Kita disoal tentang kuota. Adakah kita rasa adil kuota di tetapkan bagi golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Kita tak jawab dengan pendapat kita tapi katakan bahawa itu bukan keputusan kita dan semua orang perlu mengkaji sejarah. Jujurnya kita mungkin tidak ikhlas dengan jawapan itu. Apa sebenarnya pandangan kita?
Andaikan saja kita pergi merantau. Kemudian bertemu sebuah tempat yang baik, subur dengan penduduk yang sangat mesra dan bertimbangrasa dengan kita. Akhirnya kita buat keputusan untuk tinggal disitu. Apapun perasaan kita, kita tahu kita adalah tetamu yang diterima baik oleh penduduk tempatan. Kita menetap dan berkeluarga sehingga akhirnya anak-anak kita dilahirkan disitu. Semasa hidup kita, kita tahu hak dan batasan sebagai orang yang mendatang dan menumpang. (Kita yakin tiada bangsa lain yang perangainya seperti Yahudi....merampas tanah orang setelah dilayan dengan kebaikan... kejahatan pula balasannya).
Adakah kita tidak mengajar anak cucu kita untuk bersyukur bahawa kita telah meraih kebebasan ekonomi dan hidup senang-lenang di tanah orang sehingga kita merasa kita berhak atas segala apa yang sebenarnya memang milik penduduk asal tanah itu, yang telah bermurah hati memberi kita tempat untuk berteduh dan membenarkan kita membangun tanpa mengganggu pun malahan menolong kita beroleh kekayaan yang kita kecapi hari ini?
Dan bayangkan kita mempunyai sebidang tanah yang luas dan subur. Tanah tu memang milik kita. Semua keluarga kita berasal dari situ, jadi kita rasa sangat selesa dan tak pernah sekalipun membayangkan kita akan kehilangan tanah itu. Kita tak perlu bersusah payah sangat dah ada tempat tinggal. Ada orang datang nak menumpang kita benarkan sebab sifat kita memang pemurah. Dan kita melihat tetamu kita mengumpul kekayaan di tanah kita, tapi kita tak ambil peduli sangat dengan keyakinan, apapun, tanah ini kita yang punya.....
Jadi, apa pendapat kita? Kita rasa sebagai penduduk asal kebanyakkan kita lupa hakikat bahawa tiada apa pun kekal... perubahan adalah sesuatu yang sentiasa berlaku! Tiada apa yang lebih cepat berlaku melainkan perubahan. Kita mesti bersedia menghadapi perubahan. Adakah kerana kita dilahirkan di sini kita berhak atas segala apa yang ada di sini atau kerana tempat ini nenek moyang kita yang punya maka kita akan sentiasa memilikinya?
Kita cuma merasakan sekiranya kita dari awal mempunyai kesedaran pastinya kita akan berusaha membangun dan menjaga apa saja sumber yang kita miliki, mengawalnya dengan baik agar kita tidak akan kehilangannya. Dan jangan terlalu merasa selesa dengan apa yang kita ada kerana mungkin kita akan kehilangannya. Dan kita juga merasa bahawa setiap orang perlu diajar oleh ibubapa mereka untuk mengenal asal usul mereka dan bersyukur dengan apa segala kesenangan yang telah mereka kecapi supaya kita tidak lupa asal-usul kita dan tahu berterima kasih.
Kita sebenarnya menilai situasi hari ini bila melihat generasi yang tiada jati diri tidak akan mampu bersaing tanpa adanya pandangan jauh orang dahulu dalam menentukan dasar. Kita juga melihat keburukan dasar sehingga generasi kita yang darahnya memang dari bumi ini jadi tidak bertanggungjawab tiada daya saing dan tiada wawasan. Jadi nasib baik ada kuota masih ada juga tempat untuk mereka. Tanpa kuota, bangsa kita tidak miliki apa-apa. Akan kalah dalam persaingan dengan orang yang tahu makna kejayaan dan perjuangan.
Jadi kita pun tak pasti. Kalau bercakap pasal keadilan, kita rasa adil sebagai penduduk asal untuk dapat sedikit kelebihan. (memang tak banyak pun!) tapi kalau kita jadi orang yang berusaha dan akhirnya berjaya mendapat keputusan yang baik adalah tidak adil cita-cita kita tersekat kerana kita tiada kuota. Apapun, kita percaya bahawa manusia tidak mungkin berlaku adil jadi kita berharap hanya pada keadilan ALLAH sahaja yang tak akan menghampakan!
Sunday, February 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment