Monday, December 28, 2009

Mudahnya berjanji.

Kalau nak kira hari, dah 12 hari tandas dan bilik mandi rumah dipecahkan untuk ubahsuai. Pengalaman kita yang paling lama untuk memperbaiki tandas yang kecil sahaja tetapi mengambil masa yang sangat panjang. Sampai hari ini belum siap-siap lagi. Masalahnya ialah, rumah kita hanya ada satu saja tandas, so ia menjadi masalah besar kerana ia adalah keperluan asas yang sangat-sangat diperlukan. Mengapa lama sangat kita pun tak tahu. Bukan nak pasang jubin mahal ke, mangkuk tandas emas perak, hanya nak buang bathtub lama dan ganti tiles saja. Janji hanya 3 hari dah melarat-larat!

Itulah janji palsu belaka. Masa nak dapat kontrak semuanya mudah boleh tumpu perhatian dan siap segera. Tapi kerja yang sedikit jadi banyak sebab semua kerja diterima. Mana mungkin pecah lantai rumah kita hari ni, pergi buat rumah orang lain pulak esoknya sedangkan yang lagi satu belum siap? Tak fikirkah bahawa ia menyusahkan orang? Dan akhirnya bukan kita aje yang susah, orang lain pun susah. Salur tandas pecah sebab tak cekap? Tak hati-hati? Tak apa lagi, menyusahkan pulak jiran kat bawah, air menitik dalam tandas mereka.

Mana janji awal nak mula kerja? Bila tanya bila nak siap ni, susahnya terpaksa menumpang tandas orang….? Jawabnya esok sampai dah sepuluh kali! Akhirnya, kita keluar dan kunci rumah! Geram! Tapi masalah juga sebab tandas tak siap dan akhirnya kita kena juga balik! Soalnya, apakah nilai janji pada orang-orang begini? Dan mana timbang rasa mereka pada kita? Mentang-mentang kita perempuan, duduk sorang mereka fikir kita tak akan buat apa-apa. Kita tahu mereka mesti siapkan sebelum tahun baru masehi sebab perjanjiannya kalau tak siap, tak dapat duit. Mungkin minggu lepas mereka rasa banyak masa lagi sebab tu buat sikit-sikit nak untung lebih kot, tapi sekarang kita tak ada kat rumah, kalau hari khamis baru kita balik boleh ke siap?

Semalam mereka talipon, kita kata kita balik kampung sebab tak sihat dan susah tak ada tandas dalam rumah. Mereka tanya bila nak balik macamana dengan tandas? Kita kata kalau kita ada pun belum tentu siap lagi...so tunggu la kita balik sebelum tahun baru! Eee...geram betul la! Rasa macam dizalimi pulak! Mengapalah mereka ni tak fikir bahawa manusia ini dipegang pada janjinya. Kita pun faham kalau lewat sehari dua tapi ni dah melampau betul! Tak takut ke buat janji? Macam sifat orang munafik la pulak, berjanji dan mungkir, berani betul! Susah kita dibuatnya, rumah berhabuk dan kotor tak dapat nak dibersihkan selagi kerja belum siap dan tandas tu memang sangat mustahak!!! Dan semalam kita jumpa jiran bawah, dia kata air menitik kat rumah dia... mana lagi yang bocor tak tahulah sebab dah sepuluh hari kita tak guna bilik air tu!

Tak fikirkah mereka alangkah teruknya perangai menyusahkan orang ni? Kita pulak rasa bersalah sebab dah 2 hari tak balik, mereka tak boleh kerja dan jiran kita tak selesa.... nak cakap lebih-lebih mereka ni se agama dengan kita....emmm alahai!!!Kenalah balik juga hari ni!

Wednesday, December 16, 2009

Masa yang pantas dan keupayaan yang terbatas!

Pejam celik, pejam celik…. Dah habis tahun 1430 hijrah dan tahun 2009 tinggal beberapa hari saja lagi. Cepat benar masa berlalu. Teringat Ustaz Zawawi dalam salah satu rancangan nur pagi di radio Ikim tentang tanda-tanda kiamat… masa yang sangat singkat!
Macam-macam yang telah berlaku sepanjang tahun ni.. dan masih banyak pula impian dan keinginan kita yang tak tercapai! Nak pergi haji, belum mendapat undangan istimewa, nak buat umrah pun tangguh, nak buat charity work, belum sempat-sempat (entah apa yang sibok pun tak pasti tapi sentiasa tak ada masa yang sesuai!), nak jadi wanita solehah yang sebenar-benarnya... masih terasa jauh.... jauh...jauh! Emm alahai!!!
Dan alhamdulillah, banyak juga yang kita dapat buat... tapi taklah membanggakan sangat! Banyak sekali pengalaman yang berharga yang kita lalui.... kemalangan beberapa kali, pindah rumah, pengsan, anak pindah sekolah dan macam-macam...

Kita tak tahu apa yang menanti kita di tahun baru. Malam ni malam terakhir bagi tahun hijrah ini. Petang esok kita dah boleh baca doa akhir tahun dan selepas maghrib boleh baca doa tahun baru. Penuh harapan kan bagi setiap manusia untuk mendapat kebaikan untuk hari-hari mendatang. Kita merasa keupayaan fizikal semakin berkurangan semakin meningkat usia walaupun semangat tetap macam dulu...memang kita pasti tentang itu. Kalau tahun ni, kita masih boleh mendaki bukit, berkayak dan memandu tanpa berhenti untuk 4 hingga 5 jam, mungkin esok lusa kita tak sekuat itu lagi. Sebabnya, kita selalu merasa penat sekarang. Cuti sekolah ni, anak-anak buah yang ramai dan masalah anak-anak saudara kecil yang belum mendapat ganti pembantu rumah, menyedarkan kita bahawa kita tak sekuat dulu. Letih!

Apa ujian yang akan kita lalui pun Tuhan saja yang tahu. Yang pasti, kita mesti berusaha untuk lulus setiap ujian kan?! Cepat benar masa berlalu... anak yang kecil dah besar, rumah yang rasa macam baru dah nampak buruk, kawan-kawan yang tak lama kenal dah jadi kawan mesra... So, apa sebenarnya harapan kita untuk tahun baru ini ye? Apa yang perlu kita harapkan sebenarnya, kemahuan kita atau apa yang kita harapkan?
Yang pasti, kita inginkan keredaan Allah bagi setiap sesuatu yang kita lakukan, lalui dan alami. Kita inginkan ketenangan dalam kehidupan walau apapun yang melanda, kita ingin menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan segala apa yang kita ada dan cukup dengan apa kemampuan kita. Tapi kalau asyik sebut kita, kita, kita macam mementingkan diri sendiri je... macamana dengan orang lain?
Doa kita:
Semoga kita semua hidup dalam aman tenteram dan terpelihara dari keburukan dan kejahatan dunia dan akhirat. Semoga kita semua bahagia dunia dan akhirat, semoga kita semua berusaha membahagiakan orang lain juga dalam mendapatkan kebahagiaan untuk diri sendiri, semoga kita semua selamat dunia dan akhirat...semoga kita terhindar dari teraniaya dan menganiaya, dizaliman dan menzalimi, ditindas dan menindas, disakiti dan menyakiti. Semoga kita dapat membuat kebaikan sebanyak-banyaknya untuk kebaikan umat seluruhnya. Semoga kita terhindar dari fitnah dan kejahatan yang ada pada diri kita sendiri, fitnah dan kejahatan makhluk seluruhnya dan godaan hawa nafsu yang jahat. Semoga kita berjaya mengharungi kehidupan ini untuk memperolehi bahagia abadi! Amin!!!

Friday, December 4, 2009

Mencari kekuatan

Kalau kita perhatikan dalam dunia hari ini, orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang mempunyai ketahanan yang kuat. Bukan setakat fizikalnya tetapi dari emosi dan spiritual. Ini adalah kerana akal dan fikiran menguasai jasad dan menentukan arah yang hendak kita tuju… selama mana akal dan fikiran itu sihat dan bebas dari pengaruh-pengaruh yang bukan semula jadi seperti dadah, arak dan sebagainya…Tapi bagaimana agaknya mereka yang berjaya ini mempunyai ketahanan dan kekuatan mental yang tinggi?

Bila kita baca, kita dengar…. Apa juga agama mereka, semuanya percaya pada ketentuan Tuhan dan mempunyai kepercayaan yang tinggi bahawa Tuhan memberi dan menentukan. Lalu apa yang mereka lakukan. Mereka berusaha semampu daya mereka dan di akhir usaha itu, mereka berserah dan senjata akhir mereka adalah DOA!

Doa adalah satu tanda penyerahan dan keyakinan bahawa kita tak berdaya menentukan segala apa dalam kehidupan ini, kerana ada ketikanya… dalam keadaan yang biasa perkara yang sepatutnya berlaku tidak berlaku dan perkara yang tidak sepatutnya berlaku, berlaku. Dan doa juga memberikan kekuatan di saat-saat kita kesusahan, kesempitan, kesedihan…. Kerana kita semua secara semula jadi telah dilahirkan dengan memiliki harapan-harapan tertentu dalam kehidupan.

Satu laporan kajian yang kita pernah baca tentang orang-orang yang gagal dalam cubaan membunuh diri di Jepun, menjalani rawatan kaunseling dan terapi, menceritakan bahawa mereka mahu mati kerana mengharapkan agar penderitaan, kesakitan dan kesedihan mereka akan lenyap apabila mereka mati. Mereka percaya mati bunuh diri itu lebih mulia daripada hidup dalam penderitaan…mereka berharap untuk hanya tidur dengan tenang dan macam-macam harapan yang dirasa lebih baik jika mereka mati… harapan yang mungkin pada mereka terbaik!

Apa sebenarnya pengertian harapan itu? Sesuatu yang optimistik, positif dan baik…tapi dalam konteks orang yang tadi mungkin sedikit songsang. Doa kita adalah harapan kita. Untuk diberi kekuatan meneruskan ujian-ujian kehidupan, untuk menahan rasa sakit yang kuat, untuk mampu melupakan kesedihan, pedih, hampa; untuk sabar dalam apa segala…

Dan doalah yang memberikan kekuatan untuk terus tabah dan tawakal percaya bahawa akan ada sinar dan pertolongan menanti dalam apa jua cara jua. Anehnya, kita juga melihat masyarakat yang merasa takut dan bimbang dengan doa-doa orang-orang tertentu. Kalau kita bercakap dari sudut Islam, Rasulullah s.a.w menyebut tentang doa yang akan dimakbulkan dengan segera, antaranya adalah doa orang yang teraniaya dan dizalimi. Bayangkan jika orang yang kita zalimi itu orang yang baik amalannya, tinggi akhlaknya, taat pada perintah Allah…. Susahnya hidup yang menganiaya dan menzalimi.
Tapi, kita tidak boleh mendoakan untuk keburukan orang lain kan? Jadi pada fikiran kita, mungkin kalau begitulah sifatnya orang yang teraniaya, dia mungkin minta ditunjukkan kebenaran atas apa segala! Memang wajar sebagai muslim, kita merasa takut kalau-kalau ada orang alim marah, lalu mohon Allah balas sewajarnya perbuatan kita. Dah tu, patut ke kita buat jahat kat orang? Atau biarkan saja orang buat jahat pada orang lain sedang kita ada kuasa untuk menegah?

Dan kalau kita tak salah, kita pun boleh juga berdoa untuk selamat dunia akhirat dan terselamat dari dianiaya dan menganiayai, ditindas dan menindas, disakiti dan menyakiti, bla,bla,bla…. Patut ke hak dan kebebasan berdoa juga di sekat dan dihalang?

Lepas ni, kita akan dihalang daripada buat apa pulak? Sembahyang? Sebab sembahyang itu juga adalah suatu bentuk doa danpengharapan bagi manusia yang jahil macam kita ni. Kita hanya sekadar memerhati, mendengar dan menilai... jangan lah kita membuat sesuatu yang kita tahu salah, kemudian kita bimbang juga kalau-kalau makbul doa orang sehingga susah pula kehidupan kita. Adakah kita merasakan bahawa kita akan terlepas jika buat kesalahan, jika orang lain tak tahu, tiada yang minta kita diberi pembalasan...???

Doalah pula semoga kita terhindar dari bala bencana, apakah kita rasa doa kita tak makbul? Sebab apa? Sebab kita tahu kita selalu buat perkara yang tak baik? Kalau kita yakin kita baik, yakin lah juga bahawa doa kita di dengari dan insyaAllah akan dimakbulkan. Allah tidak memilih sesiapapun untuk memberi, sebab itu setiap makhluk ada bahagian mereka di bumi ini. (Serupa juga Allah saja yang tahu hati budi kita dan apa yang baik untuk kita dan apa jua ujian kita).

Entahlah.. kita teringat pulak masa kita kat hospital semalam... takut melalui pengalaman yang pernah kita alami sebelum... sampai menggigil gigi, tapi akhirnya kita diingatkan supaya berdoa dan tawakkal dan alhamdulillah...it wasnt so bad! Dan doa kita agar kita semua bersyukur, sabar dan tabah melalui ujian kehidupan...walau apa jua ujiannya... dan doa kita... kita akan terus-menerus berdoa kerana itulah senjata mukmin!


To get out of a difficulty, one usually must go through it.

Wednesday, November 25, 2009

Betul ke cerita ayam ni?

Kita menerima e-mel daripada seorang sahabat tentang ayam-ayam sembelih tak sembelih betul, sah tak sah, mati sembelih ke mati terendam ke, mati belum sembelih ke… satu jenama ayam goreng terkemuka di Malaysia dan di seluruh dunia. Kita pun bimbang jugak kalau benar. Dan dalam e-mel tu dinyatakan tentang seorang tokoh ustaz terkemuka yang mendakwa ayam goreng tu haram hasil daripada siasatan beliau di kawasan penyembelihan pada waktu subuh. Tentang tukang sembelih semua tak sembahyang, ayam yang dah mati pun kena sembelih, ayam tak mati secara semula jadi selepas di sembelih dan juga testimoni daripada seorang yang pernah bekerja sebagai penyembelih hanya bertahan beberapa hari. Kerana lajunya pusingan ayam sehingga tak sempat pun nak habis baca basmalah.
Kita pun terkejut juga kalau benarlah perkara macam ni berlaku. Kita dah banyak dengar cerita tapi kali ni ada yang menamakan seorang ustaz terkenal menyatakan bahawa hukumnya haram… tak boleh makan. Kalau benar, alangkah malangnya sebab syarikat ini sekarang dimiliki oleh perbadanan yang dimiliki oleh orang Islam. Dan baru semalam kita dengar wawancara dengan salah seorang orang besarnya tentang perniagaan sebagai jihad agama ini. Dan bagaimana cara kita nak sampaikan perkara ini jika benarlah ia berlaku supaya ada tindakan yang boleh dibuat agar tiada sesiapa yang teraniaya terutamanya umat Islam yang percaya dan tak sedar akan perkara ini.
Teringat pulak tentang satu syarikat pengeluar aiskrim antarabangsa yang mengeluarkan senarai aiskrim dengan terperinci dengan kandungan bahannya untuk makluman kepada orang Islam… mereka lebih berintegriti dari orang Islam sendiri. Teringat juga tentang cerita Ustaz Zahazan dalam satu siri tafsir Al-Quran di radio Ikim tentang seorang peniaga yang menjual dan mengedar minyak zaitun. Suatu hari seorang pembantunya mengadu tentang satu tong yang telah dimasuki oleh tikus. Maka peniaga tersebut menyuruh tandakan tong tu untuk di buang. Tapi seorang pekerja lain telah menutup semua tong kerana dia tidak tahu. Lalu apa kata peniaga tersebut apabila dia mendapat tahu bahawa tong yang tercemar telah ditutup, disuruhnya buang kesemua tong yang ada walaupun rugi beribu-ribu dirham…(nilai duit tak ingat daaa…). Dan kita sayang nak buang ayam dah mati dalam lori, sembelih juga bagi orang makan. Berapakah nilai seekor ayam daging dibanding dengan dosa yang kita tanggung beri orang makan makanan yang tak halal dan tidak suci??? Nauzubillah, serammm! Teringat juga kisah Sayidina Umar r.a. yang mendengar perbualan anak dan ibu yang menyuruh si anak mencampuri air ke dalam susu. Lalu si anak membantah kerana yakin Allah tak pernah terlepas pandang akan segala kejahatan dan kesalahan hamba-hambaNya. Langsung jadi menatu Khalifah anak perempuan itu. Dan lahir dari rahimnya seorang lagi Umar yang menjadi Khalifah yang terkemuka.
Macam mana kita nak lihat keturunan dan generasi yang cemerlang kalau makanan yang kita beri kepada mereka adalah yang tidak halal dan tidak menepati hukum syarak. Perkara ini bukan remeh atau perkara kecil. Sesuatu harus dilakukan oleh pihak yang mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan. Dan orang-orang yang kat atas tu, turunlah ke bawah, jenguklah anak buah yang buat kerja, utamakan mencari reda Allah dalam perniagaan bukan keuntungan semata-mata. Alangkah malangnya bila Big Boss bercerita tentang jihad melalui perniagaan, soal halal haram dalam perniagaan, membantu umat Islam melalui perniagaan dan segala macam tetapi hakikat sebenarnya, perniagaan dicemari oleh perlakuan yang terang jelas, salah dari sudut agama.
Kita hanya mengulas dan memberi pandangan sendiri, tapi ia membuat kita was-was dan ragu untuk makan apa yang kita dah hilang keyakinan padanya. Jika semua orang yang membaca juga hilang keyakinan bayangkan betapa banyaknya kerugian yang akan mereka alami. Jadi kita sangat berharap hal ini disiasat dan di sahkan benar atau tidak. Manalah tahu ada saingan perniagaan yang kurang senang lalu menggunakan nama orang lain untuk merosakkan perniagaan saingan. Tetapi apa pun bagi diri kita, selagi tiada pengesahan bahawa semua itu tidak berlaku, kita tak akan makan la lagi, kita pun memang kurang berminat pun sejak dari dulu lagi.
Semoga kita selalu ingat bahawa apa yang kita makan itu menjadi darah daging…Wallahualam.

Tuesday, November 24, 2009

Bukan salah ayah, ibu mengandung!

Semua orang ingin di hormati. Marah betul kita kan kalau kita rasa kita tidak dihormati. Kalau pergi kaunter mana-mana agensi atau jabatan, orang buat dek aje kat kita, layan nak tak nak, kita rasa orang tu kurang ajar, tak tahu nak hormat orang. Kita rasa geram. Kalau pergi hospital kerajaan, dulu-dulu, selalu dengar orang merungut tentang layanan yang mereka terima daripada jururawat, kalau masuk wad kena marah la, kena leter oleh pembantu jururawat, itu semua cerita biasa… tapi sekarang mungkin tidak lagi. Zaman dah berubah, dunia dah maju…..

Semua orang ingin dihormati dan kalau orang hormat pada kita, pasti ada rasa gembira dan yakin diri meningkat. Tapi soalnya, adakah kita hormat pada orang lain? Tak tahulah. Kita melihat dua tiga hari ni, ramai wajah-wajah baru di persekitaran kita. Yang dah matang kebanyakannya, berkeluarga dan lebih berumur daripada yang selalunya berada di sini. Tapi kita rasa budaya mereka sedikit berbeza kerana mereka mungkin kelompok yang lebih tua dan telah dibudayakan oleh usia dan pengalaman mereka… di mana sajalah mereka berada sebelum di sini.

Kita melihat, (semoga ini bukanlah petanda kita merasa kita sangat baik dalam hal ini, muhasabah diri sendiri juga) mereka agak kedekut untuk senyum atau mengucap salam. Membalas senyum juga tak berapa rajin. Mungkin banyak masalah orang-orang ni. Apa yang kita ralat sedikit adalah cara beberapa orang memberi tindak balas kepada pengawal yang bertugas menjaga keselamatan dan lalu lintas. Pengawal-pengawal ni memanglah bukan pemegang ijazah dari mana-mana universiti atau ilmuan yang berkaliber. Ada yang dah tua lagi, bekas askar pencen atau memang pekerjaan mereka sejak dari mula jadi pengawal keselamatan.

Tapi tak pernah kah terfikir di hati kita semua bahawa mereka ini adalah bapa kepada anak-anaknya, suami kepada isteri, ketua keluarga, orang yang bertanggungjawab menyara anak-anaknya? Mereka juga pemimpin dalam keluarga mereka jika tidak di tempat kerja? Tidak layak kah mereka dihormati kerana kita marah mereka menegur sedangkan mereka sedang menjalankan tugas? Bukankah mereka juga manusia? Apakah pekerjaan mereka tu hina? Wajarkah kita marah dan membentak-bentak bila di suruh alih kereta dari tempat yang memang bukan tempat letak kereta pun?

Kadang-kadang ada dalam kalangan kita terlupa latar belakang kita sendiri. Mungkin mak ayah kita dulu pun penoreh getah saja, biasa dengan bau busuk getah skrap, atau tukang kebun sekolah yang siram pokok dan mesin rumput setiap hari, atau orang kampung yang buat kerja-kerja ambil upah apa saja nak cari duit untuk besarkan kita sampai kita pandai dan jadi orang ‘terhormat’. Sudah tentu kita rasa sakit hati kalau dengar mak ayah kita dihina orang atau tak di hormati hanya kerana mereka bukan berpangkat atau berjawatan besar. Bila kita dah berjaya, kita hormat ibu bapa kita tapi tak tahu nak hormat ibu bapa orang lain. Salah siapa tu?

Kita mungkin sombong dan rasa besar diri, kalau kita kata mereka tak hormat kita jugak walaupun kita 'ada juga' pangkat kat sini, macam mana mereka nak hormat pengawal keselamatan yang ada tepi pagar tu? Tapi itulah yang kita rasa sekarang bukan kerana kita ada sedikit “authority” kat sini, sebab semalam kita bercakap panjang juga dengan mereka tentang peraturan dan tatacara perlakuan ketika mereka dalam kawasan ini tapi bila kita tengok keadaan hari ini, macam kita tak pernah bercakap pun.

Semoga mereka dapat mengubah tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik, kita tetap doakan. Tapi kita kesian juga tengok “Pak Guard” usung clam kereta sana-sini untuk clam kereta-kereta yang mungkin kurang faham papan tanda tepi jalan dan petak-petak parking yang memang berlabel dan bertanda untuk siapa! Kita pun terpaksalah pusing ke sana sini untuk parking sebab ruang kita pun telah diisi. Salah ke cara penerangan dan penyampaian kita semalam??????

aduh sakitnya!

Antara sakit nampak dan sakit tak nampak. Memanglah sakit itu satu perasaan yang kita rasakan kalau anggota badan kita mengalami luka atau melecur atau tercucuk kaca, duri atau lebam, bengkak, kudis, digigit lipan, sakit gigi dan sebagainya. Bila sakit kita tahu kat mana rasa sakit tu. Kita boleh ceritakan bagaimana perasaan sakitnya. Berdenyut ke, sengal ke, ngilu ke, pedih ke, menyusuk-nyusuk ke apa ke. Dan tempat yang sakit bolehlah disapu ubat, minyak angin, losyen, apa-apa saja yang boleh mengurangkan sakit dan makan ubat.
Itu semua kesakitan fizikal yang kita dapat kesan kat mana, apa puncanya, dan insyaAllah bagaimana nak mengubatinya. Ada penyakit yang melibatkan perasaan, tempatnya kat mana tak nampak tapi sakitnya ada. Kesakitan yang diakibatkan oleh kehilangan atau pemergian orang yang kita kasihi. Dan cara kehilangan tu kadang-kadang akan mempengaruhi kesan sakit yang ditinggalkan. Sakitnya dahsyat dan lama, ada kalanya sampai bertahun-tahun terasa. Sakit macam ni susah la nak makan ubat atau nak sapu apa-apa minyak atau krim. Kesannnya kadang-kadang lebih teruk dari sakit fizikal atau demam panas. Boleh kurus tanpa diet, boleh berjaga malam walaupun tak ada kerja dan walaupun ingin nak tidor.
Namun penyakit-penyakit macam ni, masih juga boleh kita kawal rasa sakitnya dengan cara makan ubat, redha mengingatkan ketentuan yang Allah takdiurkan dalam kehidupan kita yang sementara. Banyak cara untuk melalui, mengubati atau melupai.
Pengalaman kita melalui kehidupan macam manusia lain juga. Ada masa kita merasa sakit-sakit macam orang lain. Demam, sakit gigi, kena pisau dan sebagainya. Dan mungkin juga sakit yang kedua. Tapi semua tu sekejap saja kalau nak dibandingkan dengan waktu sihat dan waktu tak sakit apa-apa pun.
Tapi apa yang kita nak cerita adalah tentang satu lagi penyakit yang serius. Tak nampak juga secara fizikal, tak juga mengganggu kehidupan seperti sakit perasaan. Penyakit ini kesannya kuat sebab bukan hanya melibatkan orang sakit tapi orang-orang yang berhubung dengannya. Itulah hati yang sakit. Tak terasa sakitnya, tak nampak kesan pada tuan punya badan tapi boleh dilihat oleh orang lain. Ada yang tak merasa bahawa hatinya sakit. Bila ditegur supaya terimalah bahawa jawatan yang dia nak tu bukan rezeki dia tapi orang lain, dituduhnya orang menegur tu pengampu, kaki bodek sebab tak nak tolong dia kutuk orang yang baru naik pangkat. Kata orang tu tak senonoh, akhlak buruk, malas dan sebagainya. Kalau benar pun bukan orang lain tak tahu. kenapa pulak nak marah-marah dan mengaibkan diri sendiri.
Ada yang sesama adik-beradik pun tak boleh ngam. Kutuk-mengutuk, dengki antara satu sama lain. Tak boleh tengok orang senang hati jadi sakit. Menantu tengok pasangan bagi wang atau barang pada mertua, sakit jiwa sampai habis satu syarikat dengar cerita bengang dia pada mertuanya. Aduhai, apa yang nak bagi makan sebagai ubat pada yang berpenyakit macam ni.
Ada juga yang bila tengok orang senang dia pulak susah hati. Entah apa yang mengganggu kehidupan dia bila orang tu bahagia pun tak tahulah. Tapi dengar dia punya cerita kita pun boleh sakit jiwa. Ada jugak yang rasa dia yang pandai dalam semua bidang terutama dalam bidang dia la. Dia aje yang betul, dia aje yang cekap. Kalau ada orang baru, dia memang suka mengajar orang tu, tapi kat belakang macam-macam dikutuknya. Orang tu, nama pun baru memanglah banyak tak tahu, banyak yang tak faham... ada satu macam keseronokan lak dia bercerita macamana dia ajar dan betapa bodohnya orang baru tu. Stress laaa... kita. Nak cari ubat je lah!!! Moh tengok, kalau-kalau kita pun ada penyakit macam tu.

Wednesday, November 18, 2009

Aplikasi Ilmu macamana agaknya?

Kita jarang baca buku sekarang..nak kata kerana banyak kerja, memang kerja sentiasa banyak. Bukak blog pun tak sekerap dulu. Entah apa yang sibuk sangat tak tahulah. Yang pasti segalanya duniawi belaka. Mungkin faktor usia meyebabkan badan mudah penat dan bila balik rumah, kalau tak sambung kerja kita tidor awal.

Memerhati dan melihat sekeliling, perkembangan yang berlaku, macam-macam kan?! Setiap hari ada je...tapi kita jarang baca suratkabar pun sekarang, banyak dengar berita dari radio dan kawan-kawan yang mengikuti perkembangan semasa. Mungkin sebab tu, fikiran pun tak berkembang, idea tak ada, akal tumpul, mata kelabu. Ruginya kalau kurang membaca!

Hari ni kita baca beberapa blog dan tengok tv, dengar radio! Apa kita nak ulas ye? Tentang masyarakat yang telah banyak ilmu dan meningkat kepintarannya, sedang kita terasa jahilnya kita ni. Tapi kita menilai dari kacamata orang yang kurang ilmu so, mungkin penilaian kita kurang tepat.

Okay, perniagaan adalah satu bidang yang sangat baik bagi mendapatkan wang. Rasulullah s.a.w. pun ada kata kan tentang 9 dari sepuluh pintu rezeki itu adalah dengan perniagaan. Tapi perniagaan apa? Tak kiralah, ada macam-macam, janji halal! Kita perhatikan ada dalam kalangan kawan-kawan kita yang berusaha keras berniaga dan alhamdulillah maju dengan jayanya. Cumanya kita nampak ada yang macam terlupa dalam sebok berkempen untuk melariskan produk, terutamanya makanan kesihatan bahawa ada Zat Yang Maha Berkuasa menentukan datang dan perginya penyakit. Bagus mereka berkempen tapi ada masa macam produk dialah yang menyembuhkan penyakit orang. Mungkin terlalu ghairah, terbabas.

Dan ada juga orang yang tak nak beli, kurang berhemah dalam menolak tawaran barang. Ramai orang yang tahu tentang qada dan qadar, tentang apa saja yang Allah dah tentukan akan menimpa kita atau tidak akan menimpa kita... tapi ada nada riak dan sombong dalam menolak. Kenapalah tak ambil kesempatan mendidik sahabat yang berniaga tentang cara berniaga daripada mengatakan bahawa dia salah, berdosa, boleh jatuh syirik dan sebagainya.

Kadang-kadang cara kita bukan menolong tapi merosakkan hati orang. Kenapa perlu sakitkan hati kawan dengan kata-kata... kalau kita jaga sembahyang, doa bersungguh-sungguh, tawakkal Allah akan menolong kita. Tapi makan ubat tu ikhtiar kan??? Macam la kawan yang jual tu tak sembahyang!!! Kita tak jual apa-apa kita tak tahu. Tapi kita rasa, kenapalah nak cakap macam sombong. Kalau tak nak kata ajelah tak nak! Kalau tak mampu, kata tak mampu, kalau tak suka nak makan kata tak suka nak makan.

Ada kawan bawak air yang dijampi ustaz, ada pulak yang marah sebab dia kata tak boleh ke kau doa sendiri, lebih afdal datang dari hati kau sendiri! Tapi salah ke kalau ustaz tolong jampi, selain kita doa sendiri? Kenapa kita suka sakitkan hati orang dan tunjukkan kita serba tahu... sedangkan kita boleh cakap dengan nada yang baik.

Lepas tu, kita tengok ada orang yang kerana banyak belajar dan banyak tahu, ada kebolehen menegur dan memberi pendapat yang agak bernas tapi dalam nada yang kita rasa tak berapa kena. Kenapa nak tegur atau mengulas dengan menggunakan perkataan yang kasar dan menggambarkan keangkuhan dalam menegur. Tak tahulah kita. Tapi kita baca juga sejarah dan sifat-sifat Rasulullah s.a.w. yang sabar dan lembut dalam menegur dan menyampaikan ilmu. Rasanya tak pernah la Baginda s.a.w. panggil orang dengan perkataan bebal, dungu dan bodoh kalau mereka jahil dan buat kesalahan. Bukan kita semua manusia biasa aje?!! Tapi iyelah, hanya guru mengenal muridnya, jauhari mengenal maknikam... dan hanya yang menegur dan menyampai tahu audience yang mendengar. Mungkin penyampaian mengikut keadaan masyarakat atau kelompok yang telah dikenali. Wallahualam.

Apapun kita banyak belajar dari semua ni. Setiap hari kehidupan adalah pelajaran yang sangat berharga. Kaya pun ujian, miskin pun ujian; pandai pun ujian, bodoh pun ujian; sihat pun ujian, sakit pun ujian, sibuk pun ujian, menganggur pun ujian....... segalanya ujian. Cobaaaaannnnn! Tapi bagaimana ye kita nak melalui kehidupan ni dengan segala ujian-ujian yang tak berhenti. Buat salah, selain berdosa, orang mengata. Mengata orang buat salah pun berdosa, salah! Tak tegur pun salah, tegur pun tak kena gayanya pun salah, susahnya ujian-ujian ni kan!!?

Apapun kita mengingat diri kita supaya jangan sombong, jangan rasa bangga dengan ilmu yang ada, jangan pandang rendah pada usaha orang lain, jangan matikan semangat orang lain dengan menyebut-nyebut apa yang kita tahu.

Tuesday, November 3, 2009

How they look at us!

Today was talking to friend about a few novels that she read. So she lend me one and tell me to read. It is about a ‘muslim couple’…husband and wife. How the husband abused the wife and then how she fell in love with a non muslim. My friend is a Christian but she is a nice lady. The problem is…. When you talked about how these ‘muslims’ behaved…. I got a bit upset because it is not the religion that teaches us to behave in such unacceptable manners but it is the individuals himself/herself.

So, I said, why must we repeatedly say the word “muslim” when you talked about someone who embraces Islam or was born a muslim? Couldn’t he just be the man or the woman? How often that we use the Christian man or the hindu lady or the Buddhist priest…. Did this or did that? Why is it that when they are muslim you must “STRESSSSSS” on the word, ‘this muslim man or this muslim woman? Sorry my friend, but I know you are open minded and we’ve sort of talk this over!

Kenapalah orang yang mengaku Islam ni pun buat perangai yang bukan-bukan dan orang yang mengaku Islam ni juga yang menulis buku-buku menceritakan keburukan orang-orang Islam. Dahla orang yang selain orang Islam memang ada pandangan serong kepada orang Islam…. Yang lahir sebagai Islam menambah pulak buruk sangka ni! Kita rasa bukan salah agama sebab kalau kita mengkaji ajaran agama, apa agama pun tak ada satu pun yang menyeru supaya kita buat jahat kat orang lain, menipu, merampas, menjatuhkan maruah orang…. Minum minuman yang memabukkan, berjudi, berzina dan sebagainya….. apatah lagi kalau agama itu agama yang Allah turunkan… yang asal bukan yang telah ditokok tambah!

So, kita rasa sedih. Kalau seseorang dilahirkan dari rahim seorang perempuan Islam dan benih lelaki Islam… apabila dia telah dewasa, pandai menilai baik dan buruk tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam terutama sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji apabila mampu walaupun mak ayah dah ajar syahadah kepadanya……. Bolehkah kita iktiraf dia sebagai seorang muslim sejati. Memang bukan hak kita melabel atau menilai orang… tapi kita patut renungkan. Dan dalam novel-novel ni banyak pulak cerita tentang suami yang sembahyang lima waktu, puasa tetapi mengamalkan perlakuan yang menyakitkan ketika hubungan intim suami isteri, mengawal isteri keterlaluan, memberi arahan dan perintah seolah-olah isterinya seorang hamba…. Apa la yang cuba di war-warkan oleh penulis yang kalau tengok nama ‘macam’ nama Islam. Dan novel-novel Inggeris macamni banyak dan dibaca oleh ramai orang bukan Islam…. Buruknya kita menggambarkan perlakuan orang yang dikenali sebagai muslim ni. Yang jual isteri, yang jual anak…yang kisah poligami zalim dan tidak adil jangan ceritalah banyaknya… Cuma kita tak ingat dah pengarang dan tajuknya. Dan ada juga malahan penulis local yang menulis tentang ketidakadilan kadi dalam mengendalikan isu rumah tangga dan cara hidup Islam yang kita rasa jauhnya lari dari apa yang telah disampaikan oleh utusan Allah s.a.w.

Kita tak kata jangan baca atau beli buku macam ni, tapi orang Islam perlu ada pengetahuan untuk sekurang-kurang membuat pembelaan atas nama agama agar kita tidak dipandang hina dan jagalah perlakuan kita jangan sampai dihina sebegitu dan bagi yang nak menulis, berhemahlah kalau nak bercerita pun….

Perhatikan pada peribadi individu daripada menilai anutan agamanya…walaupun kita berbangga dengan bilangan umat yang banyak (tapi macam buih di lautan) kita juga perlu ingat bahawa setiap manusia itu membawa dirinya sendiri berdasarkan perangai dan perwatakannya. Kalau seorang yang mengaku Islam tapi makan apa saja (kecuali babi) di kedai apa saja… macam mana nak kata? Nama Islam, bin/binti kepada orang Islam tapi cara hidup langsung tak ada kena-mengena dengan Islam macam mana tu? Ramai orang yang memang sah bukan Islam dan tak makan babi... atas sebab kesedaran tentang bahayanya kepada kesihatan! So, nak kata apa? Ramai orang yang beragama hindu tapi makan lembu... sebab kita kenal beberapa orang yang begitu...so? Ada orang kristian yang tak tahu kat mana gereja yang paling hampir dan tak tahu beza mazhab kristian dia dengan mazhab kristian yang lain...so? Macam mana kita nak nilai semua ni?

Sebab orang bukan Islam buat apa saja, orang tak kisah... tapi kalau sebut muslim je...fuyyoo mesti jahat giler orang tu!!! Ada hindu yang sembelih ahli keluarga sendiri kerana mereka masuk Islam tetapi berapa ramai orang Islam bunuh orang kerana mereka nak tukar agama walau itu adalah dibenarkan dalam Islam? Kita sedih pulak rasanya, agaknya kita dah banyak sangat buat perkara-perkara yang ditegah agama sehingga tiada lagi rasa hormat orang lain pada kita dan orang yang seagama kita juga tak menghormati sesama saudara. Dulu zaman Rasulullah s.a.w. perkahwinan inter religion antara orang Islam dengan ahli kitab yahudi dan nasrani dibenarkan kerana mereka mengamalkan agama wahyu yang tulen. Tapi sekarang kalau ada inter religion marriage, it is a recipe for disaster. Kalau seorang padri perempuan kahwin dengan seorang lelaki Islam tak mungkin berlaku seperti pada zaman Rasulullah s.a.w. sebab kita kata jangan minum arak dalam kitab diorang edisi yang keberapa entah, kahwin sejenis pun boleh( sebab kita ada baca satu aliran Kristian yang benarkan ini) tak kan nak minum arak sedikit tak boleh kalau tak mabuk! Tak kan pakai skirt salah sebab dalam kitab dia yang terbaru tak sebut pun. Dia sembahyang secara menyanyi di gereka dan bertafakur dalam gereja depan patung mary dan jesus dan holy father…. Kita sembahyang lain… boleh ke bahagia dan serasi?

Dan berbalik kepada novel yang menjadi punca kita menulis ni, amatlah malang jika penulis adalah seorang Islam kerana di telah menghina agama sendiri dengan menulis tentang orang yang telah jauh terpesong dari ajaran sebenar agama. Watak yang imannya tidak boleh jadi ikutan, yang lupa bahawa Allah adalah tempat untuk mengadu bukan pada lelaki lain, apatah lagi yang berlainan agama sehingga ditipu syaitan; dan lelaki yang bertopengkan ibadah, yang sebenarnya juga diperolokkan oleh syaitan merasa berhak atas seorang isteri, boleh buat apa saja walaupun perangai bukan manusia, semuanya telah tertipu…dan dilemanya adalah…indahnya cinta sesama manusia sehingga tak patut sungguh memisahkan pasangan yang dapat mengasihi dan melindungi (dari api neraka?) satu sama lain. Dan soalan kawan kita… kalau kat Malaysia ni tak tahulah what will happen to that lady because the other man is not a muslim!!! Nothing will happen to her, the muslims will not kill her for her sins…. Orang yang bercinta sesama Islam dan berkahwin dengan sesama Islam tapi berlainan pangkat, umur, bangsa pun kena kutuk, apatah lagi kalau buat perangai yang memang agama larang… kena kutuk la, teruk, tapi itu aja… bak kata orang, ‘berani buat berani tanggung’. Tapi agama Islam tak ajar pun supaya kita kutuk orang… itu semua perangai individu bukan ajaran agama!

Okaylah, kita nak berenti dah menulis…. Panjang lebar la pulak. Kita tak marah kawan kita sebab bukan salah dia. Tapi kalau dia salah faham kita kena betulkan!!!!


p/s: ada satu lagi! Dalam Islam poligami di benarkan hingga 4 orang dan semua isteri adalah sah dari segi agama dan dalam masyarakat, dan berhak atas suaminya secara adil dalam semua perkara (yg dia berhaklah) itu ada dalam Al-Quran. Kita tak tahu tentang agama lain tapi masa kita kecik ada seorang lelaki cina yang bukan Islam miliki 4 isteri...pernah gaduh besar pun. Lepas tu masa kita baru-baru kerja di suatu tempat di Malaysia, ada satu India yang ada 3 isteri juga lepas tu selalu mabuk minum todi.... tak sure ada tak dalam ajaran agama diorang sebab diorang bukan muslim. Dan ada juga kawan kita dulu cina kristian yang tinggal serumah dengan lelaki cina yang dah berkahwin...pastu kawin secara ritual orang cina yang kita tak pasti agama ke apa (Tolong betulkan kalau kita salah). Lepas tu beberapa tahun dah tak ngam, tapi ada anak tak dapat nak tuntut apa-apa kat mahkamah! Itu nak letak dengan panggillan apa ye? The Indian/chinese guy... perempuan cina kristian itu??????????

Monday, November 2, 2009

Terfikirkah kita tentang....?

Hari ni baca majalah lama dan terjumpa la artikel tentang pembedahan-pembedahan yang memakan belanja besar untuk memulihkan orang yang sakit, membaiki organ yang rosak dan pembedahan plastik untuk merawat pesakit yang cacat sejak azali atau kerana penyakit atau kemalangan. Ada pembedahan yang memakan belanja berpuluh ribu dolar Amerika. Teringat di Malaysia pun banyak akhbar menyiarkan permohonan bantuan daripada orang yang kurang mampu bagi membiayai pembedahan jantung anak la, anak tak ada usus la, laungan supaya menderma organ untuk menolong orang lain yang sangat memerlukan.

Apa yang kita dapat bayangkan adalah alangkah beruntungnya orang yang dilahirkan sihat tanpa penyakit yang sedemikian rupa. Cuba bayangkan jika kita kena bayar bagi setiap apa yang kita ada pada badan kita. Otak yang berfungsi dengan baik kalau nilainya….. nak letak berapa ye? Mata kita yang dapat melihat tanpa kaca mata….. dan kalau kacamata pun kita boleh pilih ikut harga… pasti ada yang kita mampu. Mata tu sendiri berapa harganya? Hidung kita yang boleh membezakan bau yang busuk, yang wangi, menghidu makanan yang enak, mengenal orang-orang yang kita sayang… dari baunya. Lepas tu mulut kita, gigi, lidah gusi, anak tekak dan bibir yang mengukir senyuman, mengucup dahi anak, macam-macam mengata orang, menasihati orang, meluahkan perasaan, memuji bla,bla,bla…. Satu set yang kalau kurang satu memang menyusahkan. Berapa harga kita nak letak?

Kalau kita senaraikan banyak sangat….kuku, jari tangan dan kaki, tapak tangan dan kaki, pergelangan tangan, yang nampak dari luar, yang tak nampak tapi ada kat dalam badan segala macam anggota yang kita tahulah apa yang kita ada….. berapa ye nilainya? Agak-agak boleh tak kita keluarkan berita dalam akhbar atau lain-lain media untuk mohon bantuan nak bayar? Jom kita bayangkan kalau nanti kita diberi bil-bil bagi segala apa yang kita ada sejak azali dan bil-bil bagi segala apa yang kita dapat selama kita di dunia ini. Macam mana kita nak bayar kan? Seram dan ngeri la pulak.

Berdiri bulu roma kita bila teringat semua tu. Semalam kita pergi belajar mengaji, ustaz yang mengajar teknik al-baghdadi tu kata kalau nak jadi billionaire atau trillionaire atau lebih kaya lagi belajar mengaji dan ajar orang mengaji. Tapi kita tak pandai sangat. Dulu kita hanya ajar anak kita muqaddam je... tu pun tak habis, mak kita lak ajar... untung mak kita! Mampu ke kita bayar balik apa yang kita dapat ni?? Hu hu hu.... kita ngeri! Benarlah yang kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang kita ada. Sebab kalau kita bersyukur kita akan gunakan segala anugerah dan amanah dengan sebaik-baik dan mencari reda Tuhan yang mencipta kita.

Lepas tu, teringat lak tentang pembedahan tadi tu, macamana orang sanggup membelanjakan sampai berjuta ringgit untuk pembedahan plastik sedangkan mereka tak ada masalah, hanya umur meningkat dan kulit jadi kendur.... tak dapat terima keadaan semulajadi yang berlaku.... ermmm alahai, apa kita nak kata ye? Entahla! Kita rasa nak buat refleksi diri je. Salam untuk semua!

Wednesday, October 28, 2009

belum tentu ia atau tidak!

The greatest obstacle is fear. I’ve read this many times. Tapi bila tak melalui sesuatu yang benar-benar menakutkan ia tak membawa kesan yang sebenar. It’s not that I didn’t believe the statement but I’ve never experience such a fear that it becomes an obstacle, or something that cause me to halt or stop from doing something! Tapi dua tiga hari ni, I discovered something on my body. Sesuatu yang mendatangkan rasa takut bahawa ia adalah petanda sesuatu penyakit yang teruk dan akan mengubah kehidupan secara total, fizikal dan spiritual. So, I was contemplating…nak pergi jumpa doktor and find out or pretend bahawa tak ada apa pun yang berlaku dan perlu di risaukan.

Tapi lepas berfikir dan bercakap dengan sahabat-sahabat yang baik, kita pergi jumpa doktor dan sedang menunggu temu janji dan pemeriksaan selanjutnya. Jadi kita terfikir tentang perasaan takut ni. Boleh kita bahagikan kepada dua jenis perasaan takut. Takut yang baik dan takut yang tak baik…. Macam kata orang useful fear and destructive fear. Lepas tu kita teringat lagu arwah ustaz Asri Rabbani (semoga berehat dengan tenang dan dalam rahmat Allah di sana). Mana milik kita, tidak ada milik kita! Semua yang ada Allah yang punya. Hati kita jadi reda. Alhamdulillah kita telah dilahirkan sempurna cukup segala sifat. Ada orang yang dilahirkan dengan kurang anggota! Kita telah melalui kehidupan ini dengan cukup sifat ini pada tempoh yang lebih lama daripada ramai orang yang telah mati semasa umurnya masih muda lagi. Dan kalau Allah takdirkan untuk mengambil apa saja anggota badan kita, pasti ada hikmah yang kita belum nampak… sebab Rasulullah s.a.w. pernah dalam satu hadisnya bersabda (lebih kurang maksudnya) tak akan tercucuk walaupun sekadar duri kecil melainkan diberi ganjaran pahala dan kebaikan kerananya.

Dan balik semula kepada perasaan takut yang baik dan yang buruk itu, kita merasa ketakutan kita pada asasnya tentang keputusan doktor sebenarnya tak baik. Belum tentu lagi ia sesuatu yang baik… banyak kali perkara buruk yang kita sangka akan berlaku tidak berlaku pun. Kita saja yang suka berkeluh kesah pada yang belum pasti. Takut macam ni memang tak baik. Sama macam orang yang takut papa kalau banyak sangat bersedekah, takut hantu yang tak pernah nampak pun sampai tak boleh tidur, takut suami tinggalkan kita nanti jadi janda, takut anak-anak tak berjaya dalam peperiksaan nanti malu kita, takut bos marah kalau kita keluar sembahyang masa tengah meeting, takut kawan kutuk kalau pakai baju tak ada brand, takut orang tahu umur dan berat badan sebenar kita….. macam-macam takut! Bahaya sungguh kalau inilah antara perkara-perkara yang menakutkan dalam kehidupan kita ni.

Tapi kita jarang rasa takut kalau kita sembahyang asar lambat tunggu balik rumah lepas kerja, tapi main game kat komputer ofis sementara tunggu nak clock-out (tadi baru kita lihat perangai macam tu). Kita tak rasa takut mengata dan mengumpat kawan kita dan menyebarkan cerita panas dan sensasi tentang dia. Kita tak rasa apa-apa pun kalau keluar sembahyang Jumaat ketika pak imam dah habis baca khutbah, kita tak kisah langsung kalau anak-anak perempuan kita keluar sehingga lewat dengan kawan kelas lelaki dan perempuan. Kita tak takut pun kalau kita makan banyak dengan kandungan gula tinggi, lemak tepu janji perut dan tekak kita puas. Kita tak rasa takut tengok isteri kita bergaul rapat dengan rakan sepejabat berlainan jantina…. Kita tak takut Tuhan!

Kesian kat diri-diri kita kan!!? Sebab selama ni banyak sangat benda yang kita takuti dalag benda-benda yang hanya akan merosakkan diri kita sahaja. Marilah kita sama-sama fikirkan dan perbaiki diri kita (terutama tuan punya badan yang menaip ni!!!) bahawa takutilah apa yang patut kita takuti bukan setiap apa benda yang orang lain takut... kita nak takut jugak!!!!

NON VIOLENT PARENTING ( True Story)

This is something I just read in my mail from a friend... something to think of!!!


Dr. Arun Gandhi, grandson of Mahatma Gandhi and founder of the
M.K. Gandhi Institute for Nonviolence, in his June 9 lecture at the
University of Puerto Rico , shared the following story as an example of
Nonviolence in parenting:
"I was 16 years old and living with my parents at the institute
my grandfather had founded 18 miles outside of Durban , South
Africa , in the middle of the sugar plantations. We were deep in the country and had no neighbours, so my two sisters and I would always look forward to going to town to visit friends or go to the movies. One day, my father asked me to drive him to town for an all-day conference, and I jumped at the chance. "Since I was going to town, my mother gave me a list of groceries she needed and, since I had all day in town, my father ask me to take care of several pending chores, such as getting the car serviced. When I dropped my father off that morning, he said, "I will meet you here at 5:00 p.m. , and we will go home together.'
"After hurriedly completing my chores, I went straight to the
nearest movie theatre. I got so engrossed in a John Wayne double feature that I forgot the time. It was 5:30 before I remembered. By the time I ran to the garage and got the car and hurried to where my father was waiting for me, it was almost 6:00 . He anxiously asked me, "Why were you late?" I was so ashamed of telling him I was watching a John Wayne western movie that I said, 'The car wasn't ready, so I had to wait,' not realizing that he had already called the garage.
When he caught me in the lie, he said: "There's something wrong
in the way I brought you up that didn't give you the confidence to tell
me the truth." "In order to figure out where I went wrong with you,
I'm going to walk home 18 miles and think about it."
So, dressed in his suit and dress shoes, he began to walk home in
the dark on mostly unpaved, unlit roads. I couldn't leave him, so for
five-and-a-half hours I drove behind him, watching my father go
through this agony for a stupid lie that I uttered. I decided then and there that I was never going to lie again. I often think about that episode and wonder, if he had punished me the way we punish our children, whether I would have learned a lesson at all. I don't think so. I would have suffered the punishment and gone on doing the same thing. But this single nonviolent action was so powerful that it is still as if it happened yesterday.
That is the power of nonviolence.

Thursday, October 22, 2009

Sisters

A FRIEND SEND THIS TO ME THROUGH EMAIL. A REALITY OF LIFE ESPECIALLY FOR ME AND I FEEL IT IS SOMETHING WORTH SHARING! LADIES , BELIEVE IT AND GENTLEMEN... DO PONDER ON THIS..





A young wife sat on a sofa on a hot humid day,

drinking iced tea and visiting with her Mother. As

they talked about life, about marriage, about the

responsibilities of life and the obligations of

adulthood, the mother clinked the ice cubes in her

glass thoughtfully and turned a clear, sober glance

upon her daughter



'Don't forget your Sisters,' she advised, swirling

the tea leaves to the bottom of her glass. 'They'll

be more important as you get older. No matter how

much you love your husband, no matter how much you

love the children you may have, you are still going

to need Sisters. Remember to go places with them now

and then; do things with them.'



'Remember that 'Sisters' means ALL the women...

your girlfriends, your daughters, and all your other

women relatives too. 'You'll need other women. Women

always do.'



What a funny piece of advice!' the young woman

thought. Haven't I just gotten married?

Haven't I just joined the couple-world? I'm now a

married woman, for goodness sake! A grownup! Surely

my husband and the family we may start will be all I

need to make my life worthwhile!'


But she listened to her Mother. She kept contact

with her Sisters and made more women friends each

year. As the years tumbled by, one after another,

she gradually came to understand that her Mom really

knew what she was talking about. As time and nature

work their changes and their mysteries upon a woman,

Sisters are the mainstays of her life.


After more than 50 years of living in this world,

here is what I've learned:


THIS SAYS IT ALL:

Time passes.

Life happens.

Distance separates.

Children grow up.

Jobs come and go.

Love waxes and wanes.

Men don't do what they're supposed to do.

Hearts break.

Parents die.

Colleagues forget favors.

Careers end.

BUT..........


Sisters are there, no matter how much time and how

many miles are between you. A girl friend is never farther away

than needing her can reach.


When you have to walk that lonesome valley and you

have to walk it by yourself, the women in your life

will be on the valley's rim, cheering you on,

praying for you, pulling for you, intervening on

your behalf, and waiting with open arms at the

valley's end.


Sometimes, they will even break the rules and walk

beside you...Or come in and carry you out.



Girlfriends, daughters, granddaughters,

daughters-in-law, sisters, sisters-in-law, Mothers,

Grandmothers, aunties, nieces, cousins, and extended

family, all bless our life!


The world wouldn't be the same without women, and

neither would I. When we began this adventure called

womanhood, we had no idea of the incredible joys or

sorrows that lay ahead. Nor did we know how much we

would need each other.


Every day, we need each other still.. Pass this on

to all the women who help make your life meaningful.

I just did. Short and very sweet:

Wednesday, October 14, 2009

Sekadar titik kecil....

Dah sampai panggilan haji. Ramai kawan-kawan yang telah mendapat surat pengesahan dan tarikh penerbangan tapi masa kita belum tiba agaknya sebab itulah kita belum pergi. Kita memang nak sangat pergi. Allah saja yang tahu. Tapi kita sendirian, tak ada mahram yang boleh bawak kita. Adik-beradik pun belum ada rezeki, kawan-kawan pun tak dapat menolong. Itu kita reda, sebab kita tahu Allah ada perancangan yang baik untuk kita. Segala-galanya rezeki belaka. Hidup kita dah banyak senangnya berbanding dulu, jauh bezanya. Dan sesungguhnya kita amat bersyukur. Segala apa adalah rezeki dan nikmat yang Allah beri.
Bercakap tentang rezeki, kita kehilangan telefon bimbit kita hari Khamis minggu lepas. Dalam kelompok yang hanya 16 orang termasuk kita dalam sekelip mata telefon tu hilang. Sedih hati kita sebab telefon tu baru je sebulan kita beli setelah yang lama pecah kena gelek kereta. (Salah sendiri!). Tapi kalau dah rezeki dan berkat doa, (ramai yang tolong doakan!!!) alhamdulillah, telefon itu dikembalikan semula.
Tak terucapkan syukur yang kita rasakan kerana banyak sungguh maklumat dan nombor yang penting dalam tu. Sebab tu, kita memang tak patut merungut langsung dengan apa saja yang kita lalui. Kelmarin, kita perasan kereta kita dicalarkan (dengan sengaja sebab kat atas bonet). Kita rasa mungkin budak-budak yang bermain petang-petang kat sini. Kalau bukan, siapalah agaknya? Tapi bila kita fikir balik, memanglah bengang jugak, tapi itu semua ujian kecil ibarat sezarah wap air dilautan.
Kita melihat sekitar kita dan merasa betapa kurangnya kita bersyukur bagi banyak perkara yang telah kita nikmati hatta ujian yang membentuk dan mendidik jiwa sebenarnya adalah nikmat yang sewajarnya disyukuri. Hai entahlah. Akhir-akhir ni kita rasa malas nak menulis sebab kita merasa diri ini kerdil dan terlalu jahil dalam banyak perkara dan rasa takut akan tanggungjawab yang perlu kita pikul bagi apa segala yang kita katakan.
Semoga Allah anugerahkan kita semua kekuatan untuk melalui kehidupan ini dengan hanya berharap dan mencari redaNYa sahaja.

Tuesday, September 29, 2009

Bila yang ada hanya jasad yang belum mati.

Berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasa. Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira....! Betullah kata lagu tu. Sedih ramadhan berlalu pergi, gembira juga di hari raya. Dah masuk 11 syawal. Rumah terbuka di mana-mana. Dah jadi adat dan budaya orang Islam kat Malaysia ni macam tu walaupun hakikat sebenar aidil fitri ni sekejap sahaja. Tak apalah, perkara yang baik kalau tak bertentangan dengan agama dan mendatangkan dosa, buatlah!

Dan kita balik semula bekerja setelah cuti seminggu bersama keluarga dan perang melawan syaitan bermula lagi. Bukan hanya nafsu sahaja tapi dah ada lagi yang memang kerjanya menyusahkan hidup kita dunia dan akhirat. Kita cakap macam tu sebab kita rasa sunyinya sekarang. Dah seminggu beramai-ramai dengan sanak-saudara, lepas tu balik kepada rutin biasa... dok sorang-sorang. Emmm alahai, sunyi sepi. Terasalah dah lama aku ni dok sorang, rumah ni macam besar sangat! Masa ramadhan kita sorang jugak, tapi kita tak sedih pun!. Kenapa lepas raya ni kita rasa sunyi!

Walaupun kita cuba tenangkan hati dengan melihat keadaan orang lain. Bandingkan diri kita dengan orang lain, ingatkan diri kita tentang segala nikmat yang telah Tuhan berikan pada kita, nasihatkan diri bahawa segala perkara ada hikmahnya, Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita, tapi kita tetap rasa sunyi dan sedar dengan jelas keseorangan kita ini. Pathetic betul kita rasa, tapi susah nak buang dari fikiran.

Kita bukan lupa bahawa mati itu sendiri, tapi kita belum mati kan?!! Teruk nya kita ni. Lepas tu kita cuba ingat tentang orang-orang yang buat macam-macam untuk dapat bersendirian, sebab tak ada privacy, kita sentiasa ada. Tetap jugak kita rasa sunyi. Apa dah jadi dengan kita haa??? Kita bayangkan kehidupan orang lain yang ada keluarga, suami, anak-pinak tapi tak bahagia, merana, sengsara, berusaha untuk melepaskan diri dari ikatan perkahwinan.... kita rasa sunyi jugak. Eee penatlah kita dengan rasa macam ni. Kelmarin kita bawak kereta kita, dan memandu sekeliling lembah kelang, sebab kita bosan dok kat rumah, tapi bila kita balik rumah kita sunyi juga!.

Mungkin, ini tanda-tanda yang kita dah mula masuk ke alam yang sunyi sepi... eeeee.. apalah sunyi sepi rumah kita ni!!! Lepas tu kita terkenanglah pada orang yang pernah ajak kita jadi teman hidupnya, alamak, kita tak minat la pulak. Kita rasa mungkin kesunyian kita tak akan hilang tapi akan ditambah pula dengan kebosanan, kita jadi tak sanggup untuk memikirkannya pun!!!

Mungkin hari ini adalah hari terakhir kita berperasaan begini sebab kita dah luahkannya. Esok mesti kita tak rasa begini lagi sebab dah cukup 3 hari kan?!! Okaylah, kita nak pergi sambung kerja kita. Semoga rasa sunyi ini berlalu pergi. Doakan kita ye!!

Wednesday, September 16, 2009

Mana tawaduk kita?

Ramadhan mula meninggalkan kita. Sayu pulak rasa hati ni. Mungkin bertemu lagi tahun depan? Wallahualam. Tertanya-tanya pada diri sendiri apakah kesempatan anugerah Ramadhan ini telah kita gunakan dengan sebaik-baiknya? Dapatkah kita segala macam ganjaran dan kebaikan yang Allah janjikan untuk semua hambaNya yang berusaha? Masalahnya kita tak tahu cukup atau tidak usaha kita. Fitrah kita sebagai manusia dan nafsu selalu sangat menyebabkan kita lalai dan leka, kita takut sangat kerugian.

Dalam melalui Ramadhan kita melihat berbagai-bagai cara umat Muhammad saw ini berusaha untuk memperbaiki diri. Semua orang puasa! Yang tak pernah kita lihat sembahyang pun berpuasa dengan baik aje, tak cakap hal orang, tak kacau orang, tak makan....Cuma tak sembahyang juga. Manalah tahu mungkin puasa yang baik itu akan membentuk juga hati untuk sembahyang... itu kita doakan.

Dalam mengejar pahala amalan sepanjang Ramadhan, kita juga melihat sesuatu yang kita rasa mungkin tidak disedari oleh mereka yang mengejar nilai pahala berganda ini. Janganlah kita lupa tentang penilaian Allah bukan sahaja setakat banyaknya amalan itu tetapi baiknya amalan itu. Kita melihat timbul pula suatu perangai memandang rendah terhadap orang yang buat terawih 8 dan berbangganya orang yang buat terawih 20. Ada pula yang marah sebab tak dapat buat sunat yang biasa buat sebelum Ramadhan kerana tok imam tak sempat-sempat nak buat terawih.

Kita jadi hairan pulak. Memang sunat terawih hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja. Orang yang marah pun buat terawih dan bulan tak Ramadhan pun memang orang-orang ni kita lihat sebagai orang yang banyak amalan sunatnya selain tak pernah tinggal yang wajib. Malah ada yang keluar menyeru manusia ke jalan agama... tegakkan amal lakruf nahi mungkar. Tetapi bila kita dengar dan baca macam ada rasa riyak sedikit nadanya. Seolah-olah yang betul hanya apa yang dia buat sahaja, yang lain semua ada kekurangannya.

Mana pergi tawaduk kita? Mengapa merasa tak patut imam tinggalkan sunat ni untuk sunat itu, mengapa buat 8 tak buat 20, orang yang buat sunat kat rumah tak bagus, sebab terawih berjemaah lebih baik. Apakah skala yang kita gunakan untuk menilai bahawa orang-orang ni semuanya tak sempurna amalannya? Mengapa kita suka highlight benda-benda yang kurang dan sebut seolah-olah kita punya amalan yang paling betul?

Ada banyak benda yang baik kita boleh puji tapi kita pilih untuk mengeji perkara yang sedikit? Mana tawaduk kita? Yakinkah kita bahawa segala amalan kita itu diterima oleh Allah? Apakah kita tidak merasa perbuatan kita itu menunjukkan kesombongan yang kita tahu mungkin menjadi sebab kita tak masuk syurga. Bukankah Rasulullah saw pernah katakan bahawa tak akan masuk syurga orang yang ada sifat sombong dan takabbur dalam hatinya walaupun sedikit?

Mudahnya kita mengutuk, walau tak menamakan, walau tak ucapkan, walau tak tulis dengan pen tapi menaip dan menyebar pun sama jugalah. Cuba kita selami lubuk hati kita sendiri dan melihat dalam-dalam...apakah ini lambang tawaduk atau kita sudah merasa sedikit hebat dengan banyaknya amalan dan perbuatan baik yang kita lakukan? Untuk siapakah amalan kita itu? Jika untuk Allah mengapa pula kita yang menilainya? Ya lah kalau kita mula melihat orang semua tak kena dan semua tak betul, bukan kah kita menilai amalan kita sebagai yang paling betul?

Mungkin kita tak sedar dan tak perasan. Wahai saudara-saudara seagamaku atau sesiapa juga diluar sana, yang pasti adalah mati. Dan sebagai muslim kematian itu singkat sekali. Sekadar waktu nyawa dibawa pergi sehinggalah kita ditimbus pasir dan tanah. Selepas itu kita kan melalui dunia dan alam baru, alam barzah yang telah dialami saudara-saudara kita yang mendahului. Ada yang telah berada di sana beribu tahun lamanya. Alam dunia ini pendek sekali walaupun kita hidup 80 tahun. Dan alam barzah yang panjang itu belum tentu kita akan berehat dan tidur sebelum dibangkitkan ke alam akhirat, dihisab, melalui titian sirat, belum tahu syurga atau neraka. Yang ada dan pasti hanya dunia ini, sekarang! Mengapa kita terlalu sibuk melihat segala salah silap orang dalam amalannya? Bukankah kita semua mempunyai matlamat yang sama? Jika kita boleh tegur, tegurlah. Ada keupayaan memperbaiki, perbaikilah, ada kekuatan berdakwah, berdakwah. Ada ilmu untuk menyampaikan, sampaikanlah.

Tapi cubalah elakkan dari membandingkan mereka dengan kita sebagai contoh terbaik. Baik ke kita? Apakah kita yakin pasti bahawa segala amalan kita itu diterima? Yakinkah kita bahawa amalan orang itu kurang dari amalan kita? Marilah kita sama-sama mengejar kejayaan dengan saling ingat-mengingatkan bukan kutuk-mengutuk. Dan dihujung Ramadhan yang mulia ini mari kita doakan untuk semua umat seagama agar kita sama-sama berjaya.... semoga Allah angkat amal kita sebagai amal yang sempurna dan ikhlas keranaNya dan semoga kita sama-sama beroleh jaya di Akhirat sana. Amin!

Saturday, September 5, 2009

Pinjam meminjam

Perkataan meminjam ni selalu dikaitkan dengan ah long. Kelompok orang “baik” kerana dapat membantu orang-orang yang terdesak dan kesempitan. Tapi lepas tu dia mendesak dan menyempitkan! Ada macam-macam bentuk pinjaman dalam dunia ni. Kat malaysia ni pun kalau pinjaman bank tu ada berbagai-bagai. Islamik la tak islamik la. Lepas tu kita bukan setakat pinjam duit. Kadang-kadang kita pinjam baju, pinjam kain sembahyang, pinjam sejadah, pinjam pen, pinjam buku, pinjam kawan pun ada. Dalam cerita P. Ramlee kalau tak silap keluarga 69 pinjam isteri kawan pun ada. Dalam keadaan semasa boleh kata jumlah besar rakyat malaysia (tak tahu jumlah sebenar) memiliki harta melalui kaedah pinjam meminjam ni. Beli rumah pinjam, beli kereta pinjam, duit hantaran pinjam, beli baju raya pinjam dengan kredit kad... segala benda pinjam.

Apa yang kita miliki secara benarnya pun adalah pinjaman juga. Apalah sebenarnya yang menjadi milik mutlak kita. Hanya umur, masa dan rezeki. Tapi pemberian ini pula berbentuk amanah... bukan tabung amanah. Bila sebut amanah maka tanggungjawab terhadap setiap sesuatu itu adalah amat besar. Allah beri kepada umur tapi bukan untuk kita habiskan ikut sedap rasa aje. Allah bagi kita masa bukan untuk kita pergi enjoy sakan, shopping raya setiap hari di Ramadhan atau bercuti ke Sipadan atau tidur membesarkan badan atau mencari dan memikirkan soal apa nak makan! (Fuyoo! Berima la pulak... he he he rezeki!). Dan Allah beri rezeki berupa wang ringgit, harta benda dan segala macam untuk kita manfaatkan demi kebaikan kita semua makhluk dunia dan akhirat. Apa ye yang kita buat dengan semua tu? (Tanya diri sendiri ni!)

Berbalik kepada pinjaman, mudahnya mengatakan apa segala hanya setakat dunia sahaja. Dunia belaka! Selalu nasihatkan orang sabar dengan ujian sebab apa yang kita miliki sebenarnya Allah beri dan pinjam. Bila-bila Dia nak ambik dia akan ambik. Tapi bila kena batang hidung sendiri (walau tak mancung.. boleh tahan la) stress. Airmata menitik, reda tapi sedih. Ganjil sungguh. Bibir mudah mengucap sabar tapi yang remuk menderita, insan memandang punya berbagai tafsiran (ini lirik lagu- sempat gak nyanyi walau kita sedih). Kita selalu ingatkan yang semua Allah yang punya tapi kenapa hati kita sedih bila kehilangan atau terpisah dengan apa yang kita sayang. Lemahnya iman kita. Tapi kita percaya Allah tak pernah zalim dan Dia nak anugerahkan kita sesuatu yang hebat dan lebih baik dari apa yang kita ada... atau yang dah tak ada. Kereta baru ke, pangkat baru ke, duit banyak ke, apa-apa yang baru lah! Teringat lagi aruah ustaz Asri.... apa milik kita, tidak ada milik kita, semua yang ada Allah yang punya.... tapi airmata kita jatuh juga!
Teringat sambungan lagu yang kita nyanyi sekerat aje, sampai tak perasan dah masuk waktu berbuka..
‘segala takdir terimalah dengan hati terbuka, walau tersiksa ada hikmahnya. Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma, itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa.........Allah rindu mendengarkan rintihan mu berpanjangan, bersyukurlah dan tabahlah, menghadapi.....’

Mentarbiahkan diri sendiri dan sebenarnya harus selalu mentalkin diri sendiri juga. Tiada apa yang kekal bersama kita. Kalau tak berpisah semasa hidup, apabila mati terpisah juga kan!

Thursday, September 3, 2009

Ego, ego, egoist….

Dulu zaman baru-baru keluar dari alam jahiliah kita (taklah macam jahiliah arab sebelum Rasulullah s.a.w)… ada tengok drama yang ada lagu tema ni. Yang lain kita tak ingat, ceritanya ke, lagunya ke, pelakonnya ke…. Tiga patah kata je yang kita ingat. Apa pun nak cakap fasal ego sebab pagi tadi masa nak keluar pergi kerja sebelum tutup tv terdengar ustaz tu sebut tentang ego manusia ni. So, kita ingat kita nak kongsilah sikit.

Selalunya sifat ego ni di kaitkan dengan orang lelaki terutamanya suami dan bapa kat rumah. Ada lelaki yang bergelar suami merasa dia adalah pemimpin yang tertinggi di dalam rumahnya jadi hanya cakap dan fikiran dia sahaja yang perlu diterima. Kadang-kadang fikiran dia tu macam budak yang tak sekolah tapi sebab dia ego, dia tetap pertahankan keegoannya itu. Nak mudah bodoh dan sombong!

Tapi bukan lelaki je ego sebenarnya, orang perempuan pun ramai yang ego dan ego yang tinggi tahapnya terutama jika dia berpelajaran tinggi, berjawatan besar dan mentadbir pekerja yang ramai. Di pejabat, nauzubillah, sombong yang bertahap tinggi juga; balik ke rumah pun ego dengan suami dan keluarga. Kadang-kadang suami kurang pulak dari segi pelajaran, jawatan dan gaji, lagilah sombong yang teramat sangat…. Jadi kadang-kadang dia layan suami macam budak pejabat dan budak dispatch sahaja. (Hairan jugak masa nak nikah dulu tak kisah aje.. dan ada juga lelaki yang sanggup dilayan sebegitu rupa janji hidup senang dengan hasil isteri…. Dayus jugak tu).

Ada pula orang yang lebih tua merasa mereka lebih banyak pengalaman sebab dah hidup lama… dah banyak makan garam (tu yang darah tinggi semacam aje tu), jadi tak payah dengar cakap orang muda yang masih mentah… hijau. Tapi kalau makan ulam nak yang muda-muda sebab lembut dan sedap, nak kahwin cari yang muda, bergetah…. Emmm entahlah… sombong juga tu.

Ada pula pemimpin yang ego kerana merasa diri baik dan hebat sebab tu jadi pemimpin. Ahli politik dengan egonya, pak imam pun ada yang ego rasa dia yang paling alim dan serba tahu…. Segala macam ego, segala macam orang, seribu satu macam kesombongan!

Dan ego yang paling masyhur dalam sejarah alam semesta adalah ego iblis yang degil tak mahu sujud kepada Nabi Adam sebagaimana yang Allah perintahkan sehingga terhumban keluar dari syurga dan confirmed masuk neraka... kesombongan tahap gaban..(gaban tu maknanya extremely high... yang biasa kita cakap... he he he). Walaupun Nabi Adam a.s pun akhirnya terkeluar dari syurga, baginda diampunkan sebab bukan dia ego dan sombong, dia dikalahkan oleh hawa nafsu dan godaan iblis yang sombong tu! (Jahat tau nafsu kita ni....)

Sebenarnya kita sama-samalah mengelakkan diri dari bersifat ego dan sombong ni. Apalah yang hebat pada kita dan apakah kehebatan kita? Kalau kita kuat boleh angkat beras 10kg sebanyak 60 kali, bolehkah kita angkat diri kita sendiri dengan tangan kita tanpa apa-apa bantuan peralatan lain? Kalau mata kita terang boleh cam kawan kita yang curi-curi makan kat kedai mamak bulan puasa di belakang tabir, boleh ke kita nampak salur darah kita yang dah nak tersumbat tanpa bantuan alat atau orang lain dengan mata yang sama? Kalau kita boleh dengar tapak kaki isteri kita masuk bilik (dah tentu nak mintak tolong la tu) cepat-cepat kita pura-pura tidor, boleh dengar ke apa kata hati isteri kita bila dia nampak kita tidor? Boleh ke kita kenyang kalau tak makan 10 hari lepas tu buat kerja tak berhenti dan tak tidor hanya 48 jam sahaja tanpa rasa letih dan lapar? Boleh ke? Boleh ke kita pesan kat mulut jangan menguap hari ni, pesan kat hidung jangan bersin, ingatkan mata kita jangan berkelip? Boleh ke?

Kalau pergerakan kita sendiri pun diluar kawalan kita, kat mana kita nak letak rasa sombong dan ego tu? Sebab kita pandai lebih daripada orang lain, kita dah ada Ph. D, ijazah sarjana, ijazah dasar.... so, kita boleh sombong? Sebab kita cerdik? Adakah kita letak dan pilih sendiri otak kita? Kita ke yang tentukan siapa ibu bapa kita? Kita ke yang rancang nak jadi anak nombor berapa? Kita ke? Sebab kita rajin belajar, jadi kita berjaya, orang lain malas, so kita bolehlah sombong! Bila masa kita belajar tu? Siang atau malam? Kita ke yang menukar siang kepada malam, malam kepada siang? Kita ke yang menentukan pusingan waktu? Kita ke yang arah mata jangan kabur, badan jangan letih, otak supaya ingat? Kita ke? Adakah kita buat perancangan kehidupan sebaik sahaja kita lahir dan segalanya kita kawal tanpa ada sedikit gangguan pun?

Hebatkah kita? Apakah kehebatan kita? Boleh ke kita sombong dan ego? Dan kalau kita ada sedikit sahaja kesombongan kepada siapakah sebenarnya kita sombong tu?

Banyak sangatlah soalan. Jawablah sendiri ye! Wallahualam!

Wednesday, September 2, 2009

Kita pun kurang ilmu juga!

Hari ni ada seseorang letak sesuatu dalam kotak surat kita. Tapi bila kita baca kita geram pulak di Ramadan yang mulia ni. Dah bertahun-tahun lamanya benda yang sama ni tersebar dan dah macam-macam orang cakap tapi masih ada yang buat juga. Bukan surat berantai katanya tapi surat berangkai! Isyk, isyk, isyk.... stress jugak kita.
Memang bagus mesej yang ada dalam mimpi Sheikh Qadir Al Jailani (kalau betul lah dia yang cerita ni).. tapi mengapalah nak dikaitkan dengan perbuatan memanjangkan surat yang diterima sebagai satu perkara mengelak musibah! Heran sungguh dengan orang yang takut bencana datang kerana tak buat salinan dan bagi kat orang lain.

Cuba guna point yang ada dalam mimpi tu (kalau betullah ia mimpi) untuk sebagai tazkirah Ramadan. Iaitu:-

1. Bahayanya seorang isteri yang tidak mendengar kata-kata suami yang bertaqwa.
2. Azab yang akan dihadapi orang kaya yang tidak kasihan belas dan bertimbang rasa kepada orang miskin.
3. Ancaman Allah kepada orang yang meninggalkan solat, puasa, zakat dan haji walaupun mereka mampu melaksanakannya.


Mengapalah dalam surat tu nak bagi amaran pulak kalau tak dipanjangkan, tunggulah saat yang akan datang bila musibah melanda dan kita menyesal kerana mengabaikan surat tu.

Tiada suatu apapun boleh memudaratkan kita melainkan Allah dan apa-apa yang Allah izinkan. Apakata duit yang kita guna buat salinan fotostat tu bagi sedekah bulan Ramadan ni. Kalau fotostat guna harta pejabat, itu memang patut takut dan perlu diberi surat berantai.... iaitu amaran tentang halusnya perkiraan Allah sehingga kebaikan sebesar zarah dibalas apatah lagi kejahatan berupa berrim-rim kertas ofis dan dakwat pejabat kita guna untuk perkara yang boleh merosakkan aqidah dan boleh menyebabkan syirik berlaku.

Kalau niat baik untuk mengingatkan kawan-kawan, edit ajela part yang berbunyi amaran yang tak mengancam pun! Janganlah main forward dan pass aje kat sesiapa.... fikirlah ye!

Monday, August 31, 2009

How to Make a Woman Happy

A friend asked why my blog is not updated. Honestly, I cant think of anything to write. And whatever I feel like writing, I dont feel like sharing. Here is something a friend sent to me in my email. I think it is a bit too much. Pengajarannya, carilah wanita solehah kerana dia tak akan keterlaluan dalam permintaan dan pastinya dia ingin menjadi isteri yang diredhai Allah dan suaminya. Tapi sebenarnya apa yang kat bawah ni betul, cuma bila dipecahkan macam tu nampak banyak sangat dan tipu benar kalau lelaki hanya mahukan senyuman semata-mata.... Ini orang lelaki la yang tulis ni!
Apapun dikesempatan ini kita nak ingatkan tentang kemuliaan Ramadhan dan salah satu fadhilatnya adalah apabila doa orang-orang yang berpuasa dimakbulkan. So, jom kita berdoa hajat dunia dan akhirat kita, jom!!!! Â

It's not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:
Â

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a phsiotherapist
15... a gynaecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18.. a psychiatrist
19.. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24.. sympathetic
25.. athletic
26. warm
27.. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38.. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49.. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes


HOW TO MAKE A MAN HAPPY


1. One Small Smile

Sunday, August 23, 2009

Beruntung ke kita?

Ramadan datang lagi. Terasa lain suasana. Yang paling utama, rasa seronok. Kalau pergi pasaraya kat mana-manapun di Kuala Lumpur ni lagu raya dah berkumandang... Mereka suka pasal nak raya dan perniagaan bagus dan orang Malaysia ni, mengikut kajian rambang,beli banyak barang bulan puasa. Kalau kat pasar basah, peniaga kata semua benda yang dijual berganda jumlah dan keuntungannya. Bila fikir rasa ganjil pulak sebab siang tak makan, tapi beli lebih banyak pulak.

Dan kita belajar, tentang syaitan yang kena belenggu, tak ada la nak kacau manusia tapi mengapa ada orang yang kita kenal, puasa tak puasa sama saja perangainya. Kadang-kadang rasa macam pelik dan kagum tengok orang-orang yang kebal dan macam ada ’imuniti’ pulak dari segala ancaman Allah. Sama saja Ramadan ke tidak, mengekalkan perangai yang berapa syok nak cerita.

Ok, cerita lain la... Semalam satu lagi pesta dah bermula la juga selain pesta ibadah di bulan ramadan ni. Itulah pesta pasar ramadan di mana jua sudut dan tepi jalan raya kat kuala lumpur ni. Sakan peniaga dan pembeli. Segala makanan yang tak pernah jumpa bulan-bulan lain melainkan kat kampung mak-ayah kita (kalau ada la), akan dapat ditemui pada bulan ramadan ni. Lepas tu, kita tengok orang membeli makanan macam mereka dah tak makan bukan setangah hari tapi setengah tahun. Boleh habis ke?

Ramai orang berebut-rebut mencari tempat letak kereta yang untuk pergi beli makanan tapi tak berapa sangat orang berebut nak parking kereta dalam kawasan masjid untuk bertarawih. Kita harap kita tak akan sia-siakan bulan ni. Entah bertemu lagi atau tidak ramadan akan datang... sedih pulak. Kalau Allah tak ampunkan dosa kita, siksalah kita nanti. Mengapa kita asyik fikirkan orang lain ye? Diri sendiri pun tak tentu arah. Astaghfirullah!

Tuesday, August 18, 2009

Berjumpakah dengan Cinta, kasih, sayang?

Baru balik dari kursus yang sangat berguna rasanya…. Semoga untuk dunia dan akhirat juga. Merasa betapa jahil dan kurang ilmu, merasa kerdil di sisi orang-orang yang ibarat lautan ilmunya dan kita hanya memiliki setitik sahaja darinya. And… the best part is, dah tua baru sampai Genting Highlands! And…. Berada di sana 11 hari. Hebatnya penciptaan Allah! Sejuk tapi cuma 48km dari rumah kita yang tiba-tiba rasa panas semacam je! Mengada-ngada betul. Tapi kita tak pergi kasino tau! Kat bawah je… naik la gondola tu pergi atas! Best betul sebab kabus tebal tak nampak sangat tapi tau tinggi dan alhamdulillah tak gayat dan selamat!
Banyak sangat yang kita belajar dan banyak sangat yang kita tak tahu! Dan banyak perkara berlaku dalam masa yang tak panjang tu. Ada beberapa kematian orang-orang yang kita kenal! Mereka tak sempat ramadhan kali ni kan? Kita pun sempat ke tidak agaknya? Termasuklah arwah Ustaz Asri, sedih kita. Walau tak pernah jumpa, kita anggap dia macam cikgu kita juga sebab banyak yang kita belajar dari dia melalui lagu-lagu dan zikir-zikirnya. Semoga mereka semua beroleh rahmat kasih-sayang Ilahi, amin!
Tapi kita malas nak cerita hal yang lain tu sebab semuanya tak syok sebab menyedihkan kita juga. Bercakap tentang kasih sayang, teringat cikgu kita yang kat atas tempat sejuk tu cakap.
Sayang tu perasaan yang boleh ada untuk apa saja! Sayang kucing, sayang kereta, sayang nak buang nasi semalam, sayang nak tinggal bantal busuk, sayang nak bagi makanan tak habis kat jiran. Pendekata sayang tu, nilai dia, tak banyak sangatla.... Jadi kalau suami ke isteri ke kata dia sayang kat kita, boleh la tanya... sayang macam dia sayang kasut bola dia masa sekolah dulu ke?
Kasih pulak, perasaan sayang pada manusia la. Kita rasa kasih pada seseorang yang rapat macam adik-beradik kita, anak-anak saudara, sahabat, suami/isteri, anak, siapa-siapalah yang kita nak kasih. Sebab tu buah hati tu orang kata Kekasih bukan Sesayang atau Kesayang... (bahagian akhir tu kita yang kata, bukan cikgu).
Cinta adalah perasaan kasih yang mendalam yang kerananya kita rela berkorban. Contohnya cinta pada negara sanggup berperang untuk mempertahankan negara ( dengan senjata, bukan dengan lawak bodoh, atau kempen dan slogan-slogan yang mendatangkan kekeliruan), cinta pada anak sanggup bersusah payah kerja untuk memberi anak makan dan pelajaran (insyaAllah dapat pahala kalau ikhlas), cinta pada isteri sanggup buat dek aje kat emak kat kampung (jangan buat macam tu lagi tau!), cinta pada Rasulullah ikut sunahnya (bukan bab poligami aje!), cinta pada agama – bukan pada nama Islam atau Muslim mesti dibuktikan dan cinta pada Allah, buat segala sesuatu hanya untukNya..... Pasti tak berkorban yang bukan-bukan nanti jadi korban api neraka!
Apa-apa pun kita ada semua kan? Rasa cinta, kasih dan sayang...semoga segala perasaan yang digambarkan indah ini mengindahkan kehidupan kita dunia dan akhirat!

Salam Ramadhan semua... mari buktikan cinta kita dengan pengabdian yang sehabis baik. Barangsiapa yang Allah cinta kepadanya pasti dicintai segala yang ada di alam yang fana ini.

So, kalau kalau orang tak berapa je nak sayang kita tu..... kena semak gak ni!

Wednesday, August 12, 2009

Sharing

Dapat ni dalam email tapi dah cut separuh sebab bimbang bila kita percaya pada kebaikan sesuatu perbuatan dan kebaikan bulan-bulan tertentu ia akan menjadi bencana pada diri sendiri. Apa pun Allah memang tidak akan memungkiri janji. Jadi apa jua kebaikan yang kita lakukan kerana mengharapkan balasan yang baik daripada Allah, insyaAllah akan di ganjari kebaikan juga.



Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM" ;-)

MEMBUKA PINTU REZEKI

Salams, for sharing..... .

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Wednesday, August 5, 2009

Pembentangan Laporan Tahunan

Malam ni malam Nisfu Syaaban. Segala apa yang berlaku dan akan berlaku malam ni akan di laporkan. Dan Allah akan memberi keampunan kepada semua walau apa pun dosa kita kalau kita benar-benar ikhlas. Wallahualam. Rasanya begitu. Jom saudara-saudara seagamaku, kita manfaatkan malam ini semoga kita beroleh tahun yang lebih baik dan kalau ditakdirkan kita kehabisan modal umur pada tahun ini atau tahun depan, kita bawa laba dunia kepada kebahagiaan akhirat.
Amalan yang dianjurkan adalah:
1. Solat Sunat selepas Solat Maghrib
2. Baca Yasin 3 kali
3. Berdoa dan pohonlah untuk dipanjangkan umur dalam iman dan untuk menambah ibadat kepada Allah, mohon rezeki yang halal dan banyak untuk jalan Allah juga, mohon ditetapkan dalam iman- hidup & mati dalam iman dan mohonlah segala kebaikan dunia dan akhirat.
4. Baca surah Al-Ikhlas 1000 kali
5. Berpuasa pada hari esok.

Wallahualam.
(tadi dapat sms yang mengingatkan tentang ini. Kita tak perasan no tu siapa yang punya. Di tanya tak menjawab. Maaflah kalau kita lupa anda sahabat kita tak sengaja. Kalau anda memang tak mahu di kenali pun, tak apa. Kita bersangka baik juga. Semoga anda, kita dan semua diredai Allah selamanya)

Sunday, August 2, 2009

Sudikah puan melamar saya?

Talking about attraction. How opposite attracts. So what if you are attracted to someone who is already married. Wishing and hoping to meet someone who fulfilled all your criteria of Mr. Right! Finally, after being ‘not very’ young, you did. But, unfortunately he is no longer single. He has a wife who has everything a man wants for a life partner. But then you have to be bold right! Time and tide waits for no man and thinking you’ve got nothing to lose, you ‘exposed’ your feelings to him.

And what was his reaction. He sure is a gentleman. Saying that he is happily married and never had any intention of breaking his wife’s heart because he truly loves her. However, he says he doesn’t mind taking a second wife, if you go and approach his wife yourself and explain and get her approval. He is not interested in an affair and he doesn’t believe in dating outside wedlock. Wow, he definitely is the right man. And then one day he passed by you and said, “ I told my wife, you said you like me a lot and you don’t mind being married to me, why don’t you go and tell her your feelings!”. Then he gave you a piece of paper with his home address on it.

Double wow, wow! Stunned and speechless! What would you do, what should you do? And your heart forgot to pump blood in, blood out! It stopped for one complete second!!!
…… oh my. Oh my, should you or shouldn’t you? This needs the courage of 10 Hercules, one really strong heart ( a weak one would probably mean….. RIP for you, if you are lucky enough to have the ‘peace’), skin as thick as a 100-year old hippopotamus, a pair of really strong legs to support the other parts of the body and one really-really “selamba” face!

And how would you address her? Kak, Puan, by name, Madam? And how would you start? Emm…… emmm…. Will you marry me… to your husband? Fuuyooo…. Mak oii seramnya! Lets just imagine this……
Puan, saya….. (introducing yourself). Saya jumpa puan ni sebab saya berkenan sangat-sangat dengan suami puan tu. Saya rasa dialah lelaki idaman yang…. yang saya tunggu-tunggu selama ini. Bolehkah puan izinkan saya berkahwin dengan dia? Puan jangan bimbang sebab saya belum pernah bercinta dengan suami puan, keluar minum air masak pun tak pernah. Nombor handphone saya pun dia tak tahu. Tapi hari tu, saya yang jumpa dia dan cakap saya suka kat dia. So, dia suruh saya datang sendiri jumpa puan. Dia yang bagi alamat ni.
Kalau puan izinkan, sayalah orang yang paling gembira dalam dunia ni. Saya janji saya akan jadi isteri yang baik, saya tak akan rampas hak puan. Saya janji saya hanya akan minta apa yang berhak diminta sahaja. Saya juga akan pastikan suami puan berlaku adil kepada puan dan saya.
Boleh ke….. puan?!!!

Amacam…. Ada berani ke? Why not? If you really find a man who is that great, he would probably have a great wife too, who is intelligent, wise and understanding! Because I believe that a wife…should be ‘moulded’ by the husband. What he believes in, how he sees things, the way he thinks! And if he has fulfilled his responsibility as a husband, he has the right to ‘expand’ his empire… provided, he has the ‘power’ to do so, in all aspects of marriage. But….. if I am the one, sorry, I would rather die single than go and seek permission from the wife. My man, you HAVE to do that for me!!! Ngeriiii….!!! FATAL ATTRACTION sudahnya!!!

Friday, July 24, 2009

KEHIDUPAN ILUSI-KEMATIAN REALITI!

Dalam kehidupan kita ni banyak sangat realiti kehidupan yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Tapi yang belum berlaku tu bukan lah lagi realiti hanya ilusi kan? Dan banyak juga ilusi sebagaimana realiti dan banyak kali dalam kehidupan kita dibayangi oleh ilusi…. Bukan kebenaran.

Lihatlah sekeliling kita… contohnya semua orang yang berakal menyedari bahawa apabila kita lahir kita akan membesar dan terus bertambah umur. Dan dalam proses itu kita akan melalui pelbagai perubahan sama ada jasmani, emosi, pemikiran dan sebagainya. Jadi bila umur banyak, secara semula jadi seorang yang normal akan tua dan berkedut, tapi ada orang yang hidup dalam ilusi, akan buat apa saja untuk tidak kelihatan seperti yang sepatutnya….itulah doktor-doktor plastik jadi kaya, tukang ubat botox jadi kaya, bomoh-bomoh susuk jadi kaya…. Kerana ilusi!

Lelaki-lelaki yang dilahirkan dengan segala kelengkapan lelaki pada realitinya, dibayangi ilusi bahawa menjadi perempuan lebih hebat.... so, mulalah menukar perwatakan, perawakan, perlakuan dan macam-macam per… untuk hidup dalam ilusi.

Kemudian kita lihat dalam kehidupan sejagat… kita melihat realiti manusia menzalimi manusia lain tapi ilusinya berbagai-bagai slogan keamanan, toleransi, perkongsian di war-warkan kepada semua…. Hanya ilusi. Yahudi hingga kini memang memenuhi segala sifat zalim yang tertulis dalam Al-Quran tetapi kita tak istiqamah dalam memperjuangkan hak-hak saudara seagama… kejap aje kita marah. Boikot coca-cola, md Donald blab la bla… kejap je. Jihad yang hanya ilusi. Sifat-sifat seorang Islam yang digambarkan dalam Al-Quran ada ke pada kita? Amanah, jujur, ikhlas, tawaduk, menyayangi, bertimbang rasa, ………. Ada ke pada ke? Tak ada semuanya pun… hanya ilusi. (Kata seorang Ustaz dalam ceramahnya… Umat Islam sekarang pada namanya sahaja…. Sifatnya Ilusi tapi Yahudi tu sekarang realiti…. Sebab tu kita gagal menentang mereka. Hanya realiti dapat mengatasi realiti)

Realiti kehidupan apa yang ke atas pasti akan jatuh atau turun ke bawah. Tapi ramai yang di perdaya oleh ilusi bahawa mereka akan berada di atas selama-lamanya... sebab tu mereka tidak pernah memikirkan orang lain. Ada juga yang tahu realiti bahawa mereka berada di atas bukan selamanya jadi, patut gunakan masa ada kuasa untuk mengumpul kekayaan dan kesenangan untuk kepentingan diri dan keluarga tapi mereka lupa satu lagi realiti.... MATI! Jadi menjadi senang dan kaya selamanya juga adalah ilusi yang mengaburi pertimbangan manusia.

Orang yang berilusi tinggi ada kalanya lupa realiti kemampuan diri. Kalau pendapatan kecil tapi selera besar, berbelanja dan hidup dalam ilusi... akhirnya terperangkap dengan along, ceti haram..... orang yang tua berilusi diri masih muda berpakaian macam orang muda juga yang belum kenal iman, realitinya tetap juga tua dan akan kelihatan janggal dalam baju remaja. Orang yang dah berkeluarga hidup dalam ilusi tiada tanggungjawab berfoya-foya... hilang harga diri dan kehormatan sebagai realiti. Suami yang lupa usia perkahwinan yang panjang menuntut pengorbanan dan perubahan mengharapkan layanan seperti pengantin baru setiap hari dari seorang isteri.... hanya berilusi! Hiduplah dalam realiti.... bentuklah kehidupan berdasarkan realiti yang ada dan tetapkan nilai bahagia dalam realiti kehidupan semasa. Gangster jalanan (dulu mat rempit) dan penagih dadah, penagih rokok semuanya hidup berilusi, lupa hakikat diri, tak kenal realiti!

Kenapa kita lebih banyak hidup dalam ilusi daripada realiti. Siapa yang kita lindungi? Memang ada orang mati kena bunuh tapi bukan semua pembunuh tertangkap. Balasan kepada sebilangan penjahat yang tak tertangkap hanya ilusi manusia sahaja. Penyakit-penyakit yang melanda memang realiti, tapi kita cuba untuk selindungkan, tukar nama untuk empati kepada siapa kalau dah memang itu kebenarannya? Masih nak hidup dalam ilusi. Isteri-isteri yang telah dimadukan suami tak dapat menerima hakikat diri dimadukan, merasa suami curang dan tidak adil, merasa diri tak wajar diduakan? Mengapa berilusi? Segala sesuatu bukan hak kita! Pandulah kereta besar, mahal, mewah, megah tapi kalau nak kena curi, nak kena kemalangan, itu adalah kuasa siapa? Hak siapa? Masih dalam ilusi! Untuk apa bersedih dan memikir apa yang telah berlaku, mengapa sukar menerima..... kerana terlalu banyak berilusi. Realiti kehidupan itu benar dan nyata. Kebenarannya dan realiti sebenarnya kita telah di lahirkan dari tiada kepada ada! Ramai kenalan kita, keluarga kita, orang-orang kita sayangi telah pergi meninggalkan kita hidup atau mati. Itu realiti!

Realiti kehidupan begitulah juga realiti kematian. Kematian bukan ilusi walau ia belum terjadi pada kita... memang realiti. Pernah tak kita fikir tentang realiti kematian yang akan kita alami? Telah bersediakah kita melaluinya? Jomlah kita sama-sama terima realiti kehidupan yang telah berlaku. Itulah hakikat sebenar kehidupan ini. Dan sentiasa juga terima hakikat dan realiti bahawa kita lahir tanpa membawa apa-apa hanya modal umur dan nyawa yang diperuntukkan untuk kita. Hargailah dan pergunakan sebaik-baiknya untuk kebaikan diri dan semua orang lain. Tak bermakna untuk meratapi apa yang telah pergi dan meninggalkan kita, apa yang mulanya kita miliki sepenuhnya terpaksa pula kita kongsi kini, yang dulu ada banyak sekarang hanya sedikit, kalau dulu cantik sekarang tak lagi, yang dulu sihat sekarang sakit.... redalah dengan realiti segalanya pinjaman belaka. Tiada apa pun milik kita secara mutlak, hanya pinjaman.

Dan kita harus bersedia untuk menghadapi realiti kematian yang pasti akan berlaku. Cukupkah persiapan kita untuk menghadapi itu sekiranya ia berlaku pada masa yang terhampir ini. Sebab kita memang tak tahu bila realiti ini akan berlaku. Hanya kematian sahaja realiti yang belum kita alami. Segala impian yang belum tercapai adalah ilusi belaka. Dan rasanya belum ada orang yang mengimpikan kematian sendiri.... melainkan mengharap dan mendoakan kematian dalam sebaik-baik kematian dengan reda dan rahmat Tuhan. Iya kan? Itu juga hanya ilusi jika kita tak berusaha untuk mendapatkannya... mati dalam bahagia abadi!


HARI INI HARI JUMAAT
HARI ESOK HARI SABTU
HARI INI TAK JADI MAYAT
HARI ESOK BELUM TENTU.

Thursday, July 23, 2009

HANDBOOK 2009

Sharing another article in my email. It is good but I dont think we need to sleep 7 hours per day. Personally that is what I think!And I dont know how King and prince eat but (personally I think) everything should be in moderation!


Health:

1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner
like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less
food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.


Personality:

11. Don't compare your life to others'. You have no idea what
their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her
mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate
others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems
are simply part of the curriculum that appear and fade away like
algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:

25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your
family and friends will. Stay in touch.

Life:

32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least:

40. Please Forward this to everyone you care about .

Wednesday, July 22, 2009

sebab kita penat aje...

Pernah tak terfikir apa akan jadi esok? Hidup ke mati ke, sihat ke sakit ke, ketawa ke menangis ke? Entah ye! Rasanya kita selalu fikir tentang esok bila kita ada sesuatu yang perlu kita buat, ada meeting, laporan kena hantar, deadline untuk sesuatu tugasan, appointment doktor, tapi kita tak pernah fikir samada esok kita akan bahagia atau bersedih, atau esok kita bangun ke tidak. Tentang mati, memang selalu terfikir terutamanya kalau nak buat sesuatu yang mungkin berbeza akibatnya, atau bila terfikir tentang anak yang belum dapat menjaga diri sendiri, kalau kita mati bagaimana dia?

Kadang-kadang kita menangis memikir perkara yang belum berlaku dan mungkin tidak akan berlaku tetapi sepanjang hidup kita ini banyak sangat perkara yang kita tak pernah impi atau jangka telah berlaku kepada kita. Sekarang kita selalu memikir benda-benda yang kita tak nak fikir tapi selalu terfiir juga. Mungkin sebab kita sendiri. Kita kurang tengok tv sebab kita selective dengan apa yang kita tengok, dan tak banyak pun yang kita nak tengok. Kita memang sentiasa pasang radio tapi bukan semuanya kita dengar, kita banyak membaca tapi tak semuanya kita ingat. Sekarang kita sakit kepala tapi kita tak suka nak baring atau tidor, membaca seperti berat sangat sebab kepala sakit.

So, kita melalutla ni. Dulu kita pernah melalui fasa kesedihan yang kita rasa macam tiada hujungnya tapi akhirnya ia berakhir dan sebelumnya kita melalui kehidupan yang kita rasa untuk selamanya tapi ia terhenti jua. Dan sekarang kita tertanya-tanya apakah kita akan terus begini atau akan berubah. Bukanlah maksudnya kita menyesali kehidupan atau merasa kecewa dengan apa yang kita ada, Cuma kita wonder!? Kita pernah rasa kita tak akan dapat melupakan tapi akhirnya kita boleh lupa, perasaan pun berubah. Dulu kita pernah rasa kasih hingga kita rasa tak akan mampu menghilangkannya tapi ia hilang sehingga kita tak rasa apa-apa lagi bila mendengar berita-berita tentang orang yang pernah kita kasihi. Ganjilkan bercakap tentang benda-benda yang wujud tapi tak kelihatan.

Apa yang kita boleh katakan ialah – ye, kita meyakini Allah ada perancangan untuk kita, Dia tak akan menzalimi kita, Dia Maha Berkuasa atas segala dan kita memang pasrah, berserah sepenuh kepadanya. Dan bila saat kita rasa tertekan, rasa penat, kita tahu Tuhan sedang menguji kita... mungkin esok Dia nak bagi kita ria dan bahagia. Mungkin Dia nak beri kekuatan yang luarbiasa untuk kita esok dengan sedikit lemah hari ini. Esok mungkin ada rezeki yang banyak menanti kita dengan sedikit kesempitan hari ini. Dan mungkin kita akan tertawa dalam ramai hanya dengan singkat sahaja sendiri kita hari ni. Tak boleh nak merungut kan! Dan bila kita fikir semula, sememangnya untuk apa yang telah kita lalui dulu, Allah telah sediakan kita untuk melaluinya. Kenapalah kita nak risau fikirkan esok ye! Lemahnya iman kita.......

Tuesday, July 21, 2009

Kerana mulut!

Okay today we are going to talk about the mouth. Yes, the mouth! We can use our mouth for so many things but mostly we use it to eat and to talk! Right? Right…… I smile a lot, with my mouth too!

But today, I was angry…. Only smoke didn’t come out of my mouth, words were out from it, fast and furious! I am only human, and a weak one, unfortunately, and sebab iman pun nipis je, tambahan hormon tak berapa bagus (yea…yea… blame it on everything else but yourself) so I really put my foot in my mouth this time! Literally, rasanya tak mampu nak buat macam tu, masukkan kaki dalam mulut, baby boleh lah dan orang akan kata, dah boleh dapat adik tu… fasal dah pandai hisap jari kaki. Apa la orang ni kan?!! Tapi, banyak la kesalan hari ni sebab ikut bisikan syaitan dan hati yang marah. So, now I regret saying some of the things I said earlier. I know it was wrong. Memang lah salah kalau orang yang sepatutnya mengendalikan meeting, yang berkuasa, yang berpangkat suruh kita panggil meeting lepas tu, semua lesap tak hadir tanpa memaklumkan patik pacal yang hina ni… (langsung tak fasal-fasal had to chair the meeting)… but still, kita kena tenang dan menerimanya sebagai ujian. I did handle the meeting and it was okay, I think…. But I grumbled about the situation to a few colleagues.

So, I am honestly down in the mouth. Semoga Allah ampunkan kita dan orang-orang yang kita marah tu. I think I shouldn’t bad mouth people. Tak baik betul. Then, I was thinking should I go and apologize to these people? For saying that they are irresponsible and unacceptable for leaving me clueless of their whereabouts when earlier they’ve instructed me to call for the meeting? Do I have the courage to confront them and ask why did they leave me to handle the meeting? And do I have the courage to tell them what I said about them and ask for forgiveness? The thought alone caused me to shudder.

Eeee… takut! Itulah, Rasulullah s.a.w. dah pesan jangan marah, jangan ikut nafsu. Tak fasal-fasal kita bagi pahala kat orang walaupun kita yang kena kerja. Kan ke bodoh macam tu! Lepas tu bayangkan jika, marah kita di sampaikan kepada orang lain dan orang yang berkenaan, word of mouth spreading like wildfire in the bush! (Fuyooo… simile- boleh buat perbandingan lagi walaupun sedang risau!). Lepas tu nak sedap cerita di tambah pulak…. Putting words in my mouth! Mak oooiii….. seramnya makcik! Bukan takut Allah sahaja kerana dah berdosa marah dan mengumpat, takut juga dengan reaksi orang-orang ni! Sungguh-sungguh seram….!!!

This experience definitely left a bad taste in my mouth. Oh God do forgive me and forgive them, maybe they really have to go urgently and maybe they would understand my predicament to forgive me. I think I’ll go and take a bath. I have been running my mouth long enough today and it should stop! See, it is so easy to tell people- chin up, whatever you have two, keep them open! And whatever you have one keep it shut!- and what did I do today? Astaghafirullahilazim!

Monday, July 20, 2009

I think you need an injection laaa.....

“Maam! Can you explain interjection?”
Errr, interjection? Wow, that is interesting! I love interjection. Emmm….. how do I start yeah?
Okay let us talk about our heart? Why? Well, because the heart is my favourite subject and organ. Ouch! That hurts!
What? Oh, it was just my heart, broken apart…. Hu hu hu, I am really sad and breathing becomes difficult with such heavy heart. Umph…. Where were we? Oh, okay lets get to the heart of the matter, interjection!

Okay, no fear… take heart, interjection is easy. Phew…there’s a lot of heart right? If you have a change of heart before we finish discussing interjection, do tell me heart to heart. Oh, I don’t mind! I am a kind hearted person although my heart is not made of gold you can say I have a heart of gold! ( Oh dear, I am arrogant and a ‘perasan’ one!) Sure, I going to tell all I know about interjection – cross my heart- ( I am a muslim and I wont do that sign but you do understand, don’t you?) because I had my heart set on teaching you about interjection today!

Hey! Look at that boy! Oh dear, my heart goes out to him. Look! He is so thin, errr… should we go and help him? No? Ooo… we are in a middle of a lesson, yeah, the interjection!

Yeah, right! Interjection is…..ump, err… meaningless word that describe emotion when you use them, err….they are often very short word that is used with exclamation mark! Sometimes when there is hesitation before saying the next word you insert interjection! Honestly! From the bottom of my heart, I am ..err… telling you the truth. Alas, your heart is not in the right place or you have a heart of stone, that you accused me of making this up? Oh dear me, my heart skip a beat when I saw you looking at me like that! Ah… that is much better, I know, at heart you are a nice person!

Well, I think that is all about interjection! Yeah, from the bottom of my heart, I swear to you, really! With all my heart that was the only explanation I could give regarding interjection! Huh? I caused you to lose heart? I did aaa….. but… you asked about interjection right? And I’ve given you the explanation and examples, right? Now do I need to wear my heart on my sleeve to show and explain how I am feeling and thinking right now? Aaaa….. say what?

Ah? Do you want me to talk about the brain? My other, err….favourite organ? Uh, sure you have one aaaa…..?