Dengar lagu Rabbani mendayu-dayu awal pagi tersentuh hati. “Mana milik kita, apa milik kita semua yang ada Allah yang punya”. Terasa pulak, mengapa kita nak bersedih bagi segala yang berlaku kalau kita tahu bahawa segala yang ada di mukabumi ini adalah hak Allah. Segalanya hanya pinjaman.
Mungkin itulah yang membezakan antara orang yang Islam dan orang yang beriman. Ramainya umat Islam dalam dunia ni, mengatasi jumlah umat lain tapi berapa orang Islam yang benar-benar beriman dan mengamalkan apa yang Islam ajar.
Yang mana satu milik kita yang mana satu milik orang lain. (memang semua Allah punya) Allah telah agihkan dengan adil mengikut ketentuannya kepada semua hambanya tapi mengapa ada orang yang suka juga mengambil hak orang lain walaupun telah memiliki banyak harta dan kekayaan melimpah-ruah. Jawatan dan pangkat juga adalah ketentuan yang Allah yang beri untuk menguji bagaimana ia di laksanakan.
Tapi selalu dengan pangkat dan jawatan tinggi, manusia lupa bahawa setiap manusia akan dipertanggungjawab bagi setiap sen dan ringgit, setiap inci tanah yang kita miliki setiap apa yang kita simpan dan belanjakan. Bila kita mengaku islam adakah itu tandanya kita beriman? Kadang-kadang kita lihat bagaimana penyalahgunaan kuasa berlaku di peringkat tinggi maupun rendah. Apa saja tanggungjawab yang diberi selalu dipandang mudah sehingga adakala kita lupa, yang mana hak kita yang mana hak orang lain dan segalanya ada hak mereka sendiri. Kalau guna kereta syarikat untuk bawa ahli keluarga ke hospital walaupun jalan itu jauh melencong dari jalan kerja, dengan minyak syarikat boleh ke? Jika guna masa kerja untuk buat kerja sendiri boleh ke? Entahlah! Allah saja yang dapat menentukan kerana keupayaan kita terbatas. Wallahualam!
Semoga kita termasuk dalam kelompok Islam yang benar-benar beriman!
10 hak yang perlu di jaga (Baca kat diari Islam)
- Hak kepada diri – kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan cakap dan berpada dengan rezeki yang ada.
- Hak kepada malaikat maut – mengkadhakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
- Hak kepada kubur – buang tabiat suka menabur fitnah, buang tabiat kencing merata-rata, banyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
- Hak kepada munkar dan nakir – tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
- Hak kepada mizan (neraca timbangan amal pada hari kiamat) – menahan marah, banyak berzikir, ikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesusahan.
- Hak kepada sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – buang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
- Hak kepada malik (penjaga neraka) - menangis lantaran takutkan Allah, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang maupun tersembunyi, dan memperelok akhlak.
- Hak kepada Ridhwan (penjaga syurga) – berasa reda dengan qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.
- Hak kepada Nabi S.A.W – berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.
- Hak kepada ALLAH S.W.T – mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
saya suka baca entry kat blog nie.. muhasabah diri.. apakah tanggungjawab kita yang selalu kita abaikan
ReplyDeleteSalam Fieda. Terima kasih. Kalau boleh buat kebaikan yang sedikit kita saling ingat mengingatkan. Salam Ukhwah!
ReplyDelete