Manusia ni memang mudah excited – apa ye, teruja dengan sesuatu. Pantang dengar berita, diberi hadiah ke, bungkusan, dapat pesanan dari kawan ke, bos ke…cepat je kita nak tau.. apa dia? Apa hal? Kadang-kadang kita dengar berita sekerat aje, bukan dari awalnya, kita naik seronok. Tak sabar nak cerita kat orang lain. Baca nota ke memo, kadang-kadang kita buat kesimpulan sendiri. Jarang sekali orang nak pergi dapatkan kepastian tentang sesuatu perkara, clarify maklumat tertentu. Ada orang yang tenang tapi lebih ramai yang tak tenang. Ada orang yang sabar tapi lagi ramai yang tak sabar, gopoh.
Akibat kurang sabar ni, kadang-kadang kita rosakkan sesuatu yang baik jadi tak baik. Contohnya, kita dapat sesuatu yang murah dari seseorang, kita anggap sebagai penghinaan, kita terima nota ringkas ( sebab ringkas, bunyi macam arahan) kita melenting, marah. Kita dengar cerita dari seseorang tentang kita, kita maki hamun orang, melenting sampai berasap kepala. Kenapa jadi macam tu?
Kalau kita selidiki diri sendiri, sedar tak sedar kita ni ada rasa bahawa diri kita ni hebat. Tambahan kalau kita rasa kita bukan orang biasa-biasa, kita rasa kita educated atau kita rasa kita dah buat macam-macam tapi ada orang tak tau nak hargai, jasa kita. Dan itu buat kita rasa kita berhak untuk marah dan melenting.
Salahnya tanggapan kita tu. Besar betul kesalahannya kerana bila ada sedikit sahaja rasa begitu kita telah rosakkan segala amalan dan kebaikan kita. Mengapa agaknya kita rasa ijazah dan ijazah lanjutan kita dari luar negara tu, menjadikan kita lebih hebat, atau kesanggupan kita untuk tolong orang buat kerja sebagai tanda diri kita mulia, atau apa yang kita pakai dan guna menunjukkan standard dan kelas kita.
Mudah benar kita lupa bahawa bukankah apa segala yang kita miliki adalah anugerah Allah yang boleh ditarik bila-bila masa. Nampak sangat segala yang kita usahakan dan kebaikan yang kita buat adalah untuk mendapatkan pengiktirafan dan hormat manusia.
Mungkin kita tak sedar bahawa walaupun kita sembahyang lima waktu dan tidak menyembah patung atau berhala, kita bina berhala dalam diri sendiri, tak nampak dan tersembunyi. Awasilah berhala dalam diri, bahayanya lebih dahsyat dari segala penyakit barah atau virus selsema burung atau virus dari babi yang terkini.
Pernahkah terfikir bahawa, penyapu sampah di tepi jalan itu, rasanya tak pernah berazam dan bercita-cita untuk bekerja begitu. Ada kuasa yang menetapkan dia di situ. KeranaNya jugalah kita di tempat kita.
Adakah kehebatan pada kita? Kalau kita ingat bahawa jika ditakdirkan kita kena strok, nak gerakkan jari kelingking pun tak mampu apatah lagi nak angkat diri sendiri. Boleh tepis ke kalau penyakit nak datang? Boleh tolak ke, kalau ujian nak menimpa? Boleh lari ke dari mati?
Siapalah kita ni?
Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang ada yg begitu...rasa tak cukup standard bila memakai sesuatu jenama...bahkan kita pakai baju yg macamana pun dikritik mati-matian...ada yg makanan apa yg kita makan pun dianalisanya...kononnya melayu sangatlah...tak melambangkan profesionlah...ada taw...tapi saya sambut dgn sengih je...biasalah kak...org macam kita...macam mana? orang yg di label happy go lucky...kita slalunya sengih aje...ehehehe
ReplyDeletemasa berbual-2 dgn ustazah kawan lama saya dulu....terpacul ayat yang antara lain saya claim saya ni tak reti nak menyombong dengan orang...adoi....kata ustazah tu...itupun menandakan saya ni riak...mengangkat diri...huhuhu...kisahnya...
kadang-2 kita tak sedar...sehingga ada yg menyedarkan...
tq ek kak...
Betulnya kata ustazah kawan ante tu.... terimakasih. Kena reflect jugak ni!
ReplyDelete