A checklist is very important when organizing an activity/event/function, etc to make sure everything runs smoothly when it finally takes place. And most of the time we would be ready with a back-up plan, an alternative if something unexpected happen. There will be plan A or plan B! Meticulously, we would go through things over and over again, because we worry things might not go well. We’ll be in trouble. The boss would get mad, friends would hate us, the company would be in disgrace, the contract would go to someone else, the participants would not enjoy themselves, bla, bla, bla……
Some people will take everything seriously, nothing is considered insignificant especially where work is concerned. Bukan hanya di ofis kerja tapi bawak balik ke rumah. Jangan diganggu, jangan tegur, jangan cakap. Semua benda tentang kerja ni penting belaka. To the extend, salah letak satu tanda noktah dan koma sahaja pun, boleh menyebabkan buku program yang telah dicetak terpaksa dicetak semula. Memang tak dinafikan bahawa ketelitian itu sangat penting. Persembahan itu penting. First impression makes a lot of difference dan memuaskan hati client adalah matlamat utama. Tapi adakah itu sahaja matlamat kehidupan kita? Kerja bagus, pangkat, pengiktirafan, penghormatan, kemewahan dan macam-macam ke…..
Berapa lamakah umur kita? Tahu tak? Oooo....!Sebab itu la kena kerja bagus? Pernah tak kita duduk dan selidiki, semak, tanda, catat, ukur, timbang, sukat dan siasat sedalam-dalamnya apa yang kita lakukan untuk dapat kelas, gred, tempat tinggal, keperluan, pengiktirafan, kemewahan dan penghormatan yang mungkin kita perolehi di kehidupan yang lain? Berapa kali kita semak dengan ustaz ke ustazah ke, buku agama ke samada sembahyang kita tepat dan betul? Pernah tak kita buat penyata kira-kira berapa banyak pemberian dan sedekah yang telah kita berikan selain belanja makan kat luar, beli baju, melancong, tengok wayang? Pernah tak kita timbang berapa banyak zat pahala yang kita simpan dan berapa banyak kalori dosa yang kita buang dalam puasa kita? Pernah tak kita ambik calculator dan kira semua duit yang kita habiskan makan angin dengan wang yang kita kumpul nak pergi haji dan umrah? Pernah tak kita kira berapa kali kita katam Al-Quran berbanding dengan buku-buku cerita yang kita beli dan baca? Pernah tak kita fikirkan berapa kali kita kata terima kasih pada orang yang tolong kita, puji boss sebab nak ambik hati dengan jumlah kesyukuran kita melalui perbuatan dan kata-kata pada Tuhan SWT yang memberi kita segalanya dan PesuruhNya s.a.w. yang berkorban untuk menyelamatkan kita?
Aduhai...... (inilah monolog yang tak mampu nak jawab!!). Penatnya, bekerja dengan bebanan kerja yang banyak dan kadang-kadang ikhlas yang kurang selalu merungut. Tiba-tiba terfikir beginikah aku untuk akhiratku? Ashtagfirullahalazim!
This is not what I intended to write initially!
Semoga tiada berhala dalam diri kita walau sedikit pun kerana segala kebaikan tiada maknanya langsung bila merasa diri kita lebih baik, hebat dan lebih mulia daripada orang lain.
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment