Monday, July 6, 2009

Kita sahabat atau musibat?

Kita ada satu lagi isu yang kita nak share. Tentang orang yang tak sedar dan tak tahu bahawa mereka sebenarnya di lamun cinta atau sayang kat orang. Bila kita cakap dia tak mengaku, katanya kawan baik aje. Dua-dua sama je, baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Betul ke diorang ni tak sedar ataupun in denial ataupun buat-buat macam amnesia, tak ingat apa benda.

Pernah tak kita melihat persahabatan rakan sekerja yang rasanya macam ada yang tak kena je? Cuba kita muhasabah diri, adakah kita termasuk dalam kelompok yang begini. Kalau betul, marilah kita bertaubat dan perbaiki diri.
Pernah tak kita berkawan mesra dengan rakan sepejabat yang berlainan jantina sebagaimana kita berkawan dengan kawan yang sama jantina? Okay, sebagai contoh, ada dua orang manusia ni kata mereka sahabat baik tapi sorang lelaki dan sorang lagi perempuan. Dah berkeluarga kedua-duanya. Bila kita amati orang berdua ni, mesra macam husband and wife. Tapi mereka ni rakan sekerja yang dah bekerja satu jabatan sejak berabad-abad lamanya. Nak kata sahabat sehidup semati, macam lain aje. Sebab kita pun kadang-kadang naik hairan dan seriau satu badan melihat persahabatan mereka.

Kalau silelaki kata nak minum, siperempuan macam maid indon “mithali” berlari membancuh air untuknya, dan dia akan rasa air tu dengan meneguk minum dari mug yang sama je, tak pakai cawan atau sudu lain pun. Kalau tersilap sikit cakap silelaki , siperempuan akan merajuk dan akan dipujuk sesungguh-sungguhnya dengan berbagai-bagai cara yang walaupun stress menengoknya, tidaklah dengan ciuman atau pelukan kat pejabat tu. Kalau terpaksa silelaki akan menalipon sampai siperempuan tu okay. Dan silelaki pulak, kalau ada sesiapa telefon siperempuan, dia mesti tanya siapa yang telefon tu, macam cemburu aje! Lepas tu, mereka ni suka bergambar-gambar mesra dan tahu serba serbi tentang satu sama lain. Sampai semua ahli keluarga, atuk nenek moyang pun tahu. Kalau kita perlu maklumat salah seorang, tapi yang sorang tak ada, tanyalah yang sorang lagi, pasti dapat maklumat yang tepat, jelas dan jitu.

Jangan lupa, ini hanya senario yang kita reka dan ada-adakan sahaja, nak bagi “feel.”

Kemudian, katalah satu hari datang seorang hamba Allah yang mulut ala-ala laser dan bola berapi datang dan tanya, “Engkorang ni, ada-apa-apa ke?” Diorang pun sungguh-sungguh kata tak ada apa-apa dan mulalah adegan kutuk mengutuk antara satu sama lain. Yang perempuan akan mula tunjuk gambar orang-orang yang “mencintainya” dengan cara yang membuat yang sorang lagi macam cemburu sakit hati.
Kemudian, pada hari yang lain pula, adalah orang cakap kat silelaki tentang kata-kata orang sekeliling akan perhubungan dia dan siperempuan. Maka dia kata susahnya hidup ni. Asyik nak kena fitnah aje. Buat kerja baik pun orang mengata jugak. Dia kata siperempuan ni macam tangan kanan yang banyak membantu kerjanya, sampai nak buat keputusan peringkat jabatan pun tanya siperempuan yang tugasnya hanya untuk menghantar surat-surat, mengecop surat, taip surat-surat, failkan surat, buat salinan surat dan sebagainya. (Bukan hina pekerjaan. Setiap pekerja mahir dalam kerjanya dan memang susah kalau tak ada).

Okay cukuplah senario ciptaan ni, mintak-mintak janganlah ada pulak kat tempat kerja kita atau kawasan yang sewaktu dengannya perlakuan yang macam ni.

Apa yang kita nak highlight adalah:- jeng,jeng,jeng....

Wahai perempuan-perempuan yang bekerja, boleh ke engkorang layan lelaki lain macam tu, walaupun dia bos? Pernah ke engkorang berlari macam maid indon mithali kalau suami korang panggil atau mintak apa-apa? Pernah ke engkorang temankan suami engkorang memandu berjam-jam dalam kereta tanpa tidur kerana kasih-sayang engkorang padanya?
Dan wahai lelaki-lelaki yang sepatutnya ada 9 akalnya, pernah ke engkorang talipon bini engkorang lebih dari dua kali untuk pujuk dia kalau dia merajuk? Pernah ke engkorang beli kek lapan jenis macam-macam perisa untuk ambik hati dia bila dia merajuk engkorang lupa kek kegemaran dia tapi engkorang beli yang paling dia tak suka? Pernah ke engkorang temankan dia membeli belah walaupun engkau tak suka membeli dan membelah kerana kasih sayang engkorang kat dia?

Tak kot! Sebab engkorang take each other for granted! Tak bernilai sangat sebab masih ada lagi.

Kalau tak mungkin jugalah ini sebabnya kawan-kawan sepejabat ni bercinta tapi tak sedar, tak tahu atau tak mahu mengaku akan percintaan mereka ni. Sebabnya dengan orang lain, engkorang buat semua benda yang tak dibuat dengan pasangan masing-masing.

Kalau kita ternampak, terlihat atau terbuat, eloklah kita tegur, nasihat dan hentikan. Caranya kenalah kita fikir sendiri sebab membiarkan benda-benda macam ni tak baik. Takut nanti mereka dah terlajak jauh pulak, susah nak reverse... apatah lagi kalau dalam betul-betul feeling, bahaya macam ada pepatah ... mendayung perahu bertambat.... dan janganlah sampai mereka layak pula direjam sampai mati... nanti kita pun kena soal jugak!!! Janganlah pulak isu macam ni kita jadikan "breaking news", mengata dan mengumpat orang, tapi tak cuba perbetulkan. Mungkin mereka benar-benar tidak perasan akan perlakuan mereka. Jom kita muhasabah diri!

No comments:

Post a Comment