Monday, July 20, 2009

jom fikirkan!

I went to my brother’s place today and spent my day there. Enjoyed myself and today, I saw a program on tv, rancangan mengumpat dan menceritakan aib orang dan cerita-cerita peribadi orang. Some highlighted issues which I feel shouldn’t be brought by the media to the public. We are in Malaysia yet I felt (there and then) like I was in Hollywood – couldn’t think of anything holy there! Don’t see any education purpose in discussing other people’s marriages, not very decent behaviour, shameful things…. Imagine yourself being the subject matter!!!

Tak takut ke, lidah membawa ke neraka? Aib kita nanti dibuka dan didedahkan? Seram sendiri. Dan pada yang diluar sana dan yang menulis ni, marilah kita jaga tingkahlaku dan perangai kita. Kalau orang lain tak tahu, Tuhan tetap tahu juga. Tapi negara kita ni- (alhamdulillah dalam amannya) - banyak sungguh ujian akhir zaman yang kita kadang-kadang tutup aje mata kita dan ignore. Apa nak jadi dengan kita dan masyarakat kita ye? Baca suratkhabar kisah “suami beli” jadi pak sanggup untuk wanita terlanjur, budak sekolah bergusti, selsema babi, kahwin lari, macam-macam.... ngeri betul kita.

Macamana kita nak jaga anak-anak kita dari perkara-perkara macam ni? Sebab semua benda yang dilarang agama semuanya di langgar dan di buat. Lagi kata jangan lagi hebat perlakuannya. Kenapa ye? Dalam konteks kekeluargaan pula, suami ada yang baik sangat perangai dan tingkahlakunya, isteri hebat dan brutal gitu. Ada isteri yang baik dan alim, suami macam crook dalam filem, jahat melampau dan ada juga pasangan yang kelihatan bahagia bersama tapi.... tak kisah apa pasangan nak buat. Ada yang tayang gambar suami isteri bersantai dengan pakaian yang hanya fakir papa kedana sahaja mungkin mengalaminya... tak cukup nak cover pusat yang kecik aje tu...(fakir macam tu belum pernah kita nampak sepanjang hayat kita, yang baju lusuh dan koyak bertampal, ada la).

Tak kisah langsung. Esok israk&mikraj, mengenang perjalanan insan mulia Rasulullah s.a.w. diutus mengadap Tuhan yang satu yang berkuasa atas segalanya. Terbayang cerita-cerita Rasulullah s.a.w. tentang apa yang dilihat di neraka. Kita dengar dan baca tapi apa yang kita buat ye? Kalau kita sayang suami kita, apa tanda sayang kita? Dan kalau suami sayang isteri, apa tandanya? Kalau boleh sudah tentu kita akan jaga agar tiada apa-apa yang buruk berlaku pada pasangan kita kan? Kita akan pastikan anak-anak kita selamat dan terdidik untuk bahagia selamanya.

Wahai suami, sayangilah isteri anda dengan mendidik mereka mengikut acuan agama dan wahai isteri, sayangi suami dengan mengikut perintahnya selagi ianya bukan melanggar hak Allah dan ajaran agama dan hargailah ia seadanya. Dan wahai ibubapa, sayangi anak-anak dengan beri mereka ilmu agama yang berterusan, bukan setakat belajar mengaji dan mengenal huruf Al Quran, ajar mereka mengerti isinya.

Jom kita ingat-mengingatkan. Dan sempena hari mulia ini, kita memohon kemaafan dari semua jika kita melukai sesiapa pun.... semoga kita terpelihara dari fitnah dunia dan akhirat atau menjadi fitnah dunia dan akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment