Sunday, March 29, 2009

Isn’t that a manifestation?

Mana awak tau saya tak sembahyang?
Mana awak tau saya tak beriman?
Macam mana awak boleh kata kita tak berakhlak?
Jangan main tuduh-tuduh ye! Mana pulak awak dengar ni? Ini semua bohong. Saya bukan kaya sangat, biasa-biasa je. Apa hal pulak tuduh saya rasuah? Awak semua yang tuduh tu, balik la bertaubat. Berdosa tau main tuduh-tuduh. Botox? Mana ada. Saya tak pernah buat semua tu, saya tau haram!

Saya buat semua ni ikhlas nak tolong orang. Saya lakukan apa saja yang saya mampu untuk menjaga nama baik negara, keluarga dan agama. Kita mesti ingat kalau bukan kita yang bertungkus lumus berusaha untuk berjaya dan menjaga maruah bangsa, diri, negara dan agama, pastilah kita akan hidup susah di dunia ni.

Ooo.. tapi saya pergi disco tu pasal nak jumpa kawan. Dia tak biasa kat KL ni, tak tau jalan, sesat! Sampai kat tempat tu, saya suruh la dia tunggu, saya pergi ambik dia. Lagi pun bukan saya pergi sorang, abang angkat saya temankan. Ye la memang maghrib. Depan tu kan masjid. Lepas tu kami pergi masjid tu sembahyang. Baju hari tu kebetulan, malam sebelumnya tidor rumah kawan,letih, jadi tak bawak baju lain. Terpaksalah pinjam baju dia.

Kereta tu abang angkat saya punya. Dia tak marah pun saya bawak. You sebok kenapa? Ya Allah, rumah tu pun bukan saya beli rumah baru, rumah lama! Cuma renovate aje. Saya kerja tau, kumpul duit takkan nak nak baiki rumah sendiri tak boleh. Bukan banyak sangat pun 19 juta je. Ee... tak baik tau. Muka kita ni memang tegang sebab kita memang sentiasa berwuduk dan berselawat... itu petua awet muda! Aaaa... tak ada ekspresi, tak senyum? Kita tengah praktis untuk filem baru ni...”Mujahat Moden!” Kepada semua masyarakat kat luar sana, taubatlah! Tak baik tuduh-tuduh. Apa yang saya miliki sekarang Alhamdulillah, adalah usaha keras saya... tak mungkin Allah bagi semua kesenangan ini kalau saya banyak buat dosa tau!


YE LA NI? BOLEH CAYA KE? AWASLAH YE! ADA ANUGERAH ALLAH KEPADA HAMBANYA TAPI NAMANYA - ISTIDRAJ TAU..... JANGAN MAIN-MAIN!!!


”Barangsiapa mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya dari manusia dan barangsiapa yang mencari redha manusia dengan marahnya Allah, maka Allah lepaskan dia kepada manusia,”

No comments:

Post a Comment