Thursday, March 26, 2009

Fortitude = Jati diri

Today a friend told me about a friend of hers. The eldest daughter of a very poor family. When she was accepted to the university on scholarship, she used the scholarship fund to support her family. She lived only on basic necessities of a woman. Ate bread most of the time and borrowed all the books she needed from the library, nothing was ever bought. And today, she is doing fine, looks younger than her age and lives comfortably.

Then I was reminded of Nik Nur Madihah. Another great example! But then, the things that really got me thinking was how my friend described the attitude of her friend toward the lectures while studying. And I heard about Nik Nur Madihah’s positive attitude as a student. Pentingkan? Adab belajar. Dulu ustaz Zahazan ada kaitkan tentang adab pelajar kepada guru semasa membincangkan tafsir Surah Al-Kahfi- antara Nabi Musa a.s. dengan Nabi Khidir a.s.(Di radio Ikim). Bagaimana pentingnya peranan adab dalam belajar atau apa sajalah.

And another good friend of mine, pernah mengingatkan agar jangan lupa mendoakan untuk guru-guru kita. Katanya, dengan cara itu ilmu itu, insya-Allah tak akan hilang dan di berkati. Dan bukankah itu juga tanda kita bersyukur dengan ilmu yang Allah beri melalui guru kita. Sehingga kini pun kita belajar setiap hari secara langsung atau tidak. Dan rasanya kalau kita belajar tentang sesuatu melalui perangai seseorang kita juga patut bersyukur, Allah beri kita pengajaran secara begitu. Jadi patutlah kita doakan juga orang yang begini dalam doa kita. Teringat juga, kata sahabat saya dulu, kadang-kadang kita terlepas dari sesuatu musibah kerana ada doa-doa orang yang beriman yang mungkin kita tak kenal pun.

Dan kita belajar dan berguru kepada orang-orang yang alim dalam bidang-bidang mereka kan? Sebab tadi saya mencari-cari apa perkataan yang betul-betul menerangkan ’Jati diri’ dalam bahasa Inggeris, seorang kawan yang memang pakar dalam bidangnya memberikan jawapan yang saya rasa sesuai. Sudah pasti setiap guru kita punya kepakaran mereka sendirikan. Teringat kisah Rasulullah s.a.w yang pernah di tanya tentang boleh atau tidak mengahwinkan pokok kurma – Baginda menjawab kamu lebih tau tentang bidang kamu. Manusia yang menerima wahyu Allah pun mengiktiraf ilmu pekebun kurma, kenapalah kadang-kadang kita mengkritik guru tanpa mengemukakan sesuatu ilmu yang lebih baik atau bukti yang sahih bagi kritikan kita. Tak salah menyoal dan bertanya sebab itu pun satu cara belajar tapi, itulah yang kita sebut adabkan.

Dan apahal pulak isu jati diri ni? Sebab semalam perbincangan tentang orang yang hampir tukar agama kerana tak tahan dengan kerenah jiran. Ramai orang merungut, apa punya jiran lah jahat sangat. Rupa-rupanya yang nak tukar agama tu yang tak betul. Susah sikit je nak tukar agama, salahkan semua orang. Salah sendiri tak nampak – mungkin dia tak sedar salah itu datang dari dirinya. Selalu kita macam tu lah. Salah orang semua nampak. Cuba bayangkan kalau Allah buat peraturan setiap minggu segala perbuatan,perlakuan kita ditayangkan untuk tontonan – mungkin kita tak pandang pun kiri kanan lagi melainkan diri sendiri saja. Teringat juga sesuatu yang pernah dibaca, mungkin dalam kitab La Tahzan (nanti saya semak semula, betul ke tidak), andai saja dosa itu berbau. Bayangkanlah (ini andaian sendiri, bukan Dr. Aidh)buat dosa kecik sikit-sikit je baunya, buat dosa besar, masyaalah macam bau mayat reput, sanggup tak kita buat dosa. Pastu bayangkan kalau Allah specifikkan pulak bau tu untuk dosa apa. Semua orang tau apa kita buat hari tu....... Maha Pengasih Allah, ditutupnya aib kita.

Wallahualam. Lain kali la sambung.

Semoga Allah membuka jalan untuk kita membuat kebaikan dunia dan akhirat. Amin!

1 comment:

  1. salam kak....
    saya pon penah dengar apa yg ustaz zaharuddin kata tu...cuma gantikan menulis dgn bercerita....samalah juga maknanya....

    "Orang yang bijaksana, bercerita tentang ilmu. Orang cerdik bercerita tentang peristiwa. Orang pandai bercerita tentang ‘orang lain'. Hanya orang bodoh bercerita tentang dirinya sendiri"


    seorang teman pernah mengajar saya...beza antara kenalan dan kawan.

    Kdg-2 teman yg kita jupe saban hari adalah sekadar kenalan walao pd dasarnya nampak mcm akrab.

    Kdg2 teman yg kita jupe transparent-2 (hehehehhe....jarang-2) persahabatannya meresap dalam idup kita....dan merupakan kawan yg memberi motivasi utk kita teruskan perjuangan...

    babai kak...takleh tulis panajng-2 arini....nak exam statistik...dahlah saya blurr...hehehhe...caiyok...caiyok....

    ReplyDelete