Hari ni hari apa? Hari nak selamatkan bumi? Padam lampu pukul 8? Iya ke? Macamana nak sembahyang, ngaji, dengar kuliah dalam radio? Wajib ke? Maafla. Tak ambik port semua ni. Bukan tak nak menyokong, tapi..... entahlah. Katanya hari-hari iklan dalam tv, dalam radio. Okayla, I admit, I seldom watch tv except for specific programmes and the radio I listen to, rasanya tak ada lak dengar cerita ni. Surat khabar? Jarang, kalau ada pun online je sebab kawan atau saudara mara kata ada sesuatu yang menarik atau orang yang dikenali keluar. Itu saja. (Bukan apa, cerita banyak tak berapa tepat, duniawi sangat dan mengganggu emosi je, so, malas..)
Tapi menarik jugak. Sebab orang-orang yang setiap hari berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat, insya-Allah rasanya akan menyokong perkara-perkara kebaikan ni. Tapi takde ke kita nak buat hari, waktu atau zon lain yang melibatkan padam dan tutup gak. Contohnya, kempen tutup kedai makan kepada lelaki muslim setiap Jumaat mulai jam 12.45 hingga 1.45 petang (lebihkurangla). Tutup semua siaran tv pada jam 7-9 malam setiap malam. Padamkan semua lampu pusat-pusat hiburan yang meruntuhkan akhlak masyarakat….. selama-lamanya? Padamkan saja nama-nama orang yang tak mendatangkan faedah pada rakyat dan agama, padamkan aja api-api fitnah, padamkan segala niat nak menindas orang, padamlah apa-apa yang sepatutnya dipadamkan!
Taknak ke join kempen macam ni? War-war kan lah dalam tv dan radio setiap 20 minit ke sehari.... Setiap waktu solat tu selain azan di semua channel yang ada, buatlah pop-up setiap 10 minit – suruh orang solat! Mesti kaw-kaw punya. Kalah kopi cap kapal api. Sekarang nak suruh padam api? Sorry la, dalam gelap ni macam-macam boleh berlaku sebab tak nampak!!! Takut!!! Ikutla untuk hari ni untuk anda semoga hanya gelap rumah bukan gelap mata dan gelap hati!
ALLAH MELIHAT DAN MENDENGAR SEGALA-GALANYA!
Yang kat luar sana, dalam gelap tu jangan ambil kesempatan ye, anda sedang diawasi dan diperhatikan!
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pandangan seorang yang sempit..
ReplyDeletesalam kak...padam lampu jelah....heehehhehe...tv boleh on...deret umah saya...taklah gelap gelita...saya bawak anak gi jenjalan ke IOI mall...sambil tu nengok jiran-2...ada yg tepat 8.30 mcm kitorang...padam lampu...ada yg bawak anak kecik dok kat taman(umah depan playground)...ada yg wat housewarming...bukak sliding besar-2 sampai nampak dapur...kehkehkeh...macam-2....saya ikut aje lah anak-2 nak tutup lampu...kami tutup....takut pencuri...itu jelah..manalah tau ade yg merayap panjat tembok belakang tyme gulap gulita ni...heheheh
ReplyDeleteIn the end padam jugak. Nasiblah kalau jin2 dalam rumah ni nak buat parti. alasan sembahyang tu memang tak masuk akal pun, maghrib dah lama lepas, isyak belum lagi, ngaji kemudian2 boleh. saja je nak sakat member yang talipon tu...bengang dia. sian... sorryla tak sengaja!
ReplyDeleteto lochoe, tq. Komen anda membuat saya terfikir perhentian kedua dulu gelap jugak dalam rahim ibu, kemudian sampai sini. hentian seterusnya pun sempit dan gelap jugak. semoga sedikit kebaikan yang kita lakukan di dunia yang terang ni akan memeberi sedikit sinar di kubur nanti. Syukran jazilan!
ReplyDelete