Dulu kita pernah tulis tentang Jati diri = fortitude. Hari ni kita melihat tentang pentingnya jati diri dari suatu sudut yang lain. Iaitu tentang mantapnya jatidiri kita bila bercakap tentang agama dan akidah. Mengikuti dan membaca tentang fahaman dan tafsiran para ilmuan tentang penggunaan nama ALLAH bagi orang yang bukan beragama Islam di Malaysia. Kita melihat dari kacamata seorang yang jahil dan masih mencari kekuatan dan keutuhan iman yang teguh dan tidak berbelah bahagi. Sebagai orang awam yang tiada pendidikan agama, kita bercakap dari sudut pengalaman dengan masyarakat dan remaja yang kita temui setiap hari.
Semua dalil dan hujah yang kita baca dan dengar ada benar dan logiknya dan hampir kesemuanya disokong dengan hadis dan ayat Al Quran dan diperkatakan oleh orang-orang yang belajar dan mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang ini. Kita tidak mahu mengkritik atau menegur sesiapa sebab kita tiada authority apatah lagi ilmu dalam bidang ini. Apapun kita cuba menggunakan pemerhatian kita sebagai alasan mengapa kita rasa sangat takut dan bimbang jika nama ALLAH itu digunakan oleh orang yang bukan Islam kerana kita melihat tipisnya ilmu dan sedikitnya pemahaman tentang agama ini dalam kalayak masyarakat hari ini.
Sebagai contoh, seorang anak lelaki yang berusia 15 tahun pernah tanya kita apa salahnya kawan-kawan lelaki dan perempuan untuk duduk sama-sama, melepak di tempat awam dan apa salahnya tak pakai tudung sebab dia kata tak mungkin kerana rambut sahaja orang boleh menjadi bernafsu. Kita memang terkedu seketika sebab kita tegur mereka duduk rapat-rapat, bertepuk tampar dan bergelak ketawa. Kita kata kalau kita mengaku agama kita agama Islam, kita mesti ikut ajaran Islam yang melarang. (masa tu kita pun terkedu...tak dapat nak bagi hikmah disebalik larangan...tak tahu banyak sangat!!!). Mereka kata banyak sangat pantang larang- bukan agama buat tapi orang yang sibuk, menyusahkan!
Bila kita ingat perkara ni, kita jadi takut dan bimbang, kemungkinan kelompok begini akan memilih pengamal agama yang guna nama ALLAH tapi tak banyak pantang larangnya. Alasannya, Tuhan kita sama, tapi yang satu kata tak boleh yang satu kata boleh. Sebab lain adalah kita melihat begitu ramai ibu bapa hari ni yang sangat mementingkan akademik dan menganggap pelajaran agama sebagai sampingan yang dapat dipelajari sendiri apabila anak-anak dewasa. Ada yang belanja beribu sebulan untuk bayar kos sekolah anak dan tusyen tapi nak belajar mengaji tunggu tok guru yang tak letak harga, buat amal jariah kat surau masjid. Ini adalah realiti hari ini.
Memang tidak dinafikan kesedaran tentang agama meningkat pada hari ini tetapi bilangan yang peka dan mengambil berat tentang didikan agama jauh lebih kecil dan sedikit berbanding dengan yang merasakan agama itu hanya sesuatu yang kita warisi dan lakukan kerana itulah amalan mak ayah dan to nenek kita dulu. Pengaruh luar yang begitu banyak juga menyebabkan rasa seronok dunia ini mengatasi rasa takut pada akhirat. Kalau kita tengok contoh kita dalam suasan kerja hari ni pun, terang-terang menunjukkan pemberatan yang kita beri pada dunia. Boleh ”let go” makan tengahari untuk siapkan proposal untuk mesyuarat dan sanggup duduk berjam-jam depan laptop untuk pastikan segalanya siap. Tapi sembahyang 2 minit aje, tanpa membersihkan diri baik-baik, itupun sebab segan, kawan dah tegur nak masuk waktu asar. Andai saja kita buat persiapan untuk akhirat sebagaimana kita buat untuk propsal kita, sesiapa pun gunalah nama ALLAH tu sebab pasti setiap bapa, setiap ibu akan pastikan anak-anak mereka terlepas dari api neraka.
Itu sajalah dulu. Dah nak maghrib. Wallahualam!
Monday, January 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment