Bulan Rejab kembali lagi. Sudah hampir benar dengan Ramadhan, lepas ni Syaaban dan kita tak lama lagi puasa. Lepas puasa, raya pulak dan bermula musim haji. Bestnya kalau dapat pergi menunaikan haji.
Bulan Rejab ni bulan kelahiran kita. Dulu suatu ketika yang lama dulu tapi selepas Perang Dunia ke 2 dan selepas Merdeka, mak kita lahirkan kita pada hari Isnin, 15 Rejab pukul 12 tengahari. Bersusah payah mak mengandungkan kita , melahirkan dan membesarkan.... sayang mak! Dan sayang ayah juga!
Ramai kawan-kawan kita yang mengambil kesempatan berpuasa sunat di bulan Rejab ni, tak kurang yang puasa ganti. Alhamdulillah, banyak terlihat keberkatan di bulan ni. Tapi sebenarnya, semua bulan pun ok. Kita sebenarnya boleh buat kebaikan yang sedikit atau banyak setiap hari, tepuk dada tanya selera dan kalau nak buat jahat pun bukan ikut bulan pun, bila-bila aje boleh buat jahat. Dan hidayah juga kalau nak diberi, bila-bila dan dimana saja boleh diberi.
Bulan Rejab ni banyak makna dalam hidup kita. Selain bulan kelahiran, ia juga bulan yang mencipta sejarah dalam hidup kita, peristiwa-peristiwa besar banyak berlaku dalam bulan ini. Secara kebetulan, takdir menentukan begitu. Hanya Allah yang tahu hikmahnya. Tapi tak ada apa pun yang boleh disungutkan dalam kehidupan ini, kerana banyak sungguh nikmat yang kita perolehi. Apa saja yang kita hilang kalau tak diganti dengan sesuatu yang serupa, diberi pula kebahagiaan dan kesenangan yang lain.
Terfikir selalu apa yang kita buat sebagai tanda terima kasih dan syukur kita kepada segala yang telah kita miliki. Sedangkan kasih sayang emak dan susah payah dia mengandung, melahir dan membesarkan kita pun tak mampu kita balas, apakah yang telah kita persembahkan kepada Pecipta kita dan kehidupan ini.
Teringat kata Ustaz Zahazan: - Nak tahu kedudukan kita di sisi Allah, lihatlah kedudukanNYA dalam diri kita. Kita melihat dalam diri sendiri, seringkali, keutamaan kita diletak bukan pada sesuatu yang benar-benar utama. Kita akan dahulukan semua perkara lain, tapi bukan pada sesuatu yang pasti menjanjikan bahagia abadi kita. Susah benar mendidik diri. Entahlah.
Kita baca dan dengar bagaimana segala makhluk dan benda yang Allah cipta selain manusia akan hanya mengagungkan Penciptanya sahaja sepanjang hayat mereka walaupun mereka tidak diberi akal, tapi kita entah apa-apa yang kita buat dengan akal kita. Tak tahu nak cakap apa lagi, umur dah banyak ikut kiraan bulan atau matahari, bintang pun banyak yang dah mati.... kita ni apa la nak jadi...tak reti nak beri prority. Wallahualam.
Monday, June 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment