Monday, March 8, 2010

Sex and sex and their power!

If you are glancing over your shoulder wondering if somebody is behind you watching…..because you are reading this entry…don’t worry, you can ask them to join you. The title might look bad (if you think sex is bad) and might give you ideas, but I am actually writing about sex as in gender and the different power of communication…between the male and the female. It is not that I am not interested in the other things related to the word sex…but got nothing interesting to share…even if I want to… And had no intention of fooling anyone though I am well aware that the word sex will arouse certain interest to certain people….or could be to everyone.
I was looking for materials for a public speaking course that I am supposed to conduct in three week time and came across many interesting clips and articles on communication…presenting your ideas and expressing your thoughts. And I was preparing my power points for my session after reading the many books and articles about communication, I must say that true indeed all of us are here on this big blue globe, but men are `from mars’ and women ‘from Venus’, not because I’ve discovered scientific proof of the origin of men and women but because obviously, we express and communicate differently!
Many times I myself feel that I failed to convey the ideas that I wanted to share as the meanings deciphered by others were not my intended meanings and ideas. That was indeed frustrating! Somehow people tend to misinterpret our gestures and remark. I had an experience writing a note to my friend and unintentionally put too many exclamation marks on the paper. She thought I was angry and got really upset over the whole thing. Women interpret differently. Wrote something to man, with a reminder as well…not a very gentle one…but he didn’t really mind, at all!
And then there were time when we try to communicate our feelings to those people….whom we care and love. Why is it difficult to express our true emotion to someone we care about. I mean, there is so much that you want to say but not all would come out and sometimes the one you’re talking to wasn’t a very good listener so expressing your thoughts and feeling becomes a daunting task. Experiencing this situation many times caused me to resort to writing. But then, I had that ‘bad note’ experience!
What is difficult to express and explain? Well, if you have something personal(…..could be…your reputation at stake), or telling someone about some complaints received regarding his/her behavior, or something you need…which could be rejected, your dissatisfaction over some matters, etc.
I find writing to be the best way to express my feelings but it is sometimes ridiculous to write to your husband when he shares your bed, comes home every day, watches tv with you….and you have all the opportunity, time and place to talk and pour out your feelings; or a friend who sits next to you in the office; or your own mother; blab la bla….
Then, there was another time when I was actually praising but it was interpreted as an insult! What a difficult life. So, writing is “always” the best way for me to express my feelings over very personal and private matter…I am really lousy at saying out loud! But then, these are all my way of communicating, me a woman, what would the man do? Nothing!
Some men would just keep quiet and when they are saturated…..almost overflowing, they would talk to someone else, not to the person who is concerned! Some men think it is useless to talk to their spouses but it is okay to talk to other women or other men’s wives! I mean, I had occasion when my male friends complaint about their spouses but when I ask if they talked this out to their wives, none said yes! A few would say, “she should understand my need and feelings!” well, I don’t know.
Okayla, got other things to. A friend complaint that I never finish up, what I started…..well….that’s just me! Chow!

Friday, March 5, 2010

Dah cukup baikkah kita?

Bila Tuhan gembira melihat kita semua orang pasti gembira melihat kita. Jika Tuhan melindungi kita tiada suatu apa akan memudaratkan kita. Itu adalah kebenaran dan kenyataan yang kita terima dan kita pegang. Bahawa kita mencari keredaan ALLAH dengan reda pada apa juga ujian yang kita lalui dan kita yakin bahawa kalau kita buat salah dan dosa, kita akan menanggung segala natijah dan akibat perbuatan kita.
Kita membaca berbagai kisah berkaitan pembunuhan kejam Syafia Humairah. Bagaimana latarbelakang ibu bapa dan teman lelaki ibu yang membunuhnya. Alangkah malangnya melihat kebejatan akhlak yang pada kita mula menyamai segala akhlak buruk kaum jahiliah arab sehingga ALLAH mengutuskan Rasulullah s.a.w. Perzinaan, pembunuhan kanak-kanak dan bayi, minum arak, pembunuhan antara puak adalah perkara yang merupakan lumrah masyarakat pada ketika itu. Dan alangkah sedihnya apabila kita tidak berusaha memperbaiki diri dan menjaga akhlak sehingga apabila terbongkar sesuatu perkara, ia disusuli dengan pembongkaran berbagai perkara termasuk kisah silam ibu, bapa dan teman lelaki ibu yang membunuh Syafia Humairah.
Kita semua adalah manusia biasa yang tidak akan lari daripada melakukan kesalahan dan dosa. Namun begitu naluri semulajadi manusia adalah untuk menjadi baik. Dan kebaikan itu adalah sebenarnya suatu perkara yang universal, dipandang daripada sudut yang sama oleh semua orang dimana sahaja mereka berada. Siapakah yang akan bersetuju dan menyokong perbuatan seorang lelaki membunuh seorang anak kecil dengan menyepak dan menendang, memijak dan melambungnya apabila umurnya hanya 3 tahun….apakah salah besar yang dia telah lakukan?
Tapi kita berbalik kepada diri kita semula sebagai orang dewasa yang tidak diuji dengan pembunuhan sebegini. Apakah akhlak kita telah cukup baik dan mulia? Mulia kah kita sekiranya kita tidak membunuh sesiapa tetapi:
1. Bersuami dan melayan lelaki lain hanya kerana kita kecewa dengan sikap suami kita?
2. Berpakaian menjolok mata, dedah sana dedah sini sebab kita kecewa di tinggalkan lelaki?
3. Mengata keburukan orang yang kita tak pasti kebenarannya hanya mendengar dari orang lain?
4. Mengutuk segala kesalahan orang dengan menggunakan perkataan yang kita marah kalau dengar anak kita ungkapkan?
5. Sembahyang dan puasa lebih banyak daripada orang lain dan merasa kitalah yang paling baik?
6. Menasihati orang lain untuk buat baik sedangkan kita pantang lepa sahaja akan buat perkara yang tak patut kita buat?
7. Menipu dan mengambil kesempatan untuk kesenangan diri, tak kiralah macamana janji kita tak susah?
8. Dan macam-macam lagi….
Buruknya akhlak orang-orang yang kita baca dalam kisah sedih anak kecil bernama Syafia Humairah tapi kita juga pernah baca kisah pembunuhan anak remaja oleh rakan-rakan remaja yang menjadi harapan ibu bapa mereka, belajar agama, menghafaz Al-Quran, tahu halal-haram hanya kerana sebuah cerek elektrik. Apa kesimpulannya? Bahawa ALLAH menguji manusia dengan berbagai cara untuk berbagai tujuan walaupun mungkin perbuatannya hampir sama. Membunuh….menyebabkan kematian orang lain. Mungkin dalam kes yang kedua, anak-anak remaja ini mendapat peluang kedua untuk memperbaiki diri, beroleh keinsafan kerana selama ini mereka merasa diri mereka hebat sebagai senior dan punya hak untuk marah pada orang baru, junior. Nafsu amarah yang tak terkawal akhirnya berakhir dengan kematian. Kita sedih bila memikirkan anak kita mati dibunuh, tapi kita lagi sedih memikirkan anak kita menjadi pembunuh.
Mungkin dalam kes pertama pula, keseronokan hidup di duia ini adalah satu-satunya matlamat hidup orang-orang yang terbabit. Kehidupan hanya berkisar kepada kepuasan hawa nafsu, kemahuan fizikal, keperluan berseronok mengatasi keperluan lain. Tiada matlamat jangka panjang dan matlamat kehidupan abadi. Bila ada sesuatu yang terhalang atau menghalang, itulah yang perlu di atasi terlebih dahulu. Seorang isteri dan ibu yang merasa tanggungjawab sebagai isteri lebih besar daripada tanggungjawab sebagai ibu tidak akan mampu hidup tanpa lelaki di sisinya…di perlukan teman, perlukan belaian, perlukan sentuhan…mengatasi keperluan memberikan didikan dan kaasih sayang kepada anak-anaknya. Jadi kalau tiada suami yang sah, mana-mana lelaki yang boleh berperanan macam suami pun jadi. Anak-anak hanyalah kesan dan akibat daripada perhubungan fizikal antara lelaki dan perempuan, bukan satu tanggungjawab dan amanah yang penting! Peranan isteri juga hanya sekadar ingin dibelai dan membelai seorang lelaki. Entahlah. Tiba-tiba kita rasa berat benar tanggungan mereka…kita pun tak mampu untuk luahkan!
Sebagai orang yang memerhati apa yang kita dapat? Pengajaran bahawa kita perlu jaga diri kita supaya tiada sesuatu yang buruk berlaku kepada kita akibat kejahilan diri sendiri dan keburukan akhlak yang kita amalkan. Benarlah kita wajib meninggalkan apa-apa perbuatan yang buruk kerana itu adalah kezaliman kepada diri sendiri yang akhirnya kita juga terpaksa menanggung akibatnya. Kita merana bukan kerana ALLAH zalim pada kita tapi kerana kita menzalimi diri sendiri!

Ya ALLAH ampunilah kami semua! Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Amin!

Thursday, March 4, 2010

Senyum 227

Kita dah kumpul banyak juga maklumat tentang anjing. Tentang cacing pita yang terdapat pada anjing, tentang bacteria yang terdapat dalam air liur anjing…memang bahaya pada kesihatan. Lepas tu ada kawan kita bercakap tentang jilatan anjing boleh menyembuhkan luka. Kita pun cari lagi tapi tiada bukti saintifik yang kita jumpa hanya kisah-kisah legenda dan kepercayaan. Malahan ramai doctor yang menasihati supaya gunakan cara yang lebih baik daripada membenarkan luka anda dijilat anjing iaitu dengan ubat cuci dan plaster. Okay..kita rasa boleh juga kita jawab dari sudut sains dan kesihatan.
Sekarang kita nak cerita tentang senyuman. Pagi tadi kita dengar Ustaz Badlishah bercakap tentang “Hipokrit”. Ustaz Badli cakap tentang sesuatu yang sangat menrik perhatian kita iaitu senyuman 227. Bahawa senyuman yang ikhlas tu tarik 2sm ke kanan dan 2sm ke kiri selama sekurangnya 7 saat. Kita rasa seronok dengar sebab kita kongsi pendapat dan kebenaran dalam ‘teori ‘227 ni. Tujuh saat bukannnya lama sangat! Tapi sempat sampai ke hati dan jatuh juga ke hati. Ada orang yang kita kenal senyum dengan mulut yang sangat rapat, tak sama panjang sisi dan hanya satu saat sahaja.
Kita rasa kalau tak ikhlas nak senyum lebih baik jangan senyum. Tapi susah ke nak senyum? Mungkin ada orang yang memerlukan banyak tenaga untuk menarik otot pipi dan bibir untuk senyum. Kita pun bukan baik sangat… ada masa kita pun senyum macam tak ikhlas je… hipokrit! Semoga kita semua insaf dan tak buat perangai munafik macam ni kan!!!
Apapun marilah kita berusaha untuk sekurang-kurangnya bersedekah dengan senyuman yang ikhlas dari hati kalau tidak dengan wang ringgit dan harta benda!

Sunday, February 28, 2010

Adil ke tak adil?Entah!

Kita disoal tentang kuota. Adakah kita rasa adil kuota di tetapkan bagi golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Kita tak jawab dengan pendapat kita tapi katakan bahawa itu bukan keputusan kita dan semua orang perlu mengkaji sejarah. Jujurnya kita mungkin tidak ikhlas dengan jawapan itu. Apa sebenarnya pandangan kita?

Andaikan saja kita pergi merantau. Kemudian bertemu sebuah tempat yang baik, subur dengan penduduk yang sangat mesra dan bertimbangrasa dengan kita. Akhirnya kita buat keputusan untuk tinggal disitu. Apapun perasaan kita, kita tahu kita adalah tetamu yang diterima baik oleh penduduk tempatan. Kita menetap dan berkeluarga sehingga akhirnya anak-anak kita dilahirkan disitu. Semasa hidup kita, kita tahu hak dan batasan sebagai orang yang mendatang dan menumpang. (Kita yakin tiada bangsa lain yang perangainya seperti Yahudi....merampas tanah orang setelah dilayan dengan kebaikan... kejahatan pula balasannya).

Adakah kita tidak mengajar anak cucu kita untuk bersyukur bahawa kita telah meraih kebebasan ekonomi dan hidup senang-lenang di tanah orang sehingga kita merasa kita berhak atas segala apa yang sebenarnya memang milik penduduk asal tanah itu, yang telah bermurah hati memberi kita tempat untuk berteduh dan membenarkan kita membangun tanpa mengganggu pun malahan menolong kita beroleh kekayaan yang kita kecapi hari ini?

Dan bayangkan kita mempunyai sebidang tanah yang luas dan subur. Tanah tu memang milik kita. Semua keluarga kita berasal dari situ, jadi kita rasa sangat selesa dan tak pernah sekalipun membayangkan kita akan kehilangan tanah itu. Kita tak perlu bersusah payah sangat dah ada tempat tinggal. Ada orang datang nak menumpang kita benarkan sebab sifat kita memang pemurah. Dan kita melihat tetamu kita mengumpul kekayaan di tanah kita, tapi kita tak ambil peduli sangat dengan keyakinan, apapun, tanah ini kita yang punya.....

Jadi, apa pendapat kita? Kita rasa sebagai penduduk asal kebanyakkan kita lupa hakikat bahawa tiada apa pun kekal... perubahan adalah sesuatu yang sentiasa berlaku! Tiada apa yang lebih cepat berlaku melainkan perubahan. Kita mesti bersedia menghadapi perubahan. Adakah kerana kita dilahirkan di sini kita berhak atas segala apa yang ada di sini atau kerana tempat ini nenek moyang kita yang punya maka kita akan sentiasa memilikinya?

Kita cuma merasakan sekiranya kita dari awal mempunyai kesedaran pastinya kita akan berusaha membangun dan menjaga apa saja sumber yang kita miliki, mengawalnya dengan baik agar kita tidak akan kehilangannya. Dan jangan terlalu merasa selesa dengan apa yang kita ada kerana mungkin kita akan kehilangannya. Dan kita juga merasa bahawa setiap orang perlu diajar oleh ibubapa mereka untuk mengenal asal usul mereka dan bersyukur dengan apa segala kesenangan yang telah mereka kecapi supaya kita tidak lupa asal-usul kita dan tahu berterima kasih.

Kita sebenarnya menilai situasi hari ini bila melihat generasi yang tiada jati diri tidak akan mampu bersaing tanpa adanya pandangan jauh orang dahulu dalam menentukan dasar. Kita juga melihat keburukan dasar sehingga generasi kita yang darahnya memang dari bumi ini jadi tidak bertanggungjawab tiada daya saing dan tiada wawasan. Jadi nasib baik ada kuota masih ada juga tempat untuk mereka. Tanpa kuota, bangsa kita tidak miliki apa-apa. Akan kalah dalam persaingan dengan orang yang tahu makna kejayaan dan perjuangan.

Jadi kita pun tak pasti. Kalau bercakap pasal keadilan, kita rasa adil sebagai penduduk asal untuk dapat sedikit kelebihan. (memang tak banyak pun!) tapi kalau kita jadi orang yang berusaha dan akhirnya berjaya mendapat keputusan yang baik adalah tidak adil cita-cita kita tersekat kerana kita tiada kuota. Apapun, kita percaya bahawa manusia tidak mungkin berlaku adil jadi kita berharap hanya pada keadilan ALLAH sahaja yang tak akan menghampakan!

Alahai Anjing....

Kita sedang bercakap dengan 24 orang peserta kursus tentang pilihan. Bagaimana setiap kita mempunyai pilihan untuk gembira dan bahagia. Kemudian muncul isu pilihan makanan yang baik dan cara hidup yang sihat. Entah macamana keluar kisah mengapa babi dan daging babi bukanlah satu pilihan makanan yang baik bagi orang yang mementingkan kesihatan. Dalam 24 orang peserta tu, enam orang India, seorang melayu yang lainnya cina. Tiba-tiba seorang peserta bertanya mengapa dalam Islam anjing juga di haramkan?

Alamak!!! Mengapa ye? Selain daripada hadis-hadis yang menyebut tentang Malaikat yang tidak masuk rumah yang ada anjing, kita tak tahu apa hikmahnya – hanya itu adalah larangan yang di nyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya. Tapi anjing boleh dipelihara untuk tujuan tertentu seperti untuk perburuan. Dan kita juga membaca tentang kisah perempuan pelacur yang dimasukkan ke syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

Lalu kita kata maaflah sebab kita tak berapa pasti tentang sebab mengapa anjing dianggap sebagai najis mughallazah. Tapi kita pasti ada sebabnya dan sebagai orang yang beragama dan meyakini kita mesti ikut segala suruhan agama. Tetapi kita berjanji untuk cuba mendapatkan maklumat tentang sifat dan kehidupan anjing. Hari ni kita mulakan penyelidikan kita (bukan dengan buku atau ustaz dan alim ulama pun… tak berapa bagus) dengan membuka semua www yang ada sebut anjing! Mungkin apa yang kita pelajari tak ada kena mengena dengan sebab mengapa Islam meletakkan anjing sebagai najis Mughallazah. (air liurnya, apa cairan badannya, najisnya dan sebagainya…..) tetapi banyak juga perkara yang menarik tentang anjing ni. Mari kita mulakan dengan sifat yang kita tahu memang di minati iaitu... tabii mengawan anjing.

Kebanyakan anjing liar yang tinggal dalam kumpulan akan diketuai oleh anjing betina bukan anjing jantan. Anjing betina yang mengalami kesuburan yang bertahan selama 3 hingga 7 hari akan mengawan dengan berbilang anjing jantan tanpa mengira sama ada ia dari kelompok spesis yang sama atau tidak. Dan sebelum fasa mengawan ini, ia akan mengalami peringkat awal kesuburan dan mengeluarkan cairan darah dari kemaluannya dan mula menarik minat anjing jantan. Tapi pada peringkat ini anjing betina hanya akan bermain-main sahaja dan tidak membenarkan anjing jantan menyetubuhinya. Kajian menunjukkan kehadiran baka yang berbeza pada anak-anak anjing yang dilahirkan kerana tabiat ibu anjing yang mempunyai hubungan “rambang” dengan seberapa banyak anjing yang mungkin ketika di fasa kesuburannya. Anjing jantan pula tidak mempunyai waktu tertentu tetapi sepanjang masa boleh dan sangat suka menghidu bahagian sulit termasuk terhadap manusia perempuan. (Ngeri je baca ni). Cukup lah dulu yang tu.

Bagi yang memelihara anjing pula banyak kejadian yang dilaporkan tentang sifat anjing yang sangat degil dan enggan menurut arahan tuannya walaupun ia di anggap sebagai salah satu haiwan yang cerdik. Sifat anjing memang suka untuk menjadi ketua… jadi susah nak mendengar kata. Anjing juga sejenis haiwan yang makan tidak memilih dan suka mengunyah apa saja yang boleh dikunyah..

Dan anjing yang memang berasal dari spesis anjing yang garang sangat sukar dijinakkan dan banyak kes dilaporkan iaitu anjing yang menyerang dan mencederakan orang ramai dan tuannya sendiri. Anjing yang biasa berburu pernah dilaporkan menyerang anak-anak kecil tuannya sendiri.

Sebenarnya ada banyak sangat perangai yang pelik dan kurang senonoh (pada pendapat kita) tentang sesetengah keluarga anjing ni …. Besar dan banyak sangat keluarga anjing…. Lebih besar daripada keluarga kucing! Malu dan segan nak cerita tentang sesetengah spesis punya cara bertemu dan macam-macam lagi. Selain itu ada juga penyakit yang biasa kita dengar di bawa oleh anjing seperti penyakit yang disebabkan oleh kutu anjing dan juga penyakit anjing gila.

Apa pun buruk baik anjing, ia hanya akan mati dan menjadi bangkai dan menjadi debu. Kita jugalah yang akan berhadapan dengan soal jawab kubur, timbangan dan hisab, titian sirat dan penghakiman ALLAH Taala. Anjing dan babi hanya sedikit sahaja dari ujian kita di dunia yang fana ini. Semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran berguna daripada segala yang ALLAH ciptakan di muka bumi ini, insyaAllah.

Macam mana ye kita nak jelaskan nanti???

Monday, February 22, 2010

Mind your thoughts!

Hari Isnin bermula minggu baru. Walaupun minggu lepas kerja bermula pertengahan minggu kerana cuti agak panjang, ia bukan juga minggu yang pendek… kerja banyak menjadikan kerja tiga hari sama saja macam kerja 5 hari. Teringat lebih kurang, kata-kata “orang yang bijak”???.... weak minds discuss people, average minds discuss events, great minds discuss ideas?

Mungkin betul tapi kalau idea-idea yang keluar semuanya idea yang tak bernas dan banyak menyusahkan dari menyenangkan bolehkah kita kategori orang begini sebagai mempunyai pemikiran yang hebat? Kalau melihat orang, tingkah laku dan perangai mereka sebagai pengajaran (bukan bahan umpatan), atau memandang dan menilai sesuatu peristiwa atau kejadian dengan kritikal sebagai pedoman dan panduan (bukan bahan gelak ketawa atau modal mengutuk) setakat pemikiran biasakah itu?

Memang banyak penciptaan bermula dengan idea yang suatu ketika dipandang bodoh dan tak logik oleh masyarakat tetapi akhirnya menjadi hebat dan berguna kepada manusia. Kita sedikit pun tidak menafikan malah mengagumi idea-idea begini. Tapi bayangkan idea-idea yang sebenarnya tak berapa cerdik sebagai cara mengawal sesuatu yang tak perlu kawalan sangat tetapi pendekatan yang berbeza.

Sebagai contoh, kalau dalam premis kerja kita ada banyak barang yang berharga, mengapa merasa tidak perlu mengadakan sistem keselamatan yang sesuai untuk memastikan agar barang-barang yang merupakan keperluan dan mahal harganya selamat dan sukar untuk dicuri. Kalau nak bertawakal rasanya tak berapa logik tanpa ada sistem kawalan terlebih dahulu. Duit yang ada digunakan untuk membeli cctv bukan pokok bunga untuk hias sekitar kawasan pejabat. Dan kalau ada cctv lebih baik pasang di tempat yang lebih bermanfaat bukan di atas mesin perakam waktu, nak tengok siapa punch card, siapa tidak atau siapa punch untuk orang lain.

Bila dah kena rompak, barang hilang, banyak masalah timbul. Polis datang tanya, siasat, tengok cctv…… mana ada perompak datang rakam waktu datang dan nak guna kad perakam siapa ye? Idea siapa la ni? Kita yang datang kerja setiap hari sebagaimana kebanyakan pekerja lain, nak di perhatikan atas sebab apa? Kalau ada masalah dengan seorang atau dua orang pekerja adakah langkah yang di ambil boleh menyelesaikan masalah. Ramai yang datang kerja tapi tak buat kerja. Kalau tak datang lebih baik. Itu yang kita sebok. Kenapa tak panggil, tanya, beri surat amaran? Bila banyak barang dah hilang seperti komputer, lcd dan sebagainya kenapa nak marah orang lain pulak. Bukankah ada orang yang bertugas mengunci pejabat...tanyalah dia. Kalau dia dah kunci, orang nak masuk, nak buat macamana... namapun perompak, bukannya dia nak bagitau bila nak datang atau nak mengumumkan kedatangannya.

Kadang-kadang bila fikir balik, banyak betul perkara yang diberi keutamaan bukan perkara utama. Malaslah nak cakap pasal hidup abadi dan alam yang sementara tapi logik akal atas dunia ni aje, nampak sangat tak logik. Kalau hari jumaat, orang lelaki perlu beri keutamaan untuk sembahyang jumaat tapi sebok nak buat rehersal supaya tarian yang di persembahkan tak memalukan. Kakitangan tak sembahyang tak malu. Stress! Kipas angin yang berbulan-bulan tak berpusing tak boleh baiki atau ganti tapi langsir yang warna tak menawan hati kena tukar sebab menyakitkan mata!!! Biar panas dan tak selesa janji sedap mata memandang.... bukan pada pandangan semua orang pun!

Entahlah, ini pun ujian jugak! Kena bersabar dalam pekerjaan tetapi kadang-kadang bila permintaan untuk kebaikan semua ditolak tapi untuk yang mengampu dan hanya menyenangkan satu dua orang di tunaikan hati sakit juga. Walau tahu begitulah adatnya mengharap kepada manusia. Dah ketua bukankah kena fikir kebajikan orang-orang yang dibawah tanggungjawabnya? Cakap pasal double standard ni lagilah sakit hati. Malasla!!!

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ulangtahun kelahiran junjungan tercinta Rasulullah s.a.w. (Bestny, hujan dah turun....sejuk sikit!). tahun silih berganti, dunia semakin tua dan mati semakin menghampiri. Adakah kita semua telah bersedia? Ramai yang kita lihat masih lagi mengamalkan budaya yang tidak diajar atau bukan sunnah Rasulullah s.a.w. Tidak akan lemah pemikiran kita jika kita bercerita tentang Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat baginda. Bukan bererti kita hanya berfikiran biasa kalau kita berkisah tentang sejarah perjuangan, tentang hijrah, tentang perang badar dan sebagainya. Dan memang bijak sungguh kalau kita hayati perjalanan hijrah, strategi perang khandak dan sebagainya. Jadi lebih baik kita bincangkan yang begini daripada memikirkan bagaimana nak ambik hati para tetamu vip yang datang dengan nyanyian lagu 60an atau tarian melayu kontemporari atau permainan dalam majlis untuk seronok sahaja. Kalau itu sahaja yang ada dalam kepala kita.... apa ye? Mindless la jawabnya!

Friday, February 12, 2010

Nasihatilah kita.

Hari ni kita balik terus bukak tv. Balik cepat sikit. Tengok satu rancangan tv. Cumanya kita rasa janggal dan pelik apabila wanita Muslimah meminta nasihat cara berpakaian daripada lelaki yang bukan muslim. Jadi tak hairan lah kalau nasihat yang diberi tu akhirnya tidak membantu dalam penampilan sebenar dan sepatutnya bagi seorang wanita muslim.

Kita pun banyak benar kekurangan pada diri. Terlalu banyak yang perlu kita pelajari, banyak benar yang perlu muhasabah diri. Tapi (mungkin kita salah) rasanya kalau nak meminta nasihat dan pandangan, bukankah lebih elok kalau kita meminta bantuan kepada yang punya pengetahuan yang sesuai dan relevan dengan dengan keperluan. Adakah mengikut arus dan cantik pada masa masyarakat semasa merupakan cantik yang sesuai dengan kehendak agama? (Kita pun kena tanya diri sendiri ni!!!)

Selamat Bercuti semua. Kita nak balik kampung juga esok pagi! Salam!