"Dali sayang mak tak?"
"Sayang! Kalau mak takde Dali pun taknak hidup lagi"
"Ok, mak dah masak. Mak nak mandi dan rehat kejap nanti kita makan sama-sama."
Bila ibu keluar sejam kemudian, panggil anaknya ajak makan, jawapan anak, dia dah makan, tapi dia ada tinggal untuk ibunya. Agaknya apakah perasaan ibu bila tengok, ikan tinggal ekor dan kepala aje, gulai tinggal kuah dan nasi cukup-cukup setengah senduk. Sampainya hati anak yang disayangi tinggalkan sisa saja untuk ibunya.
Sedih agaknya melihat kalau orang-orang yang kita sayang hanya tinggalkan untuk kita sisa sisa sahaja. Suami lepas kerja tak balik terus, pergi main badminton dulu, minum kopi dengan kawan-kawan dah malam baru balik. Cakap sepatah dua, letih terus tido.... sedihkan! Hujung waktu malam baru sampai.
Kita buat macam tu tak pada yang kita sayang? Kita kata Cinta pertama pada Allah, dah nak habis waktu baru kita sembahyang. Kalau subuh tu tunggu waktu Gajah bangun agaknya- orang kata subuh gajah. Bila zohor boleh buat dua terus sambung asar atau asar sambung maghrib, lepas tu isyak tido dulu, sebelum subuh bangun sembahyang. Ada tak kita buat begitu? Tinggalkan sisa masa untuk Allah. Boleh gerenti ke ada masa lagi. Ada orang setelah di timpa musibah tersedar juga dan berubah (Alhamdulillah)- kata orang tua 'dah terantuk baru tengadah'- nasib baik boleh lenggak juga, kalau terantuk terus mati, jenuh menjawab soalan yang dah lama bocor tapi ramai tak lulus!
Kita kata cinta Rasulullah s.a.w tapi kita dengar nama dia buat tak tau je, sambut salam ke selawat ke jauh sekali. Cuba dengar nama penyanyi ke, pemain bola sepak ke, beria-ria kita seronok, siap letak gambar lagi "Idolaku". Memangla tak ada gambar Rasulullah s.a.w nak kita letak tapi sunnah dia yang biasa-biasa pun kita tak buat. Orang Malaysia ni, tengok orang lepas makan jilat jari pun dia kata, "tak malu sangatla, tak cukup tambah, tak payah nak jilat jari gitu, tak senonoh." Kalau orang beri senyuman ikhlas, dia tanya balik, "apa senyum-senyum?".
Kita kata cinta Islam tapi kita ikut cara yang bukan ajaran dalam agama Islam. Tipu orang, aniaya orang, curi harta benda orang, tindas orang. Kalau jadi bos nak senang diri sendiri je- perah pekerja, jadi pemimpin pentingkan harta dunia dan pangkat- lupa orang miskin orang susah bukan nak tolong. Orang miskin pulak susah sikit je ugut nak murtad la, nak bunuh diri la, jual anak la. Bab cara hidup , pakaian, budaya, jangan ceritalah, yang bukan Islam pun kagum. Anak kita kecik-kecik kita hantar belajar mengaji ke sembahyang ke atau kita hantar menari dan menyanyi? Ibubapa bukan main lagi seronok tengok anak atas pentas, siap bertepuk sorak, tempah banner berbagai-bagai. Didik anak jadi bidadari ke jadi penari?
Kat mana nilai cinta ni? Benarkah ini cinta? Kalau nak dapat cinta sesama manusia lautan api pun sanggup di renangi - nak berenang ke dalam neraka nanti? Nauzubillah, berdiri bulu roma, takutnya! Allahumma ajirna minannar! Janji dengan buah hati nak tunggu di pintu syurga - tunggu apa? Hebat orang kita ni. Nak ajak orang buat maksiat, tempat disediakan dimana-mana je, lengkap segala kemudahan tandas, tempat duduk, gerai minuman, macam-macam ada. Tempat sembahyang, masyaallah, kecik, kotor, tak ada air, tak dijaga.
Memang Tuhan Maha Hebat tak perlu pun kita buat benda-benda yang Dia suruh tu, bukan untuk Dia, tapi kalau dah nama kita ni hamba berlagaklah macam hamba. Allah miliki segala, tak perlu apa-apapun dari kita. Bukankah Dia yang memberi segala yang kita ada.
Bila ada orang anjurkan protes ke, konsert amal (yang ni pun tak berapa faham gak, bolehke?)mengutuk penindasan kepada orang Islam, kita tunjuk hebat dan gagah kita. Jerit sana, jerit sini, bakar bendera, bakar gambar, bakar macam-macamla! Amboiii......itu saja ke tanda cinta?
Inikah tanda terimakasih dan cinta kita? Jangan sampai kita pun terbakar nanti.
## Mungkin nada agak keras, sebabnya geram tadi! Tapi, niat hati ini ikhlas, bukan mengingatkan orang lain sahaja, tapi diri sendiri juga! Semoga Allah mengampuni segala kesilapan dan kelemahan kita...amin! (One of my friends, kalau marah lancar cakap omputih dia, terbalik pulak, when I am angry- bahasa ibunda jugaklah. Baru tadi cerita pasal paku di dinding- jangan marah- itulah susahnya mendidik diri sendiri )
Wednesday, March 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kak...saya awal-2 dah warning pemaisuri agung berdua tu...jangan nak masuk pertandingan nyanyi nyanyi (biarlah kita masa muda habis segala talentime, nasyid,koir semua kita bedal...siap menang piala lagi kan kak....hehehheeh) takmaw anak buat kesilapan yg sama...
ReplyDeletehal baju pulak...aduhai...beberapa tahun lepas masa nurul start pakai tudung dan tshirt ...susah betul carik kedai yg jual tshirt tutup punggung...pasaran macam sabotaj aje saya rasa...kalao ada pun...mahalnya .....tapi skrg senang je...pg kat summaya design ...alahai tak ingat...ke sumayya design...gitulah ejaannya....tshirt muslimah banyak dan murah-2...si athirah dah tergerak nak pakai...saya orderkan aje...
Tapi kdg-2 malu jugak...anak beria-2 cari tshirt yg labuh...saya ni?huhuhuhuhuhuuuuu