Satu ketentuan Ilahi telah ditunjukkan lagi dengan hasil dari pemilihan rakyat Malaysia di beberapa tempat tertentu. Dan apabila telah ditetapkan maka tiada apa yang boleh kita kata kecuali menerima dengan redha keadaan itu. Doa kita hanya semoga orang-orang yang telah dipilih akan memikul amanah dengan ikhlas dan dengan keyakinan bahawa apa saja yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan kepada kita kelak.
Dan hari ini adalah hari yang menyedihkan. Seorang yang dikasihi telah tamat tempohnya di alam ini. Harus melalui alam seterusnya dan hati ini merasa sayu terkenang zaman kanak-kanak ku yang di isi dengan kasih sayang seorang nenek ini. Insan yang tak banyak cerita tapi banyak didikannya melalui perlakuan dan tingkah laku. Dan aku tak sempat bertemunya kecuali tiga minggu yang lalu. Nampak sihat seperti biasa tapi kalau sudah sampai waktu, semua akan pergi. Segalanya adalah pinjaman Allah dan hanya sementara.
Maktok, aku mengingatimu sebagai seorang nenek yang berhati mulia dan tabah melalui hidup dengan sejarahmu tersendiri. Semoga segala ayat yang Maktok ajar dari Al Quran untuk semua anak cucu mu akan di ganjari Allah dengan sebaik-baik balasan. Dan awal pagi tadi, panggilan talipon Emak dan Kak T, membawa aku jauh ke masa lalu.
Semoga Allah merahmatimu dan semoga engkau berehat dengan tenang dan kami juga akan menyusuli. Innnalillahiwainnailaihirajiun.
Ya Allah, hambaMu ini memohon diterima doa-doa kami untuk Maktok, kasihani dia, kasihi dia dan lapangkan dan terangilah kuburnya sebagaimana dia telah memudahkan kehidupan kami dan menyinari hidup kami sepanjang hayatnya. Amin!
Wednesday, April 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment