Wednesday, July 15, 2009

how i wish....

Mata mengantuk semacam. Tapi malam tadi tidor lebih dari cukup. Tunggu kawan mengendalikan slotnya yang sangat interesting. They are moving about in the room and are doing many things but I am sitting here, familiar scene to my eyes…. Hu huh u… that is what happen when you get too familiar with things, everything, everyone!
Imagine yourself being together with someone for more than ten years! Bau kentut pun dah boleh agak dari siapa datangnya! Emmm itulah kebiasaannya. Did it ever cross our minds to spice up the relationship even though you have been together for a looooong time? Yeah, some would say, I know all about my partner from the top of his/her head to the sole of her/his feet. There’s nothing more to know! I thought we have only explored very little part of the world, let alone the universe as in things outer space and over the galaxy and beyond the stars…. Way, way out there!
Don’t know what we’ll discover. So imagine your partner as the universe, I mean not just physically (if you can do that, fantastic!) but every aspects, the thoughts, the minds, the dreams, the vision, the expectation, the wish, blab la bla…… ye la dah ada orang jawab, tak kuasa. Ada banyak benda lain yang kita boleh buat. Asyik nak fikirkan dia aje. Pernah tak dia fikir tentang kita? Alamak, respon macam ni, tak berapa best la!
Janganlah negative sangat. Sebenarnya, hidup kita memanglah telah ditentukan tapi kita kena juga berusaha untuk mengecap bahagia. Dan semua orang nak bahagia yang berkekalan bukan yang sementara sahaja. Dan bukan juga bahagia untuk kita seorang sahaja, maksudnya janganlah dalam usaha untuk bahagia, kita tak kisah kalau ada orang yang merana dan menderita asalkan kita bahagia! Selfish tu!!!
Thinking of someone who was on a quest for happiness…. And eventually found someone he/she thinks will give him/her the happiness he/she wants. So he/she dumped all that he/she has, everything he/she owns and against all odd, decides to abandon his/her family… risking everything! What if it didn’t work out the way you wanted it? Is it worthy to sacrifice everything when something could have been done to sustain what you already have? Reviving a family is not that important if you are not happy? Is it just you and your happiness? Since when does the world evolve around you, you and you alone?
Unfortunately for me, I do meet people like this in my short journey here. And somehow they break my heart too. Maybe I broke somebody’s heart unintentionally, I don’t know. But if I am given a chance to be with a family I prayed for, I would have fight till the last breath to keep my family intact and I would have done all that I might to gain happiness and bring happiness to other people around me! I am praying hard to do so……

Tuesday, July 14, 2009

Iqrak

Hari ini berada di daerah Kuala Selangor sampai hari Khamis. Macam biasa bila keluar tengok kerenah manusia yang berbagai-bagai. Dah tugas kita kena bagi training kat orang lain, kadang-kadang bukan training sangat tapi lebih kepada sharing sebab kelompok yang kita jumpa kadang-kadang lebih banyak pengalaman dari kita sendiri. Lebih banyak yang kita belajar dari yang kita ajar. Interesting and dissapointing jugak kadang-kadang.

Kadang-kadang ada course participant yang ingatannya hanya nak balik sahaja. Macam-macam yang kita buat dan bagi untuk mereka tapi mereka dah ada’ mind set’ yang pergi kursus ni boring. Nothing new tak ada yang menarik. Alangkah malangnya apabila seseorang merasa dirinya sudah cukup belajar dan tak perlu belajar lagi.

Ramai yang lupa bahawa setiap kali nak keluar memberi kursus atau ceramah atau bengkel, kita akan buat ‘homework’ yang mengambil masa yang agak panjang. Kita dan kawan-kawan akan fikirkan siapa kumpulan yang akan hadir, apa yang nak disampaikan, bagaimana nak sampaikan, pelan A, pelan B, apa yang menarik, apa yang membosankan dan sebagainya. Tapi sedih bila ada peserta kursus yang tak pernah fikirkan segala usaha dan all the labour of producing for a course...

So, nothing is interesting if you are not interested! Macam-macam alasan, nak pergi jumpa doktor lah, mengandung lapan bulan lah (Tak larat nak kerja lebih sebelah petang!), ada meeting penting lah, macam-macam. Habis tu kenapa datang? Alasannya terpaksa, tak ada orang lain. Tapi sebenarnya mungkin nak lari dari tempat kerja jugak, dengan harapan boleh curi tulang semasa kursus….. tak rasa berdosa ke?

Kita pun bukan suka sangat keluar selalu ni, banyak kerja kat ofis yang tertinggal dan pokok kita yang mati belum tanam-tanam lagi. Sama je macam Michael Jackson, sian pulak, lambat benar disemadikan.

Apa pun, kalau ada manusia yang rasa dirinya sudah cukup belajar, itu adalah sesuatu kemalangan maut yang amat mengerikan. Tak dapat nak digambarkan kemusnahannya kerana segala-galanya telah bersepai, kalau badan kita boleh dikumpul pun mungkin dengan menggunakan sudu sahaja. Kenapa kita kata gitu? Sebabnya, tiada orang yang boleh cukup belajar walaupun setinggi mana tahap pengajian mereka.

Entahlah. Sehingga hari ni banyak lagi perkara yang belum manusia tahu, begitu banyak kajian yang masih dijalankan, dan kalau nak fikir, Al-Quran yang dah lebih 1400 tahun diturunkan pun belum habis dikaji lagi. Entahlah!

Wednesday, July 8, 2009

What's up, Doc?

Today had to go to the clinic and get medicine for an ‘itch’ which is difficult to describe. I have this problem… allergy! There would be red spots everywhere – just like I was bitten by millions of mosquitoes – whenever I am too stressed out or when touched by cats! Yeah… the normal cats, be it Persian, Malaysian, Siamese… you name it, if they are cat, that’s it. But I don’t know about Cat woman never had a chance to meet her, so far.

And today there were neither cats nor cat woman around, but the itch appeared. Just my luck! So, the doctor gave me some anti histamine and some advice…. Go home and sleep! The thought of sleeping on weekdays and working days alone helps- so most of the red spots disappeared before I get to sleep! Imagine how the mind can do wonders to your well being. Unfortunately, I didn’t get any chance to sleep once I got back to the office.

The doctor, the prescription and the advice! Sigh! Then I remembered some stories about doctors who are very “highly” educated but couldn’t prescribe anything for your well-being, physically. These doctors didn’t go to any medical school, they learn other things and are “supposed” to be highly intelligent and wise people. They do research, they read a lot, they presented papers, they went to conferences, they write journals, blablabla…. Don’t be offended okay, this apply only to “some” Dr. not all. So, I was told of a Dr. who was unable to differentiate between a cup and a glass, boy and girl, an hour and a minute, up and down, to mention a few. Imagine if your Indonesian maid broke the glass paneled door, what would you do? I wouldn’t mind if you say, you are going to deduct from her salary, you are going to scold her for a month, you are going to send her back home…. But would you asked her to write a show cause letter with ten reasons why she broke the glass, ACCIDENTALLY? Phew! You sure are a reader, an avid one for wanting to read a show cause letter from your Indonesian maid, I am amazed…..

And then, there was occasion when you forget that we apply lipstick on to our lips not the cheek! Didn’t we have something else for that? Blusher… rouge? And if you use lipstick as rouge, shouldn’t it be lightly spread onto the cheekbone instead of a line way over your lips? Maybe it’s a new trend that we are not aware of. That could be the explanation! And if they cant prescribe medicine, they should at least know words of wisdom as prescription for the minds and soul… not to poison but to heal as well. No?!! Guys, are you sure you are not making up the story? I just couldn't imagine this!!! Sure? Tak baik tau.....

Anyway, nothing surprises me, nowadays. Actually, being highly educated, again, does not guarantee wisdom! If one “wants” to be an idiot, he/she can do so with ten PhD to his/her name. A fool does not only refer to a stupid person but to someone who is foolish in action, behaviour, thoughts and reaction to something. At least the Dr. that I mentioned earlier did not take advantage of her position as an educator, a colleague, a friend.

But then again, I do have a wise Dr. friend who is beyond description! Thank you dear friend! I think I’ll sleep now and hopefully the itch would be gone when I wake up later!

Monday, July 6, 2009

Kita sahabat atau musibat?

Kita ada satu lagi isu yang kita nak share. Tentang orang yang tak sedar dan tak tahu bahawa mereka sebenarnya di lamun cinta atau sayang kat orang. Bila kita cakap dia tak mengaku, katanya kawan baik aje. Dua-dua sama je, baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Betul ke diorang ni tak sedar ataupun in denial ataupun buat-buat macam amnesia, tak ingat apa benda.

