Berbalik kepada kekurangan diri yang begitu banyak tapi menyalahkan kepada segala yang lain dari diri sendiri. Bila orang tanya mengapa lama sangat nak siap? Banyak kerja, tak ada masa. Masa sama saja, 24 jam sehari. Diri sendiri memang banyak kekurangan. I cannot do multiple task at one time. No other reason except my own weakness. Nak sedapkan hati kata juga – kita ni manusia biasa, tak ada kuasa. Menyalahkan Pencipta ke? Eee… parah betul diri sendiri ni. Kerja dah memang macam tu, banyak macam biasa, kita yang tak tahu bagi masa. Nak dapat gaji, mesti kerja! Nak gaji halal dan berkat mesti betul caranya.
Sebenarnya memang kita lemah dengan hawa nafsu yang nak banyak rehat dan bersenang-senang. Malas nak berfikir, malas nak mengulangkaji, malas nak mentelaah, malas nak membaca. Sayang nak tinggal tilam bantal, cerita yang menarik, panggilan perut lapar dan selera meragam, nak makan! Istiqamah kita pada benda-benda yang sedikit benar faedahnya berbanding dengan kajian yang kita sedang jalankan –( sanggup kita meragui kebaikan yang pasti untuk diri daripada terus berusaha mencapai cita-cita yang memang baik untuk kita) – boleh tunggu depan tv tengok cerita yang ada jugak pengajarannya tapi lebih banyak memperbodohkan kita. Kita merungut tapi tengok jugak. Kita sebenarnya telah buat zalim pada diri sendiri.
Bila duduk kejap, setelah rasa macam lama depan laptop (sebenar baru 3 jam dan hanya dapat satu perenggan aje – 7 baris ayat)- rehat la ni. Terasa bodohnya aku. Meragui kemampuan diri, rasa buang masa, rasa macam mengejar dunia, sebok urusan duniawi. Sebenarnya, kita diperdaya oleh nafsu dan syaitan yang membisik-bisik supaya kita jadi malas. Bukankah kita di anjurkan menuntut dan menambah ilmu. Bukan belajar ilmu sihir ni, tapi ilmu yang bermanfaat! Boleh menambah pengetahuan dan insya-Allah jika ada rezeki boleh berkongsi dengan orang lain. Teruskan saja! Buatlah! Dah nak habis pun!
Itulah sebenarnya kita ni (ni cakap diri sendiri- tapi memang suka guna ‘kita’) susahnya nak istiqamah pada perkara-perkara kebaikan. Tengok orang putih nak kurus dalam rancangan tv (istiqamah-menonton, parah betul), kagum dengan kesungguhan mereka kerana bukan sekilo-dua yang diaorang buang – berpuluh dan beratus walau tujuan diorang tu, tak ada makna pun – nak berjemur kat tepi laut ngan baju mandi, nak bersosial, nak pakai baju ketat, entahlah- tapi kita yang Islam ni tak buat pun! Kalau Rasulullah s.a.w dah ajar cara makan, adab makan, bukan nak ikut pun. Selagi tak lapar tak makan, dah kenyang tak tahu nak berenti. Makan jangan banyak sebab kena jaga hak perut untuk benda lain, tak peduli pun! Kalau ikut, gerenti tak payah susah hati gemuk ni.
Dalam agama kita, riadhah pun banyak boleh buat, tapi degil. Sembahyang macam patuk-patuk ayam, laju macam bullet train- tak ada kesan pada rohani, tak ada kesan juga pada jasmani. Sama la juga dengan menulis dan mengarang ni. Lepas tu hairan macamana orang boleh tulis buku, sampai 10 buah setahun, awak satu pun terkial-kial. Hari tu dengar ustaz tu cerita, Imam Syafie yang mulia tu, kalau nak bagi umur dia dengan jumlah karangan, macam menulis 3 kitab satu hari. Orang kata dia memanglah hebat, sebab tu boleh tulis begitu banyak.
Sebenarnya kita-kita ni pun hebat jugak. Dia Islam, kita pun Islam. Anugerah yang sama. Mata dia dua je, kita ada dua juga. Dia hensem, kita pun lawa juga – (he he , insya-Allah kita lawa tau) - bukan riak atau perasan, tapi kita tak cacat dan Allah jadikan kita sesuai dengan apa yang Dia tahu baik untuk kita. Dan kita tak rasa kurang pun kita ni, berat lebih lagi, tak lah banyak sangat, sikit je! Baju banyak, rumah kita cukup luas untuk kita, boleh baring sana-sini banyak ruang! Ada tv, ada peti ais, ada macam-macam lagi. Mungkin kita ni pun banyak sangat benda-benda yang melalai dan melekakan, sebab tu jugak tak dapat mengikut kehebatannya.
Yang tak cukup kita ni, ilmu je! Lepas tu, kurang istiqamah buat benda-benda yang baik! Tapi mulai saat ni, kita nak istiqamah siapkan kerja kita! Insya-Allah, kita mesti akan dapat siapkan! Ya Allah, berilah kekuatan dan berilah ilham yang baik-baik untuk berbuat kebaikan. Amin!
p.s(Sebenarnya kita tahu dan menginsafi bahawa Imam Syafie adalah hamba Allah yang amat hebat dari segi ilmu dan amalannya. Dalam tidor pun boleh menyelesaikan masalah-masalah agama, tak mungkin sama taraf kita dengan dia. Kita tidor, macam orang mati je, tak ada makna pun. Dan bukan niat kita nak samakan kita dengan dia, itu adalah penghinaan bagi seorang yang mulia macam dia. Analogy kita cuma, kita sama-sama manusia saja! Dari sudut ilmu, amalan, kemuliaan dan kehebatan, tak sesuainya nak banding dengan dia. Sebenarnya kita sangat-sangat mengagumi dan memuliakan seorang imam besar, yang mengasas Mazhab yang kita ikut ni! Dan sebenarnya kita nak jadikan dia contoh teladan, idola yang menyuntik semangat untuk terus belajar. Jauhnya taraf kita dengan dia, jauh sekali.... Semoga Allah merahmatinya atas segala usahanya menghidupkan syiar agama sepanjang hayatnya dan selepas kematiannya melalui segala ilmu yang dia tinggalkan, amin!)
Saturday, May 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment