Kita ada sedikit kemusykilan dalam diri kita ni. Tentang janggut orang lelaki. Ramai yang kata kat kita berjanggut ni sunnah. Kita pun bukak buku tentang Rasulullah s.a.w yang kita ada,kemudian kita baca Syamail Muhammad.s.a.w.- Riwayat Imam Tarmizi. Kita jumpa la beberapa riwayat para sahabat tentang janggut Rasulullah s.a.w. lebat tapi kita tak jumpa tentang panjang janggut tu! Kalau rambut memang ada, separas telinga atau tidak pernah melebihi bahu baginda s.a.w.. Mungkin yang tahu lebih boleh tolong bagitau kita.
Kita memang tiada masalah tentang lelaki berjanggut, malah kita rasa baguslah asalkan janggut tu dijaga rapi dan tidaklah sepanjang leher atau lebih panjang dari leher hingga ke dada.( Ini adalah tulin dan sebenar-benarnya luahan kekeliruan kita semata-mata bukan ditujukan kepada golongan tertentu atau orang-orang tertentu.) Sebabnya ialah kita pergi makan dengan kawan-kawan kita. Lepas tu tempat duduk kita betul-betul setentang dengan seorang lelaki yang berjanggut panjang sampai masuk dalam pinggan nasi dia. Kita rasa kurang selesa sedikit sebab dari segi kebersihan pun..... entahlah. Memangla orang boleh kata nasi dia, pinggan dia, janggut dia, suka hati dia lah. Tapi kita yang hilang selera.
Dulu kita selalu pergi beli laksa utara dan mee kari istimewa dekat masjid yang ramai para tabligh berkumpul. Memang sedap punya. Teringat la pulak.... dah lama tak beli sebab kita dah pindah rumah jauh sikit....tapi tak jauh sangat, cuma malas nak pergi. (Segan sebab ramai sangat orang beriman lalu-lalang nanti kita jadi fitnah je....tipu...sebenarnya kita malas!) Memangla para tabligh ni rata-rata berjanggut. Dan ada masa kita tengok kereta yang keluar masuk dari masjid tu hebat-hebat belaka....yang hanya mampu kita pandang tapi tak mampu nak beli. Apapun, ada yang janggutnya kemas dan kelihatan segak, bersih tapi lebih ramai yang panjang. Maafla....saudara-saudara seagamaku....memang kalian hebat sebab boleh buat apa yang tak ramai lelaki lain buat... tapi........mungkin janggut itu trademark ye?
Apapun tiada masalah apa-apa tentang janggut ni kalau ianya dijaga rapi kan? Kita pun pernah kenal orang yang nak sangat berjambang berjanggut tapi tak dapat. Macam-macam daun la tumbuk sapu muka (daun mambu, daun apa selagi ada petua orang bagi), tapi kalau dah jenis yang memang lahir bukan hormon muka berbulu, apa nak buat. Sabar je lah dengan misai nipis yang ada tu! Ahli keluarga kita pun ramai yang berjanggut, ayah, abang, adik, pakcik-pakcik tapi mereka tak simpan janggut panjang. Mungkin juga faktor dah terbiasa tengok orang yang janggut macam kemas rapi....tak panjang berjela.
Apapun kita minta maaflah kalau menyinggung atau tersinggung sesiapa cuma nak kongsi apa yang kita lihat dan rasa. Kerana di akhirnya bukan janggut kita atau pandangan orang tentang janggut yang akan di tanya ALLAH kan? Iman dan amal sahajalah yang akan menyelamatkan kita dari api neraka. Semoga kita semua terhindar dari fitnah dan kejahatan dunia dan akhirat. Sesungguhnya kita bertaubat. Astaghfirullahalazim!
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment