Monday, February 22, 2010

Mind your thoughts!

Hari Isnin bermula minggu baru. Walaupun minggu lepas kerja bermula pertengahan minggu kerana cuti agak panjang, ia bukan juga minggu yang pendek… kerja banyak menjadikan kerja tiga hari sama saja macam kerja 5 hari. Teringat lebih kurang, kata-kata “orang yang bijak”???.... weak minds discuss people, average minds discuss events, great minds discuss ideas?

Mungkin betul tapi kalau idea-idea yang keluar semuanya idea yang tak bernas dan banyak menyusahkan dari menyenangkan bolehkah kita kategori orang begini sebagai mempunyai pemikiran yang hebat? Kalau melihat orang, tingkah laku dan perangai mereka sebagai pengajaran (bukan bahan umpatan), atau memandang dan menilai sesuatu peristiwa atau kejadian dengan kritikal sebagai pedoman dan panduan (bukan bahan gelak ketawa atau modal mengutuk) setakat pemikiran biasakah itu?

Memang banyak penciptaan bermula dengan idea yang suatu ketika dipandang bodoh dan tak logik oleh masyarakat tetapi akhirnya menjadi hebat dan berguna kepada manusia. Kita sedikit pun tidak menafikan malah mengagumi idea-idea begini. Tapi bayangkan idea-idea yang sebenarnya tak berapa cerdik sebagai cara mengawal sesuatu yang tak perlu kawalan sangat tetapi pendekatan yang berbeza.

Sebagai contoh, kalau dalam premis kerja kita ada banyak barang yang berharga, mengapa merasa tidak perlu mengadakan sistem keselamatan yang sesuai untuk memastikan agar barang-barang yang merupakan keperluan dan mahal harganya selamat dan sukar untuk dicuri. Kalau nak bertawakal rasanya tak berapa logik tanpa ada sistem kawalan terlebih dahulu. Duit yang ada digunakan untuk membeli cctv bukan pokok bunga untuk hias sekitar kawasan pejabat. Dan kalau ada cctv lebih baik pasang di tempat yang lebih bermanfaat bukan di atas mesin perakam waktu, nak tengok siapa punch card, siapa tidak atau siapa punch untuk orang lain.

Bila dah kena rompak, barang hilang, banyak masalah timbul. Polis datang tanya, siasat, tengok cctv…… mana ada perompak datang rakam waktu datang dan nak guna kad perakam siapa ye? Idea siapa la ni? Kita yang datang kerja setiap hari sebagaimana kebanyakan pekerja lain, nak di perhatikan atas sebab apa? Kalau ada masalah dengan seorang atau dua orang pekerja adakah langkah yang di ambil boleh menyelesaikan masalah. Ramai yang datang kerja tapi tak buat kerja. Kalau tak datang lebih baik. Itu yang kita sebok. Kenapa tak panggil, tanya, beri surat amaran? Bila banyak barang dah hilang seperti komputer, lcd dan sebagainya kenapa nak marah orang lain pulak. Bukankah ada orang yang bertugas mengunci pejabat...tanyalah dia. Kalau dia dah kunci, orang nak masuk, nak buat macamana... namapun perompak, bukannya dia nak bagitau bila nak datang atau nak mengumumkan kedatangannya.

Kadang-kadang bila fikir balik, banyak betul perkara yang diberi keutamaan bukan perkara utama. Malaslah nak cakap pasal hidup abadi dan alam yang sementara tapi logik akal atas dunia ni aje, nampak sangat tak logik. Kalau hari jumaat, orang lelaki perlu beri keutamaan untuk sembahyang jumaat tapi sebok nak buat rehersal supaya tarian yang di persembahkan tak memalukan. Kakitangan tak sembahyang tak malu. Stress! Kipas angin yang berbulan-bulan tak berpusing tak boleh baiki atau ganti tapi langsir yang warna tak menawan hati kena tukar sebab menyakitkan mata!!! Biar panas dan tak selesa janji sedap mata memandang.... bukan pada pandangan semua orang pun!

Entahlah, ini pun ujian jugak! Kena bersabar dalam pekerjaan tetapi kadang-kadang bila permintaan untuk kebaikan semua ditolak tapi untuk yang mengampu dan hanya menyenangkan satu dua orang di tunaikan hati sakit juga. Walau tahu begitulah adatnya mengharap kepada manusia. Dah ketua bukankah kena fikir kebajikan orang-orang yang dibawah tanggungjawabnya? Cakap pasal double standard ni lagilah sakit hati. Malasla!!!

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ulangtahun kelahiran junjungan tercinta Rasulullah s.a.w. (Bestny, hujan dah turun....sejuk sikit!). tahun silih berganti, dunia semakin tua dan mati semakin menghampiri. Adakah kita semua telah bersedia? Ramai yang kita lihat masih lagi mengamalkan budaya yang tidak diajar atau bukan sunnah Rasulullah s.a.w. Tidak akan lemah pemikiran kita jika kita bercerita tentang Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat baginda. Bukan bererti kita hanya berfikiran biasa kalau kita berkisah tentang sejarah perjuangan, tentang hijrah, tentang perang badar dan sebagainya. Dan memang bijak sungguh kalau kita hayati perjalanan hijrah, strategi perang khandak dan sebagainya. Jadi lebih baik kita bincangkan yang begini daripada memikirkan bagaimana nak ambik hati para tetamu vip yang datang dengan nyanyian lagu 60an atau tarian melayu kontemporari atau permainan dalam majlis untuk seronok sahaja. Kalau itu sahaja yang ada dalam kepala kita.... apa ye? Mindless la jawabnya!

No comments:

Post a Comment