Dalam mendengar Usrah Rasa Hati di radio Ikim dan teringat pujian seseorang, merasa diri ini kerdil dan hina. Kerana apa? Kerana dulu masa dilanda musibah, adakala kita lupa diri, perasaan sedih membutakan matahati sehingga kadang-kadang kita mengadu bukan pada tempatnya. Bercerita hanya kerana kita rasa dada kita sesak penuh dengan perasaan yang mesti kita luahkan. Lalu kita ceritakan segala rahsia kekecewaan dan kita terlalu kecewa sehingga kita tak pernah terlintas untuk melihat bahawa kita sebenarnya telah menyebarkan aib diri dan orang yang terlibat dengan kita. Walau macamana kita pertahankan bahawa memang itulah yang berlaku tapi kita lupa bahawa kita hanya manusia yang banyak sungguh kelemahan diri.
Kita memang percaya bahawa Allah telah menentukan segalanya dan bahawa dakwat sejarah kehidupan kita ini dulu, kini dan selamanya sudah kering - ubat yang paling mujarab untuk mengubat luka yang tidak kelihatan berdarah tapi parah. Dalam kesedihan berpeganglah pada hakikat ini. Jangan bersedih atas segala apa ujian kesusahan dan kesedihan, Allah nak berikan kita sesuatu yang baik.
Namun begitu bila kita waras kembali, lihatlah kedalam diri. Pasti ada salah kita kalau sesuatu ikatan tu kurang berjaya. Ada kekurangan yang menjadi lobang sehingga bocor terkeluar apa harta yang kita miliki. Dalam hubungan, kita mungkin lemah dari segi banyak hal. Kita kurang mesra, kurang prihatin, kurang peka, kurang budi bahasa, kurang lemah-lembut, kurang dari berbagai macam perkara. Kerana agama juga mengajar kita untuk menilai diri. Jangan hanya melihat kepada kekurangan orang lain sehingga kita kecewa dan merana, fikirlah mungkin puncanya dari kita juga.
Dan kalau kita tak dapat melihat walau sedikit pun kekurangan pada diri kita, maka yakinlah bahawa itu ujian untuk kita - jangan sampai kita jadi syirik pula kerana merasa tiada kekurangan lansung pada diri kita sehingga boleh dikecewakan oleh seorang manusia.
Dan janganlah kita mudah benar merasa bangga kerana dipuji dengan sedikit kebaikan sehingga merasa teruja - itu pun ujian juga. Ingatlah bahawa tiada siapa pun yang tahu segalanya tentang diri kita hatta ibubapa atau pasangan kita sendiri. Pasti ada ketika dan waktu kita pernah kalau tak buat pun,teringat atau terfikir tentang sesuatu yang tak baik sifatnya... hebatkah kita? Tak malukah kita merasa bangga dengan sedikit pujian bila kita sedar Allah tak pernah lalai mengawasi kita dan tahu segala walau sekadar terdetik dalam hati sahaja. Tak pernah terfikirkah kita kalau mungkin orang yang kita rasa menganiayai dan menzalimi kita mungkin tempatnya lebih baik dari kita kerana apa yang kita rasa zalim dan aniaya itu mungkin pada pandangan kita sahaja yang lemah tapi tak mahu mengaku sehingga perkara kecil-kecil pun kita rasa sangat besar dan sangat zalim.
Dan kalau benar kita dizalimi maka bukan hanya diri kita sahaja yang kita perlu ditolong tapi orang yang zalim juga kerana itulah ajaran agama.Kasihan pada orang yang zalim diuji lebih dahsyat dari orang yang dizalimi kerana apabila kita dianiayai dan dizalimi, doa-doa kita terangkat terus dan pasti diberi kalau tak sekarang pasti nanti.
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment