Tuesday, August 18, 2009

Berjumpakah dengan Cinta, kasih, sayang?

Baru balik dari kursus yang sangat berguna rasanya…. Semoga untuk dunia dan akhirat juga. Merasa betapa jahil dan kurang ilmu, merasa kerdil di sisi orang-orang yang ibarat lautan ilmunya dan kita hanya memiliki setitik sahaja darinya. And… the best part is, dah tua baru sampai Genting Highlands! And…. Berada di sana 11 hari. Hebatnya penciptaan Allah! Sejuk tapi cuma 48km dari rumah kita yang tiba-tiba rasa panas semacam je! Mengada-ngada betul. Tapi kita tak pergi kasino tau! Kat bawah je… naik la gondola tu pergi atas! Best betul sebab kabus tebal tak nampak sangat tapi tau tinggi dan alhamdulillah tak gayat dan selamat!
Banyak sangat yang kita belajar dan banyak sangat yang kita tak tahu! Dan banyak perkara berlaku dalam masa yang tak panjang tu. Ada beberapa kematian orang-orang yang kita kenal! Mereka tak sempat ramadhan kali ni kan? Kita pun sempat ke tidak agaknya? Termasuklah arwah Ustaz Asri, sedih kita. Walau tak pernah jumpa, kita anggap dia macam cikgu kita juga sebab banyak yang kita belajar dari dia melalui lagu-lagu dan zikir-zikirnya. Semoga mereka semua beroleh rahmat kasih-sayang Ilahi, amin!
Tapi kita malas nak cerita hal yang lain tu sebab semuanya tak syok sebab menyedihkan kita juga. Bercakap tentang kasih sayang, teringat cikgu kita yang kat atas tempat sejuk tu cakap.
Sayang tu perasaan yang boleh ada untuk apa saja! Sayang kucing, sayang kereta, sayang nak buang nasi semalam, sayang nak tinggal bantal busuk, sayang nak bagi makanan tak habis kat jiran. Pendekata sayang tu, nilai dia, tak banyak sangatla.... Jadi kalau suami ke isteri ke kata dia sayang kat kita, boleh la tanya... sayang macam dia sayang kasut bola dia masa sekolah dulu ke?
Kasih pulak, perasaan sayang pada manusia la. Kita rasa kasih pada seseorang yang rapat macam adik-beradik kita, anak-anak saudara, sahabat, suami/isteri, anak, siapa-siapalah yang kita nak kasih. Sebab tu buah hati tu orang kata Kekasih bukan Sesayang atau Kesayang... (bahagian akhir tu kita yang kata, bukan cikgu).
Cinta adalah perasaan kasih yang mendalam yang kerananya kita rela berkorban. Contohnya cinta pada negara sanggup berperang untuk mempertahankan negara ( dengan senjata, bukan dengan lawak bodoh, atau kempen dan slogan-slogan yang mendatangkan kekeliruan), cinta pada anak sanggup bersusah payah kerja untuk memberi anak makan dan pelajaran (insyaAllah dapat pahala kalau ikhlas), cinta pada isteri sanggup buat dek aje kat emak kat kampung (jangan buat macam tu lagi tau!), cinta pada Rasulullah ikut sunahnya (bukan bab poligami aje!), cinta pada agama – bukan pada nama Islam atau Muslim mesti dibuktikan dan cinta pada Allah, buat segala sesuatu hanya untukNya..... Pasti tak berkorban yang bukan-bukan nanti jadi korban api neraka!
Apa-apa pun kita ada semua kan? Rasa cinta, kasih dan sayang...semoga segala perasaan yang digambarkan indah ini mengindahkan kehidupan kita dunia dan akhirat!

Salam Ramadhan semua... mari buktikan cinta kita dengan pengabdian yang sehabis baik. Barangsiapa yang Allah cinta kepadanya pasti dicintai segala yang ada di alam yang fana ini.

So, kalau kalau orang tak berapa je nak sayang kita tu..... kena semak gak ni!

No comments:

Post a Comment