Pernah tak kita melihat persahabatan rakan sekerja yang rasanya macam ada yang tak kena je? Cuba kita muhasabah diri, adakah kita termasuk dalam kelompok yang begini. Kalau betul, marilah kita bertaubat dan perbaiki diri.
Pernah tak kita berkawan mesra dengan rakan sepejabat yang berlainan jantina sebagaimana kita berkawan dengan kawan yang sama jantina? Okay, sebagai contoh, ada dua orang manusia ni kata mereka sahabat baik tapi sorang lelaki dan sorang lagi perempuan. Dah berkeluarga kedua-duanya. Bila kita amati orang berdua ni, mesra macam husband and wife. Tapi mereka ni rakan sekerja yang dah bekerja satu jabatan sejak berabad-abad lamanya. Nak kata sahabat sehidup semati, macam lain aje. Sebab kita pun kadang-kadang naik hairan dan seriau satu badan melihat persahabatan mereka.

Kalau silelaki kata nak minum, siperempuan macam maid indon “mithali” berlari membancuh air untuknya, dan dia akan rasa air tu dengan meneguk minum dari mug yang sama je, tak pakai cawan atau sudu lain pun. Kalau tersilap sikit cakap silelaki , siperempuan akan merajuk dan akan dipujuk sesungguh-sungguhnya dengan berbagai-bagai cara yang walaupun stress menengoknya, tidaklah dengan ciuman atau pelukan kat pejabat tu. Kalau terpaksa silelaki akan menalipon sampai siperempuan tu okay. Dan silelaki pulak, kalau ada sesiapa telefon siperempuan, dia mesti tanya siapa yang telefon tu, macam cemburu aje! Lepas tu, mereka ni suka bergambar-gambar mesra dan tahu serba serbi tentang satu sama lain. Sampai semua ahli keluarga, atuk nenek moyang pun tahu. Kalau kita perlu maklumat salah seorang, tapi yang sorang tak ada, tanyalah yang sorang lagi, pasti dapat maklumat yang tepat, jelas dan jitu.

Jangan lupa, ini hanya senario yang kita reka dan ada-adakan sahaja, nak bagi “feel.”

Kemudian, katalah satu hari datang seorang hamba Allah yang mulut ala-ala laser dan bola berapi datang dan tanya, “Engkorang ni, ada-apa-apa ke?” Diorang pun sungguh-sungguh kata tak ada apa-apa dan mulalah adegan kutuk mengutuk antara satu sama lain. Yang perempuan akan mula tunjuk gambar orang-orang yang “mencintainya” dengan cara yang membuat yang sorang lagi macam cemburu sakit hati.
Kemudian, pada hari yang lain pula, adalah orang cakap kat silelaki tentang kata-kata orang sekeliling akan perhubungan dia dan siperempuan. Maka dia kata susahnya hidup ni. Asyik nak kena fitnah aje. Buat kerja baik pun orang mengata jugak. Dia kata siperempuan ni macam tangan kanan yang banyak membantu kerjanya, sampai nak buat keputusan peringkat jabatan pun tanya siperempuan yang tugasnya hanya untuk menghantar surat-surat, mengecop surat, taip surat-surat, failkan surat, buat salinan surat dan sebagainya. (Bukan hina pekerjaan. Setiap pekerja mahir dalam kerjanya dan memang susah kalau tak ada).

Okay cukuplah senario ciptaan ni, mintak-mintak janganlah ada pulak kat tempat kerja kita atau kawasan yang sewaktu dengannya perlakuan yang macam ni.

Apa yang kita nak highlight adalah:- jeng,jeng,jeng....

Wahai perempuan-perempuan yang bekerja, boleh ke engkorang layan lelaki lain macam tu, walaupun dia bos? Pernah ke engkorang berlari macam maid indon mithali kalau suami korang panggil atau mintak apa-apa? Pernah ke engkorang temankan suami engkorang memandu berjam-jam dalam kereta tanpa tidur kerana kasih-sayang engkorang padanya?
Dan wahai lelaki-lelaki yang sepatutnya ada 9 akalnya, pernah ke engkorang talipon bini engkorang lebih dari dua kali untuk pujuk dia kalau dia merajuk? Pernah ke engkorang beli kek lapan jenis macam-macam perisa untuk ambik hati dia bila dia merajuk engkorang lupa kek kegemaran dia tapi engkorang beli yang paling dia tak suka? Pernah ke engkorang temankan dia membeli belah walaupun engkau tak suka membeli dan membelah kerana kasih sayang engkorang kat dia?

Tak kot! Sebab engkorang take each other for granted! Tak bernilai sangat sebab masih ada lagi.

Kalau tak mungkin jugalah ini sebabnya kawan-kawan sepejabat ni bercinta tapi tak sedar, tak tahu atau tak mahu mengaku akan percintaan mereka ni. Sebabnya dengan orang lain, engkorang buat semua benda yang tak dibuat dengan pasangan masing-masing.

Kalau kita ternampak, terlihat atau terbuat, eloklah kita tegur, nasihat dan hentikan. Caranya kenalah kita fikir sendiri sebab membiarkan benda-benda macam ni tak baik. Takut nanti mereka dah terlajak jauh pulak, susah nak reverse... apatah lagi kalau dalam betul-betul feeling, bahaya macam ada pepatah ... mendayung perahu bertambat.... dan janganlah sampai mereka layak pula direjam sampai mati... nanti kita pun kena soal jugak!!! Janganlah pulak isu macam ni kita jadikan "breaking news", mengata dan mengumpat orang, tapi tak cuba perbetulkan. Mungkin mereka benar-benar tidak perasan akan perlakuan mereka. Jom kita muhasabah diri!

Dugaanku.

Habis lagi satu hari. Cepatnya masa berlalu. Kerja-kerja atas dunia ni entah bila nak habis tak tahulah. Macam tak pernah habis je. Hari ni dah 13 Rejab, cepat benar rasanya. Terfikir pulak apa yang dah kita buat sepanjang bulan ni tak kiralah Masihi ke Hijrah. Umur semakin bertambah, masa berlalu pergi….. entahlah. Kadang-kadang dalam keseorangan kita teringat masa beramai, alangkah seronoknya kalau ada teman untuk berbual, bercakap, bertukar pendapat, mengadu, bermesra…. Emm alahai…

Tapi kita juga terfikir, baik macam mana kita ni. Sebab Tuhan jadikan manusia ni berbagai-bagai kelakuan dan perangainya dan teman yang kita perolehi itu adalah yang sejenis perangainya dengan kita. (Perangai ye, perangai... bukan jantina!!!) Orang yang baik akan dapat pasangan yang baik juga, orang yang tak baik akan dapat pasangan yang tak baik. Kalau berlaku lain dari kebiasaan, itu adalah ujian yang hanya Allah saja yang tahu hikmahnya untuk menguji hambanya.

So, kita jadi takut. Orang yang nampak macam suka kat kita, selalu kita rasa tak sesuai je atas sebab yang berbagai. Jarang berjemaah lah, mesra sangat dengan perempuan lah, tak pandai berpakaianlah, macam-macam. Lepas tu bila kita renung dan amati diri kita, lebihkurang itu jugaklah. Memanglah sembahyang jemaah tu, tak perlu bagi perempuan, tapi kita selalu je sembahyang selepas siapkan hal-hal dunia yang boleh aje tunggu 10-20 minit ataupun sehari/seminggu, kita pun ramah-mesra dengan orang lain, pakaian kita pun kadang-kadang macam orang buta warna je, kain oren baju hijau tudung biru, entah apa-apa. Apa-apapun, memang tak boleh nak kata tentang kelemahan orang, segalanya ada dalam diri.

Kadang-kadang kita tengok orang memilih atau bertukar pasangan dengan alasan-alasan yang entah iye entah tidak. Masa bercinta boleh sembahyang bersama-sama, berjemaah! Sembahyang sunat pun jemaah. Lepas tu dengar cerita mengapa dia pilih pasangannya itu kerana kewarakan dan alimnya dalam banyak subjek. Pening jadi kepala. Boleh ke korang ni sembahyang jemaah bersama-sama masa belum kawin ni? Confuse makcik! Ada orang tinggalkan pasangannya dengan alasan nak berdakwah pulak pada makwe baru yang serba jahil. Ini pun makcik confuse jugak! Bawak makwe pergi masjid, berbuka puasa bersama lepas tu pergi terawih! Emm.... alahai... yang lama sembahyang cukup, puasa tak pernah tak ganti, kau boleh tinggalkan sebab nak dakwah perempuan lain dengan bawak ke hulu ke hilir sebelum kawin... makcik rasa nak pergi hospital bahagia je!

Tak tahu apa nak jadi dengan dunia ni kan. Teringat jugak tentang orang yang mempunyai daging-daging segar dan halal tapi suka makan daging yang busuk dan berulat. Mana pergi akal diorang ni. Akhirnya kita juga yang dalam dilema ni. Iye ke tak iye, sungguh ke tak sungguh. Nampaknya kita kena jadi baik betul-betul untuk mendapat sebaik-baik teman kan. Apalah makna hidup berdua tapi kosong juga hati dan jiwa, apakah bahagia hidup bersama, tapi kehadiran tak menjanjikan ketenangan. Apapun jodoh pertemuan Allah jua yang menentukan. Kalau kita suka, dia pun suka tapi jodoh tak ada, culik wali dan jurunikah nak kawin,tak jadi jugak. Kalau dah jodoh, mengelak macamana pun pasti bertemu. Kita redha ajelah!

Thursday, July 2, 2009

heart and liver

Banyak betul perkara yang nak di tulis tapi tak tahu macam mana nak tulis. Macam mana nak mula, dari mana nak mula, from which angle, bla blab la..... confuse! Okay lets talk about matters of the heart. Why heart? I don’t know. Maybe because, if we were to talk about our looks, I have nothing to say. Nothing extraordinary about my face. I have a pair of eyes, one malay nose, a big mouth (literally), the usual stuff. If we were to talk about career, I love my job but don’t feel like discussing it now.
Ah heck, I’m writing, so I can write whatever I like.

What about the heart? Everyone has a heart, naturally. Do we know how our hearts looked like? Or do we really know the function of our heart? Apart from the dub-dab, dub-dab… is there anything else we need to know about our heart? Not sure. We are talking about the heart as in heart yea.. the one that breaks(figuratively), the one that pounds faster when we are excited, the one that beats harder when we are angry……

There’s so many ways we use the word heart. Heartthrob refers to someone you are attracted to, heart broken when you are frustrated, hearty refers to something good or sincerity. Lets forget heart attack and heart failure… no good eeh! The thing is, sometimes we couldn’t see it but we feel it, the pain in our hearts when it breaks, when we are saddened over something. It is difficult to explain but the pain is there. And then there are times when we couldn’t explain the beat of the heart, when we are nervous or excited, adrenalin pumps in and causes the heart to beat faster.

And then the occasion when the heart decides to fall in and out of love. Do we have any control over it? Kata orang dari mata jatuh ke hati. Tapi macam mana dengan keadaan bila kita tak berapa sangatlah minat apa yang kita lihat, hati tetap jugak terkenang-kenang? Payah ni nak explain. Kita boleh kata kita suka orang yang tinggi, kulit cerah, suara macho, ini itu, begini begitu, tapi kita jumpa orang yang sama tinggi je dengan kita entah rendah sikit, kulit gelap, gemuk, suara macam itik angsa… kita jadi tak lena tidur. Kalau tidur pun mimpi dia jugak. Kalau makan, nampak muka gelap dan gemuk dalam pinggan kita. Macam mana tu?

Then there were time when we were head over heels in love with someone, we say we will be forever till death do us part. Tup-tup, berubah hati jadi bosan, menyampah, jemu. Kalau dulu dialah segala-galanya, sekarang dia tak ada makna? Macam mana tu? Teringat pulak kenalan yang kata dia minat lelaki yang berbulu dada, sebab dia dah jatuh hati kat orang tu,dan entah macam mana (kita sungguh-sungguh tak tahu) dia nampak dada orang tu berbulu, dia pun cakap la macam tu. Walhal dulu dia pernah kata dia geli orang banyak bulu badan ni... eei,eei....

Tu macam mana nak terangkan? Kita percaya pada kuasa yang memegang hati. Banyak benda yang diluar kawalan kita. Sebab tu la kita tak berani nak cakap lepas. Mana la tahu kan kalau kita jatuh syok kat orang yang kita tak berapa nak minat. Payah jugak ni. Kalau kita kata tak minat orang banyak bulu macam kawan kita, tiba-tiba tersesat ke Planet of the Apes, orang tapi macam beruk berbulu aje yang ada, susah nak buat pilihan...eei...eei...

Apapun sebenarnya memang kita tak dapat nak compare manusia dari rupa paras, harta benda, ilmu pengetahuan tapi nilainya pada hati budi kan? Hati itulah yang membentuk perwatakan dan melahirkan tingkahlaku ( ada jugak yang hipokrit- hati lain, cakap lain) dan insyaAllah boleh kita bezakan yang suci hati, yang baik hati, yang hati-hati dengan yang hati mati, hati berdaki, hati dengki......

Alamak hati tu liver tau, jantung tu heart.... kita berentilah dulu... eei...eei...

Wednesday, July 1, 2009

Kita memang taknak jadi fitnah dunia!

Tertekan, terganggu, sedikit kecewa sebab kita pun manusia biasa yang iman hanya nipis, mungkin lebih nipis dari kulit bawang. Tak tahulah mengapa kita yang dipilih dan disangka sebagai orang yang akan buat sesuatu yang agak luar biasa dalam masyarakat kita.

Tertanya-tanya apakah karakter dan ciri-ciri yang ada pada diri kita sehingga semua orang yang tak tahu bila dapat cerita, terus menganggap bahawa kitalah orangnya. Bahaya jugak ni. Kalau orang kehilangan sesuatu yang berharga pun kita juga kah yang akan dituduh? Agaknya kalau ada suami orang berkenan kat kita, matilah kita dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan. Kita memang macam ni, peramah… itu pun mungkin salah jugak.

Nampaknya kita perlu tukarlah cara kita bergaul dengan orang. Mula-mula kita tak kisah orang cakap, ada yang datang nasihat lagi…. Adoiii… lemas sungguh. Tapi hari ni entah kenapa kita rasa sedih pulak. Kita ada prinsip, ada matlamat hidup. Mungkin ada persamaan antara kita dan orang lain tapi Allah tak akan jadikan dua manusia sama. Yang kembar walaupun seiras, DNA sama pun ada beza pada cap jari mereka tau. Tak adil sungguh kita pula yang kena tanggung orang lain punya beban.

Kita tahu ini semua ujian belaka. Tuhan mungkin nak ingatkan kita supaya jaga perlakuan kita, dan juga cuba sedarkan kita akan perasaan orang lain jika mereka di umpat keji macam yang kita lalui ni. Supaya kita jangan mudah sangat nak mengata dan mengutuk orang. Kasihanilah orang lain juga. Alangkah tertekan mereka dalam keadaan seumpama kita walaupun apa yang orang cakap tu ada kebenarannya.

Kita macam makan racun buatan sendiri jugak ni. Selalu dengar dan cerita tentang orang, sekarang rasakan bila diri menjadi tajuk perbualan orang pulak. Aduhai, semoga Allah ampunkan kita dan dosa orang-orang yang kita umpat keji. Dan semoga kita terselamat dari fitnah ni tanpa perlu menjelaskan apa-apa tentang orang lain pula.

Teringat pulak semalam ustaz muda kat tempat kita kerja cerita tentang seorang makmum yang datang sembahyang maghrib berjemaah di masjid. Sembahyang maghrib tu panjang sungguh. Lepas sembahyang dia pun tanya pak imam, ”Apa surah yang imam baca tadi, panjang sungguh?!”
Jawab pak imam, “Surah Al Baqarah.” “ Al Baqarah tu apa maknanya pak imam?”Tanya makmum tadi.
“Lembu Betina,” kata pak imam. “Nanti sembahyang isyak, nak baca surah apa pulak?” Tanya makmum lagi. “Surah Al-Fil,” jawab pak imam.
“Al Fil tu apa pulak maknanya ?” “ Gajah!” Jawab pak imam.
Jadi, masa sembahyang isyak tak nampak pun makmum tadi. Kesian pulak kat dia. Lain kali dia patut tanya betul-betul. Surah Al-Fil tu kan pendek aje. Kalau tak silap lima ayat aje, dah tak dapat pahala berjemaah!!!

Begitulah juga situasi kita ni, tanyalah betul-betul dan dapatkan khabar yang jelas dan benar. Dan kita pun muhasabah diri kita. Taknak lagi bercakap banyak dengan orang yang tak berkenaan, malas la. Kita tak perlu tambahan masalah sebab yang sedia ada pun belum habis selesai lagi!