Kenapa mesti ada angin? Kenapa nak moody? Apa ada dalam kepala orang yang hari semalam boleh senyum simpul kat kita, hari ni dia langgar kita pun buat macam tak kenal je? Hairan sungguh? Apa yang membentuk wataknya sampai jadi macam tu. Kita senyum, haram dia nak balas, boleh buat tak tau je. Apa masalahnya. Nak kata sindrom menopause, muda lagi. Nak kata panas, cuaca sejuk aje baru lepas hujan. Nak kata banyak kerja, elok je duduk baca majalah tadi.
Rasanya kat mana-mana pergi pun mesti jumpa sorang dua yang perangainya macam ni. Apa sebabnya? Wallahualam. Malas nak sambung sebab rasanya hanya buat dosa je.
Andai sahaja inilah pakaian kita
Andai hati bermahkota ‘tenang’,- biar dunia kucar-kacir,- jiwa tetap lapang.
Andai akal punyai ‘ruang’, -biar ujian datang menghimpit,- jalan takkan goyang.
Andai rasa selalu ‘cukup’,- biar di mana saja kelebihan, -hati tak akan takjub.
Andai jiwa berkalung ‘ikhlas’,- apa, mana, siapa,- nawaitu kerana Allah jelas.
Andai diri ‘rendah hati’,- tahu, faham, mengerti,- tiada siapa pun iri.
Andai kita tahu ‘bersyukur’, -gagal, jaya, beri, uji,-semangat tak akan luntur, pasti tiada takbur.
Andai jasad berbaju ‘malu’, -hendak, ingin, mahu,- takkan jatuh kerana nafsu.
Andai naluri berselimut ‘taat’, -di mana, bila, siapa,- iman utuh bertambah kuat.
Andai watak berbudaya ‘redha’,- apa jua segala,- diterima berlapang dada.
Kata aku yang masih tercari-cari!
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang ada org yg berangin macam ni kat mana-2 org pun...biarlah...tak luak pun pape kalau dia tak balas senyuman kita...kalau dia tak balas teguran dia...mungkin masalah dia lebih besar dari kita sapa tahu kan? lagi satu, kalau dah berangin memcucuk seluruh badan macam tu...senggugutlah kot...sebab lelaki jarang yg perangai berangin macam ni kan kak?selalunya pompuan...
ReplyDeletelain kali jupe dia...bagi je salam kuat-2...kalau dia jwb dalam hati...at least dia jwb jugak...heheheh...