Hari ni baca majalah lama dan terjumpa la artikel tentang pembedahan-pembedahan yang memakan belanja besar untuk memulihkan orang yang sakit, membaiki organ yang rosak dan pembedahan plastik untuk merawat pesakit yang cacat sejak azali atau kerana penyakit atau kemalangan. Ada pembedahan yang memakan belanja berpuluh ribu dolar Amerika. Teringat di Malaysia pun banyak akhbar menyiarkan permohonan bantuan daripada orang yang kurang mampu bagi membiayai pembedahan jantung anak la, anak tak ada usus la, laungan supaya menderma organ untuk menolong orang lain yang sangat memerlukan.
Apa yang kita dapat bayangkan adalah alangkah beruntungnya orang yang dilahirkan sihat tanpa penyakit yang sedemikian rupa. Cuba bayangkan jika kita kena bayar bagi setiap apa yang kita ada pada badan kita. Otak yang berfungsi dengan baik kalau nilainya….. nak letak berapa ye? Mata kita yang dapat melihat tanpa kaca mata….. dan kalau kacamata pun kita boleh pilih ikut harga… pasti ada yang kita mampu. Mata tu sendiri berapa harganya? Hidung kita yang boleh membezakan bau yang busuk, yang wangi, menghidu makanan yang enak, mengenal orang-orang yang kita sayang… dari baunya. Lepas tu mulut kita, gigi, lidah gusi, anak tekak dan bibir yang mengukir senyuman, mengucup dahi anak, macam-macam mengata orang, menasihati orang, meluahkan perasaan, memuji bla,bla,bla…. Satu set yang kalau kurang satu memang menyusahkan. Berapa harga kita nak letak?
Kalau kita senaraikan banyak sangat….kuku, jari tangan dan kaki, tapak tangan dan kaki, pergelangan tangan, yang nampak dari luar, yang tak nampak tapi ada kat dalam badan segala macam anggota yang kita tahulah apa yang kita ada….. berapa ye nilainya? Agak-agak boleh tak kita keluarkan berita dalam akhbar atau lain-lain media untuk mohon bantuan nak bayar? Jom kita bayangkan kalau nanti kita diberi bil-bil bagi segala apa yang kita ada sejak azali dan bil-bil bagi segala apa yang kita dapat selama kita di dunia ini. Macam mana kita nak bayar kan? Seram dan ngeri la pulak.
Berdiri bulu roma kita bila teringat semua tu. Semalam kita pergi belajar mengaji, ustaz yang mengajar teknik al-baghdadi tu kata kalau nak jadi billionaire atau trillionaire atau lebih kaya lagi belajar mengaji dan ajar orang mengaji. Tapi kita tak pandai sangat. Dulu kita hanya ajar anak kita muqaddam je... tu pun tak habis, mak kita lak ajar... untung mak kita! Mampu ke kita bayar balik apa yang kita dapat ni?? Hu hu hu.... kita ngeri! Benarlah yang kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang kita ada. Sebab kalau kita bersyukur kita akan gunakan segala anugerah dan amanah dengan sebaik-baik dan mencari reda Tuhan yang mencipta kita.
Lepas tu, teringat lak tentang pembedahan tadi tu, macamana orang sanggup membelanjakan sampai berjuta ringgit untuk pembedahan plastik sedangkan mereka tak ada masalah, hanya umur meningkat dan kulit jadi kendur.... tak dapat terima keadaan semulajadi yang berlaku.... ermmm alahai, apa kita nak kata ye? Entahla! Kita rasa nak buat refleksi diri je. Salam untuk semua!
Monday, November 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment