menguji bagaimana ia di laksanakan.

Tapi selalu dengan pangkat dan jawatan tinggi, manusia lupa bahawa setiap manusia akan dipertanggungjawab bagi setiap sen dan ringgit, setiap inci tanah yang kita miliki setiap apa yang kita simpan dan belanjakan. Bila kita mengaku islam adakah itu tandanya kita beriman? Kadang-kadang kita lihat bagaimana penyalahgunaan kuasa berlaku di peringkat tinggi maupun rendah. Apa saja tanggungjawab yang diberi selalu dipandang mudah sehingga adakala kita lupa, yang mana hak kita yang mana hak orang lain dan segalanya ada hak mereka sendiri. Kalau guna kereta syarikat untuk bawa ahli keluarga ke hospital walaupun jalan itu jauh melencong dari jalan kerja, dengan minyak syarikat boleh ke? Jika guna masa kerja untuk buat kerja sendiri boleh ke? Entahlah! Allah saja yang dapat menentukan kerana keupayaan kita terbatas. Wallahualam!

Semoga kita termasuk dalam kelompok Islam yang benar-benar beriman!


10 hak yang perlu di jaga (Baca kat diari Islam)

  1. Hak kepada diri – kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan cakap dan berpada dengan rezeki yang ada.
  2. Hak kepada malaikat maut – mengkadhakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
  3. Hak kepada kubur – buang tabiat suka menabur fitnah, buang tabiat kencing merata-rata, banyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. Hak kepada munkar dan nakir – tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
  5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amal pada hari kiamat) – menahan marah, banyak berzikir, ikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesusahan.
  6. Hak kepada sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – buang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. Hak kepada malik (penjaga neraka) - menangis lantaran takutkan Allah, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang maupun tersembunyi, dan memperelok akhlak.
  8. Hak kepada Ridhwan (penjaga syurga) – berasa reda dengan qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.
  9. Hak kepada Nabi S.A.W – berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.
  10. Hak kepada ALLAH S.W.T – mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.





Links to this post:



Thursday, April 23, 2009

Sungutan dalam redha

Kadang-kadang bila sesuatu berlaku dan kita tak jangka memang macam-macam tindak balas yang akan timbul. Kalau sedih, sedihlah. Kalau gembira, gembiralah. Tapi jarang kita merungut tentang sesuatu yang membahagiakan. Apa saja yang menyusahkan, menyedihkan, mengganggu rutin harian pasti mendatangkan rasa tak puas hati.

Bukan juga kita tak redha. Banyak masa kita tahu bahawa Allah tahu apa yang baik untuk kita. Tapi agaknya memang perangai manusia la (bercakap tentang diri sendiri, sebenarnya) ada je tak puas hati. Sakit hati dengan orang yang mendatangkan susah pada kita. Adakah kita marah Allah juga ke begitu?

Banyak kali melalui kehidupan dan orang yang sama jugalah yang selalu menjengkelkan hati dan perasaan. Perkara-perkara yang dah lama berlalu, malas nak di ungkit dan dikenang biarlah berlalu. Bukan pernah kita mintak hidup yang susah. Tapi perkara-perkara itulah yang akan muncul semula menyakitkan hati. Apa yang malangnya adalah apabila ada sesuatu yang terpaksa dikongsi – tak ada pilihan.

Tapi mengapa setengah orang tak tahu bila nak berhenti menyebut-nyebut nama kita, menuduh kita yang menyusahkan hidup dia, yang kita tak tahu nak lakukan apa yang baik, yang kita terlampau mengejar cita-cita! Apa masalah orang ni? Mengapa ada manusia suka menuding jari dan sentiasa mencari salah orang lain?

Perbuatan-perbuatan macam ni lah yang selalu menyebabkan iman kita tergugat, hati jadi sakit dan rasa marah. Ok kita terima kehidupan seadanya. Kita tahu dan faham bahawa apa saja segala adalah ujian dari Ilahi tapi, itulah, orang-orang macam ni selalu merosakkan hati!

Entahlah. Adakah buruk sangka pada orang yang selalu aniaya kita, khianati kita juga adalah buruk sangka pada Allah? Takutnya!!! Kerana dalam hidup ini matlamat kita bukan hanya di dunia malah untuk akhirat juga. Tak taulah apa nak kata. Sedih dan ada kalanya kita menangis, bukan kerana kita terpaksa melalui hidup yang sukar tapi kerana orang yang tak tau bila nak berhenti.


Semoga Allah mengampuni segala dosa kerana lemahnya jiwa kita dalam melalui ujian-ujian kehidupan yang kalau dibandingkan dengan kesusahan yang orang lain lalui nampak begitu kecil dan sedikit.

Monday, April 20, 2009

Rhetorical ellipsis

Why ask questions when you don’t expect any answers? Why the silence when you can always tell? If one asks you – When did I lie to you, I have never said anything!?
Isn’t that lying by omission? And when someone says – isn’t that obvious? Do you really need to answer?

Because when one has made a decision- a skill which is very difficult to acquire- that someone has made up his or her mind. No point starting up a confrontation just because you are not satisfied with the situation. You will be in that ‘insatiable’ state no matter what explanation is given. And if I have made my decision, I am not going to lay awake all night just because I need to beef-up some excuses just to put your mind at ease. No! Take it or leave it, that’s your choice.

But then, aren’t we human? No need to answer that! Don’t we have feelings? If I’m cut, wouldn’t I bleed? Do you think that I m so dry that I wont cry? Why is it that sometimes we can be so cruel, that we are oblivious to things around us? At times we are so insensitive that we failed to sense that someone who is so near to us is suffering and is in pain? Emotionally, I mean. How can you totally ignore someone who shares your bed and pillow for years, just because you feel that you have the right? Don’t you ever sit down, think and reflect, that there’s way to get what you want without hurting the other one?

If God permits, who are we to forbid? But isn’t there ‘terms and conditions’ which apply to everything? Giving permission does not mean that you are off the hook! Responsibility remains and you should know that you choose to add the extra burden, you should carry it! Why blame it on someone else when it is you who failed to see that your ambition and capacity are totally against one another!

And please stop begging for another chance when you were given all that you deserved. Aren’t I the monster who destroyed your dreams, shattered your hopes, and ruin your life? Hope you’ll find your paradise – but it is not here- sorry!!! And here I am, ironically, begging…. Please leave me out of your misery, I am not responsible for anything that happened to you, and it wasn’t me who emptied your pocket! God knows! And my parents did not give me this name so that you can use it to cover up for all your wrongdoings!

Thursday, April 16, 2009

SEKILAS KEMBARA

Selepas sebulan setengah rehat, minggu ni tak dapat mengelak terpaksa juga buat kerja luar ni, panjat bukit dan kembara. Hati meragui kemampuan badan sendiri. Mampu ke tidak bawak peserta yang ramai ni panjat bukit dan kembara melalui lorong-lorong dan denai. Selepas sakit hari tu, kawan-kawan yang baik hati telah kecualikan nama dari buat kerja ni, walaupun memang terlibat secara langsung sebagai jurulatih, sebahagian dari kerja. Emmm, alahai, terasa badan dah tua dan letih. Kurang bermotivasi. Pagi sebelum pergi dah jumpa boss minta pengecualian, nak keluar dari kumpulan biarlah ini kali yang terakhir.

Tapi boss tak kasi, biasalah pujian-pujian yang tak bermakna pun. Malas nak cerita. Semalam masa aktiviti air pun pandang dari pantai aje, tak teringin nak masuk laut, biarlah mereka uruskan, kita awasi dari gigi air saja. Susah juga bila sesuatu yang terlalu rutin mendatangkan kebosanan di tambah badan yang kurang sihat.

So, pagi-pagi ni keluar, mengetuai kembara. Dalam hati meragui kemampuan diri, sampai ke aku kali ni ke rumah api, berzikir dalam hati sepanjang perjalanan, memohon pertolongan Yang Esa. Laluan yang sama tapi semak belukar semakin tinggi. Selepas kawasan makam susah nak tunjukkan bangunan tinggalan sejarah yang semakin hilang di celah pokok-pokok belukar. Dan pendakian yang biasa hari ini terasa memenatkan, walaupun Alhamdulillah, sampai mendahului juga peserta-peserta yang muda remaja ini. Syukur!

Apa yang menjadi persoalan dalam kepala ini adalah setiap kali tiba ke destinasi, saya akan bercakap buat refleksi tentang kembara, bagaimana laluan boleh di ibaratkan kehidupan ada masa laluan sempit, ada kala mudah. Ada masa terpaksa melalui pendakian, bahaya-bahaya di jalanan dan juga ada kala kita melihat tinggalan-tinggalan sejarah lama, kuburan tanda wujud kehidupan lama dahulu tapi tiada yang kekal. Untuk mendapat sesuatu pasti perlu berusaha dan ada masanya kita terpaksa tinggalkan perkara-perkara dalam kehidupan yang mungkin menyedihkan, atau terlalu sukar untuk dibawa bersama, atau memang kita tak dapat nak bawa walau bagaimana kita inginkan maka jadilah ia tinggalan sejarah. Dan dalam perjalanan kita kadang-kadang kita berhenti menikmati keindahan tetapi kita harus hati-hati jangan sampai kita dilalaikan dan terleka dengan godaan yang membantutkan atau merosak perjalanan kita. Dan bila tiba ke puncak saya selalu tanya tentang kedudukan tempat kita dalam peta nampak tak? Kalau bumi ini kita lihat umpama bola ping-pong yang terapung di angkasa besar manakah kita? Ada tak agaknya sebesar tanda noktah pun kita ni. Tak ada!!!

Dan kerap kali kalau peserta yang ikut tu kumpulan yang dah dewasa, 25 tahun ke atas, selalu kita nampak perubahan sikap dan kesedaran walau hanya seketika ketika di puncak bukit di kaki rumah api. Tapi kali ni remaja berusia 19-20 tahun sahaja. Macam tak ada makna. Bila cakap tentang apa agaknya tujuan kita diciptakan, macam-macam jawapan, ada yang mencuit hati walaupun hakikatnya menunjukkan dangkal dan ceteknya ilmu. Timbul kebimbangan, apa akan jadi dengan anak-anak kita nanti?

Entahlah. Apa pun terfikir juga, adakah diri sendiri pun benar-benar memahami hakikat aku di sini! Wallahualam....

Ya Allah, didiklah jiwa ini untuk sabar dalam mendidik walau apa caranya dan kuatlah hati ini dalam melalui ujian dan liku hidup. Amin.

Wednesday, April 15, 2009

Choosing Friends

This is another interesting lesson in life I found while surfing the net quite a long time ago- the author is unknown- but surely someone wise!

Life is a theater. Invite your audience carefully. Not everyone is healthy enough to have a front row seat in our lives. There are some people in your life that need to be loved from a distance. It’s amazing what you can accomplish when you let go, or at least minimize your your time with draining, negative, incompatible, not-going-anywhere relationship/friendship.

Observe the relationship around you. Pay attention. Which ones lift and which ones lean? Which ones encourage and which ones discourage? Which ones are on a path of growth uphill and which ones are going downhill? When you leave certain people, do you feel better or feel worse? Which ones always have drama, or don’t really understand, know or appreciate you? The more you seek quality, respect, growth, peace of mind, love and truth around you, the easier it will become for you to decide who gets to sit in the front row and who should be moved to the balcony of your life.

You cannot change the people around you but you can change the people you are around.

Note:
Personally, I hate to admit this,(- there are people who are born with the ability to really criticize and find fault-) this group of people sometimes or most of the time, makes you think again, and reflect…… a good way to check ourselves….
But I am not saying they are always right!!! And to choose them as friends requires strength and endurance…..heart of steel!

Kalau kita hanya ada cengkerang...

Hari ni dengar tentang disiplin orang Jepun semasa ucapan perasmian oleh Pengarah. Dia relate tentang pengalamannya berada lapan hari di Jepun. Antaranya adalah tentang ketepatan masa orang Jepun. Kalau janji pukul lapan tak ada la mereka sampai lapan lima minit ke, sepuluh minit lewat ke... tak ada. Ada pengalaman bila ada masalah terlewat mereka akan talipon sebelum sampai dan meminta maaf walaupun cuma empat minit sahaja lewatnya. Bullet train kat jepun dengan kelajuan 300km sejam hanya berhenti seminit sahaja di setiap stesen. Kalau miss 60 saat tu beli la tiket lain.walaupun aqidah berbeza, alangkah hebatnya mereka menghargai masa.

Kerana itulah Jepun maju, dan kerana itulah mungkin mantan PM sebelum mantan yang baru ni, adakan dasar pandang ke timor dulu. Iyalah kalau kita kaji sejarah Jepun memang hebat. Sebelum perang dunia ke 2, Jepun mengeluar barang-barang yang orang kampung saya kata barang-barang kodi. Tapi lihat sekarang Jepun mengeluarkan worldclass products. Apabila Hiroshima di bom (Bukti kezaliman Amerika) dengan bom atom – sehingga orang atau apa-apa saja yang dalam radius 3km persegi cair dan meninggalkan kesan pada seluruh pulau- Jepun bangkit dengan cekal dan tabah membangunkan negara mereka dan terbukti displin, kesungguhan dan percaya pada potensi manusia menjadi Jepun sebagai negara yang sangat maju.

Tetapi dalam kemajuan pesat itu kita melihat dan membaca bagaimana rakyat Jepun terutama remajanya mencari-cari identiti diri. Kerana mereka bangsa yang mengamalkan satu agama atau kepercayaan yang dikenali sebagai ’Shinto” yang tidak dapat memenuhi kekosongan jiwa mereka. Macam-macam masalah budaya yang kita lihat walaupun integriti dan etika kerja sangat mereka jaga- macam itulah pula pegangan agama.

Ada kes seperti remaja membunuh ibunya hanya kerana terlalu taksub dengan bacaan animasi dan novel grafik (yang watak-wataknya hanya hayalan belaka) menunjukkan betapa pentingnya aqidah dan kepercayaan kepada Hari Pembalasan untuk menunjukkan jalan dan mengawal tingkahlaku. Tapi orang yahudi kata semua yahudi masuk syurga jadi buatlah apa saja – pun sesuatu yang tak ada logiknya.

Tanpa pegangan agama yang benar dan kukuh, sukar menerima kebaikan seseorang walaupun dia seorang yang beretika dan berintegriti kerana kepercayaan bahawa kita akan dipertanggungjawabkan atas segala perlakuan dan amalan kita merupakan pagar atau tembok yang menghalang seseorang dari membuat kejahatan.

Tak akan boleh kita kata bahawa asalkan dia buat kerjanya dengan baik tak kisahlah apa yang dia buat dengan kehidupan peribadinya atau diluar waktu pejabat. Mungkin ini adalah pendapat peribadi tapi saya tak melihat akan adanya kemungkinan seseorang itu akan benar-benar baik melainkan dia ada aqidah bahawa dia sentiasa di awasi dan tiada apa yang rahsia dalam hidupnya dari Tuhan yang mencipta. Wallahualam.

Just pondering!

Tuesday, April 14, 2009

Life on the train

Came across these slides - given to me by the Director after her speech:-


A while back, I read a very interesting book that compared life to a train ride or a series of train ride.

Life is like a train ride, it read. We get on. We ride. We get off. We get back on and ride some more. There are accidents and there are delays. At certain stops there are surprises. Some of these will translate into great moments of joy, some will result in profound sorrow.
When we are born and we first board the train, we meet people whom we think will be with us for the entire journey. Those people are our parents!
Sadly, this is far from the truth.
Our parents are with us for as long as we need them. They too have journeys they must complete. We live on with the memories of their love, affection, friendship, guidance and their ever presence.
There are others who board the train and who eventually become very important to us in turn. These people are our brothers, sisters, friends and acquaintances, whom we will learn to love and cherish.
Some people consider their journey like a jaunty tour. They will just go merrily along.
Other will encounter many upsets, tears, losses on their journey. Others still, will linger on to offer a helping hand to anyone in need.
Some people on the train will leave an everlasting impression when they get off….
Some will get on and get off the train so quickly, they will scarcely leave a sign that they ever traveled along with you or ever crossed your path…
We will sometimes be upset that some passengers whom we love, will choose to sit in another compartment and leave us to travel on our own.
Then again, there’s nothing that says we can’t seek them out anyway.
We must constantly strive to understand our travel companions and look for the best in everyone. Remember that at any moment during our journey, anyone of our travel companions can have a weak moment and be in need of our help.
We too may vacillate or hesitate, even trip…..hopefully we can count on someone being there to be supportive and understanding…
The bigger mystery of our journey is that we don’t know when our last stop will come. Neither do we know when our travel companions will make their last stop. Not even those sitting in the next seat to us.
Personally, I know I’ll be sad to make my final stop… I’m sure of it!
My separation from all those friends and acquaintances I made during the train ride will be painful. Leaving all those I’m close to will be a sad thing. But then again, I’m certain that one day I’ll get on the main station only to meet up with everyone else. They’ll be all carrying their baggage…. Most of which they didn’t have when they first got on the train.
I’ll be glad to see them again. I’ll be also glad to have contributed to their baggage… and to have enriched their lives, just as much as they will have contributed to my baggage and enriched my life.
We are all on this train ride together. Above all, we should all try to strive to make the ride as pleasant and memorable as we can, right up until we each make the final stop and leave the train for the last time.
All aboard! Save Journey!!
BON VOYAGE!

Sunday, April 12, 2009

So what’s the matrix?

Kenapa mesti ada angin? Kenapa nak moody? Apa ada dalam kepala orang yang hari semalam boleh senyum simpul kat kita, hari ni dia langgar kita pun buat macam tak kenal je? Hairan sungguh? Apa yang membentuk wataknya sampai jadi macam tu. Kita senyum, haram dia nak balas, boleh buat tak tau je. Apa masalahnya. Nak kata sindrom menopause, muda lagi. Nak kata panas, cuaca sejuk aje baru lepas hujan. Nak kata banyak kerja, elok je duduk baca majalah tadi.

Rasanya kat mana-mana pergi pun mesti jumpa sorang dua yang perangainya macam ni. Apa sebabnya? Wallahualam. Malas nak sambung sebab rasanya hanya buat dosa je.

Andai sahaja inilah pakaian kita


Andai hati bermahkota ‘tenang’,- biar dunia kucar-kacir,- jiwa tetap lapang.
Andai akal punyai ‘ruang’, -biar ujian datang menghimpit,- jalan takkan goyang.
Andai rasa selalu ‘cukup’,- biar di mana saja kelebihan, -hati tak akan takjub.
Andai jiwa berkalung ‘ikhlas’,- apa, mana, siapa,- nawaitu kerana Allah jelas.
Andai diri ‘rendah hati’,- tahu, faham, mengerti,- tiada siapa pun iri.
Andai kita tahu ‘bersyukur’, -gagal, jaya, beri, uji,-semangat tak akan luntur, pasti tiada takbur.
Andai jasad berbaju ‘malu’, -hendak, ingin, mahu,- takkan jatuh kerana nafsu.
Andai naluri berselimut ‘taat’, -di mana, bila, siapa,- iman utuh bertambah kuat.
Andai watak berbudaya ‘redha’,- apa jua segala,- diterima berlapang dada.



Kata aku yang masih tercari-cari!

Friday, April 10, 2009

In law & Outlaw?

When a sibling found the right person, they’ll get married and we’ll get in laws. Our parents will have daughter or son in law and we’ll have sister or brother in law. And we’ll be somebody’s in law. When we commit crime, flout the law, we’ll become criminals, we’ll be outlaws. Can we be both simultaneously? Sure, we can. In fact many are carrying both titles.

And what about law? A set of rules, regulation, legal systems that accept or reject behaviours, actions, etc. Something to control the peace? And we have different laws… Undang-undang sivil, syariah, law of the nature??? Whatever. My assumption is that, generally we know what law is.

Kalau in laws tidak dapat menerima keluarga pasangannya, adakah itu salah dari segi undang-undang atau hukum? Hukum dunia dan hukum agama? Kalau in laws tak sincere menerima keluarga pasangan seadanya, dan tak pernah menganggap mereka seperti keluarga sendiri walaupun setelah bertahun-tahun berkahwin? In the law or according to the law, these in laws are considered outlaws? Entahlah. Tapi kalau kita sebut hukum agama (semoga tidak sesat dan menyesatkan di sini) segala-galanya adalah seruan dan ajaran kepada perkara kebaikan, pasti! Bergaul dengan baik dengan semua orang apatah lagi bila ada hubungan kekeluargaan.

Tak kisahlah kalau tak berkenan dengan adik-beradik, hanya mahram sementara tapi ibu bapa macamana? Bukankah mereka muhrim kekal? Memang tak dinafikan ada ketika keluarga mertua kita banyak kerenah dan banyak hal, tapi dalam keadaan lain kalau kita yang banyak hal. Lupa ke bahawa ibu bapa membesarkan anak-anaknya bertahun lamanya. Bila dapat kat kita, dah berpangkat bergaji besar, kita tak nak kongsi apa-apa pun dengan ibu bapa mereka. Apatah lagi anak-anak lelaki. Tanggungjawab mereka pada ibu bapa sangat besar.

Kerapkali kita lupa bahawa kita ada anak dan jika sampai masa, panjang umur bayangkan perasaan sendiri jika kita diperlakukan begitu. Alangkah sedihnya. Bukankah putaran alam itu sentiasa berlaku, pasang dan surut dan sampai waktu kita akan bertemu juga titik di mana kita mungkin menghadapi apa yang orang lain hadapi. Kesedihan orang kerana kita mungkin satu hari menjadi kesedihan kita kerana orang lain pula.

Cubalah renung-renungkan adakah kita ni jadi in law atau outlaw? Apalah nilai duit seratus yang suami bagi pada ibunya, lima atau enam bulan sekali, dengan nilai bahagianya hati ibu! Lupa ke bila beribu duit gaji suami kita, boleh kita bagi mak sendiri kenapa sakit hati bila hasil titik peluh suami diberi kepada ibunya. Jadilah isteri yang memimpin suami ke syurga bukan menolaknya ke jurang neraka.

Jangan jadi menantu hantu, jadilah menantu yang membantu. Jadilah ibu dan bapa mertua yang kita harap kita dapat dan jadilah menantu yang ibubapa kita idamkan dari segi perlakuan dan amalan. Jadilah ipar-duai yang tahu nilai dan harga diri dengan kebaikan budi pekerti dan merendah diri, bukan yang selalu cari silap dan dengki-iri.

Thursday, April 9, 2009

Antara jalan berliku, jalan pantas dan hajat tak kesampaian!

Sedih benar semalam. Dari Kuala Lumpur melalui negeri dan daerah, sepantas yang mampu dan terdaya untuk menatap wajah Maktok buat kali terakhir, tapi tak kesampaian. Di hujung perjalanan, hanya timbunan pasir yang masih basah sahaja menjadi tanda bahawa Maktok telah tiada di alam yang sama. Air mata tumpah tak dapat dibendong. Ralat dan kecewa tak dapat melihat wajah Maktok yang dikasihi. Kerana memang Maktok jarang bercakap sangat semasa hayatnya. Tak pernah dengar Maktok bercerita tentang keburukan orang lain, merungut tentang sesiapa, mengadu kesusahan. Tak pernah!

Semasa Arwah Aki masih hidup, Maktok adalah isteri yang sangat setia dan patuh. Kadang-kadang Maktok tidor sambil duduk sahaja memicit betis Aki yang sakit. Pagi-pagi bangun buat nasi lemak untuk Aki hantar ke kedai. Semasa saya kecil, Maktok selalu cuba sedaya upaya memenuhi permintaan cucu-cucunya nak makan apa saja. Maktok, aku masih ingat ”Halwa Kundur”! Besarnya kehilangan.

Dan perjalanan kami untuk pertemuan terakhir begitu lama dan panjang tapi perjalanan Maktok ke alam seterusnya begitu cepat dan pantas. Maktok menghembuskan nafas terakhir dan disahkan meninggal pada pukul 4.45 pagi rabu di hospital. Pukul 6.00 pagi jenazah Maktok sudah berada dirumah dari hospital yang jauhnya pada hari-hari biasa adalah satu jam perjalanan. Jam 9.00 pagi jenazah dimandikan dan pukul 10.30 pagi Maktok dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Begitu pantasnya. Walau jalan kehidupanmu berliku dan penuh ranjau duri di usia muda, semoga bahagia mu di hari tua dan bahagiamu berganda di alam seterusnya.

Kata Emak, Kak T, Kak Tun dan yang lain, Maktok nampak muda, cantik dan tenang sangat, macam orang yang sedang tidor nyenyak. Dan segala urusan begitu mudah, begitu ringan tak perlu tenaga ramai hanya seorang dua wanita sahaja mengangkat untuk dimandikan dan dikafankan. Dan Maktok pun hanya sakit 2-3 hari sahaja tak menyusahkan sesiapa pun. Alhamdulillah, syukur mendengar semoga tenang dan senang menunggu hari kita dibangkitkan untuk diadili. Maktok, anda sangat kami kasihi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu.

Wednesday, April 8, 2009

Bila waktu telah terhenti

Satu ketentuan Ilahi telah ditunjukkan lagi dengan hasil dari pemilihan rakyat Malaysia di beberapa tempat tertentu. Dan apabila telah ditetapkan maka tiada apa yang boleh kita kata kecuali menerima dengan redha keadaan itu. Doa kita hanya semoga orang-orang yang telah dipilih akan memikul amanah dengan ikhlas dan dengan keyakinan bahawa apa saja yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan kepada kita kelak.

Dan hari ini adalah hari yang menyedihkan. Seorang yang dikasihi telah tamat tempohnya di alam ini. Harus melalui alam seterusnya dan hati ini merasa sayu terkenang zaman kanak-kanak ku yang di isi dengan kasih sayang seorang nenek ini. Insan yang tak banyak cerita tapi banyak didikannya melalui perlakuan dan tingkah laku. Dan aku tak sempat bertemunya kecuali tiga minggu yang lalu. Nampak sihat seperti biasa tapi kalau sudah sampai waktu, semua akan pergi. Segalanya adalah pinjaman Allah dan hanya sementara.

Maktok, aku mengingatimu sebagai seorang nenek yang berhati mulia dan tabah melalui hidup dengan sejarahmu tersendiri. Semoga segala ayat yang Maktok ajar dari Al Quran untuk semua anak cucu mu akan di ganjari Allah dengan sebaik-baik balasan. Dan awal pagi tadi, panggilan talipon Emak dan Kak T, membawa aku jauh ke masa lalu.

Semoga Allah merahmatimu dan semoga engkau berehat dengan tenang dan kami juga akan menyusuli. Innnalillahiwainnailaihirajiun.

Ya Allah, hambaMu ini memohon diterima doa-doa kami untuk Maktok, kasihani dia, kasihi dia dan lapangkan dan terangilah kuburnya sebagaimana dia telah memudahkan kehidupan kami dan menyinari hidup kami sepanjang hayatnya. Amin!

Monday, April 6, 2009

Letaklah diri kita disitu!

Kadang-kadang kita lupa apabila kita menceritakan tentang orang lain terutama orang yang kita tak suka. Kita ungkit dan sebut segala kesalahan orang dan nak sedap kita tambah pulak cerita tu. Nak lagi ummph kita korek dan siasat segala kisah lama orang dan kita sebarkan. Tak cukup itu kita tanya orang lain yang pernah tahu serba sedikit, kita kutip, kita compile......... dan dengan serba bangga kita paparkan.

Pernah tak terfikir seandainya kita berada di tempat itu. Segala aib kita di buka dan didedahkan. Alangkah malunya. Kita boleh kata orang tu memang tak tau malu sebab tu dia buat apa yang di buat. Ingatlah bahawa, kita dan dia hanya manusia yang tak lari dari melakukan dosa dan kesalahan. Dan janganlah kita lupa juga bahawa ahli keluarga, anak-anak dan saudara-mara yang terlibat juga merasa tamparannya.

Cukuplah jika kita terlibat menyebarkan fitnah dan cerita yang bukan-bukan. Doakanlah dia untuk berubah jika kita tak mampu buat cara lain. Atau tegurlah dia dengan cara berhemah atau mintalah orang yang boleh menegur untuk menegur. Cukuplah orang membuat salah kerana dia lalai, lupa dan leka. Janganlah kita pula lalai dan leka sehingga kita juga terhumban dalam dosa yang lebih besar kerana mengaibkan orang lain.

Adakah kita pasti bahawa jalan kita adalah jalan yang benar dan jalan yang sebaik-baiknya. Bukan kita yang yang menentukannya. Janganlah kita mengikut budaya orang-orang yang jahil dan tidak ingat pada hari bertemu dengan Tuhan yang akan menimbang dan menyukat segala amalan kita.

Kembalilah pada cara yang di ajar oleh Junjungan Besar kita Rasulullah s.a.w dan ingatlah Allah menguji manusia dengan berbagai cara dan mungkin kita perlu sama-sama memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan akidah, agama dan bangsa kita berdasarkan ajaran agama bukan menyerang peribadi walaupun kita memang tahu pentingnya peribadi, sahsiah dan akhlak mulia adalah kriteria utama untuk memperolehi penghormatan dan kepercayaan.

Barangsiapa menutup aib orang lain, akan ditutup aibnya di Akhirat kelak.

Semoga bukan dunia sahaja menjadi matlamat kita.

Saturday, April 4, 2009

Menyusuri Jalan Berduri

Perubahan dan peralihan adalah dua perkara yang nak tak nak kita kena hadapi. Perubahan cuaca dari panas tiba-tiba hujan di luar kawalan kita. Peralihan hari malam dan siang pun bukan dalam kawalan kita. Dalam konteks Malaysia hari ni, perubahan pemimpin dan peralihan kuasa, walaupun kita kata melalui pilihanraya, dikaji secara mendalam sebenarnya bukan juga kuasa kita. Apa yang kita lakukan semasa hari mengundi adalah ikhtiar dan merupakan harapan dan doa, tetapi akhirnya kita percaya juga bahawa Tuhan juga yang meletakkan kuasa kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Dalam kehidupan kita pun, dari baby kita jadi kanak-kanak lepas tu remaja, dewasa dan tua. Suka tak suka umur kita bertambah. Alhamdulillah kalau panjang umur. Ada kawan kita lebih panjang umur di alam barzah daripada di alam dunia ni. Mungkin dia lebih tenang di situ, mungkinkah kita tenang di sini? Kenapa tenang itu satu perkara yang sangat mahal nilainya? Sebab kerap kali kita tak rela menerima perubahan dan peralihan yang terpaksa kita lalui.

Selalu kita melihat peralihan umur dari sudut kurangnya tenaga, lemah ingatan, kabur pandangan, kendur kulit jadi isu yang membimbangkan. Segala garisan yang muncul di wajah jadi igauan sampai tak dapat lelap mata. Why cant we grow old gracefully? Perubahan hormon mengganggu bukan sahaja fizikal tetapi emosi dan fikiran. Kenapa jadi begitu? Sebab kita tak reda menerima perubahan. Kalau kita buat face lift, suntik botox, plastic surgery adakah usia kita pun kembali muda. Siapa yang kita nak tipu?

Kadang-kadang kita lupa bahawa tiada ubat untuk hidup selamanya. Buatlah apa saja, makanlah vitamin apa pun, bila tiba waktu, saat dan ketikanya kita pasti kembali kepada Pencipta kita. Terimalah perubahan dan peralihan yang di luar kawalan kita ini dengan seribu kesyukuran pada nikmat muda, remaja dan masa yang telah kita lalui.
Dan alangkah indahnya jika kita melihat bahawa jalan yang kita selusuri sepanjang usia ini walaupun penuh ranjau dan durinya, telah mengajar kita menjadi insan yang teliti dan berhati-hati pada setiap langkah. Kalau sekali kita terlalai sehingga jatuh ke lubang yang gelap, sekurang-kurangnya apabila kita diselamatkan dan keluar dari lubang itu, kita jauhi segala simpang dan perhentian yang kita tak pasti keselamatannya. Dan jalan yang berduri sebenarnya lebih baik dari lebuh raya besar yang banyak kemalangan kerana selesanya melalaikan.

Aku telah memilih jalan yang terbuka untuk ku. Semoga aku tidak akan sesat ataupun menyesatkan sesiapa jua.

Thursday, April 2, 2009

I am still looking for the right path!

Hari ni bila membaca Blog Ustaz Zaharuddin, rasa takut datang dalam diri saya. Astagfirullahalazim, takutnya kalau-kalau ada yang telah saya ulas atau cerita dalam blog saya adalah perkara yang salah dan menyebabkan rosak pulak akidah orang lain. Nauzubillah.
Saya tak pernah belajar di sekolah agama. Belajar mengaji memang dengan ustazah , guru mengaji tapi yang lain adalah apa yang saya pelajari di sekolah, mak-ayah dan dari ceramah-ceramah agama, rancangan-rancangan agama dan buku yang memang banyak saya beli. Ada juga saya bertanya ustaz atau ustazah tentang perkara-perkara yang saya kurang faham, tapi tiada pelajaran agama secara formal dan mendalam betul-betul duduk dengan tuan guru.

Dan banyak perkara yang berlaku dulu-dulu, adalah perkara-perkara yang selalu menghantui diri saya, dosa-dosa yang sangat di bimbangi sekiranya Allah tidak ampunkan. Kerana segala-galanya adalah milik Allah jua. Mungkin kesedaran dan hidayah ini Allah beri ketika saya di timpa musibah dalam hidup ini dan ujian yang saya lalui pada ketika itu saya rasakan sangat berat. Alhamdulillah, saya melaluinya dan kalau nak bandingkan dengan kesusahan orang lain pada hari ini, ia seolah-olah sesuatu perkara yang sangat kecil.

Apa pun, permohonan dan harapan saya hari ini adalah, jika sekiranya anda mengetahui apa yang saya tidak sedari adalah sesuatu yang salah dapatlah ingatkan dan sedarkanlah saya. Tiada niat untuk mempengaruhi sesiapa dengan sesuatu yang tidak benar. Saya sebenarnya hanya ingin berkongsi dengan kawan-kawan dan meluahkan perasaan, apa yang saya lalui kerana ini adalah cara saya- sebelum blog ini saya memang menyimpan jurnal dan sentiasa menulis.

Dosa sendiri pun tak tertanggung, tak taulah kalau saya juga terpaksa menanggung dosa orang lain yang berpunca dari kejahilan saya. Semoga Allah mengampuni diri ini dan kita semua.

Wednesday, April 1, 2009

This is not April Fool! Honestly!

Dear friends,

I'm sorry if ever I did you guys, wrong. Suddenly I feel blessed because all my life, Most Generous Allah has always send me friends who are good to me. If at times they hurt my feelings and break my heart that was because I deserved all those things! But I dont remember any!And many times I took you guys for granted please forgive me. Not gonna name any of you here, but I know I meant you and you and you and you and you and you.....Thank you for listening to me, taking good care of me, understanding me, trusting me and tolerating me. Apalah nilai sehelai kaftan untuk sebuah persahabatan.

Semoga Allah merahamati kita sentiasa dan usaha kita untuk bersabar sesama kita dan semoga silaturrahim dan ukhwah ini, menjadi satu punca Allah redha dengan kita. To sweet mangoesteen, Dr at the border, Dr to be, Dr. Heroin you, Kak Sweet Smelling flower, The Cat at Patin's river, and many more if I didn't mention your names (the rest of you out there), forgive me! I really love you guys a lot. Thank you! Dont know why but feel like I owe it to you guys to just say thank you!

When you feel you don’t belong

Bagaimanakah rasanya apabila kita terpaksa berbuat sesuatu yang tak senada dengan nyanyian hati dan irama jiwa. Bila hati memberontak tapi tiada apa yang dapat kita lakukan kerana kita hanyalah ikan bilis yang tinggal se lautan dengan jerung dan paus. Menyuarakan keengganan pada sesuatu yang pada orang lain adalah perkara biasa yang tak ada salahnya, seolah-olah nak menunjuk-nunjuk yang kita ni baik sangat. Latar belakang pengajian pun sekular, orang sekolah agama tak bising pun, awak pulak mengada-ngada.

Tak tahu bagaimana nak diluahkan. Tugasan tak termasuk tugas rasmi tapi atas arahan bos. Duduk dalam mesyuarat dengan jawatan yang tiada kesempatan langsung untuk keluar sehingga tamat, mencatat dan mendengar perbincangan, cadangan dan pelan pelaksanaan, diberi tugas tertentu, Ya Allah, patut ke aku terus duduk kat sini. Walau apa pun tujuan program ini, aku tidak berminat. This is not my cup of tea. Macam mana ye?

Kepala sakit berdenyut-denyut. Nasib baik berenti juga untuk minum – teh-o dengan karipap dan donut. Menu paling popular dalam meeting. Alhamdulillah, perut pun lapar.
Tapi bagaimana nak melepaskan diri dari semua ni. Nak ke mana semua ni, akhirnya? Entahlah tak pasti. Rasanya ada banyak benda lain yang menarik boleh dibuat tapi mengapa diorang pilih yang macam ni, kadang-kadang timbul rasa hairan. Kemana nak pergi? Teringat cerita kawan yang menyambut maulidnya harini, semoga Allah merahmati dia sepanjang umurnya.
Kisah seorang ustazah mengajar dalam kelas tentang buat jahat dan buat baik, balasan syurga dan neraka. Dah banyak cerita, ustazah pun tanya, ”Siapa nak masuk neraka?” – seorang pelajar pun tak angkat tangan. Lepas tu ustazah tanya, ”Siapa nak masuk syurga?”- semua pelajar kecuali seorang murid lelaki angkat tangan. Jadi ustazah pun hairan dan tanya budak tu, ”tadi ustazah tanya neraka awak tak angkat tapi bila ustazah tanya syurga pun awak tak angkat, dah tu nak pergi ke mana?” Budak tu pun jawab, ”Mak saya pesan, kalau pergi sekolah, duduk kat sekolah je, jangan pergi mana-mana tempat lain!”

Itu mentaliti budak sekolah rendah yang sangat patuh pada arahan ibunya. Tapi apa mentaliti kita yang selalu rasa tak apalah buat sikit-sikit takkan itu pun tak boleh. Entahlah. Wallahualam.

Tadi pagi dengar Ustaz Zahazan dalam Tafsir Quran radio ikim- Rahsia Luqman Al Hakim di beri hikmah dan wisdom:- (lebihkurang macamni)
- menjaga mata dari melihat segala yang haram
- menjaga lisan dari berkata yang sia-sia dan dusta
- menjaga makanan pastikan hanya yang benar-benar halal
- menjaga kemaluan dari segala perbuatan jahat
- menjauhi segala perkara yang haram
- sentiasa jujur dan menunaikan janji
- menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah
- memerhatikan apakah keperluan jiran tetangga yang boleh kita tolong
- tinggalkan segala perkara yang tidak penting