Tertekan, terganggu, sedikit kecewa sebab kita pun manusia biasa yang iman hanya nipis, mungkin lebih nipis dari kulit bawang. Tak tahulah mengapa kita yang dipilih dan disangka sebagai orang yang akan buat sesuatu yang agak luar biasa dalam masyarakat kita.
Tertanya-tanya apakah karakter dan ciri-ciri yang ada pada diri kita sehingga semua orang yang tak tahu bila dapat cerita, terus menganggap bahawa kitalah orangnya. Bahaya jugak ni. Kalau orang kehilangan sesuatu yang berharga pun kita juga kah yang akan dituduh? Agaknya kalau ada suami orang berkenan kat kita, matilah kita dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan. Kita memang macam ni, peramah… itu pun mungkin salah jugak.
Nampaknya kita perlu tukarlah cara kita bergaul dengan orang. Mula-mula kita tak kisah orang cakap, ada yang datang nasihat lagi…. Adoiii… lemas sungguh. Tapi hari ni entah kenapa kita rasa sedih pulak. Kita ada prinsip, ada matlamat hidup. Mungkin ada persamaan antara kita dan orang lain tapi Allah tak akan jadikan dua manusia sama. Yang kembar walaupun seiras, DNA sama pun ada beza pada cap jari mereka tau. Tak adil sungguh kita pula yang kena tanggung orang lain punya beban.
Kita tahu ini semua ujian belaka. Tuhan mungkin nak ingatkan kita supaya jaga perlakuan kita, dan juga cuba sedarkan kita akan perasaan orang lain jika mereka di umpat keji macam yang kita lalui ni. Supaya kita jangan mudah sangat nak mengata dan mengutuk orang. Kasihanilah orang lain juga. Alangkah tertekan mereka dalam keadaan seumpama kita walaupun apa yang orang cakap tu ada kebenarannya.
Kita macam makan racun buatan sendiri jugak ni. Selalu dengar dan cerita tentang orang, sekarang rasakan bila diri menjadi tajuk perbualan orang pulak. Aduhai, semoga Allah ampunkan kita dan dosa orang-orang yang kita umpat keji. Dan semoga kita terselamat dari fitnah ni tanpa perlu menjelaskan apa-apa tentang orang lain pula.
Teringat pulak semalam ustaz muda kat tempat kita kerja cerita tentang seorang makmum yang datang sembahyang maghrib berjemaah di masjid. Sembahyang maghrib tu panjang sungguh. Lepas sembahyang dia pun tanya pak imam, ”Apa surah yang imam baca tadi, panjang sungguh?!”
Jawab pak imam, “Surah Al Baqarah.” “ Al Baqarah tu apa maknanya pak imam?”Tanya makmum tadi.
“Lembu Betina,” kata pak imam. “Nanti sembahyang isyak, nak baca surah apa pulak?” Tanya makmum lagi. “Surah Al-Fil,” jawab pak imam.
“Al Fil tu apa pulak maknanya ?” “ Gajah!” Jawab pak imam.
Jadi, masa sembahyang isyak tak nampak pun makmum tadi. Kesian pulak kat dia. Lain kali dia patut tanya betul-betul. Surah Al-Fil tu kan pendek aje. Kalau tak silap lima ayat aje, dah tak dapat pahala berjemaah!!!
Begitulah juga situasi kita ni, tanyalah betul-betul dan dapatkan khabar yang jelas dan benar. Dan kita pun muhasabah diri kita. Taknak lagi bercakap banyak dengan orang yang tak berkenaan, malas la. Kita tak perlu tambahan masalah sebab yang sedia ada pun belum habis selesai lagi!
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment