Mengapa nak rebut sesuatu yang kita sanggup berkongsi tetapi dengan syarat-syaratnya. Kita teringat tentang seseorang yang rapat dengan kita dan kita sangat sayang padanya. Dengan takdir ALLAH, kehidupannya berubah kerana teman hidup bercinta lagi. Dia merasa sangat sedih dan kecewa. Dia tidak sanggup berkongsi kerana memang dia punya banyak alasan untuk menentang. Tetapi kalau itu kehendak ALLAH dan memang susah untuk mengawal tindakan teman hidup bila di luar dan bersama kekasih baru, dia bersetuju untuk berkongsi tetapi dengan cara yang betul.
Dan alhamdulillah kita melihat dia seperti selalu, seorang yang sangat sabar dan tenang dalam hidup, reda pada ketentuan dan dia bahagia sekali. Begitulah adatnya jika kita mengikut apa yang Rasulullah s.a.w. ajarkan dari wahyu ALLAH dan AL-Quran, insyaallah segalanya akan jadi mudah dan tiada keluh kesah. Datanglah apa saja, menerima dengan mengikut hukum dan kehendak ALLAH pastinya hidup akan tenang.
Mengingat ini sebagai contoh yang mudah, kita teringat pula tentang apa yang berlaku sekarang. Keinginan mendapat kelulusan perundangan bagi menggunakan nama ALLAH bagi orang-orang katolik di Malaysia. Mengapa susah sangat mengakui bahawa ALLAH memang satu-satunya Tuhan yang benar dan hanya orang Islam sahaja berhak menggunakan nama itu. Kalau tindakan mereka ini sebenarnya satu pengiktirafan akan kebenaran dan kebesaran ALLAH, ayuhlah masuk Islam beramai-ramai. Kita pasti menerima mereka dengan sepenuh hati dan pasti umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh alam ini, akan mendoakan dan memohon kebaikan untuk mereka.
Tetapi jika tujuan mereka ini, ibaratnya seperti seorang perempuan tua yang memiliki harta kekayaan cuba meruntuhkan rumahtangga seorang lelaki dengan janji kemewahan dan harta benda, maka itulah perangai keji orang yang lupa usia tua yang tinggal sedikit cuba menambah dosa dan merosakkan keamanan rumahtangga orang lain. Begitu juga niat menggunakan nama ALLAH untuk merosakkan akidah umat Islam dengan risalah-risalah yang jelas bohong dan mengelirukan. Ini adalah kebenaran yang telah berlaku. Kita ada melihat bukti penyebaran risalah ini suatu ketika beberapa tahun yang lalu, bagaimana ayat Al-Quran diputar-belitkan maknanya tentang kebangkitan semula nabi Isa a.s. sebagai sebab mengapa anak-anak sekolah ini harus mengikut ajaran Kristian.
Kita akan cuba cari dan tunjukkan juga.
Dan kita juga rasa sedih kerana ada banyak tindakan yang boleh diambil tetapi pemerintah kita seperti tidak begitu ambil peduli, mengharap belas ehsan manusia lain juga untuk menentukan kesudahan perkara yang terang, jelas dan nyata amat besar implikasinya kepada umat Islam di sini. Apalah makna mempunyai kuasa, diberi kuasa jika tidak boleh menggunakan untuk buat satu tindakan yang betul demi ALLAH, agama dan bangsa!!! Apakah dunia ini terlalu besar nilainya sehingga lupa bahawa Akhiratlah tempat sebenar kita. Siapakah yang telah hidup sejak dari dulu dan belum mati sehingga kini, memiliki segala kekayaan dan kesenangan dunia yang mereka nak contohi. Tidakkah mereka mendapat pengajaran dari kematian dan segala kejadian yang berlaku di dunia sejak dulu hingga kini. Cubalah bandingkan umur manusia yang telah berada sejak nabi Adam a.s. di bumi ini, yang umur ketika hidup, melebihi umur yang telah mati? Apalah yang mereka cari sebenar-benarnya????
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment