Thursday, April 23, 2009

Sungutan dalam redha

Kadang-kadang bila sesuatu berlaku dan kita tak jangka memang macam-macam tindak balas yang akan timbul. Kalau sedih, sedihlah. Kalau gembira, gembiralah. Tapi jarang kita merungut tentang sesuatu yang membahagiakan. Apa saja yang menyusahkan, menyedihkan, mengganggu rutin harian pasti mendatangkan rasa tak puas hati.

Bukan juga kita tak redha. Banyak masa kita tahu bahawa Allah tahu apa yang baik untuk kita. Tapi agaknya memang perangai manusia la (bercakap tentang diri sendiri, sebenarnya) ada je tak puas hati. Sakit hati dengan orang yang mendatangkan susah pada kita. Adakah kita marah Allah juga ke begitu?

Banyak kali melalui kehidupan dan orang yang sama jugalah yang selalu menjengkelkan hati dan perasaan. Perkara-perkara yang dah lama berlalu, malas nak di ungkit dan dikenang biarlah berlalu. Bukan pernah kita mintak hidup yang susah. Tapi perkara-perkara itulah yang akan muncul semula menyakitkan hati. Apa yang malangnya adalah apabila ada sesuatu yang terpaksa dikongsi – tak ada pilihan.

Tapi mengapa setengah orang tak tahu bila nak berhenti menyebut-nyebut nama kita, menuduh kita yang menyusahkan hidup dia, yang kita tak tahu nak lakukan apa yang baik, yang kita terlampau mengejar cita-cita! Apa masalah orang ni? Mengapa ada manusia suka menuding jari dan sentiasa mencari salah orang lain?

Perbuatan-perbuatan macam ni lah yang selalu menyebabkan iman kita tergugat, hati jadi sakit dan rasa marah. Ok kita terima kehidupan seadanya. Kita tahu dan faham bahawa apa saja segala adalah ujian dari Ilahi tapi, itulah, orang-orang macam ni selalu merosakkan hati!

Entahlah. Adakah buruk sangka pada orang yang selalu aniaya kita, khianati kita juga adalah buruk sangka pada Allah? Takutnya!!! Kerana dalam hidup ini matlamat kita bukan hanya di dunia malah untuk akhirat juga. Tak taulah apa nak kata. Sedih dan ada kalanya kita menangis, bukan kerana kita terpaksa melalui hidup yang sukar tapi kerana orang yang tak tau bila nak berhenti.


Semoga Allah mengampuni segala dosa kerana lemahnya jiwa kita dalam melalui ujian-ujian kehidupan yang kalau dibandingkan dengan kesusahan yang orang lain lalui nampak begitu kecil dan sedikit.

No comments:

Post a Comment