Hari ni kita pergi cuci kereta. Kali pertama untuk tahun 2010…ha ha ha kita selalu percaya kereta hanya alat yang alhamdulillah, ALLAH bagi sebagai pemudah urusan jadi jaga apa yang patut di jaga, cuci….kalau tak kotor sangat, buat dek je la. Tapi itu kat luar, kalau kat dalam kotor, kita pening kepala! Alkisah masa cuci kereta, kita duduk tepi pagar kat car wash tu, dekat la dengan rumah orang. Kereta memang banyak hari Ahad ni, so, kena tunggu jugak la lebihkurang 45 minit baru selesai. Tiba-tiba.... (macam cerita drama la pulak, tapi ada la drama jugak ni!) kita dengar riuh rendah orang dalam rumah tepi pagar tu berkelahi suami isteri dalam bahasa cina dialek apa tak perasan sangat tapi rasanya bukan mandarin kot. Kuat betul! Lepas tu bunyi baling-baling barang lagi. Kita pandang orang sebelah kita, dia pandang kita dengan senyuman sinis. Lepas tu, tauke car wash pun datang tepi kita yang duduk kat situ. Dia pun kata...” Haiya, ini orang hari-hari gaduh! Anak jahat, mak sama ayah gaduh. Anak dia tak ada kat rumah pun. Tengok. Memang tak guna betul la anak ni!”
Kita senyum aje dalam hati terasa sedih pulak. Kita pun tanya. “Selalu ke bergaduh? Anak perempuan ke lelaki?” Dia jawab hampir setipa hari. Kadang-kadang si suami akan memandu keluar sampai petang tak balik. Anak lelaki remaja tak mahu sekolah, kawan dengan budak jahat. Kita diam aje lepas tu malas nak tanya lagi. Tauke tu pun banyak kerja kan. Kalau tanya banyak-banyak bukan boleh tolong atau buat apa-apa pun. Tapi kejadian tu membuat kita terfikir tentang anak-anak hari ni dan peranan ibubapa dan masyarakat dalam mendidik.
Tanggungjawab siapakah sebenarnya mendidik anak-anak? Ayahnya, ibunya, adik-beradik, cikgu, jiran tetangga? Siapa ye? Adakah ibu lebih besar tanggungjawabnya berbanding ayah? Kerana ibu tak bekerja, ayah bekerja jadi tanggungjawab mendidik serah seluruhnya pada ibu? Adilke macam tu? Kerana ayah bawa balik duit maka kalau anak buat salah, semua kesalahan itu di letak atas bahu dan hati ibu. Entahlah, sebab pengalaman kita pun, anak-anak ini bukan sahaja dipengaruhi oleh keluarganya tapi juga persekitarannya. Seorang ibu tak mungkin mampu mengawasi seorang anak lelaki remaja yang dah lebih dari 15 tahun. Di rumah kadang-kadang anak ni baik, tapi di luar siapa yang tahu apa aktivitinya. Ayah marahkan anak, marahkan emak boleh keluar tinggalkan rumah sebab dia tahu pandu kereta, ada duit. Ibu yang suri rumah sepenuh masa mengharap ehsan suami nak buat apa? Tunggu kat rumah menjeruk perasaan. Kita tersentuh dengan apa yang berlaku tadi sebab ini bukan kali pertama kita dengar cerita macam ni. Malahan kita juga pernah melihat orang yang dekat dengan kita melalui semua ni.
Ada ibu yang baik dan sangat mulia hatinya menjaga dan mendidik anak-anak dan melayan suami tanpa syarat pun seringkali disalahkan bila anak buat hal. Bukan dalam keluarga cina tadi sahaja tapi bersepah dalam kalangan orang melayu dan india di Malaysia ni. Ramai lelaki yang rasa tanggungjawabnya lepas hanya kerana dia bread winner, kerana dia keluar cari nafkah dan belanja untuk keluarga, hal-hal lain tak payah ambil tahu. Dan ramai anak-anak yang berjaya hari ini kerana didikan ibunya dan hanya ditanggung nafkah keperluan asas oleh bapa. Ye memang, itu juga sebab untuk kita bersyukur. Kalau ayah yang tak peduli satu apapun, lagi teruk! Sekurang-kurangnya, ayah begini pastikan keluarganya hidup selesa dan cukup segala keperluan ...tapi ...alangkah bahagianya kalau ayah faham bahawa tanggungjawab ibu di rumah itu sangat memenatkan, bimbangkan anak-anak itu sangat membebankan dan mendidik dan mengajar anak-anak adalah satu kerja yang sangat susah. Kadang-kadang bila anak-anak berjaya, ayahlah yang paling gembirakan cerita kat satu dunia tentag kejayaan anaknya tapi masa sekolah dulu sebaris ayat dalam buku latihan anak pun ayah tak pernagn tengok.
Dan dalam keluarga yang bercerai pun masalah juga. Masa ibu jaga anak, hantar anak mengaji, tunggu anak sembahyang, hantar anak sembahyang jumaat. Bila anak remaja dia nak duduk dengan ayahnya. Dah kawin semula ayah tapi tak tinggal dengan isteri. Sesekali pergi tengok isteri, anak mengadu, ibu baru tak berapa suka tengok dia, asyik nak marah dan tak nak bercakap. Lepas tu anak kata ayahnya ada makwe lain, selalu keluar dating, kadang-kadang bawak anak sekali pergi tengok wayang. Bila tanya, mengaji tak? Jawapannya tak? Kadang-kadang keluar berjam-jam, sembahyang tinggal... macamana nak cakap? Sedihnya hati ibu. Inikah didikan yang ayah beri? Bukan semua ayah macam tu, kita tahu dan bukan semua ibu menjaga anak-anaknya dengan baik pun kita tahu. Tapi pengalaman kita sendiri memang lebih ramai ibu jugalah yang berkorban. Mungkin kita jadi bias, sorryla...itu pengalaman kita.
Teringat pulak pengalaman masa kita tunggu result STPM, mengajar sementara di sebuag sekolah di kampung, tepi sungai Pahang. Masa nak mengajar, mak kita buat arrangement dengan gurubesar sekolah untuk tumpang pergi dan balik kerja. Kalau gurubesar tak ada, ayah akan datang jemput. Jauh jugak dari rumah lebih kurang 20 minit naik kereta. Suatu hari, gurubesar ada urusan terpaksa balik awal dan kita tak dapat talipon ayah. (Dulu-dulu mana ada handphone!). So, tawakkallah, ajak anak murid dua tiga orang tunggu tepi jalan kalau-kalau dapat bas (masa tu bas 2 kali je – pagi sekali, petang sekali). Daripada pukul 1.30 tunggu sampai pukul 4 petang bas tak sampai. Tapi ada sebuah kereta lalu, berhenti dan kita kenal dia, isteri dia kawan mak kita. So, kita pun naik lah pasal desperate, hari dah petang! Dalam kereta biasa lah berbual, dia tanya macam-macam. Tapi apapun kita sampai rumah dengan selamat. Tup-tup minggu berikutnya, kita terima surat! Daripada lelaki yang tumpangkan kita! (Nasib baik dulu tak ada sistem sms atau email, mungkin kita stress). Dia tulis macam-macam! Nak jadikan kita awek dia lah, nak belikan kita hadiah lah, nak hantar dan ambik kita hari-harilah.... lepas tu mintak gambar kita!
Aduhai la pakcik, aku kenal anakmu dan isterimu kawan mak aku! Tapi masa tu kita masih muda dan mentah, dilihat hijau....(bukan anak hulk)... kita gelabah dapat surat macam tu alamat ke sekolah! Tapi sebab gurubesar tu bekas cikgu kita dan macam pakcik kita dia perasan kita gelabah semacam je. So dia tanyalah kenapa. Kita tunjuk aje surat tu kat dia. Dia baca lepas tu dia gelak berdekah-dekah. Eee, apahal orang tua ni!(masa tu kita confuse) Dia cakap, “ala awak balas je, mintak duit dulu cakap nak pergi ambik gambar, lepas tu nanti awak hantak gambar beruk kat dia.” Hah ha ha... sekarang kita gelak bila teringat ni. Lepas tu kita tunjuk kat mak kita, sian mak kita, geramnya dia... kita masih ingat! Tapi pointnya ialah, lelaki oh lelaki, bila isteri duduk rumah jaga anak dan jaga rumah, dia bukan pergi kerja sahaja tapi mencari peluang untuk buat benda lain..... eee pakcik, pakcik, hidup lagi ke kamu?
Syok pulak teringat pengalaman jadi cikgu sementara ni. Tak lama pun beberapa bulan aje. Ada satu lagi insiden yang masa tu, menyebabkan kita rasa nak berhenti je. Ni lain la pulak dari isu kat atas tapi kita teringat la pulak! Ada sekali gurubesar kursus selama seminggu, so, dia mintak tolong seorang cikgu yang masih muda, orang Perlis, supaya tumpangkan kita. Kita masa tu ha ha ha... muda mentah hijau lagi...tanpa niat apa-apa pun tumpangla dengan innocent dan tidak bersalahnya. Tup-tup kakak kita masa tu tengah belajar kat salah satu maktab perguruan kat KL nak jadi cikgu jugak tapi tetap dan berpencen hingga hari ni, kena serang dengan isteri cikgu Perlis ni sebab dia pun belajar kat situ. Dia cakap kat kakak kita supaya “jaga adik awak (kita la tu), jangan nak merampas suami orang?” ?????!!!! Arkh....kehairanan dan kepelikan kakak kita pun talipon, masa tu buat reverse charge ke rumah, bagitau mak apa yang berlaku! Mak dan kita pun dalam keadaan yang....argkh????!!!!........ aduh la masih belasan tahun kita masa tu.... hai la perempuan, apakhabar agaknya mereka? Semoga mereka terus bahagia hingga ke akhirat! Ha ha ha..... (Kak T kalau kau baca ni, mesti gelak punyer.... kelakar kan?!!!) lepas tu, ayah hantar kita pergi dan balik sebab bila gurubesar tau dia akan talipon awal kat kita suruh ayah ambik.
Apapun berbalik pada cerita tadi, dah lupa dah apa nak cakap! Tak apa lah, jom la kita fikirkan anak-anak kita dan tanggungjawab siapa untuk mendidik mereka kan!
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment