Dah sampai petang Ahad. Sekejap saja satu minggu dah berlalu. Minggu ni boleh kata minggu panas atau minggu pelaburan. Panas sebab tak hujan tapi sekarang hujan juga walaupun sedikit. Dan pergi bank awal minggu, melihat ramai orang mengambil peluang melabur dalam skim pelaburan kerajaan. Selagi ada nyawa kita memang patut kita fikir tentang masa depan dan pelaburan adalah satu cara untuk menambahkan modal yang ada supaya lebih bertambah. Mungkin benar. Apapun tepuk dada tanyalah hati, apakah tindakan kita akan menjamin kesenangan dan kebahagiaan masa depan.
Ramai orang tengok anak-anak membesar bimbang kalau mereka mati anak susah. Jadi kumpul harta banyak-banyak. Itulah kasih ibubapa. Dan bercakap pasal pelaburan, memang selagi hidup, sedar tak sedar kita banyak sekali melabur dalam berbagai bentuk dan cara. Apabila hati kasih pada sesorang kita, laburkan segala emosi untuk bahagia. Bila perlukan sesuatu, kita laburkan masa dan waktu untuk mendapatkannya. Kadang-kadang tak pernah terlintas pun kalau pelaburan kita mungkin akan rugi atau lebih teruk kita jatuh bangkrap atau muflis.
Tapi berapa ramai orang memikirkan pelaburan masa depan ini bukan untuk dunia sahaja tapi juga untuk akhirat? Entahlah, banyak masa kita risau apa tanggapan atau pandangan orang pada kita, jarang sekali kita fikir bagaimana Allah menilai kita. Dan selagi hidup, setiap hari kita diuji tapi kita selalu tak sedar bahawa kegembiraan, kebahagiaan dan kemewahan juga adalah ujian. Yang selalu kita sebut dan ingat adalah apabila kita sakit, sedih, susah, di timpa macam-macam yang menyusahkan jalan meneruskan kehidupan. Sedangkan sebenarnya sabar dan reda menghadapi kesusahan adalah satu cara melabur untuk akhirat kita.
Ada masa kita terfikir kenapalah aku tak habis-habis ditimpa ujian dan kesusahan, sempit rezeki, anak nakal, kerja bertimbun tak habis-habis, difitnah, diambil kesempatan dan macam-macam lagi. Ye la kita hanya manusia. Rasulullah s.a.w pun menangis juga ketika putranya Ibrahim wafat, apatah lagi kita, manusia yang serba lemah dan tak berdaya. Kalau nak banding ujian para rasul dan nabi memang kita boleh anggap kita macam tak diuji saja. Banding dengan mangsa tsunami dan mangsa zionist pun macam hanya satu titik kecil aje ujian kita. Itulah yang menyebabkan darjat rasul dan nabi tak diberi pada sesiapa aje hanya Allah yang tau. (sekarang ramai sangat nabi palsu - memang aneh) Tapi Allah hanya menguji setakat yang kita mampu kerana orang yang memikul beban yang tak mampu dibawa pasti akan rebah dan tersungkur.
Bagaimanakah agaknya pelaburan kita untuk akhirat? Ada tak kita dividen dan bonus yang telah tersimpan, atau bertambah atau dah bangkrap? Nauzubillah. Semoga kita tak akan jatuh bangkrap! Bagaimanakah Allah menilai ibadah dan amalan kita? Sama ke macam bos yang menilai kerja kita? Kena isi borang untuk dinilai prestasi, skt la macam-macam cara menilai. Banyak masa kita rasa bos kita memang tak pernah betul tentang penilaiannya. Tapi yang pasti penilaian Allah sangat adil dan tepat. Tanpa ragu.
Jomlah kita perbanyakkan pelaburan untuk akhirat dan melaburlah juga untuk kesenangan dunia tapi pastikan pelaburan kita itu biarlah ditempat yang tiada unsur-unsur yang di larang agama - biarlah tak untung banyak, janji tak dosa banyak. Dan sama-samalah kita berdoa agar apa jua yang kita laburkan pulangannya kita akan perolehi untuk di sini dan di sana, bukan berhenti di sempadan kubur dan lebur!
Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kak...dalam maknanya...saya faham dan mengerti....TQ kak...
ReplyDelete