Thursday, April 2, 2009

I am still looking for the right path!

Hari ni bila membaca Blog Ustaz Zaharuddin, rasa takut datang dalam diri saya. Astagfirullahalazim, takutnya kalau-kalau ada yang telah saya ulas atau cerita dalam blog saya adalah perkara yang salah dan menyebabkan rosak pulak akidah orang lain. Nauzubillah.
Saya tak pernah belajar di sekolah agama. Belajar mengaji memang dengan ustazah , guru mengaji tapi yang lain adalah apa yang saya pelajari di sekolah, mak-ayah dan dari ceramah-ceramah agama, rancangan-rancangan agama dan buku yang memang banyak saya beli. Ada juga saya bertanya ustaz atau ustazah tentang perkara-perkara yang saya kurang faham, tapi tiada pelajaran agama secara formal dan mendalam betul-betul duduk dengan tuan guru.

Dan banyak perkara yang berlaku dulu-dulu, adalah perkara-perkara yang selalu menghantui diri saya, dosa-dosa yang sangat di bimbangi sekiranya Allah tidak ampunkan. Kerana segala-galanya adalah milik Allah jua. Mungkin kesedaran dan hidayah ini Allah beri ketika saya di timpa musibah dalam hidup ini dan ujian yang saya lalui pada ketika itu saya rasakan sangat berat. Alhamdulillah, saya melaluinya dan kalau nak bandingkan dengan kesusahan orang lain pada hari ini, ia seolah-olah sesuatu perkara yang sangat kecil.

Apa pun, permohonan dan harapan saya hari ini adalah, jika sekiranya anda mengetahui apa yang saya tidak sedari adalah sesuatu yang salah dapatlah ingatkan dan sedarkanlah saya. Tiada niat untuk mempengaruhi sesiapa dengan sesuatu yang tidak benar. Saya sebenarnya hanya ingin berkongsi dengan kawan-kawan dan meluahkan perasaan, apa yang saya lalui kerana ini adalah cara saya- sebelum blog ini saya memang menyimpan jurnal dan sentiasa menulis.

Dosa sendiri pun tak tertanggung, tak taulah kalau saya juga terpaksa menanggung dosa orang lain yang berpunca dari kejahilan saya. Semoga Allah mengampuni diri ini dan kita semua.

No comments:

Post a Comment