Wednesday, May 20, 2009

Betul ke tindakan kita?

Lelaki memang makhluk hebat yang Allah ciptakan. Manusia yang paling cantik, indah dan menawan-lelaki (Nabi Yusof a.s). Sebab tu lelaki tak payah pakai lipstik pun tak nampak pucat. Suara yang paling merdu sampai unggas pun berhenti mendengar pun lelaki (Nabi Daud a.s). Manusia yang paling kaya dan hebat tingkahlakunya pun lelaki (Nabi Sulaiman a.s). Semua segala kebolehan yang ada di bumi ni, Allah lebihkan pada lelaki. Semua nabi dan rasul lelaki. Nabi Muhammad s.a.w yang di nobatkan Allah sebagai manusia yang membawa rahmat ke seluruh alam adalah lelaki sejati. Allah letakkan juga tanggungjawab yang hebat di bahu lelaki kerana kehebatan mereka. Mereka punyai banyak kelebihan. Bukanlah mengatakan bahawa perempuan itu tidak hebat-tapi kehebatan lelaki dan wanita berbeza. Maha adil Allah tidak menilai nanti pada jantina tapi pada amalan hambanya!

Bercakap tentang lelaki, memang penat jugak jadi lelaki. Sebab kena cari nafkah untuk keluarga, kena pastikan ahli keluarga mendapat didikan sempurna, nak anak yang soleh dan solehah kena bentuk isteri solehah kalau tak kahwin dengan yang semula jadi solehah. Kena bertanggungjawab pada ibu bapa juga walaupun ada keluarga sendiri. Kalau ada adik-beradik perempuan yang belum berkahwin kena juga bertanggungjawab. Bagi lelaki yang benar-benar beriman dengan janji-janji Allah, mereka akan berusaha sedaya-upaya memenuhi segala tuntutan ini.

Tapi hari ni, kita tengok ramai lelaki yang tak berapa nak ambil kisah. Hal-hal rumah semua urusan isteri. Kalau isteri tak kerja, jawabnya lagi banyak la portfolio-drebar anak, tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, pelayan dan lain-lain selain jadi isteri, ibu, guru tusyen anak, guru mengaji dan sebagainya. Kalau mampu, alhamdulillah bolehlah dapat pembantu! Kalau isteri bekerja, tambah lagi satu jawatan, bantu ekonomi rumah tangga. Ada pulak yang isteri bekerja, lebih besar beban tanggungan belanja termasuk kerja rumah. Ada lelaki yang rajin menolong di dapur tapi lebih ramai yang tak rajin. Tapi apa pun, itulah resam berumah tangga kan! Kalau setuju dan rela, teruskanlah dengan bahagia sebab Allah pasti balas segala kebaikan dengan kebaikan yang lebih banyak lagi.

Ada pegawai-pegawai lelaki yang memang setiap hari balik lambat dan sentiasa datang kerja pada hari cuti pun. Kadang-kadang hairan kenapa mereka ni rajin sangat. Bila tanya rupa-rupanya mereka lebih senang sibukkan diri dengan kerja di pejabat sebab isteri mereka jawatan lebih besar dan selalu sampai lewat ke rumah. Dan banyak kali keluar outstation. Jadi kalau balik awal, seolah-olah kerja mereka kurang penting dan terasa rendah diri dengan kelebihan isteri. Walaupun hakikatnya, taraf pendidikan sama, kadang-kadang lebih. Cuma lain organisasi lain penilaian bagi kenaikan pangkat, jadi tak hairan kalau status pekerjaan jadi berbeza.

Kalau di KL keluar pejabat lewat ada kalanya lebih baik sebab dah lepas waktu sesak tapi kalau keluar lewat sangat, sempat ke pergi berjemaah kat masjid pada waktu yang sepatutnya boleh kalau berulang jarak yang agak jauh setiap hari? Sebab sembahyang berjemaah ni, bagi lelaki adalah sesuatu yang memang sepatutnya diamalkan. Memang sunah pun! Dan banyak sekali kesan positif dan yang paling penting janji-janji Allah Subhanahuwataala pada lelaki yang tidak meninggalkan sembahyang berjemaah. Kadang-kadang mereka ni, dilihat sangat baik budi pekerti dan tingkahlaku dengan semua rakan sekerja. Malahan dengan orang bawahan pun sangat baik, begitu humble dan mengambilberat. Dan memang beriman kerana tak pernah tak sembahyang bila tiba waktunya.

Mungkin dia ada masalah lain agaknya. Tak baik menilai. Sebab bila melihat dia nampak macam tawaduk. Tapi apa pun, wahai lelaki, baliklah kepada Allah. Pergilah berjemaah di masjid selepas waktu kerja. Setiap usaha makhluk mendekati Allah pasti mendapat ganjaran yang sangat hebat jika niatnya memang untuk mencari reda Allah. Dan pasti segala masalah kita atas dunia ni, besar atau kecil akan terungkai. Pasti kita dapat kebahagiaan bila Allah bahagia melihat kita. Tak kiralah apa pun ujian yang datang, Insya-Allah tenang kita menghadapinya. Dan didiklah ahli keluarga dengan contoh teladan yang baik.

Takkan hanya kerana isteri kita pangkat besar, kita pun jadi kecil di mata masyarakat dan di sisi Allah. Tapi perempuan pun, janganlah awak pula yang ego dan sombong. Tak masuk syurga, isteri yang menyakiti hati suami yang baik dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Memang wajib isteri mentaati suami melainkan dia suruh kita buat dosa. Ingatlah syurga isteri terletak juga pada reda suaminya.
Apa pun, sebagai makhluk tiada langsung hak kita nak sombong. Jangan lupa sombong dan ego mencampakkan Iblis dari syurga dan dilaknati sebagai makhluk terkutuk!
Dan lelaki, bersama kehebatan anda, datang juga tanggungjawab yang amat hebat yang perlu di pikul dan akan ditanya kelak... fikirkanlah!

No comments:

Post a Comment