Malam tadi kurang lena tidor. Susah benar melelapkan mata sehingga awal pagi. Bukan apa, sekadar memikirkan tentang masyaakat yang menjadi jiran tetangga kita, kelompok yang sekitar kita. Tentang pandangan, pemikiran dan kepercayaan tentang baik dan benar.
Bila kita buat kajian secara pengamatan mata kasar, kebanyakkan mereka adalah yang terpelajar dan yang belajar. Mengamalkan segala asas yang disuruh agama tapi kadangkala penerimaan kepada sesuatu perkara tertentu seringkali menggambarkan betapa negatifnya pemikiran.
Kalau nak cakap soal tak bahagia dengan kehidupan sendiri, sepatutnya sudah cukup bahagia. Tapi bahagia itu pun sebenarnya adalah mengikut penilaian dan sukatan individu. Bila sebenarnya kita bahagia? Bila kita buat keputusan untuk bahagia, kita pasti akan bahagia di mana saja, bagaimana , bila, sendiri atau bersama siapa jua. Kitalah yang menentukannya. Bukan orang lain.
Setiap kali kita merasa tidak bahagia, pastinya tak akan bahagia. Tak salah merasa bahagia walaupun kita ditinggalkan, tak salah merasa bahagia setelah kehilangan, tak susah merasa bahagia dalam kekurangan. Selagi kita dapat melihat kebaikan dari segala kesusahan dan kesedihan, kehilangan dan kekurangan, sendiri dan keseorangan, berdua dan berteman. Selagi kita mampu melihat apa yang ada dalam tiada, kelebihan dalam kekurangan, teman dalam keseorangan, tenang dalam berteman, insyaAllah kita akan bahagia.
Kalau kita bahagia tentunya kita ingin orang lain juga menikmati bahagia dengan apa cara yang dapat membahagiakan mereka selagi tak salah dari segi agama. Janganlah kita menilai orang hanya kerana ujian mereka berbeza dengan kita. Bukan mereka sengaja agaknya untuk mengambil tindakan yang mereka ambil. Berdoalah untuk mereka, apatah lagi kalau mereka seagama dengan kita.
Dan bagi yang diuji dengan kebahagiaan yang mungkin sedikit luarbiasa bagi masyarakat dan kelompok kita, tenanglah! Sifat insan ini sementara bagi segala-galanya. Tak lama mereka akan lupa, insyaAllah lama-lama mereka bukan sahaja akan menerima malahan menyetujui juga. Sabarlah dan tabahlah menghadapi. Beranilah selagi kita dipihak yang benar. Semoga Allah membalas segala kesabaran kita dan cekal hati dalam melalui kehidupan dengan modal umur yang sedikit ini, dengan bahagia yang kekal abadi, selamanya. Dan janganlah sekali-kali lupa selain kuasa Allah atas segala, kita tetapkanlah standard kita untuk bahagia dan sesungguhnya doa itu adalah sehebat-hebat senjata yang menjadikan manusia itu sekukuh gunung-ganang yang mempu menahan tiupan angin dan sehebat karang dilautan tak terusik di landa badai!
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment