Monday, April 27, 2009

Tentang anugerah, pangkat dan gelaran.

Bahagianya kalau dapat anugerah kerana telah membuat jasa kepada negara. Gelaran Dato, Tan Sri, Dato Sri, Datin, Puan Sri macam-macam la. Lepas tu, dari jawatan pembantu tadbir, jadi pegawai tadbir, pengurus, jadi pengarah, jadi ceo, entahlah, macam-macam pangkat, darjah kebesaran. Best kan? Kemudian ada orang bahagia dari gelaran cik jadi puan, dari encik jadi tuan. Dari mak dan ayah jadi nenek dan atuk, macam pangkat dan gelaran, pasti seronok.Ada juga orang bahagia ada isteri, ada isteri-isteri, ada anak, ada anak-anak.

Selalunya pangkat, anugerah dan gelaran ini adalah impian manusia yang normal dalam fikiran dan perlakuan. Bagi manusia biasa, semua ini adalah lumrah dan kejayaan dalam hidup. (Mungkin juga sebaliknya bagi sebilangan yang lain.)

Dan adakala juga kita dapat gelaran yang tak berapa nak syok, dari isteri jadi balu, janda, dari ibu sipolan, jadi ibu allahyarham/ah, dari suami jadi duda, dari anak sipolan jadi anak yatim... Dari pengurus syarikat jadi penganggur berbakat, dari datin sri jadi bekas isteri dato sri.... emmmm alahai, memang tak berapa nak sebut.
Selalunya pangkat dan gelaran macam ni tidaklah menjadi impian orang yang normal melainkan ada sedikit 'abnormal' padanya. Dan selalunya jarang orang buat planning atau perancangan rapi untuk dapat status atau gelaran ini.

Ada kalanya juga kita tukar gelaran pada orang-orang tertentu macam... sahabat aku jadi musibat hantu, 'laki aku' jadi 'daki aku' (sorila kasar sikit, tapi pernah dengar ni, betul!!!), orang gaji jadi orang yang keji, orang tapi macam setan, jurulatih jadi juruletih, dulu tuan sekarang banduan.... macam-macam. Ni pun tak syok juga pasal, dah dapat label atau brand baru (rebranding?)tapi negatif. Kena timbang-timbangkan diri kita kat mana ye?

Tak tahulah sebab kadang-kadang status atau gelaran ni bukan kita minta dan salah rasanya kalau orang memberikan ciri-ciri dan kriteria tertentu pada gelaran tertentu. Tak adil kalau kita membuat andaian bahawa semua orang yang mempunyai gelaran tertentu mempunyai persamaan dari segi perangai dan akhlak. Janganlah berprasangka, sebab memang salah fikir buruk tentang diri orang.

Itulah kita. Memang selalu risau tentang kata orang pada diri kita. Cuba kita fikir makhluk-makhluk Allah yang lain di langit sana pun ada gelaran tau untuk hamba-hamba Allah yang beriman dan bertakwa. Orang yang rajin tahajjud ada pangkat dan gelarannya, orang yang rajin mengaji Al-Quran, orang yang berpuasa, bersedekah, berzikir, yang banyak amalan baik... macam-macam gelaran yang hebat-hebat. Teringinnya nak dapat pangkat yang begitu kan dari gelaran dunia yang selalunya berasal dari umpat-keji tau, makan daging saudara sendiri... eee tak selera rasanya.

Mari renung-renungkan:

Nilai Akhlak yang mulia - antara sabda Rasulullah s.a.w tentang akhlak:-

- Yang paling berat dalam timbangan seseorang pada hari Kiamat adalah akhlak yang baik.
- Hamba Allah yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling baik akhlaknya.
-Sesungguhnya anda tidak mampu menyenangkan banyak orang dengan hartamu. Buatlah mereka senang dengan wajah ceria dan kebaikan akhlak.

Wallahualam.








No comments:

Post a Comment