Susahnya nak memahami orang! Naik stress jadinya. Rasanya tak adalah kita buat apa-apa tapi tiba-tiba aje muncung dengan kita. Susah betul. Penat jugak nak muhasabah diri… apa yang aku buat tadi. Sebut pasal muncung teringat pulak ada kawan cakap kat kita , “aku kadang-kadang takut nak tegur engkau sebab nampak muncung aje, good mood ke bad mood!” Hello kawan, muncung kita ni original tau. Dah trademark nak buat macam mana, janganlah gitu… muncung-muncung pun ada lawa tau (he he he he) itu la kita masa mesra pun muncung, kalau marah, kata orang boleh di ikat muncung tu macam orang belit mulut buaya. Eee… melampau la engkorang ni. Bukan kah Allah jadikan kita, bukan kita pergi plastic surgery ke botox, tak baik tau….
Cakap fasal nak mengenali orang, adakah kita kenal diri kita? Pasti ke kita telah kenal diri kita sebenarnya? Betul ke penilaian kita tentang diri sendiri? Ada ke kita rasa kita baik? Atau kita rasa kita jahat? Ada orang sentiasa merasa rendah diri dan ada orang rasa dia tahu semua, jadi apa-apa pun mesti dia nak cakap. Kat mana kita? Entah ye. Rasanya orang lain yang boleh menilai kita lebih baik dari diri kita. Tapi kita rasa mak kita sangat memahami kita.... dan kita faham mak kita. Tapi samalah kita dan mak kita perempuan, hanya manusia, walau kita saling memahami ada masa kita lupa dan ikut nafsu... so, reaksi pada sesuatu perkara kadang-karang kurang sensitif tapi kita juga dapat mengesan bila salah seorang merasa kesal walaupun tak berapa pandai nak mintak maaf. Sebagai anak kita memang kena mintak ampun dan kita tahu mak sentiasa ampunkan dan kita maafkan emak sebab kita tak dapat nak bayar budi emak walau apa juga kebaikan yang kita buat pada dia.
Tapi bagaimana dengan pasangan kita? Pengalaman dulu, kita dapat mengesan perubahan pada emosi tapi mungkin kita kurang peka tentang tindakan yang paling baik untuk diambil pada masa itu. Dan pengalaman sendiri juga ialah bila kita biarkan dia sendiri bila melihat dia kurang tenang, itulah yang dijadikan alasan untuk menyalahkan kita. Pernah sebelumnya kita cuba tanya bila nampak dia tak tenang, kita kena marah sebab tak bagi ruang untuk dia berfikir dan bertenang. ????? Confuse kan? Bila kita tanya kenapa balik lambat sampai jam 2 pagi atau pergi mana sebab dari pagi dah keluar, malam baru balik pada hari minggu, dia marah sebab katanya semua nak kena report. Bila kita berhenti tanya, itulah juga alasan menyalahkan kita kerana katanya kita tak kisah dia nak buat apa atau pergi mana. ???????????? Sungguh mengelirukan!!!
Memang susah nak mengenali orang lain walaupun pasangan sendiri. Susah juga sebenarnya nak memahami diri kita. Sebab kadang-kadang kita tak kisah, orang bergurau, ada masa boleh jugak rasa kecil hati. Ganjil kan? Masalah apa tu? Hormon? Emosi? Hati? Tapi apapun kita perlu sentiasa melihat kedalam diri.... kata orang cermin diri dan jangan mudah menilai orang sebab dalam situasi tertentu seseorang mungkin bersikap berbeza berbanding dengan ketika yang lain. Dan ada masa kita mungkin diberi rezeki melihat sesuatu dengan mata hati bukan dengan pandangan luaran sahaja.
Teringat pulak satu English proverb…- people who live in glass houses, shouldn’t throw stone- apa ye. Maksudnya orang yang tinggal dalam rumah kaca jangan baling batu…(he he he) maaflah kita tau anda faham tapi maksud sebenarnya ialah kita kalau nak buat apa-apa pun kena lah fikir nanti memusnahkan diri sendiri juga. Kenapalah pakcik tu, muncung lagi kat aku ni? Lantak kaulah, dunia belaka ni!!!
Sunday, July 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment