Wednesday, April 1, 2009

When you feel you don’t belong

Bagaimanakah rasanya apabila kita terpaksa berbuat sesuatu yang tak senada dengan nyanyian hati dan irama jiwa. Bila hati memberontak tapi tiada apa yang dapat kita lakukan kerana kita hanyalah ikan bilis yang tinggal se lautan dengan jerung dan paus. Menyuarakan keengganan pada sesuatu yang pada orang lain adalah perkara biasa yang tak ada salahnya, seolah-olah nak menunjuk-nunjuk yang kita ni baik sangat. Latar belakang pengajian pun sekular, orang sekolah agama tak bising pun, awak pulak mengada-ngada.

Tak tahu bagaimana nak diluahkan. Tugasan tak termasuk tugas rasmi tapi atas arahan bos. Duduk dalam mesyuarat dengan jawatan yang tiada kesempatan langsung untuk keluar sehingga tamat, mencatat dan mendengar perbincangan, cadangan dan pelan pelaksanaan, diberi tugas tertentu, Ya Allah, patut ke aku terus duduk kat sini. Walau apa pun tujuan program ini, aku tidak berminat. This is not my cup of tea. Macam mana ye?

Kepala sakit berdenyut-denyut. Nasib baik berenti juga untuk minum – teh-o dengan karipap dan donut. Menu paling popular dalam meeting. Alhamdulillah, perut pun lapar.
Tapi bagaimana nak melepaskan diri dari semua ni. Nak ke mana semua ni, akhirnya? Entahlah tak pasti. Rasanya ada banyak benda lain yang menarik boleh dibuat tapi mengapa diorang pilih yang macam ni, kadang-kadang timbul rasa hairan. Kemana nak pergi? Teringat cerita kawan yang menyambut maulidnya harini, semoga Allah merahmati dia sepanjang umurnya.
Kisah seorang ustazah mengajar dalam kelas tentang buat jahat dan buat baik, balasan syurga dan neraka. Dah banyak cerita, ustazah pun tanya, ”Siapa nak masuk neraka?” – seorang pelajar pun tak angkat tangan. Lepas tu ustazah tanya, ”Siapa nak masuk syurga?”- semua pelajar kecuali seorang murid lelaki angkat tangan. Jadi ustazah pun hairan dan tanya budak tu, ”tadi ustazah tanya neraka awak tak angkat tapi bila ustazah tanya syurga pun awak tak angkat, dah tu nak pergi ke mana?” Budak tu pun jawab, ”Mak saya pesan, kalau pergi sekolah, duduk kat sekolah je, jangan pergi mana-mana tempat lain!”

Itu mentaliti budak sekolah rendah yang sangat patuh pada arahan ibunya. Tapi apa mentaliti kita yang selalu rasa tak apalah buat sikit-sikit takkan itu pun tak boleh. Entahlah. Wallahualam.

Tadi pagi dengar Ustaz Zahazan dalam Tafsir Quran radio ikim- Rahsia Luqman Al Hakim di beri hikmah dan wisdom:- (lebihkurang macamni)
- menjaga mata dari melihat segala yang haram
- menjaga lisan dari berkata yang sia-sia dan dusta
- menjaga makanan pastikan hanya yang benar-benar halal
- menjaga kemaluan dari segala perbuatan jahat
- menjauhi segala perkara yang haram
- sentiasa jujur dan menunaikan janji
- menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah
- memerhatikan apakah keperluan jiran tetangga yang boleh kita tolong
- tinggalkan segala perkara yang tidak penting

No comments:

Post a Comment