Sifat adil adalah salah satu aspek penting bagi seseorang yang memegang amanah
Islam mengajar umatnya berlaku adil kepada semua makhluk sesuai dengan hak mereka dan bagi setiap yang hidup ada amanah yang perlu mereka laksanakan. Dan setiap orang adalah pemimpin bagi dirinya, keluarganya dan apa sahaja yang di bawah tanggungjawabnya. Apa makna berlaku adil tu?
Keadilan pada diri sendiri, contohnya ialah dengan memastikan bahawa kita akan menjaga segala anggota kita sebaik-baiknya tanpa mengabaikan yang mana-mana pun. Cuba bayangkan kalau kita berdiri sebelah kaki sahaja sepanjang hari sebab kaki yang sebelah lagi tu, lebih cantik bentuknya. Jawabnya, tak lama lagi pasti kaki akan sakit sebelah. Keadilan juga bermakna kita menjaga hak tubuh badan kita agar tidak diseksa di akhirat kelak. Adil dalam keluarga bermakna memberikan hak dan layanan yang sewajarnya kepada setiap anggota keluarga. Namun keadilan ini juga ada banyak perbezaan mengikut keadaan, kebiasaan, keperluan, kemampuan, keutamaan dan macam-macam ke….. lagi. Kena belajar untuk adil.
Banyak masalah akan timbul jika seorang ketua keluarga tidak bijak dalam menentukan hak ahli keluarganya dan tidak berlaku adil. Katalah kita buat contoh dalam sebuah keluarga besar. Seorang ayah sedang mendengar aduan anaknya:
“Ayah, sepatutnya lman dapat anugerah pelajar terbaik di sekolah sebab cikgu dah bagi surat ni. “ menghulurkan sekeping surat kepada ayahnya.
“ Tapi sebab Syiri hantar e-mel kat cikgu kata Iman tak layak dapat gelaran tu, bukan Iman sorang je yang patut dapat, cikgu tak jadi bagi. Iman geram, Iman ketuk laptop dia!”
Ayahnya diam membaca surat anugerah itu. Semua ciri-ciri yang tertulis memang menggambarkan peribadi anaknya Iman.
“Ayah, tengok! Syiri tak boleh tutup rapat laptop ni! Susahla nak buat kerja, nak emel orang! Mana boleh macam ni ayah! Boleh ke Iman buat Syiri macam tu?”
“Tak apa, ambil RM 500 ni, pergi baiki laptop tu, kalau tak boleh nanti ayah bagi RM 5000 beli laptop baru!” kata ayah sambil menghulurkan wang kepada Syiri.
Tersenyum anak ini pergi, tanda kemenangan.
”Habis Iman ni macamana, ayah? Dia dah rosakkan maruah Iman dan menghina Iman sehingga Iman kehilangan anugerah yang paling berprestij di sekolah. Tak kan ayah nak buat tak tahu aje?” tanya Iman kecewa.
”Nanti-nantila ayah pergi jumpa AJK PIBG dan Pengetua sekolah untuk bincangkan hal ni. Iman sabarlah, tak ada apa nak risau, masalah kecil je ni.” jawab ayah selamba dan meneruskan kerja-kerjanya membesarkan rumahnya dan memikirkan makanan yang enak untuk dimakan pada hari itu............................
Sebagai anak, agaknya apa perasaan kita ye? Mungkin si ayah lebih tahu apa yang dia buat atau mungkin dia tak tahu apa yang patut dia buat. Bagaimana kita buat keputusan yang adil menangani masalah ahli keluarga kita ye?
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment