Tuesday, July 14, 2009

Iqrak

Hari ini berada di daerah Kuala Selangor sampai hari Khamis. Macam biasa bila keluar tengok kerenah manusia yang berbagai-bagai. Dah tugas kita kena bagi training kat orang lain, kadang-kadang bukan training sangat tapi lebih kepada sharing sebab kelompok yang kita jumpa kadang-kadang lebih banyak pengalaman dari kita sendiri. Lebih banyak yang kita belajar dari yang kita ajar. Interesting and dissapointing jugak kadang-kadang.

Kadang-kadang ada course participant yang ingatannya hanya nak balik sahaja. Macam-macam yang kita buat dan bagi untuk mereka tapi mereka dah ada’ mind set’ yang pergi kursus ni boring. Nothing new tak ada yang menarik. Alangkah malangnya apabila seseorang merasa dirinya sudah cukup belajar dan tak perlu belajar lagi.

Ramai yang lupa bahawa setiap kali nak keluar memberi kursus atau ceramah atau bengkel, kita akan buat ‘homework’ yang mengambil masa yang agak panjang. Kita dan kawan-kawan akan fikirkan siapa kumpulan yang akan hadir, apa yang nak disampaikan, bagaimana nak sampaikan, pelan A, pelan B, apa yang menarik, apa yang membosankan dan sebagainya. Tapi sedih bila ada peserta kursus yang tak pernah fikirkan segala usaha dan all the labour of producing for a course...

So, nothing is interesting if you are not interested! Macam-macam alasan, nak pergi jumpa doktor lah, mengandung lapan bulan lah (Tak larat nak kerja lebih sebelah petang!), ada meeting penting lah, macam-macam. Habis tu kenapa datang? Alasannya terpaksa, tak ada orang lain. Tapi sebenarnya mungkin nak lari dari tempat kerja jugak, dengan harapan boleh curi tulang semasa kursus….. tak rasa berdosa ke?

Kita pun bukan suka sangat keluar selalu ni, banyak kerja kat ofis yang tertinggal dan pokok kita yang mati belum tanam-tanam lagi. Sama je macam Michael Jackson, sian pulak, lambat benar disemadikan.

Apa pun, kalau ada manusia yang rasa dirinya sudah cukup belajar, itu adalah sesuatu kemalangan maut yang amat mengerikan. Tak dapat nak digambarkan kemusnahannya kerana segala-galanya telah bersepai, kalau badan kita boleh dikumpul pun mungkin dengan menggunakan sudu sahaja. Kenapa kita kata gitu? Sebabnya, tiada orang yang boleh cukup belajar walaupun setinggi mana tahap pengajian mereka.

Entahlah. Sehingga hari ni banyak lagi perkara yang belum manusia tahu, begitu banyak kajian yang masih dijalankan, dan kalau nak fikir, Al-Quran yang dah lebih 1400 tahun diturunkan pun belum habis dikaji lagi. Entahlah!

No comments:

Post a Comment