Cinta itu fitrah. Memang kita tak jangka kalau tiba-tiba kita jatuh cinta pada seseorang. Mungkin bila lihat orang tu, kita pun pelik macam mana kita boleh jatuh cinta padanya sedangkan tiada pun ciri-ciri atau kriteria yang kita inginkan. Tengok pasangan yang jauh sangat bezanya, suami tampan, isteri biasa-biasa je; isteri comel-lote jalan dengan suami yang boleh dipanggil atuk. Itulah fitrah. Dan hati manusia ini hanya duduk di dalam dada kita tapi Allah jua yang menentukan isinya dan kita mesti berusaha berdoa setiap masa semoga Allah kekalkan kita dalam iman dan hidayah dan pegang hati kita agar sentiasa taat dan ingat padaNya.
Tapi apa yang akan melindungi kita dari godaan cinta ni? Ada orang jatuh cinta kerana nafsu – nampak orang berharta, banyak duit, kereta besar, skuter canggih, jatuh cinta pada kelebihan material; ada orang jatuh cinta kerana kecantikan dan ketampanan; ada yang jatuh cinta kerana suara yang lunak, manja, merdu, menggoda; ada yang jatuh cinta kerana pandainya seseorang, bijak pandai, tergoda dek ilmunya. Namun ada juga yang jatuh cinta kerana kewarakan seseorang, taqwa dan akhlak yang mulia, berilmu dan ibadatnya yang banyak – boleh tertipu juga, akhirnya, jika tak waspada. Dan ada juga yang tak minta dan tak cari tapi ter…… jatuh cinta pulak. Lebih malang pula jika, godaan perasaan ini( ujian ni, dan bahaya ujian ni) tak dapat di tangani dengan baik.
Itulah akhirnya kadang-kadang runtuh rumahtangga orang lain kerana ikut nafsu, hilang maruah dan harga diri kerana ikut hati. Bukannya berdosa kalau kahwin dengan suami orang, memang tak salah. Poligami itu Allah benarkan kerana ada banyak keindahan dan kebaikan padanya, tapi pengamalnya selalu merosakkan menyebabkan ia jadi sesuatu yang di takuti dan di benci.
( Wahai perempuan, memang tak salah berpoligami- kalau kena caranya. Jangan lupa suami pun pinjaman bukan hak mutlak, dan kasihilah dia kerana Allah semata-mata- baiknya, buruknya, tampannnya, gemuknya, pendiamnya dan sebagainya- supaya kita selalu redha dengan apa jua ujian: Wahai suami, kasihilah isteri kerana Allah kerana dia adalah tanggungjawab yang perlu dijaga dan akan di persoalkan di depan Allah kelak dan jika kita buat sesuatu kerana Allah maka kita juga tak akan buat sesuatu kerana takutkan Allah. Ada banyak ’term & condition’ yang perlu kita pelajari sebelum mengambil langkah berpoligami – sangat banyak perkara yang perlu kita fahami dan amalkan sebelum melangkah masuk kealam perkongsian lebih dari satu ini. Awaslah!)
Sedih kadang-kadang tengok suami orang bercinta dengan isteri orang, cinta terlarang tu! Muda-mudi bercinta sampai lupa pandangan masyarakat sekeliling, pandangan Allah lagi lah sebab Allah tidak zahir depan mereka. Ada orang tua kesepian bercinta hingga hilang segan silu pada anak muda. Sebab apa semua ni berlaku? Sebab kita hanya cari cinta dunia, cinta yang sementara. Kalau kita mencintai Allah sepenuh jiwa raga, mencintai agama dan rasulNya yang kedua, insyaallah cinta sesama makhluk juga akan kita perolehi dengan penuh bahagia. Kerana apabila sungguh kita cintai Allah dan Allah mencintai kita, pasti segala makhluk yang ada juga memberi cinta kepada kita walau caranya berbeza-beza. Seandainya takdir Allah menentukan kita jatuh cinta, imanlah yang akan menunjukkan jalan keluar atau penyelesaian baginya.
Entahlah.... tak tahu kenapa perkara ni timbul mungkin suasana sekeliling dan persekitaran ...... wallahualam.
Teringat pulak lagu ”Fatamorgana” nyanyian Munif-Hijjaz:
Pulanglah pada Tuhan, cahaya kehidupan syarat bahagia di dunia,
akhirat kekal selamanya pada Allah.. Allah.
Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia
Cabaran dan godaan mendewasakan usia
Ujian dilalui tambah pengalaman diri
Sudah lumrah ketetapan Ilahi.
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari.
Begitu indah dunia siapapun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan, ketakwaan kepadanya
Senjata utama
Sabar menempuh jalan tetapkan iman dihati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia.
Semoga kita terlindung dan terlepas dari menjadi orang yang merosakkan kebahagiaan orang lain dan semoga juga kita sentiasa berusaha mengejar cinta Ilahi yang membawa bahagia abadi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
zaman skrg ramai nak kaya dan senang cepat dgn cara kahwin laki org...bila dah ambil hak org,taktawlah saya macamana dia boleh lena malam-2...nauzubillah jgnlah terjadi pd kita mahupun anak-2 kita nanti...maklum saya ada dua anak dara...susahlah kalao nak bermenantukan org yg dah siap sedia ada mak mertua...huhuhuhuhu...
ReplyDeleteramai org bujang disekeliling kita,tapi dek takutnya masyarakat berkata...tak setaraf,tak sekufu...maka yg bujang tak berharta dipinggirkan dan lansung tak masuk list...yang dah beristeri dan beranak berderet-2 jugak yang dipilihnya...dunia punya cerita....
bukan ke yang kaya berharta tu dulu asalnya bujang tak berharta jugak? pada saya, biarlah dia mampu...tapi ingatlah isteri yang kat rumah tu....sama-2 bina rumahtangga...bersusah-payah sampai dapat harta bertimbun...senang-2 aje ada yang datang menghimpit.kalao isteri yang beringat, ada harta sendiri...serba sedikit...dapatlah meneruskan hidup dgn selesa...dgn izin allah...tapi...macam yg dah kita bincang dulu...everything is predetermined...ketentuan ilahi...on top of that, suami kan pinjaman semata-mata...utk yg tak rela berkongsi...mengalah ajelah...
cinta tu boleh dipupuk...dibaja...disemai....apa-2 pun serah aje pada keluarga utk buatkan keputusan...insyaallah dgn restu keluarga,aman bahagia kita dunia akhirat.