Kita sedang bercakap dengan 24 orang peserta kursus tentang pilihan. Bagaimana setiap kita mempunyai pilihan untuk gembira dan bahagia. Kemudian muncul isu pilihan makanan yang baik dan cara hidup yang sihat. Entah macamana keluar kisah mengapa babi dan daging babi bukanlah satu pilihan makanan yang baik bagi orang yang mementingkan kesihatan. Dalam 24 orang peserta tu, enam orang India, seorang melayu yang lainnya cina. Tiba-tiba seorang peserta bertanya mengapa dalam Islam anjing juga di haramkan?
Alamak!!! Mengapa ye? Selain daripada hadis-hadis yang menyebut tentang Malaikat yang tidak masuk rumah yang ada anjing, kita tak tahu apa hikmahnya – hanya itu adalah larangan yang di nyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya. Tapi anjing boleh dipelihara untuk tujuan tertentu seperti untuk perburuan. Dan kita juga membaca tentang kisah perempuan pelacur yang dimasukkan ke syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.
Lalu kita kata maaflah sebab kita tak berapa pasti tentang sebab mengapa anjing dianggap sebagai najis mughallazah. Tapi kita pasti ada sebabnya dan sebagai orang yang beragama dan meyakini kita mesti ikut segala suruhan agama. Tetapi kita berjanji untuk cuba mendapatkan maklumat tentang sifat dan kehidupan anjing. Hari ni kita mulakan penyelidikan kita (bukan dengan buku atau ustaz dan alim ulama pun… tak berapa bagus) dengan membuka semua www yang ada sebut anjing! Mungkin apa yang kita pelajari tak ada kena mengena dengan sebab mengapa Islam meletakkan anjing sebagai najis Mughallazah. (air liurnya, apa cairan badannya, najisnya dan sebagainya…..) tetapi banyak juga perkara yang menarik tentang anjing ni. Mari kita mulakan dengan sifat yang kita tahu memang di minati iaitu... tabii mengawan anjing.
Kebanyakan anjing liar yang tinggal dalam kumpulan akan diketuai oleh anjing betina bukan anjing jantan. Anjing betina yang mengalami kesuburan yang bertahan selama 3 hingga 7 hari akan mengawan dengan berbilang anjing jantan tanpa mengira sama ada ia dari kelompok spesis yang sama atau tidak. Dan sebelum fasa mengawan ini, ia akan mengalami peringkat awal kesuburan dan mengeluarkan cairan darah dari kemaluannya dan mula menarik minat anjing jantan. Tapi pada peringkat ini anjing betina hanya akan bermain-main sahaja dan tidak membenarkan anjing jantan menyetubuhinya. Kajian menunjukkan kehadiran baka yang berbeza pada anak-anak anjing yang dilahirkan kerana tabiat ibu anjing yang mempunyai hubungan “rambang” dengan seberapa banyak anjing yang mungkin ketika di fasa kesuburannya. Anjing jantan pula tidak mempunyai waktu tertentu tetapi sepanjang masa boleh dan sangat suka menghidu bahagian sulit termasuk terhadap manusia perempuan. (Ngeri je baca ni). Cukup lah dulu yang tu.
Bagi yang memelihara anjing pula banyak kejadian yang dilaporkan tentang sifat anjing yang sangat degil dan enggan menurut arahan tuannya walaupun ia di anggap sebagai salah satu haiwan yang cerdik. Sifat anjing memang suka untuk menjadi ketua… jadi susah nak mendengar kata. Anjing juga sejenis haiwan yang makan tidak memilih dan suka mengunyah apa saja yang boleh dikunyah..
Dan anjing yang memang berasal dari spesis anjing yang garang sangat sukar dijinakkan dan banyak kes dilaporkan iaitu anjing yang menyerang dan mencederakan orang ramai dan tuannya sendiri. Anjing yang biasa berburu pernah dilaporkan menyerang anak-anak kecil tuannya sendiri.
Sebenarnya ada banyak sangat perangai yang pelik dan kurang senonoh (pada pendapat kita) tentang sesetengah keluarga anjing ni …. Besar dan banyak sangat keluarga anjing…. Lebih besar daripada keluarga kucing! Malu dan segan nak cerita tentang sesetengah spesis punya cara bertemu dan macam-macam lagi. Selain itu ada juga penyakit yang biasa kita dengar di bawa oleh anjing seperti penyakit yang disebabkan oleh kutu anjing dan juga penyakit anjing gila.
Apa pun buruk baik anjing, ia hanya akan mati dan menjadi bangkai dan menjadi debu. Kita jugalah yang akan berhadapan dengan soal jawab kubur, timbangan dan hisab, titian sirat dan penghakiman ALLAH Taala. Anjing dan babi hanya sedikit sahaja dari ujian kita di dunia yang fana ini. Semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran berguna daripada segala yang ALLAH ciptakan di muka bumi ini, insyaAllah.
Macam mana ye kita nak jelaskan nanti???
Sunday, February 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment