Ha ha ha….kita tergelak bila kita tengok macam mana kelakarnya jawapan-jawapan pesalah lalu lintas yang menjawab soalan-soalan (agaknya) dalam program “why I ran” kat channel astro ci!Dengan muka serius menjawab menjelaskan mengapa mereka lari ketika polis suruh mereka berhenti dengan alasan seolah-olah mereka ni tidak lahir dengan otak yang berkembang sepenuhnya. Sorry la..mungkin mereka sengaja jawab begitu nak bagi kelakar, entahlah! Lepas tu kita boring kita tengok la rancangan lain pulak. Tiba-tiba kita ternampak la seorang penerjun yang nak terjun dari kapalterbang (dia pakai payung terjun- bukan dia kebal atau nak bunuh diri). Sebelum terjun dia buat tanda pangkah lambang salib pada badannya. Alamak, kita dah lupa sekejap, isu ALLAH ni, walaupun kebimbangan kita tidak berkurangan kerana kita sendiri bimbang kedudukan kita di sisi ALLAH, apatah lagi anak-anak kita. KIta tak dapat nak ketawa lagi. Kita rasa sedih
Lepas tu imaginasi kita mulalah membayangkan apa yang mungkin atau bakal berlaku di Malaysia dengan penganut Kristian yang sewaktu dengan yang menuntut ni, dan mungkin juga generasi muda Islam yang tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku, jika kita tidak benar-benar berjaya menanamkan hakikat sebenar agama Islam kepada mereka. Dulu masa kecil kita, muda, mentah, hijau…. pernah bermain dan mempertahankan apa yang kita kata dengan melakarkan alif lam lam ha ke dada dan ke dahi. Dulu, masa tak cerdik kemudian apabila kita dah pandai, dah kenal yang mana satu orang yang biasa yang mana satu stranger, yang salah dan yang benar dan alhamdulillah mak ayah kita ajar mengaji, ajar sembahyang, ajar agama…. Kita tak buat lagi.
Tapi mungkin akan berlaku selain tanda palang di dada dari dahi ke tengah dada ke bahu kanan dan ke bahu kiri lepas tu ada pulak bersambung alif lam lam ha. Apa yang kita nak jawab kalau anak cucu kita tanya? Macam mana nak jawab kalau anak cucu kata pergi “rumah” ALLAH yang ada patung dan lilin-lilin warna dan ada muzik dan nyanyian, boleh pakai apa sahaja pakaian lebih menarik daripada pergi rumah ALLAH yang lapang dan kena pisahkan lelaki dan perempuan, kena tutup aurat, kena berwuduk dan sebagainya.
Ini adalah satu lagi cabaran yang kita kena fikirkan…. Kita tidak mahu merosakkan persahabatan kita dengan sesiapa kerana kita sangat menghargai para sahabat apa pun fahaman agama mereka. Dan ramai kawan-kawan kita yang kristian pun tak setuju dengan tuntutan ni. mereka pun rasa pelik bin ajaib. Kesian mereka. Kita tidak cuba mempengaruhi sesiapa dengan pemikiran kita. Kita hanya memikirkan masa depan kita dan anak cucu kita, masyarakat kita, agama kita. Bahkan agama kita mengajar kita menyayangi pemimpin apatah lagi jika mereka seakidah dengan kita. Kita hanya mengingatkan diri kita dan sesiapa yang berkenaan tentang cabaran kita sebagai umat Islam akhir zaman. Kita juga membuat kajian sendiri dengan membaca., meneliti dan mendengar….. apa pun kita sayang agama kita, kita ingin mati dalam agama ini….. semoga ALLAH yang Maha Esa, yang tiada seumpamanya menolong kita dan menerima amalan kita walau hanya sedikit Cuma.
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment