Sharing is caring! Selalu kita dengar ungkapan ni. Best juga kalau memang ini yang kita amalkan dalam banyak hal. Tapi kadang-kadang kita tak share benda yang sepatutnya kita share, dan kadang-kadang kita share bukan kerana kita care.
Ada orang segala kesusahan dan kesedihannya diluahkan kepada kawan dan sahabat atau ahli keluarga. Nak share masalah, terpendam dan terbuku di dalam hati. So, kalau ada tempat mengadu dan meluahkan rasa, bolehlah mengurangkan tekanan perasaan. Memang benar, itu adalah satu cara menangani stress. Bila kecewa dengan pasangan, tak dapat layanan yang diingini, semua cerita sebab hati bengang. Masa badan sakit, jiwa tak tenteram, hidup susah, share cerita dengan orang yang boleh mendengar dan memahami.
Teringat pulak pada seseorang ni, masa dia sakit, susah, sedih... dia sentiasa talipon anak kita, mengadu hal. Anak kita selalu menangis sedih mengenang orang ni. Lepas tu, baru-baru ni, dia mendapat kebahagiaan baru, bersenang hati dan bergembira, anak kita tak tahu pun. Jangan kata nak ajak, menipu lagi. Tapi kantoi jugak. What goes around, comes around! Bukan boleh sorok pun. Lagipun dari segi agama, perkara-perkara baik begitu kena hebahkan untuk mengelak fitnah. Tapi itukah tanda caring? When you are not sharing the good thing.
Berbalik kepada sharing is caring ni. Kalau kita dapat berita yang tak berapa enak tentang kawan atau kenalan kita, kita mesti nak share dengan kawan lain kan? So itu sebenarnya tanda kita ni, teruk! (Cakap tentang diri sendiri jugak). Kita dah tahu lama tapi kita simpan. Entah macam mana, orang lain tahu, habis satu dunia tahu, bila tanya kat kita kita bukan nak nafi atau diam, kita iyakan pulak. Zalimnya kita. Betapa kita tak care langsung dengan maruah orang.
Perkara yang dah tersebar walau bukan kita sebarkan, menyebabkan kita rasa susah hati sebab tak berdaya nak menghalangnya. Salah kita jugak sebenarnya, tak berusaha pun nak tutup. Takut sangat orang kata kita mengada-ngada macam alim sangat. Tapi kita tak takut kat Tuhan. Kita selalu cakap nak jadi baik tapi kita buat juga benda tak baik. Kita selalu lupa bahawa segala-galanya ujian dan kita kena hadapi dengan waras dan ikut akal bukan ikut hati. Selalu kita dah buat yang tak betul baru nak menyesal. Kenapalah kita tak belajar juga dari pengalaman lama. Susahnya mendidik diri!
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment