Kadang-kadang kita merasakan kehidupan ini aneh. Ada saja perkara yang kita tak pernah fikir atau impikan akan menimpa kita, tiba-tiba berlaku. Pada saat dan ketika itu kita selalunya tak dapat melihat hikmah disebalik segala kejadian dan seringkali kita doa dan panjatkan harapan dan impian kepada Tuhan, kita tak dapat semua yang kita minta, adakala apa yang kita nak hindar jauh-jauh itulah yang datang. Kita menulis apa yang kita lalui dan kesedaran yang datang melalui beberapa barisan tulisan seorang sahabat yang sangat kita hormati dan kagumi.
Kita tak mahu sambung cuti sakit kerana dah seminggu kita mc. Fikiran kita serabut mengingatkan nanti kerja akan menimbun dan duduk di rumah pun bosan. Tapi kita lupa bahawa kita bukan muda sangat dan luka yang dalam memang mengambil masa untuk pulih. Kemudian baru kita sedar mengapa kita berpindah ke rumah kita sekarang. Kerapkali kita kata kita tak berapa seronok di rumah ni walaupun ia besar dan selesa berbanding rumah lama kita yang kecil dan sempit. Kita mengambil masa yang panjang dan lama nak pindah ke rumah ni, sehingga semua orang kata kita tak waras nak menolak tawaran menduduki rumah ni. Tapi hari ni dan semalam kita bersyukur sebab rumah kita dekat sangat dengan ofis kita, boleh jalan-kaki (walau tak pernah lagi jalan kaki)....bila kita rasa sakit sangat dan tak selesa kita boleh balik dengan cepat dan tak perlu nak menyusahkan sesiapa pun.
Bila dah kerja, waktu kerja banyak sangat kita rasa tertekan dan stress, kita berdoa supaya Tuhan kita beri kita peluang untuk berehat dan dapat hilangkan letih kita. Tapi kita diberi lebih kerja yang mesti disiapkan segera sehingga waktu pejabat tu penuh, tak ada masa nak rehat pun, tapi bila balik ke rumah malam kita tidor nyenyak sebab letih. Bangun pagi segar semula, badan kita tak sakit pun sihat je. Hikmahnya kita rasa dapat tidor berkualiti untuk 5-6 jam, tiada lagi terbangun setiap setengah jam atau mimpi mengarut. Nak mimpi pun tak sempat. Badan jadi segar, otak pun cergas dan tiada masa terbuang sia-sia.
Dalam kehidupan kita seringkali kita bertanya bila agaknya Tuhan akan kabulkan segala doa dan permintaan kita. Tidak semua yang kita minta dan impikan berlaku dan lain pulak yang datang. Kalau nak berrcerita memang banyak dan panjang. Kalau diringkaskan pun panjang juga. Kita panjatkan doa untuk beroleh ketenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Tapi kita diuji dengan kesedihan dan kesakitan...sebabnya..... supaya kita jadi tabah, sabar dan cekal menghadapinya. Akhirnya kita beroleh kekuatan dan keyakinan dalam hidup dan tak mudah gelabah menghadapi sesuatu...kita jadi tenang!
Kita doa untuk kekayaan...tak mahu lagi pening memikirkan hutang tapi Tuhan uji kita dengan kesempitan juga..supaya akhirnya kita berusaha mencari jalan keluar, mentadbir kewangan dengan betul, kita jadi bijaksana dan lebih kaya lagi....dan tak akan papa, insyaallah.
Kita berdoa untuk jadi orang yang bertakwa dan dapat masuk Syurga....tapi kita selalu alpa dan lalai ...Tuhan uji kita dengan dosa dan maksiat....supaya kita sentiasa kembali bertaubat...sebab kita takut masuk neraka....kita jadi orang yang sangat berhati-hati....
Banyak sangat kalau kita nak senaraikan bahawa sesungguhnya Tuhan kita tidak selalunya memakbulkan doa kita dengan memberi apa yang kita nak tapi dia bagi apa yang kita perlukan. Sebenarnya doa kita didengari dan disambut Tuhan kita dengan cara tersendiri kerana Tuhan kita, ALLAH Maha Tahu keperluan hambaNya, sedang kita hanya tahu meminta tapi tak pernah fikir natijah atau kesan jika kita dapat segalanya...Wallahualam.
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment