Monday, July 6, 2009

Dugaanku.

Habis lagi satu hari. Cepatnya masa berlalu. Kerja-kerja atas dunia ni entah bila nak habis tak tahulah. Macam tak pernah habis je. Hari ni dah 13 Rejab, cepat benar rasanya. Terfikir pulak apa yang dah kita buat sepanjang bulan ni tak kiralah Masihi ke Hijrah. Umur semakin bertambah, masa berlalu pergi….. entahlah. Kadang-kadang dalam keseorangan kita teringat masa beramai, alangkah seronoknya kalau ada teman untuk berbual, bercakap, bertukar pendapat, mengadu, bermesra…. Emm alahai…

Tapi kita juga terfikir, baik macam mana kita ni. Sebab Tuhan jadikan manusia ni berbagai-bagai kelakuan dan perangainya dan teman yang kita perolehi itu adalah yang sejenis perangainya dengan kita. (Perangai ye, perangai... bukan jantina!!!) Orang yang baik akan dapat pasangan yang baik juga, orang yang tak baik akan dapat pasangan yang tak baik. Kalau berlaku lain dari kebiasaan, itu adalah ujian yang hanya Allah saja yang tahu hikmahnya untuk menguji hambanya.

So, kita jadi takut. Orang yang nampak macam suka kat kita, selalu kita rasa tak sesuai je atas sebab yang berbagai. Jarang berjemaah lah, mesra sangat dengan perempuan lah, tak pandai berpakaianlah, macam-macam. Lepas tu bila kita renung dan amati diri kita, lebihkurang itu jugaklah. Memanglah sembahyang jemaah tu, tak perlu bagi perempuan, tapi kita selalu je sembahyang selepas siapkan hal-hal dunia yang boleh aje tunggu 10-20 minit ataupun sehari/seminggu, kita pun ramah-mesra dengan orang lain, pakaian kita pun kadang-kadang macam orang buta warna je, kain oren baju hijau tudung biru, entah apa-apa. Apa-apapun, memang tak boleh nak kata tentang kelemahan orang, segalanya ada dalam diri.

Kadang-kadang kita tengok orang memilih atau bertukar pasangan dengan alasan-alasan yang entah iye entah tidak. Masa bercinta boleh sembahyang bersama-sama, berjemaah! Sembahyang sunat pun jemaah. Lepas tu dengar cerita mengapa dia pilih pasangannya itu kerana kewarakan dan alimnya dalam banyak subjek. Pening jadi kepala. Boleh ke korang ni sembahyang jemaah bersama-sama masa belum kawin ni? Confuse makcik! Ada orang tinggalkan pasangannya dengan alasan nak berdakwah pulak pada makwe baru yang serba jahil. Ini pun makcik confuse jugak! Bawak makwe pergi masjid, berbuka puasa bersama lepas tu pergi terawih! Emm.... alahai... yang lama sembahyang cukup, puasa tak pernah tak ganti, kau boleh tinggalkan sebab nak dakwah perempuan lain dengan bawak ke hulu ke hilir sebelum kawin... makcik rasa nak pergi hospital bahagia je!

Tak tahu apa nak jadi dengan dunia ni kan. Teringat jugak tentang orang yang mempunyai daging-daging segar dan halal tapi suka makan daging yang busuk dan berulat. Mana pergi akal diorang ni. Akhirnya kita juga yang dalam dilema ni. Iye ke tak iye, sungguh ke tak sungguh. Nampaknya kita kena jadi baik betul-betul untuk mendapat sebaik-baik teman kan. Apalah makna hidup berdua tapi kosong juga hati dan jiwa, apakah bahagia hidup bersama, tapi kehadiran tak menjanjikan ketenangan. Apapun jodoh pertemuan Allah jua yang menentukan. Kalau kita suka, dia pun suka tapi jodoh tak ada, culik wali dan jurunikah nak kawin,tak jadi jugak. Kalau dah jodoh, mengelak macamana pun pasti bertemu. Kita redha ajelah!

No comments:

Post a Comment