Teringat luahan hati seorang lelaki tentang ketidakpuasan hati dengan layanan isterinya. Habis segala-gala kelemahan dan kekurangan isteri diceritakannya. Sehingga sedih pulak membayangkan kalaulah isterinya tahu apa yang suaminya cerita tentang dia. Tapi perkahwinan dah lebih dari dua puluh tahun, anak-anak dah besar. Dan sedih dan memeranjatkan apabila si suami kata kalaulah isterinya itu seperti seseorang..... entahlah!
The grass looks greener on the other side of the field. Kenapa cepat sangat meletak nilai tinggi pada orang yang kita kenal luarannya sahaja dan tiada nilai langsung orang yang berkongsi tilam bantal dan segala-galanya dengan kita bertahun-tahun lamanya.
Bukankah isteri itu suami yang mendidik dan membentuknya? Kalau banyak sangat kelemahan pada isteri, sudah tentu ada kelemahan pada suami. Takkan baru sekarang nampak segala kekurangan. Mengapa tak buat sesuatu dari awalnya untuk membimbing isteri mengikut kehendak hati kita. Kadang-kadang tak ada salah dari segi keperluan rumah tangga, disebut segala kekurangan dalam hubungan intim suami isteri.
Wahai lelaki, kalau perlakuan anda menyebabkan dia tak seronok dan tak selesa tentu dia kurang berminat. Kenapa tidak berbincang dan berkomunikasi tentang perkara ini. Memang nampak macam tak penting bagi sesetengah orang, tapi kerana isu dalam kelambu ni orang bercerai-berai, suami kahwin lain, isteri curang. Kalau rasa tak banyak, sedikit pun masalah ini dapat menyumbang kepada bahagia atau tidak sesuatu rumah tangga itu. Kerana Allah telah ciptakan manusia dengan fitrah dan keinginan naluri yang ingin dipenuhi bila ada tempatnya. Kalau tak ada pun, bagi yang tak beriman, akan dicari juga walaupun tak halal! Jadi ambil isu ini sebagai sesuatu yang serius dan penting dalam keharmonian rumah tangga.
Ada orang boleh bercakap segala dengan orang lain tapi tidak dengan pasangan sendiri. Kenapa kita tak nak jadikan pasangan kita sebagai tempat meluahkan rasa dan berbincang? Sebab kita tak meletakkan nilai yang tinggi pada mereka. Kita selalu rasa mereka tak memahami kita, mereka tak sporting, mereka tak perlu tahu.... lalu apa matlamat kita memilih mereka sebagai pasangan hidup? Untuk menghasilkan zuriat aje, tukang masak, tukang cuci, tukang cari belanja, tukang layan, tukang urut? Apa? Kalau di awal perkahwinan tak dibiasakan mesra, berpegangan tangan, berbincang, buat segala bersama, memangla janggal bila dah kahwin 10-15 tahun baru nak mula. Hairan jugak ada orang rasa segan nak jalan pegang tangan dengan pasangan sendiri tapi mengada-ngada dengan orang lain tak malu.
Entahlah. Tapi apapun, janganlah cuba bandingkan pasangan kita dengan orang lain. Baik buruk dia, kita dah tahu luar dalam, tapi orang yang kita tak pernah duduk bersamanya belum tentu lagi. Tak akan ada orang yang akan dedahkan keburukan dirinya pada orang... memang tak laku la jawabnya. Cuba bayangkan kita dibandingkan dengan orang lain. Sedih tak? Terimalah dia seadanya. Kalau hati terbekenan kat orang lain, tak payahlah nak mencari salah dia, untuk menutup keterlanjuran kita jatuh hati. Itu semua kadang-kadang bukan kuasa kita. Kenapa pulak nak cari tempat meletakkan kesalahan, hanya kerana kita tak dapat kawal diri dan perasaan sendiri. Dan bersyukurlah kita ada keluarga dan lihatlah diri sendiri. Bayangkan banyaknya kesabaran orang dengan kekurangan dan kelemahan yang ada pada kita ni. Apa kita ingat kita perfect ke?
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment