Today I was quite embarrassed because I did a blunder in front of almost 60 people. I am not being defensive but I am sure it wouldn’t happen if clear instruction was given! (Another test from God, sabar aje la). So for the next 2 hours I had to continue doing my duty (control macho la… dalam hati Allah saja yang tahu).
Proper instruction is vital in ensuring result. Dalam exam pun kita kena baca rubric betul-betul baru jawabkan. Kalau tak, silap haribulan kena mengulang semula kalau tak dibuang terus.
When we want someone to do something for us, we must give clear and specific instruction. Kalau tak the consequences could be disastrous or fatal. Tadi tu segan la kejap.
Teringat lagi a story told by a senior colleague when we were somewhere in the “wilderness” in line of duty. Suppose to be a joke but thinking back this is a good lesson. Satu pengajaran yang hebat. Tapi tak taulah how far this is true, I mean, the story. Firstly, my apology, mohon maaf la kalau cerita ni kurang sopan (ini versi yang telah di edit oleh diri sendiri sebab… malas la nak explain) atau di rasakan sebagai memperkecilkan satu usaha murni yang tak ramai pun orang nak buat.
Cerita asalnya adalah tentang penduduk asli yang tinggal jauh di pedalaman. Jadi adalah pendakwah dari majlis agama pergi mengislamkan mereka. Selepas pengislaman beramai-ramai, adalah follow-up yang dibuat. Lawatan berkala untuk mengajar mereka tentang ilmu agama. So, one day, an ustaz pergi la ke kampung orang asli tu. Kali ni dia pergi nak ajar mereka tentang sembahyang. Ustaz pun mengajarlah secara teorinya, apa bacaannya. Setelah mengajar apa nak baca dan tunjuk gambar, kebetulan masuk pulak waktu sembahyang zuhur. Ustaz pun ajak semua pergi berwuduk.
Ustaz ni mungkin muda dan kurang pengalaman. Selesai berwuduk dia pun katalah -sekarang kita semua sembahyang sama-sama, berjemaah. Saya jadi imam, tuan-tuan jadi makmum. Saya berdiri kat depan, tuan-tuan berdiri belakang saya, rapat-rapat, luruskan barisan dan ikutlah apa yang saya buat.
Dia pun berdiri mengadap kiblat dan mulalah sembahyang. Masalahnya, ustaz tak tengok belakang semula- saudara-saudara baru yang kat belakang ni pun beraturlah lurus, rapat-rapat memanjang ke belakang macam keretapi, yang pendek depan yang tinggi belakang. So immediately belakang ustaz budak kecik umur 7-8 tahun. Masa ustaz rukuk budak tu dicuitnya punggung ustaz, terperanjat kawan tu, tapi nasib baik tersebut ’Allah’ je walaupun terlompat ke depan sikit. Makmum belakang ikut jugak. Ustaz sambung terus. Lepas tu, masa sujud pulak, budak tu di cocoknya punggung ustaz tu. Ustaz tu terkejut beruk, menjerit dan terus berdiri! Batal la sembahyang ustaz.Lepas tu, geram, dia pun pusing belakang nak tengok sapa makmum kurang asam ni. Bila pusing belakang, tengok makmum, kelu lidah ustaz, tak dapat bercakap!
So, salah sorang makmum pun cakap la kat ustaz tu......
”Syudah ke usytaz? Syusyahla syembahyang ni.Nak kena lompat masya tunduk,lepash tu kena menjerit masya cium tanah terush berdiri Kalau masyuk utan cari lauk, binatang syemua lari!"
????????? So the moral of the story? (Selain daripada budak asli ni memang nakal).
Cakap biar terang, arahan biar jelas!!
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ermmmm...minggu lepas ada presentation kelas Dr Ismi...tentang training...kami buat ice breaking...alahai kak...yg biasa-2 tu...kita dapat belon,tiup belon,carik nama kawan.sapa paling banyak dia menang...biasa dengar kan...
ReplyDeletenak jadi cerita,masa simulasi ice breaking ni...adalah mamat iran ni...tak paham instruction saya...(last-2 saya muhasabah diri,memang salah saya sebab tak jelaskan kat dia benda ni lakonan dan simulasi ice breaking)...maka...dapat je belon, dia duduk dengan khusyuknya menulis nama kawan2 atas belon...takmaw mix n mingle with others. katanya,:i already know their names." aduhai...nasib baik Dr ismi ketawa aje...heheheheh...silap saya gak...