Thursday, March 26, 2009

Vibes, Premonition, Prophecy

Pilih siapa kawan kita. Itu pentingkan? Sebab kadang-kadang personaliti dan perangai kawan reflect apa yang kita gemar atau suka sebab tu kita boleh klik dengan orang tu. Teringat Dr. Shapie? (Ye ke nama dia ni, maaf dr.! Tuan juga guru saya, mungkin sebab tu, saya ni lambat sikit menghafal ni, guru pun tak sure, ampun…) Yang mengajar kaedah menghafal Al- Quran tu. Anak dia 6 orang dah jugak hafal semua, yang lain kecik-kecik surah Al-Waqiah kat bibir je tak payah tengok kitab. Dia cerita masa belajar dulu dia duduk dengan pelajar yang suka mengaji Quran. Dari tak tahu sampai mengajar sekarang, kan ke hebat tu! (Allah juga memberikan anugerah kepada sesiapa yang dikehendakiNya!)

Kalau berkawan dengan penagih dadah, agak-agak dapatke ilmu terhebat macam tu? Memang hebat! Kalau hafal pun mungkin perkara-perkara macam ..... heroin sepaket RM30, syabu boleh beli kat sana, nak high gi bawah jambatan... Entahlah.

Dan ada kawan yang kita tak perlu baik dengan dia, Cuma duduk satu ofis ke, kerja tempat yang sama ke tapi ada aura dan vibes tertentu. Ada yang negatif dan ada yang positif. Dan ada orang yang dalam dirinya ada prasangka buruk je kat orang. Kalau orang mengucap salam, ramah mesra dia kata gatal la, nak mengorat. Guna bahasa yang sedih bila dengar... betina nak ngorat jantan! Kenapalah nak berfikiran begitu. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah berpesan, ”jauhilah prasangka buruk kerana kebanyakkan darinya adalah dosa!” Kenal orang tidak, tapi buat kenyataan macam-macam. Tapi tak apalah, itu semua resam hidup kan.

Dan ada orang rasa dirinya ada kebolehan merasa apa yang akan berlaku esok atau masa akan datang. Dia guna perkataan apa prophecy, premonition, foresight? Tapi rasanya semua tu ramalan dan nujum la kan? Awasilah, wahai orang-orang ni. Dalam novel ke cerita ke boleh la buat gitu sebab penulis dah tau apa dia nak buat. Tak taulah tentang Karamah. Tapi Karamah tu macam kisah Saidina Umar al Khattab r.a... dia kat tempat lain, tentera Islam kat tempat lain, tapi dia mendapat bayangan keadaan mereka dan berteriak menyeru mereka naik bukit. Tapi itu berlaku serentak dan bukan yang belum berlaku. Bukan sesuatu di masa depan kan?

Tapi kadang-kadang ada masa rasa tak sedap hati je macam sesuatu tak kena kan. Mungkin itu firasat. Wallahualam. Tak taula apa bendanya. Tapi apapun mungkin kita boleh fikirkan.

LEARNT FROM THE PAST, LIVE IN THE PRESENT AND BELIEVE IN THE FUTURE!.

Dan apa yang kita harap tapi tak dapat tu, reda aje lah ye. Adalah hikmahnya. Think of this cowboy wisdom:

“If your horse died, get off!”

No comments:

Post a Comment