Minggu ni minggu deria sedunia kot. Sebab apa saja cerita mesti teringat akan deria yang ada kat kita ni. Bertuah sungguh kita yang ada cukup dua mata, dua telinga, hidung dan mulut. Hidung satu aje tapi lubangnya dua. Kalau selesema atau sejuk tersumbat satu rongga hidung, memang tak selesa sungguh. Lemahnya manusia ni..
Ada dua mata, dua telinga dan dua lubang hidung tapi mulut ada satu je. Peribahasa ke pepatah melayu ada mengadakan- kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Orang buta boleh hidup, orang pekak pun boleh hidup, orang bisu pun boleh hidup, kalau tak ada hidung, mungkin payah sikit la, tapi boleh kot benafas dengan mulut!
Kita selalu pesan kepada yang selalu jumpa dan dengar kita, supaya buka sahaja apa yang ada dua dari dagu ke atas, tapi tutuplah apa yang ada satu. Bukan kita cipta sendiri pun, tapi belajar dari orang lain juga. Sebabnya bagi orang yang dilahirkan tanpa kecacatan deria ni, susah nak sesuaikan diri jika salah satunya hilang fungsi. Dan kita selalu dengar dalam ceramah agama dan memang Rasulullah s.a.w pun ada pesan supaya jaga lidah yang dalam mulut tu sebab, banyak mudharatnya kalau tak tahu nak kawal.
Mata pun kalau salah guna boleh memudaratkan pemiliknya dengan berbagai cara sekarang atau nanti. Dari mata turun ke hati. Kalau tak bersuara pun, hati selalu berkata-kata kesan apa yang dilihat mata kita. Ada tak kisah tentang telinga membawa parah kepada pemiliknya? Mungkin, kalau terlampau taksub nak rasa cantik, pasang subang seratus pasang dan korek telinga terlalu dalam! Tapi apapun yang kita dengar (jika buruk) dan lidah tidak sampaikan, jasad tidak amalkan, hati tak menilai dan mengata, tak adalah bawa keburukan kot? Kalau ada mungkin kepada jiwa sendiri sahaja! Pecah Mental, kata anakku kalau benda-benda tu, mendatangkan stress padanya!
Apapun ramai orang yang kita kenal kurang kemahiran menggunakan nikmat dua telinga ni. Kurang mendengar. Tak belajar jadi pendengar, tak perasan bahawa kemahiran mendengarnya kurang (mungkin kita pun?). Banyak kali kita melalui senario ini, ada yang bercerita, berceramah, ada pulak ceramah selingan di belakang. Ada kawan bercakap sesuatu tak sempat habis, dah kena potong, ada kawan nak mengadu masalah, kawan lain sampuk cerita yang seakan-akan sama macam masalah nenek sedara dia punya mak tiri, tak habis masalah kawan, putus talian hayat hari tu. Anak nak cerita tentang impian dan keinginan dia, belum apa-apa, mak ayah kata mengarut. Suami nak cerita, isteri pun ada cerita, masa-masa tu jugak tak sempat nak tunggu pasangan habis bercerita.
Bunyi macam kelakar je kan? Tapi kita banyak dengar luahan hati kawan-kawan yang kecewa dengan masalah kemahiran mendengar ni. Tak dapat nak luahkan pada pasangan mereka, apa yang mereka lalui, hadapi, tak puas hati, macam-macam. Dulu pun itu juga salah satu sebab mengapa orang bengang dengan kita (Kata orang tu!). Alhamdulillah, kita belajar juga untuk mendengar. Terimakasih kerana pengalaman perit dan satu sebabnya dia kata kita kurang mendengar dan kurang bercakap dengan dia! Mungkin ada kebenarannya, tapi kita rasa mungkin jugak dia memang tak minat nak bercakap kat kita, cakap dengan orang lain, orang tu dengar dan sokong segala sebab dia tak susah nak fikir kalau apa-apa berlaku- bukan masalah dia. Mungkin kita banyak fikir salah benar, sesuai atau tak, patut atau tak patut bagi setiap perancangan dan tindakan. Memang salah kita la tu, banyak sangat pantang larang! Apa pun kita berterima kasih juga kerana banyak sungguh pengajaran dan hikmah yang kita hanya lihat setelah rasa kecewa menonggeng tertonggeng!
Alamak, terbabas lak. Sori la. Apapun, kemahiran mendengar ini sangat penting sebenarnya untuk keharmonian hidup. Kalau pemerintah tak mendengar rungutan dan aduan rakyat macamana nak memerintah dengan baik. Kalau boss tak dengar, pendapat pekerja susah juga nak maju, kalau cikgu tak dengar masalah pembelajaran murid, tak patut jadi cikgu, ibubapa kalau tak dengar apa yang anak nak sampaikan, mungkin tiba-tiba dengar suara cucu menangis je, anak-anak kalau tak dengar cakap ibubapa alamatlah tak selamat, isteri tak dengar cakap suami mengundang tak bahagia, kawan-kawan kalau tak reti nak belajar mendengar kawan, lama-lama tak ada kawan!
Marilah kita sama-sama perbaiki kemahiran mendengar kita. Lepas tu kita banyaklah mendengar ilmu-ilmu yang baik jangan asyik dengar lagu je, letih juga. Dengar bacaan Quran dapat pahala, dengar nasihat yang baik dapat ilmu, dengar bunyi alam dapat mendidik jiwa melihat keagungan dan kebesaran Tuhan. Jom kita jadi pendengar yang baik!
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment