Wednesday, April 15, 2009

Kalau kita hanya ada cengkerang...

Hari ni dengar tentang disiplin orang Jepun semasa ucapan perasmian oleh Pengarah. Dia relate tentang pengalamannya berada lapan hari di Jepun. Antaranya adalah tentang ketepatan masa orang Jepun. Kalau janji pukul lapan tak ada la mereka sampai lapan lima minit ke, sepuluh minit lewat ke... tak ada. Ada pengalaman bila ada masalah terlewat mereka akan talipon sebelum sampai dan meminta maaf walaupun cuma empat minit sahaja lewatnya. Bullet train kat jepun dengan kelajuan 300km sejam hanya berhenti seminit sahaja di setiap stesen. Kalau miss 60 saat tu beli la tiket lain.walaupun aqidah berbeza, alangkah hebatnya mereka menghargai masa.

Kerana itulah Jepun maju, dan kerana itulah mungkin mantan PM sebelum mantan yang baru ni, adakan dasar pandang ke timor dulu. Iyalah kalau kita kaji sejarah Jepun memang hebat. Sebelum perang dunia ke 2, Jepun mengeluar barang-barang yang orang kampung saya kata barang-barang kodi. Tapi lihat sekarang Jepun mengeluarkan worldclass products. Apabila Hiroshima di bom (Bukti kezaliman Amerika) dengan bom atom – sehingga orang atau apa-apa saja yang dalam radius 3km persegi cair dan meninggalkan kesan pada seluruh pulau- Jepun bangkit dengan cekal dan tabah membangunkan negara mereka dan terbukti displin, kesungguhan dan percaya pada potensi manusia menjadi Jepun sebagai negara yang sangat maju.

Tetapi dalam kemajuan pesat itu kita melihat dan membaca bagaimana rakyat Jepun terutama remajanya mencari-cari identiti diri. Kerana mereka bangsa yang mengamalkan satu agama atau kepercayaan yang dikenali sebagai ’Shinto” yang tidak dapat memenuhi kekosongan jiwa mereka. Macam-macam masalah budaya yang kita lihat walaupun integriti dan etika kerja sangat mereka jaga- macam itulah pula pegangan agama.

Ada kes seperti remaja membunuh ibunya hanya kerana terlalu taksub dengan bacaan animasi dan novel grafik (yang watak-wataknya hanya hayalan belaka) menunjukkan betapa pentingnya aqidah dan kepercayaan kepada Hari Pembalasan untuk menunjukkan jalan dan mengawal tingkahlaku. Tapi orang yahudi kata semua yahudi masuk syurga jadi buatlah apa saja – pun sesuatu yang tak ada logiknya.

Tanpa pegangan agama yang benar dan kukuh, sukar menerima kebaikan seseorang walaupun dia seorang yang beretika dan berintegriti kerana kepercayaan bahawa kita akan dipertanggungjawabkan atas segala perlakuan dan amalan kita merupakan pagar atau tembok yang menghalang seseorang dari membuat kejahatan.

Tak akan boleh kita kata bahawa asalkan dia buat kerjanya dengan baik tak kisahlah apa yang dia buat dengan kehidupan peribadinya atau diluar waktu pejabat. Mungkin ini adalah pendapat peribadi tapi saya tak melihat akan adanya kemungkinan seseorang itu akan benar-benar baik melainkan dia ada aqidah bahawa dia sentiasa di awasi dan tiada apa yang rahsia dalam hidupnya dari Tuhan yang mencipta. Wallahualam.

Just pondering!

2 comments:

  1. salam kak...lama tak blog...alhamdulillah arini dah ari last saya dalam sem 3..selamat jugak saya abeslan 4 subjek...i repeat...4 kak!!!.siap demam demam lagi...hehehe....
    insyaAllah lagi 5-7 sem saya nak grad...biasanya org abes dalam 3-4 tahun kan...saya nak nikmati idup sebagai ibu pada anak-2 saya...malas plak pg keje...

    saya ikut nasihat aka...redha dan berlapang dada dalam hadapi musibah..everything is predetermined...betul...sgt betulll...saya rapat dgn mak ayah...pape problem saya biar mereka settle kan...alhamdulillah musibah yang besar dah terungkai dalam kurang dari 4 bulan...lega kepala semua org...

    kak...rindulah...

    ReplyDelete
  2. Salam! Berat bunyinya musibah besar tu. Tapi perkataan terungkai menggambarkan lapang dan penyelesaian. Apapun mengucapkan supaya bersabar menghadapi musibah adalah mudah walau hakikat orang yang menghadapi musibah itu, sangat berat penanggungannya. Akak katakan juga SABARlah!!!

    ReplyDelete